Tuesday, November 30, 2010

4
Komen
~ Benarkah Allah Tidak Adil ? ~

Kata mereka Allah tidak adil.



Kata mereka Allah tidak adil




Kata mereka Allah tidak adil




kata mereka Allah tidak adil.




Kata mereka Allah tidak adil.




Kata mereka Allah tidak adil.





Kata mereka Allah tidak adil.


Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar." (ayat 40 surah An-Nisa’)


Aisyah berkata, ”Rasulullah bersabda, 


Tidaklah musibah yang menimpa kepada orang Islam melainkan Allah akan menghapus dosanya sekalipun musibah itu hanya tertusuk duri.” (HR. Bukhori 5209)


Firman Allah:


" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (QS Al Anbiya`:35)


Firman Allah juga:


(Maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."  (QS An Nisa’: 19)




Maka, kalian masih mahu mengatakan Allah tidak adil ??



Monday, November 29, 2010

5
Komen
~ Menyingkap Brohamzah Di Lautan Rabbani ~



Brohamzah = Ali Irfan

Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan yang mengembirakan. Gembira ni satu anugerah sebenarnya. Bukan boleh direka, dibuat-buat dan dipura-purakan. Sebab indahnya gembira itu adalah lahir dari jiwa yang senang, tenang dan lapang lebih-lebih lagi apabila berpaksikan kehendak Allah.

Hari ini..

Ingin saya membawa anda semua untuk kita sama-sama kita menyingkap siapakah Brohamzah? Haha.
Seram sejuk juga diri ini sebenarnya. Hendak menulis mengenai seorang pemuda yang hebat. (",).

Rilekskan pemikiran anda, tenangkan diri anda, ceriakan hati anda dan mulakan pagi anda dengan senyuman.

Jom kita lihat.

Bagi yang dah tahu. Pembacaan anda saya mengalu. Bagi yang tak tahu. Bacalah!. Jangan malu-malu.


 BroHamzah tu apa?

Disebalik Brohamzah adalah seorang pemuda yang bernama Ali Irfan B Jamalludin. Saya memanggilnya abang Ali. Tetapi apa kaitan dengan Brohamzah pula? Menurut Abang Ali, Brohamzah itu diilhamkan dari nama adik bongsu beliau iaitu Hamzah. Dan bro itu pula bermaksud Abang. Maka jadilah Brohamzah. Abang kepada Hamzah. Apa yang saya lihat Brohamzah merupakan salah seorang blogger yang dikenali ramai di alam maya ini.










Mula mengenali, terasa kagum.

Ketika saya ditingkatan satu, saya menyambung pelajaran di Ma'had Attarbiyah Al-islamiyah singkatannya Matri. Kemasukan saya ke sekolah itu sedikit sebanyak membuatkan saya tertanya-tanya siapakah Ali Irfan Jamalludin. Entah kenapa tiba-tiba nama saya dilibatkan dengan nama tersebut. Kerana ramai senior-senior saya ketika itu mengatakan saya adik kepada Abang Ali Irfan. " Muka sama." Itulah kata mereka. Sejak pada itulah, saya mula menjejak dan menyiasat siapa 'bayangan' saya ini. (",).
Pernah satu ketika, apabila saya bertanyakan tentang Abang Ali Irfan kepada abang form 4 ketika itu,

" Abg Ali Irfan tu sapa?"

" Abg Ali dulu pelajar lepasan Matri. Kalau ana form 1, dia form 5. Anta kena jadi macam dia, dia hebat."

" Kenapa dia hebat pulak?" Tanya saya pada abang form 4 itu.

" Cuba anta bayangkan, kalau dia cakap kat depan semua pelajar, tak dak sorang pun pelajar yang akan sembang kat belakang. Semua kusyu'. Bukan tidur. Tetapi focus." Sambil tersenyum.

Di situlah saya mula mengagumi abg ali. Bukan setakat penyampaiannya saja, malah tingkah laku dan peribadi yang ' membenarkan ' penyampaiannya juga turut disiqahi dan dihormati.


Siapa Ali Irfan Jamalludin

" Saya kini, adalah seorang insan yang sedang meningkat usia dan umurnya ke alam dewasa. Jika ditanya tentang kehidupan saya ketika ini, saya sangat berbahagia, gembira dan tenang dalam lingkungan kehidupan saya. Saya mempunyai seorang Abah yang sangat cekal orangnya dan seorang Emak yang sanga-sangat penyayang dan dikeliling adik-beradik seramai 10 orang sangat istimewa disanubari ini. Saya merupakan anak sulung. Saya sangat-sangat menyayangi keluarga besar saya ini. Saya juga sangat tenang bersama sahabat-sahabat seperjungan yang sentiasa menemani saya dalam mengharungi badai kehidupan dunia yang tidak pernah sunyi daripada dugaan, cabaran dan ujian.

Saya adalah insan biasa, sederhana sahaja dan mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Hajat dihati, ingin melihat dunia ini diwarnai dengan warna-warna Islam yang harmoni, aman, bahagia dan menenangkan. – Bayangkan dunia ini benar-benar dipayungi sinar keimanan dan cahaya ketaqwaan. MasyaAllah, saya selalu pejamkan mata dan membayangkan semua itu. Ia sangat INDAH!

Saya sangat-sangat mencintai persaudaraan, kebenaran, dan suasana yang ditunjangi dengan tonggak berbentuk Islamik. Saya benar-benar berkeyakinan bahawa, Islam adalah satu-satunya yang akan menzahirkan semua ini. Sekiranya kita kembali kepada Islam, insyaAllah segalanya akan dijelmakan dalam kehidupan. Kerana itu, saya begitu yakin dengan jalan yang telah dibawa oleh baginda Rasulullah SAW iaitu dakwah dan tarbiyah bagi melaksanakan semua ini. " ( Dipetik dari Blog BroHamzah).

Haa.. itu baru sikit. Nak tahu lebih mendalam kliklah di Ta'aruf lebih mendalam.

Brohamzah bersama imam muda.


Mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Pernah satu ketika, waktu ditingkatan empat. Sahabat saya yang agak nakal ketika itu sekarang dah baik (",). Meluahkan perasaannya kepada saya.

" Qawiem! aku respect betul la dengan abg ali. Walaupun aku macam ni, dia mau juga sembang-sembang ngan aku. Tanya khabar aku. Gelak-gelak. Ada setengah 'orang' yang aku tengok dia, senyum pun tak mau. Tegur lagi la." Mukanya bersungguh dicampur kecewa.

