luahan sang ibu diabaikan. Apakah akibatnya? |
Apa khabar?
Moga hari-hari yang kita lalui ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Yang Maha Pengasih.
Aha. Pengumuman buat pembaca budiman.
Kisah kali ini, hambo nak ajak tuan-tuan hambo sekalian untuk kita menginsafi diri. Mengenang kembali sikap kita kepada ibu yang kita kata sayang tetapi terkadang kita mengguris hati dan perasaan mereka.
Jom.
Niat itu baik, tapi apa yang tak kena?
Dahulukala di negeri arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat.
Ramai orang yang menyintainya adalah kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum.
Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang sangat dihormati oleh setiap orang. Bahkan terasa berat untuk berpisah dengan anaknya.
Itulah sebab kenapa anaknya tidak boleh menuntut ilmu di tempat yang jauh.
Pada suatu hari pemuda itu berhajat untuk pergi ke Mekah. Dengan niat, ingin menambah ilmu di negeri yang sangat mulia itu. Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya ingin merantau ke Mekah. Apatah lagi anaknya akan bermukim di sana beberapa tahun.
" Anakku! " kata ibunya pada satu malam.
" Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, amat berat sekali apabila berpisah dengan engkau. Batalkanlah niatmu nak!" kata ibunya menasihati.
Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tidak dapat dibendung lagi, berangkatlah dia ke Mekah.
Nasihat ibunya sudah tidak dihiraukan lagi. Sekarang ibunya hanya tinggal bersendirian di rumah dengan deraian air mata. Hatinya menjadi sakit sekali tatkala mengingatkan anaknya yang tidak memperdulikan nasihatnya itu.
" Ya Tuhan! " demikian ibunya merintih.
" Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Turunkanlan pengajaran kepada anakku, ya Tuhan."
Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.
*****
Anaknya pada waktu itu telah sampai ke Mekah.
Dengan giat sekali dia mencari ilmu dan beribadah di sana.
Pada suatu malam yang gelap, terjadilah musibah menimpa dirinya.
Pada ketika itu, ada seorang pencuri masuk ke rumah saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri itu kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Bahkan jejaknya itu dapat diekori oleh tuan rumah.
" Ah, celaka aku jika aku tidak mencari akal." Kata pencuri di dalam hati.
" Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri."
Kebetulan ketika dia sampai ke masjid dilihatnya ada orang yang sedang berzikir.
Orang itu adalah pemuda yang sanggup meninggalkan ibunya itu.
Dengan licik sekali lantas pencuri berteriak dan menjerit sambil menuding ke arah pemuda yang sedang berzikir itu.
" Pencuri, pencuri . . . . . ." teriaknya keras sekali.
Maka,
apakah yang akan terjadi kepada pemuda itu?
Adakah fitnah yang dibuat pencuri itu akan menyusahkan kehidupannya kelak?
Yang pasti, musibah dan pengajaran bakal menimpa pemuda tersebut.
Bersambung..... (",)
No comments:
Post a Comment