Thursday, December 23, 2010

11
Komen
~ Melangit kesunyian ~



Seorang pemuda di awal 20-an berfikir akan nasibnya.

Dahulu kehidupannya dapat dilalui seperti manusia-manusia yang normal.

Masalah itu dan ini tidak segagah masalahnya sekarang.

Tekanan itu dan ini tidak menyengat seperti tekanannya tika ini.

Tetapi setelah kecelakaan menimpa dirinya, segala-galanya telah berubah.

Ya.

Memang mulut manis berbicara, lidah kata ok, tetapi hati seperti tidak dapat menerima kecelakaan yang menimpa dirinya.

Rasa tidak percaya. Adalah rasa yang asyik bermaharajalela di sanubari.

Semakin hari semakin menghantui diri yang serba kekurangan.

Pemuda tersebut berkata pada dirinya ;

" Aku tak bersalah, kecelakaan yang datang ini bukan kerana salahku."

" Salah mereka!! Salah mereka yang tidak pernah merasai keperitan kehidupanku selama ini."

" Salah mereka yang begitu alpa dengan keseronokan dunia mereka tetapi aku yang menjadi mangsanya."

" Tidakkah mereka bersimpati kepada nasibku ini?"

" Tidakkah mereka memerhati kesalahan diri mereka kepada diriku?"

Bukan marah, tetapi benci itu yang lebih tinggi bendera kebanggaannya. 

Hasilnya, keluhan demi keluhanlah yang berbaris rapi. 

Seakan bersedia untuk keluar dari pintu mulut untuk memberitahu kepada penduduk alam bahawa dialah manusia yang paling malang.

Masakan tidak berkata malang. Walaupun kecelakaan itu sudah berlalu, adakah dirinya akan kembali seperti sedia kala? Itulah yang difikirnya. Itulah yang dirisaunya.

Pemuda tersebut keseorangan dan kesunyian. Walhal ramainya manusia disekelilingnya. 

Kenapa itu yang dirasainya?

Kenapa?

Maka, dia terus menangis. Menangis dan menangis.


11 comments:

  1. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar buat pemuda itu kerana dia bersabar..dia adalah insan yg dipilih oleh Allah utk melalui ujian seperti itu, kerana Allah tahu, dia mampu melaluinya..
    "Dont despair and never lose hope,coz Allah is always by ur side..Trust Allah in each single minutes coz He Knows BEST"

    ReplyDelete
  2. Innallaha ma'assobirin..

    moga Allah trus mngkaruniakn nta kkuatan ya akh!

    ReplyDelete
  3. > n_akn

    Salam ceria..
    setuju dgn kak nailah..
    Allah tahu segala-galanya..

    > Hariz

    Jazakallah..
    mga Allah kuatkn akhi juga.. (",)

    ReplyDelete
  4. ujian adalah tarbiyah dari Allah..
    jiwa2 yang melalui ujian itu lebih memahami apakah erti kesabaran..Kesabaran dalam keimanan..Merekalah orang2 yang beruntung.
    La tahinu wa la tahzanu...
    Jiwa pemuda inilah yang kental dalam menghadapi hari2 mendatang yang penuh dengan tipu muslihat jahiliyah..Barakallahufik..

    ReplyDelete
  5. > Anonymous

    Subhanallah..
    Moga Allah sayangkn saudara..
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. bila diri diketuk dengan ujian..
    jangan merasakan diri ini tak disayangi..
    jangan menganggap diri ini malang..
    jangan merasa kesedihan..
    sedarlah..
    hakikatnya Allah menyayangi kita..
    ujian itu salah satu tanda
    Dia sayang kepada hambaNya..

    kadang2 kita terasa "terasing" disaat kesedihan..
    persahabatan ats keimanan sumber kekuatan..
    kerna sahabat ini tidak akan mengasingkan kita daripada kehidupannya..

    ReplyDelete
  7. setiap kejadian ada hikmahnya. Allah menguji umatnya untuk mengukur keimanan padanya. wallahualam. nice entry

    ReplyDelete
  8. > Wan

    (",) tersenyum sendiri,

    krn apa yg terjd benar2 mengajar dan mendidik,
    mengajar mengenai 'apa yg dibicara tidak sama dgn apa yg dilalui'..
    begitu juga prsahabatn..
    berkata manis itu mudah, ttp apbl diuji?
    mana kemanisannya?

    jgn risau, kemanisannya tetap ada..
    apa2 pun terima kasih ya.. =)


    > Anati soki

    ya..
    setiap yg terjadi ada hikmahnya..



    ~ Terima kasih semua, salah satu tujuan munculnya artikel ini adlh utk mengutip kekuatan dri pembaca sekalian..

    moga Allah sayang kan kita.

    ReplyDelete
  9. MQ..

    berbicara memang mudah..
    nak melaksanakan belum tentu..
    sahabat yg sejati sentiasa disisi..
    dikala susah dan senang..
    jika kita hadapi ujian dia tetap bersama..

    moga kita dianugerahkan sahabat sejati..
    thanks ats perkongsian..

    ReplyDelete