Huh. Aku ketika itu benar-benar tersentak. Seakan 'orang' yang dimaksudkan olehnya itu adalah aku. Ya, kadang-kadang pandangan kita selalu tersasar. Kita buat tak tahu kepada mereka. Buat tak kisah. Seperti mereka ini sudah tidak ada harapan untuk jadi baik. Seperti mereka hidup adalah untuk menyusahkan.  Akhirnya, dengan tingkah laku dan sikap kita yang sedemikian, mereka juga terasa hati. Maka wujudlah hijab di tengah-tengah yang kesannya menyukarkan kita untuk mengubah mereka.

Bukan itu yang saya nak focuskan.

Tetapi bagaimana pendekatan yang digunakan Abg Ali untuk menawan jiwa seorang adik yang bukan sama umur? Sehingga lahir rasa hormat yang tinggi. Yang akhirnya mudah untuk diberi tunjuk ajar. Mudah untuk menerima teguran. Mudah untuk mengubah penampilan tanpa rasa dipaksa.

Konklusinya, mesra dengan semua. Itulah caranya.

" Ala, tak percayalah. Tak kan mudah mesra dengan semua orang?"

Kalau tak percaya, ini buktinya. Pengakuan sendiri dari tuan punya nama. (",)

" Perwatakan saya, ialah sangat mesra dan rapat bagi mereka-mereka yang mengenali saya. Begitu la rasanya.( Bagi yang mengenali saya, apa respon?- Betul kah kenyataan ini). Saya suka membina persahabatan dengan individu-individu dan mereka-mereka yang serasi dengan saya. Dengan sesiapa sahaja, insyaAllah. Saya sedang berusaha ke arah itu. Sikap saya – suka meluahkan secara hati ke hati dan saya sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk mengenali seseorang sehingga ia rapat dan serasi dengan saya. "



Brohamzah bersama penulis muda.

Blog BroHamzah , blog contoh dan gedung ilmu.
Saya benar-benar menjejak ke blog ini bermula bulan sembilan yang lepas. Hampir setiap hari, blog Brohamzah ini pasti menjadi sasaran laman saya. Blog yang berkisar tentang pengalaman yang mendidik, kehidupan, fikrah islamiyah, motivasi, dan perkongsian tazkirah yang menyentuh hati. Ramai pelawat yang hadir ke blog Brohamzah benar-benar membuat saya hairan dan kagum. Bukan sahaja dalam Malaysia malah luar negara. Mungkin anda boleh melihatnya sendiri.

Saya tidak kisah andaikata ada blog lain yang lebih ramai pelawatnya itu disebabkan mengetengah isu yang biasa-biasa. Maksud saya hanya sekadar lawak jenaka, teka-teki lawak, gambar-gambar komik menarik, cerita-cerita yang inginkan publisiti dan sebagainya. Tetapi untuk blog brohamzah, ada ibrah dan kekuatannya yang tersendiri dan saya yakin kekuatan itulah yang mampu menarik pegunjung untuk menjejak walaupun sesetengah daripadanya langsung tidak mengenali siapakah Brohamzah tersebut.

Blog BroHamzah menyajikan bentuk-bentuk pengisian dan penghayatan yang amat sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Teknik yang santai, bersahaja dan seolah-olah berbicara secara langsung dengan para pembacanya sedikit sebanyak mampu menjadi inspirasi kepada rakan blogger yang lain. Mantop!

" ..Menjadikan weblog ini (Brohamzah) sebagai wadah perkongsian yang sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti diri dari hari ke hari. "

Saya yakin inilah salah satu tujuan Blog Brohamzah dibina oleh pemiliknya ; Ali Irfan Jamalludin. Oleh itu, saya benar-benar mencadangkan dan mengsyorkan agar kalian menjadikan blog Brohamzah ini sebagai blog harian yang mesti dibaca. Kalau tak salah saya, blog ini diupdate hampir setiap hari. Rugi sapa tak baca.

Marilah sama-sama kita mengambil manfaat daripadanya. Baca jangan tak baca. =)

( Blog BroHamzah )


Penghargaan Buat Insan Bernama Ali Irfan.

Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah kerana Allah mengurniakan saya seorang insan yang saya menganggapnya sebagai seorang abang dan sahabat. Ya, saya sedar. Ramai orang yang mengenali kami berdua mengatakan kami seperti abang dan adik disebabkan muka kami hampir sama walhal kami dari keluarga yang berlainan.

Maka, saya berkata kepada diri.

" Apa yang perlu aku banggakan andaikata rupa kami hampir sama, tetapi peribadi ibarat timur dan barat. Kesungguhan dalam beramal ibarat utara dan selatan. Aku benar-benar ingin menjadi lebih hebat dari Abang Ali."

Jazakallah Abang Ali atas didikan dan ambil berat selama ini. Moga Allah memberi kebaikan demi kebaikan.

Minta maaf juga dihulurkan andai tersalah tafsir dan tersilap tulis dalam artikel ini.

Uhibukafillah..(",)

Saturday, November 27, 2010

1
Komen
~ Rintihan Harapan ~





" Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain adalah lebih baik dari jika diberitahu tetapi tidak dihiraukan."



Friday, November 26, 2010

5
Komen
~ Kenapa Bukan Allahuakhbar? ~

Salam buat saudara seislamku.

Salam mahabbah buat semua pembaca.

InsyaAllah sedikit ilmu yang perlu kita tahu hari ini....

Sebagai seorang muslim.

Kenapa diucapkan سمع الله لمن حمده ketika bangun berdiri dari rukuk dan tidak diucapkan الله اكبر sepertimana dalam setiap perbuatan solat yang lain?

Jawapannya ;

Syeikh ‘Athiyyah Shaqr : Telah disebutkan di dalam Kitab Hasyiah Asy Syarqawi ‘ala syarhi At Tajrid karangan Syeikh Zakariya Al Ansori di dalam fiqh Al Imam Asy Syafie – Jilid 1 m.s 205 – bahawasanya hikmah diucapkan سمع الله لمن حمده ketika iktidal dan tidak diucapkan الله اكبر seperti takbir intiqalat (perubahan rukun) yang lain bahawa Saiyyiduna Abu Bakar As Siddiq radhiyallahu ‘anhu tidak pernah tertinggal solat berjamaah di belakang Rasulullah SAW walau sekalipun.
 
