Salam buat saudara seislamku. |
Salam mahabbah buat semua pembaca.
InsyaAllah sedikit ilmu yang perlu kita tahu hari ini....
Sebagai seorang muslim.
Kenapa diucapkan سمع الله لمن حمده ketika bangun berdiri dari rukuk dan tidak diucapkan الله اكبر sepertimana dalam setiap perbuatan solat yang lain?
Jawapannya ;
Syeikh ‘Athiyyah Shaqr : Telah disebutkan di dalam Kitab Hasyiah Asy Syarqawi ‘ala syarhi At Tajrid karangan Syeikh Zakariya Al Ansori di dalam fiqh Al Imam Asy Syafie – Jilid 1 m.s 205 – bahawasanya hikmah diucapkan سمع الله لمن حمده ketika iktidal dan tidak diucapkan الله اكبر seperti takbir intiqalat (perubahan rukun) yang lain bahawa Saiyyiduna Abu Bakar As Siddiq radhiyallahu ‘anhu tidak pernah tertinggal solat berjamaah di belakang Rasulullah SAW walau sekalipun.
Pada satu hari dia datang untuk solat Asar bersama Rasulullah SAW dan ia menyangka bahawa ia telah terlewat dan ketinggalan solat berjamaah di belakang Rasulullah SAW maka dia pun berjalan dengan cepat dan tergesa-gesa. Adapun itu berlaku sebelum datangnya larangan supaya tidak tergesa-gesa berjalan mengejar solat di belakang imam. Maka Saiyyiduna Abu Bakar masuk ke dalam masjid lalu mendapati Baginda Rasulullah SAW sedang bertakbir untuk bangun dari rukuk. Maka Saiyyiduna Abu Bakar pun mengucapkan الحمد لله lalu seraya bertakbir menunaikan solat di belakang Nabi SAW.
Maka turunlah Jibril alaihissalam sedang Nabi SAW di dalam keadaan rukuk lalu berkata kepada Nabi SAW ;
“Ya Muhammad , sesungguhnya Allah telah mendengar orang yang memujiNya. Maka ucapkanlah olehMu (ketika iktidal) سمع الله لمن حمده ".
Maka Rasulullah SAW mengucapkannya ketika bangun dari rukuk sedangkan sebelum dari peristiwa ini, Rasulullah SAW rukuk dengan bertakbir dan bangun dari rukuk juga dengan bertakbir.
Maka jadilah ucapan Saiyyiduna Abu Bakar itu ( ( سمع الله لمن حمده sebagai satu sunnah sejak dari waktu itu dengan keberkatan Abu Bakar As Siddiq radhiyallahu ta’ala ‘anhu – selesai perkataan Asy Syarqawi dan dia tidak menyebutkan sanad baginya.
P/s ; Artikel ini diambil dari blog Ust Yussaine Yahya (Pengerusi & Mudir Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) untuk manfaat kita bersama.
kisah yg kompleks..boleh percaya ka kisah karangan dari org2 yg x pernah disebut dalam quran ni? %-)
ReplyDeletemesti la dia rujuk hadis...
ReplyDelete> Aimi chan
ReplyDeleteUtk rujukan lebih lanjut..
Mungkn bleh klikkan laman (Ust Yussaine Yahya)..
yg tertera di atas..
Apapun terima kasih..(",)
> Anonymous
ReplyDeleteJazakallah.
nice info :)
ReplyDelete