Pada satu hari dia datang untuk solat Asar bersama Rasulullah SAW dan ia menyangka bahawa ia telah terlewat dan ketinggalan solat berjamaah di belakang Rasulullah SAW maka dia pun berjalan dengan cepat dan tergesa-gesa. Adapun itu berlaku sebelum datangnya larangan supaya tidak tergesa-gesa berjalan mengejar solat di belakang imam. Maka Saiyyiduna Abu Bakar masuk ke dalam masjid lalu mendapati Baginda Rasulullah SAW sedang bertakbir untuk bangun dari rukuk. Maka Saiyyiduna Abu Bakar pun mengucapkan الحمد لله lalu seraya bertakbir menunaikan solat di belakang Nabi SAW.
 
Maka turunlah Jibril alaihissalam sedang Nabi SAW di dalam keadaan rukuk lalu berkata kepada Nabi SAW ;

 “Ya Muhammad , sesungguhnya Allah telah mendengar orang yang memujiNya. Maka ucapkanlah olehMu (ketika iktidal) سمع الله لمن حمده ".

Maka Rasulullah SAW mengucapkannya ketika bangun dari rukuk sedangkan sebelum dari peristiwa ini, Rasulullah SAW rukuk dengan bertakbir dan bangun dari rukuk juga dengan bertakbir.

Maka jadilah ucapan Saiyyiduna Abu Bakar itu ( ( سمع الله لمن حمده sebagai satu sunnah sejak dari waktu itu dengan keberkatan Abu Bakar As Siddiq radhiyallahu ta’ala ‘anhu – selesai perkataan Asy Syarqawi dan dia tidak menyebutkan sanad baginya.

P/s ; Artikel ini diambil dari blog Ust Yussaine Yahya (Pengerusi & Mudir Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) untuk manfaat kita bersama.

Thursday, November 25, 2010

0
Komen
~ Zikir Terapi Ajaib? ~

Zikir penyeri kehidupan bagi mereka. Kita?

Salam bahagia buat rakan blogger sekalian.

Jom sama-sama kita berfikir mengenai zikir.

Kumulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum itu, ingin ditanya kepada anda. Best sangat ka zikir ni? Apa yang istimewa? Kelebihannya macam mana?

Untuk jawapannya pada saya..
Sangat istimewa. Ya, zikir mempunyai kedudukan yang sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, redha dan yakin kepada-Nya.

Kalau nak tahu, mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti kebersihan hati, keindahan beramal dan ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:

(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)

Subhanallah.

Dalam kehidupan, kita seringkali berdepan dengan pelbagai cabaran, mehnah tribulasi dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa dan kegelisahan hati.

Mana yang gagal dalam peperiksaan mahupun pekerjaan. Mana yang keluarga mengalami kematian. Mana yang selalu disisih kawan-kawan. Mana yang selalu diejek, dikeji, dihina. Mana yang selalu ditimpa masalah kewangan. Mana yang selalu....macam-macamlah dugaan dan masalahnya.

Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat ' terapi ajaib ' yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia.

Alhamdulillah.

Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman. Keimanan yang sebenar-benarnya kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Betul tak?

Zikir berkhasiat pula sebagai ubat bagi kekerasan hati.

Dikisahkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri:

 “Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini?” Lantas kata Hasan: “Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.”

Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)

Allahuakhbar.

Kekuatan zikir

1. Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.

2. Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

4. Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.

5. Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.

6. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.

7. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.

8. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

9. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

10. Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.

11. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.

( Rujukan kekuatan zikir di laman hikmah zikir )

Begitulah gambaran jelas menunjukkan betapa amalan zikir mempunyai keistimewaan besar yang seharusnya menjadi amalan rebutan setiap mukmin untuk mencapai keredaan Allah dan menikmati ketenangan hidup.

Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Berat untuk dibiasakan.

Halangan untuk berzikir

Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir tak lain tak bukan ialah disebabkan dosa yang dilakukan.Apabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir.

Faktor lain ialah seseorang itu dibelenggu sifat mazmumah yang merosakkan jika tidak dipandang serius seperti hasad dengki, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.

Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan:

“Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir kepada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya diri kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah.

Macammana?

Rasa-rasa mujarab tak terapi zikir ni?

Nak tahu, jom sama-sama kita amal.

Tapi jangan lupa. Biar ikhlas kerana Allah. (",)

Tuesday, November 23, 2010

5
Komen
~ Mereka Tidak Tahu ~




Bila Allah melupakan kita bagaimana?


Kenapa ketika kita sihat, manusia suka berdamping dengan kita?

Kenapa ketika kita pandai, mereka suka bersama dengan kita?

Kenapa ketika kita senang, ramai yang datang menghampiri?

Kenapa ketika kita bahagia, mereka sentiasa ceria disisi?

Kenapa ketika kita berduit, ada saja yang mahu berkawan?

Kenapa ketika ada pengaruh, ramai yang menjejak kita?

Kenapa ketika kita sempurna, manusia tidak segan silu datang berbaik-baik?

Kenapa ketika kita tidak ada cacat cela, mereka bangga mengaku kita sahabat?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebab hari ini kamu sudah tidak seperti dulu !!

Sebab kamu telah terpedaya dengan kata-kata manis mereka dahulu!!

Walhal kamu tidak ada apa-apa pun di mata mereka!!

Betulkah?

Sekarang saksilah sendiri

Bila keadaan sudah jadi begini..

Mana mereka yang kamu selalu banggakan dahulu?

Di mana mereka yang kamu lebih utamakan dahulu?

Mana mereka yang kamu bahagia mereka ada bersama?

Mana mereka yang seringkali kamu lebihkan?

Di mana mereka yang dahulu gelak ketawa ketika kamu sihat?

Mana wahai hati yang terasa...

Huh..

Itulah. Kan dah kata dan kamu juga tahu bukan.. Tak perlu berharap kepada manusia kerana mereka tidak ada apa-apa. Apa yang mereka boleh bagi? Apa yang mereka boleh buat? Mereka tidak selama-lamanya mengingatimu walaupun ketika itu kamu sangat mengingati mereka. Mereka tidak selama-lamanya menceriakan kamu sedangkan hari ini kamu kesunyian.

Perit, pedih dan sakit menusub kemas di hati ini..sabar, sabar dan terus sabar.

Baliklah wahai hati kembali kepada Allah. Bergantunglah sepenuhnya kepada yang mencipta langit dan bumi.
Berharaplah dengan penuh harapan kepada yang mampu membolak-balikkan jiwa manusia. Bermunajatlah kepada yang mencipta perasaan yang engkau rasai hari ini. Serahlah seluruh jiwa raga kepada Allah yang Maha tahu akan hikmahnya. Mintalah pertolongan kepada Allah..

Mudah-mudahan Allah menerimanya..

Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

( Al-Baqarah (2) : 153)

Pastikan dendam, hasad dan salah sangka tidak bermaharajalela di dalam hati.
Kerana itu mampu menghancurkan dan memutuskan tali perikatan indah yang kamu bina selama ini. Baik sangkalah kepada mereka.

Mungkin mereka tidak tahu akan hatimu ketika ini.

P/s : Artikel ini tidak ditujukan kepada sesiapa samaada yang mengenali penulis atau tidak. Ditulis hanya untuk menyedarkan diri penulis sahaja.

Sunday, November 21, 2010

10
Komen
~ Aduh virus cinta! ~

Tapi bagaimana pula tanda kita cintakan Allah?

Salam mesra dan ceria dari saya untuk para pembaca sekalian.

Hah.. hari ini mahu sahaja saya mengajak diri ini dan diri anda untuk sama-sama kita melihat.
Adakah kita sudah terjebak dengan penyakit ini..

Penyakit yang disebar oleh..

Virus CINTA!!

Yang pasti penyakit ini bukan datang secara mengejut. Ada tanda-tandanya..

Nak tahu?

Ayuh kita lihat..

Bila tanda sudah berputik

1) Selalu teringat pada si dia.

2) Sering menuliskan namanya ,sama ada dibuku harian ,di buku tulis sekolah bahkan di dinding bilik mandi.

3) Jiwa rasa resah ,gementar, dan salah tingkah laku saat bertemu dengan si dia.

4) Menyukai apa yang dia suka.

5) Agak malu-malu tapi sebenarnya mahu.

6) Mencari perhatian semasa dia ada bersama, bersikap yang dapat menarik perhatian si dia.

7) Melakukan apa yang si dia katakan dengan catatan tindakan itu positif.

8) Berusaha menampilkan diri sebagai orang yang terbaik dihadapannya.

9) Berhati-hati saat bertutur kata padanya untuk memastikan agar tidak menyinggung dan menyakiti hatinya.

10) Akan mengubah penampilan dan peribadi supaya terkesan rapi dihadapannya.

11) Curi-curi pandang.

12) Bersikap lebih halus dan lebih lembut pada si dia.

13) Tidak memberi peluang kepada orang lain untuk hati kecuali si dia.

14) Mencegah diri untuk tidak melakukan hal-hal yang dibencinya.

15) Memberikan perhatian yang lebih padanya.

16) Selalu ingin bertemu dan bersama si dia ,walau hanya sesaat.

17) Cukup hanya dengan memandangnya hati sudah tenang dan damai.

18) Gelisah dan resah jika jauh darinya takut-takut benda buruk yang terjadi pada si dia.

19) Berusaha menampakan hal-hal yang baik padanya.

20) Menuruti apa yang si dia inginkan.

21) Berusaha mmeperbaiki kekurangan demi si dia.

22) Merasa berbunga-bunga sepanjang waktu.

23) Rela berkorban demi si dia ,walau ia tahu hal itu sukar untuk dilakukan.

24) Menjadi lebih semangat untuk jadi yang terbaik dan baginya itu satu motivasi.

25) Berusaha untuk tidak mengecewakanya.

26) Mau menerima seadanya.

27) Berusaha menjaga rahasianya dengan kerendahan hati dan selalu bersedia mendengarkan curahan hatinya .

28) Menjadi orang yang prihatin, ambil berat , dan bertanggungjawab atas segala kehidupan.

29) Selalu ada untuk si dia, saat si dia memerlukan.

30) Berusaha untuk menjaga perasaanya.

Hah. Banyak lagi sebenarnya. Tetapi adakah kita sudah ada tanda-tanda yang dinyatakan di atas?

Hanya anda sahaja yang tahu.

Berhati-hati

Jika tanda-tanda ini ada pada kita, kembalilah mengingati Allah dan tanyalah pada diri,
adakah tanda-tanda ini datangnya dari syaitan yang ingin menyesatkan?

Justeru, rawatlah hati dan jiwa dengan berpaksikan hukum-hukum Allah. Rasakan bahawa diri kita dan diri yang tersayang adalah milik Allah yang hakiki. Bermunajatlah kepada yang Maha Esa agar memberikan kita insan yang terbaik sebagai peneman dalam mengharungi ujian yang menimpa.

Jangan salah faham ya..
bercinta itu tidak salah tapi biar kena pada cara dan batasnya..
Sebab mengasihi dan mahu dikasihi adalah fitrah kehidupan.

Bila dari mula lagi sudah mendapat petunjuk dan keberkatan dari Allah,

InsyaAllah kehidupan akan menjadi tenang, bahagia, bermakna dan mendapat keredhaan Allah dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

Friday, November 19, 2010

0
Komen
~ Semut hitam di atas batu hitam ~

Ikhlas juga sebagai kunci amalan.


Satu perkataan yang mudah untuk dibicara, dibincang dan ditulis.

Tetapi, untuk mengamalkannya;

mengaplikasi dalam kehidupan?

Amal diterima bila kita IKHLAS

Ikhlas adalah salah satu sifat yang terpuji, memiliki keutamaan yang sangat besar disisi Allah Swt. Kerana setiap perbuatan, ibadah seorang hamba kepada Tuhannya jika diadaptasi dengan rasa ikhlas, menjadi penyebab akan terkabulnya amalan tersebut, juga menjadi berlipat ganda pahala orang yang melakukannya.

Rasulullah SAW. bersabda :

Wahai Manusia, ikhlaslah kalian semua kepada Allah dalam beramal, sesungguhnya Allah Swt. Tidak menerima setiap amal perbuatan kecuali jika dilakukan dengan rasa ikhlas kerana-Nya.

Kita dituntut untuk ikhlas dalam beramal,
sebagaimana kita mengerjakan hal-hal yang telah menjadi kebiasaan kita dalam seharian seperti makan, minum dan tidur hatta 'berblog' sekali pun.

Jika sudah terbiasa melakukan segala sesuatunya dengan rasa tulus, tentunya pengabdian kita terhadap Allah lebih bererti dan memiliki keyakinan yang menggunung terhadap kehidupan kita, lebih-lebih lagi ketika kita memperhambakan diri kepadaNya dan diminta untuk bertanggungjawab ke atas amal perbuatan kita di dunia.

Allah berfirman:

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus ( jauh dari syirik -mempersekutukan Allah- dan jauh dari kesesatan).
(Al Bayyinah :5)

Justeru, marilah sama-sama kita mengikhlaskan hati dalam setiap amalan kita dalam rangka menjadi hamba Allah yang rabbani. Tak rugi bahkan mendatang keuntungan yang tak disangka-sangka.

Ingin saya bawakan cerita ini untuk kalian agar kita lebih memahami dalam melaksanakannya.

Belajar ilmu ikhlas.

Oleh : Pahrol Md Juoi


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


Akhir : Manusia Tertipu

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang.

Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Wednesday, November 17, 2010

2
Komen
~ Ucapan ini untuk Anda ~

Moga Allah sayangkan kita.



Assalamualaikum..

buat pembaca sekalian..

Saya Muhd Qawiem B Khairi ingin mengucapkan

" Selamat Hari Raya Eid Adha "

buat keluarga tersayang,

sanak-saudara yg mesra dan menghiburkan,

sahabat-sahabat seperjuangan sama ada di luar mahupun di dalam,

guru2 yg mencurah bakti tanpa jemu,

rakan2 blogger yg berkarisma,

dan last sekali kepada ANDA!!

Moga hari raya ini memjadi seribu satu erti kepada kita semua.

Amin.

Sunday, November 14, 2010

2
Komen
~ Renunglah Sebentar ~

Bertenang dlm menghadapinya. Pasti ada jalan penyelesaian.




Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.”

( Surah Al- Zukhruf 43 : 48)

Saksikanlah saudaraku,

kenapa perlu marah kepada ujian yang mendatang?

Bukankah itu ada hikmahnya..

Ku biarkan ayat ini berbicara...

Agar kalian tahu kita adalah hamba..

Saturday, November 13, 2010

16
Komen
~ Santai ; Melepas kerinduan 1~

generasi 15


Assalamualaikum.

Sblm tu setinggi-tinggi kesyukurn kpd Allah yg mjdkan manusia sbaik-baik ciptaan..
Bukn itu shj, Allah juga mberikan  shbt2 yg membahagiakan kpd saya..
Ketahuilah shbt2ku. Sungguh hari ini ku rindu kalian.

Jom tengok siapa mereka.

Nak mula ngan sapa dulu ya.
Ok. Start dgn kembar saya dulu...




ridha dan ahmad
Ridha ; Haa... dialah kembar saya. tarikh lahir dia 26/8. cuma ridha ni lahir kul 1 pagi tp saya kul 3 pagi.. betul x ridha? =) pd saya..saya bangga tarikh lahir sama dgn dia... dia antara shbt saya yg berjaya.. skrg ada kat mesir.. amik medic.. walaupun saya ni x brp hebat mcm dia.. tp dia mjd sumber kekuatan utk saya menjd lebih hebat dari dia.. kami ni dulu nk cerita mmg selalu gak bermasam muka... x sekepala.. ada saja yg x kena.. pelik juga.. tp bila igt balik..itu penawar sbnrnya utk ukhwah kami lebih rapat..dia juga ada ciri-ciri kepimpinan yg trsendiri..karismanya tu kluar bila dia mula berbicara...hebat..mga anta terus maju ridha..ana rindu anta..





Ahmad Azhar (Ahzan) ; ok.. seterusnya..ahmad azhar misran...rata-rata kami panggil ahmad.. ahmad boleh dikatakan sbg ketua kami generasi 15.. dia ada gaya yg tersendiri.. dia rapat dgn semua org.. perwatakan ahmad baik dan ceria mmbuatkan org senang dengannya...susah sbnrnya nk tgk dia marah..sejak saya kenal dia dari ting.1..boleh bilang ngan jari ja tyem dia marah...dia juga antara shbt saya yg berjaya setakat ni..moga kejayaan ahmad terus mekar..insyaAllah... skrg juga ada kt mesir...kos dentistry tanta university...salam ukhwah amad.


Shukri ; haha..shukri lak..asal penang..dia antara shbt yg selalu lawan bicara dgn saya..kadang2 perdebatan kami adlh mengenai negri sapa paling hebat..dia ada gengnya(penang)..saya pun ada geng saya(perlis)..tp yg selalu mng perlislah..haha..gurau senda ini membuatkan saya rindu pd dia...bahasa dia kdg2 bisa sikit..kena tahanla..yg selalu bersamanya sudah memahami..syukri ni sporting..mesra..dan bersopan santun..yaka..skrg ni sambung pelajaran kt alexandria university(mesir)...antara top student juga d ma3 dulu..tringat anta syuk..



peng



Pengiran ; ..peng..itu singkatan dr nmnya..kami panggil peng..asal sarawak..hebat..dia mmg hebat..pd saya dia jenis serius n bersungguh dlm mlakukan apa yg dia ingini..tp dlm serius tu pun..ada gurau sendanya..cerianya...klu nk tahu ayah saya ngan ayah dia satu U dulu..tp ayah peng seniorla kt UPM..utk spm ritu dia dpt 10 A...btul x peng?..ha..dia juga kt mesir skrg..kos dentistry mcm amad.. Ana doakan anta jd doktor gigi yg berjaya peng..jgn lupa ana..(",) salam ukwah..







Nazeer ; Nazeer Mukhlis..dulu pendiam...skrg ramah juga orgnya...gayanya biasa..nmpk luaran biasa...tp d sebaliknya adlh luar biasa..orgnya hensem juga..walaupun umo nya muda sthn..result spmnya trbukti gempak..mengejutkan..tp dia buknlah jenis menunjuk-nunjuk dgn kejayaan itu..waktu saya sakit..kemalangan..emaknya cg norizan selalu dtg lawat saya...terima kasih cg..kini nazeer sambung belajar kat alex..sama dgn shukri...shbt yg menceriakn..ada cara yg tersendiri..=)


Salim.nazeeer.shukri


Salim Rushdan ; erm..dlm generasi 15 ni..ada dua org nama salim..satu salim rushdan dan satu lagi salim wahab..utk kali ni saya akan ceritakan dulu ttg salim rushdan..saya dulu x brp rapat sgt dgn dia...bukan sbb apa..byk sgt berlainan pendpt..haha..tp skrg dh rapat..dia juga antara shbt yg sporting..cool..best.. berstyle.. dulu dgr cerita masuk UPM...tik tok tik tok..mesir..haha..bersama ngan salim seronok..ada sj gayanya yg mghibur hati shbt2..dlm generasi 15 ni..salimlah yg paling tua.. 6/1 tarikhnya..mga dipermudahkan urusan lim..(",)



saiful islam
 Saiful Islam ; kami panggil epul...sentiasa tenang...tp dlm gambar tu nmpk cam sedih..mungkin tyem tu ada masalah.sabar pul...klu org x knal..mesti kata sepul pendiam..tp bg yg dh knal..apa kata mereka?? sepul ni x berkira sgt dgn shbt2..sbnrnya dh lama saya x jumpa dia..walaupun kami tinggal d negri yg sama perlis..tp susah btul nk jumpa...skrg..d mesir..bakal doktor insyaAllah..Mga slmt di sana epul..








Ahmad Fath
Ahmad Fathullah ; fath famous name..fath ni lmbt skit saya knal dia..sbb dia msuk ke sek saya waktu ting 3. tp x ada bezanya.. kami bleh dikatakan rapat..sbb dia antara shbt yg tidur sebumbung selama 3 thn.. suka duka gelak ketawa gurau senda mmg dirasai tika saya bersamanya semasa spm..dulu waktu kt m3..klu ada masalah duit..saya selalu pinjam kat dia...terima kasih fath.. (",) dia tinggal d penang..tmn bertam indah..sudah menjejak kaki ke sana(rmh fath)..skrg smbung belajar d cairo mesir..kos perbankan islam...mga itu yg terbaik utk anta fath..







kautsar
Kautsar ; seterusnya kautsar..seorg shbt saya yg pembersih..hidup dgnnya mmg menyeronokkan..asal dr negeri sarawak..jauh..saya perlis...tp dgn kehidupan lima tahun tinggal sebumbung dgnnya..kami seakan serasi ..kenangan saya dgn kautsar ni byk..antaranya..diala yg tetap setia mengejut saya bgn subuh tika spm dulu..walaupun kdgkala saya buat x kisah ja..haha.. skrg dia study kt indonesia..kos..perbankan islam juga klu x silap..saya mmg rindu btul kt dia..mak kautsar kata muka kami sama..(",) oleh sbb itu saya selalu kata yg kami ni adik-beradik dulu waktu kecil..tp berpisah ats sbb tertentu..haha..itulah antara gurauan yg x dpt saya lupakan. Andai waktu dpt dikembalikan..erm..




uzair dan mukhlis
Mukhlis ; mukhlis ni dulu bersama-sama dgn saya masuk ting 6. Khassah Matri.. tp sbnrnya dia akan ke jordan dan skrg dh d jordan.. dulu ketika mukhlis d khassah.. dia selalu ke rmh Allahyarham Ustaz Dahlan.. hampir setiap mlm.. berbakti utk detik2 terakhir..bbrp hari yg lps, mukhlis tel saya dri sana-jordan.. utk brtyakan khabar..terharu juga saya sbnrnya..saya juga bercita-cita utk ke jordan..insyaAllah thn dpn akan ke sana..jd kesempatn yg ada ini..saya bleh minta tlgnya crikan rmh utk kami yg akan ke sana.. tunggu kami mukhlis..=)






Uzair ; haa..uzair lak antara yg satu halaqah/usrah dgn saya dulu..ting 1.. begitu juga dgn peng.. uzair asal sp..sungai petani..hari tu sblm dia terbg ke jordan..dia sempt ziarah saya di hospital..jazakallah uzair..moga menjadi insan hebat satu hari nnt..amin..tunggu kami uzair =)


Erm..inilah shbt2 yg berada di oversea skrg...dahulu kita bersama mereka.. main sekali, makan sekali, belajar sekali mcm2 lagi lah sekali..kini mereka nun jauh di sana.. Moga kalian tidak melupakan kami di sini.. 
Doa kami agar kalian berjaya insyaAllah. Uhibukumfillah..

hah..itu yg di oversea..shbt2 di malaysia mcm mn?
akan datang (",)... bersambung..


P/s : Coretan ini skit sebyk adlh untuk mengingati kenangan-kenangan indah bersama sahabat2..
       Di samping melepaskan rinduku pd kalian. (",)
       Moga ukhwah ini terus bersemi hingga ke hujungnya..



Thursday, November 11, 2010

0
Komen
~ Tanya Pada Diri ~



Sedarkah kita, kehidupan kita ini berlalu begitu pantas.

Masa-masa yang pergi bukan memanjangkan kehidupan kita, tetapi menghampirkan pengakhiran kita di dunia ini.

Umur bertambah bermakna usia kian meningkat,
usia kian meningkat bermakna kematian semakin dekat.

Akan jadi satu masa..

" Rumah kata pergi, kubur kata mari." Teringat murabbiku melontarkan ayat ini.

Cuba berpatah balik.

Takkala kita masih di hayun buaian.
saat belum kenal erti kehidupan,
yang tidak tahu apa itu Islam dan Iman,

Tetapi.. Diri kita sekarang adalah jawapan.

Cuba kita lihat diri kita dahulu.

Kita bukanlah orang yang tahu berjalan, kini bukan setakat berjalan malah berlari juga kita adalah yang terbaik,

dahulu kita tidak mampu dan fasih berkata-kata, sekarang bidang perdebatan kita adalah juara,

dahulu kita adalah penumpang yang hanya berada di belakang kereta, kini kita adalah pemandunya,

dahulu kita tidak tahu itu dan ini, sekarang kitalah pakar dalam bidang itu dan ini..

Bermacam-macam lagi yang dahulu kita tidak boleh buat, sekarang ibarat memetik jari.

Nampak?

Semuanya tak lain dan tak bukan adalah mekanisme perubahan yang berlaku dalam diri kita. Yang pasti perubahan ini bukan mengambil masa sehari, seminggu hatta sebulan. Tetapi mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Lihatlah kita sekarang yang dahulunya kita tidak ada apa-apa kini kita ibarat matahari. Tetapi adakah kita jenis matahari ketika langit tiada awan dan kabus atau matahari ketika langit mendung yang menghitam?

Jadi, saya ingin mengajak diri saya dan diri pembaca sekalian untuk menguji diri kita dengan 'ujian iman dan islam' yang ada pada kita. Andaikata kita lulus ujian ini barulah kita boleh menganggap diri kita sebagai matahari yang terbaik.

- Soalan yang dipetik dalam buku Manhaj Hidup Muslim tinta Al-Syahid Sayyid Qutb.- Untuk sama-sama kita muhasabah diri. InsyaAllah.

Soalan-soalannya.


(1) Apabila kita sudah terima Islam sebagai cara hidup dan mengaku beriman kepadaNya, periksalah apakah benar hidup dan mati adalah kerana Allah sahaja?

(2) Apakah yang harus kita kerjakan untuk memastikan tercapainya tugas yang telah diberikan Allah kepada ummat Islam?

(3) Apakah kita telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdian sepenuhnya untuk Allah dalam mengharungi kehidupan ini?

(4) Adakah pelayanan hawa nafsu dan pengabdian selain kepada Allah sudah terhapus dari jiwa kita?

(5) Sudahkah kita mengukur suka dan benci kita mengikut kepada kehendak Allah?

(6) Adakah kita benci atau suka seseorang adalah kerana Allah?

(7) Betulkah kita belanja untuk diri kita mahupun untuk orang lain mengikut ketetapan Allah semata-mata ingin mencari redhaNya?

Haa.. Itulah soalannya.
Mudah-mudahan kita benar-benar berusaha menumpukan perhatian dan serius untuk mencapai jawapan bagi soalan-soalan ini sebelum kita menghadapi fitrah kehidupan iaitu kematian.

InsyaAllah.

Tuesday, November 9, 2010

6
Komen
~ Berhati-hatilah dalam situasi ini ~

 


Pernah satu ketika , saya mendengar soalan ini.

Sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca.
Sampai sekarang soalan ini masih bermain di minda saya.

Nak tahu apa soalannya?

" Bolehkah Allah mencipta satu batu yang besar yang tidak ada siapa pun boleh mengangkatnya? "

Jika 'boleh' adalah jawapannya. Beerti Allah boleh mencipta batu itu. Tetapi dalam masa yang sama Allah juga tidak boleh mengangkat batu tersebut. Ini tidak akan terjadi kerana kita semua tahu bahawa Allah Maha Kuasa. Yang mampu melakukan apa sahaja. Sudah pasti Allah mampu mengangkatnya.

Jika ' tak boleh ' adalah jawapannya. Hal ini bermakna Allah tidaklah hebat. Tidak berkuasa kerana tidak mampu mencipta batu tersebut.

Soalan yang seakan berpusing di dalam bulatan.
Jangan terkejut. Soalan-soalan begini memang banyak sebenarnya.

Allahuakhbar.
Kadang-kadang manusia ini terlebih pandai. Pandai mencipta soalan-soalan yang membuatkan kita selaku hamba Allah juga yang beragama Islam ini terpesong sedikit demi sedikit tanpa kita sedar.

Apa yang kita takutkan adalah soalan-soalan ini ditanya kepada mereka yang tidak kuat pegangan Islam. Maka akan timbullah kekeliruan yang akhirnya mampu melucutkan akidah dan melunturkan pegangannya.

Kiasan itu kadang-kadang perlu.


Pernah juga soalan ini ditanyakan kepada seorang ustaz.
Dalam satu sesi kuliyah.


Apa jawab ustaz?

" Bayangkan kita pergi ke sebuah restoran yang terkenal. Kemudian kita minta minuman  'teh o ais limau panas' kat waiter tu. Rasa-rasa dia boleh buat tak?

Satu surau ketawa mendengar jawapan itu. Mana mungkin boleh terjadi 'teh o ais limau panas'.

Ustaz itu tidak menjawab soalan ini secara 'direct' mengikut kehendak soalan. Tetapi dijawab dengan berkias.

Bagi mereka yang memikirkannya dan melihat dengan pandangan hati. Mereka akan faham.

Renungkanlah. (",)

P/s: Jika anda ada jawapan yang lain, sila utarakan. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.

Monday, November 8, 2010

3
Komen
~ Diari : Kemalangan Membuka Mataku ~

Saya mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas kamu.

Sambungan dari entry lepas.
Hayatilah bersama. Moga ada manfaatnya. Amin.


 Tiba di Hospital.




 



























Sampai sahaja di hospital, aku digegaskan ke bilik kecemasan. Dalam hati ketika itu masih tersembunyi sebenarnya rasa takut, rasa tidak percaya malah perasaan bimbang yang menggunung seakan-akan kaki ku tidak dapat digunakan lagi. Mana tidak bimbang, apabila cuba untuk menggerakkan kaki kanan, terasa payah apatah lagi untuk mengangkat. Seperti sedang memakai pemberat.

Begitu juga kaki kiri, aku cuba untuk mengangkat. Sakit. Terasa sengatan berlegar-legar di kawasan lutut.


Sampai sahaja di bilik kecemasan, kelihatan beberapa orang doktor dan pembantunya sudah menanti kehadiranku. Di situ juga aku melihat Salman terlantar di atas katil. Tidak jelas pandanganku kerana terlindung di sebalik tirai. Para doktor sudah mula mengelilingiku. Bertubi-tubi soalan ditanya. Jawapanku hanya ringkas. tetapi padat. Tidak mampu mengulas panjang. Bukan masanya.

Tiba-tiba seorang doktor bersuara. " Adik! doktor nak tarik kaki kanan adik. Sebab paha kanan adik dah patah. Tulang yang patah itu sudah terkeluar dari kedudukan yang asal. Jadi, untuk masukkan balik tulang tu ke kedudukan asal, doktor terpaksa tarik. Lepas tu, doktor akan pasang besi ni di kaki adik untuk kurangkan kesakitan ok? Tahan sikit ya." Jelas doktor sambil menunjukkan besi yang dipegangnya.

Aku hanya terdiam. Terkelu tanpa jawapan.

" Argh.. Allahuakhbar! Allahuakhbar!. Allahuakbar!. Tolong aku ya Allah. Sakiitt!! " Terpacul kalimah-kalimah itu dari mulutku. Aku menjerit. Sudah tidak dihiraukan lagi siapa di kelilingku. Yang hanya ku fikirkan adalah Allah ketika itu. Yang hanya ku letakkan pergantungan ketika itu adalah Allah sahaja. Terkeluar air mataku. Mungkin kerana sakit dan mungkin juga kerana mengenang kembali dosa. Mungkin untuk menghilangkan dosa yang banyak, maka kesakitannya juga turut mempengaruhi. Terdetik itu di dalam hati.

Dalam masa yang sama, aku terdengar suara Salman dari katil sebelah.

" Sabar Qawiem. Sabar Qawiem." Salman cuba untuk menenangkan aku. Aku tahu Salman pasti terkejut dengan teriakan aku itu. Sakit ya Allah.

Selang beberapa minit.

"Siap". Doktor itu menepuk tanganku. Senyum.

Aku mengangkat kepala sedikit untuk melihat apa yang dipasang. Kelihatan satu besi seperti mengelilingi kakiku dari paha hingga ke pergelangan kaki. Padat. Membuat kakiku lurus.
Aku cuba untuk menenangkan diri. Walau kesakitan masih dirasai. Melihat doktor di sisiku sambil menulis sesuatu. Terus aku tanyakan bagaimana keadaanku agar jiwaku bisa tenang.

" Doktor! Kaki saya macam mana doktor? Ok ka?  Lepas ni saya boleh jalan lagi? " Aku benar-benar ingin tahu jawapannya. Terfikir di hati. Aku masih muda. Mampukah aku menerima hari-hari selepas ini dengan ketiadaan kaki? Segala-galanya susah. Susah.

" Kaki kamu bukan lumpuh. Cuma patah. Jadi, ambil masa sikitla untuk jalan macam biasa. Mungkin enam atau tujuh bulan."

Alhamdulillah. Segala puji bagi Mu ya Allah. Aku benar-benar lega dan selesa dengan jawapan itu.
Kerana aku tahu aku masih boleh berjalan seperti biasa walaupun bukan dalam jarak waktu yang terdekat ini.

" Bahagian lutut kiri dan kanan kamu cedera. Kulit terkoyak. Jadi kita akan operate secepat mungkinlah esok. Sebelum kuman dan bakteria merebak. Selepas ini kamu akan ke bilik x-ray untuk check bahagian mana lagi yang patah." Sambungnya lagi.

Tiba-tiba aku terfikir untuk meminta air. Dahaga yang amat. Sebenarnya dahaga ini sudah aku rasa ketika kemalangan tadi. Mungkin banyak darah yang keluar.

" Doktor! Ada air tak? Saya dahaga sangat ni. Dari kemalangan tadi lagi." Aku seakan merayu.

"Adik tak boleh minum. Sebab esok kita nak operate. Adik dilarang minum dan makan enam jam sebelum dan selepas operate. Takut-takut ada kesan buruk bila operate nanti. Sekarang pun dah pukul dua." Balas doktor itu sambil sibuk menbersihkan darah di tanganku. Ya Allah. Macam mana ni? Tak dapat aku bayangkan bagaimana nak tahan dahaga selama dua belas jam. Itu belum ditambah dengan masa operate.

Sakit, lenguh, kebas, terkejut, risau, dahaga dicampur dan digaul sekali dalam perasaanku. Ya Allah. Mampukah aku mengharungi semua ini. Ketika itu, bahagian kakiku sudah mula memainkan peranan.
Sakit, sakit dan sakit.

Seorang jururawat datang memberitahu. Mereka akan menukarkan baju dan kainku. Terkoyak dan dipenuhi darah katanya. Aku hanya mengangguk. Tidak ada yang mampu ku fikirkan ketika itu. Perasaan malu hilang begitu sahaja. Walaupun yang menukar pakaianku ketika itu adalah jururawat. Pelik. Sekarang bila aku teringat, hanya malu sendiri. Tertanya juga seorang diri, kenapa malu dan segan ketika tu  hilang sekan-akan logik dan rasional tiada. Monolog menjawab kerana pada masa itu aku terlalu sakit. Yang hanya ku fikirkan adalah sakit dan dahaga. Bukan malu atau segan. Begitu kuatkan pengaruh sakit itu?? Erm.
  
Aku teringatkan sesuatu. Inilah ibrah yang Allah tunjukkan. Aku nampak. Aku benar-benar rasai.

Haa. Apa yang aku nampak? Apa yang aku rasai? (",)


Keadaan itu memang akan TERJADI.




Go to fullsize image


Aku teringat.

Dulu, ketika aku di sekolah menengah pernah aku mendengar seorang ustaz menceritakan kondisi di Padang Mahsyar.

Ceritanya memang betul-betul menggetarkan hati. Terdetik takut yang amat. Insaf. Diceritakan manusia ini akan dibangunkan dalam beberapa keadaan. Ada yang muka sepeti khinzir kerana mereka ini dahulu meremeh-temehkan sembahyang dan mengabaikannya. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidahnya sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan. Allahuakhbar. Ada yang telapak kaki mereka terletak di dahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama). Ada pula yang bangun dari kubur tiada lidah dan mengalir darah yang busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahadah. Macam-macam lagi.

Yang pasti akan ada golongan yang bahagia ketika itu. Moga kita tergolong dalam golongan tersebut. Amin.

Kemudian, ustaz itu menyambung ceramahnya lagi dengan membawa dialog dan pertanyaan Fatimah kepada Nabi SAW.

Rasul SAW bersabda: "Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi."

 Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"

Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya.

Inilah yang saya rasa dan saya fikirkan waktu tu. Apabila manusia benar-benar sakit, dahaga, risau dengan nasib yang bakal mereka tempuhi yang belum tahu samada akan ke syurga atau neraka, kebahagiaan atau kesengsaraan. Maka akan hilanglah logik dan rasional dalam diri. Pada saya sakit ketika itu adalah lagi menyengat dan pedih dari apa yang saya rasa semasa patah kaki.

Moga Allah pelihara kita semua dari bahana Padang Mahsyar. Siapalah kita andai Allah tidak pelihara kita ketika itu?

InsyaAllah.

Mudah-mudahan ada manfaatnya. Amin. (",)


P/s : Suka untuk diingatkan. Coretan ini adalah luahan perasaan dan pengalaman penulis. Bukan untuk mengungkit dan mengingat apa yang telah pergi, tetapi untuk renungan akan manfaat dari apa yang telah terjadi.