Yang kedua kali. |
Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana hari ini waktu ini masih lagi menjadi milikku. Siapa sangka andai waktu ini bukan lagi milikku, sudah pasti kalian akan mendengar berita-berita serta cerita-cerita yang mengatakan aku sudah pergi menemui Ilahi.
Bila kufikirkan, bukankah itu satu lagi peluang untukku bertaubat?
Memperbanyakkan amalan?
Menyempurnakan apa yang tidak sempurna?
Membaiki diri menjadi yang lebih baik?
Soalan-soalan inilah yang kadang kala membuat diriku rasa tidak senang bergurau berlebihan.
Membuang waktu begitu saja tanpa melakukan amal yang mendatangkan kebaikan untuk diriku mahupun orang lain. Malah, seringkali membuat jiwaku bergetar andaikata soalan-soalan ini tidak ada jawapannya melalui amalan. Allahuakhbar.
Ya Allah, kuatlah diriku untuk melawan nafsu durjana ini. Amin.
Haa.. Inilah yang aku mahu kongsikan bersama para pembaca sekalian. Bila aku seringkali meminta agar Allah memperkasa diriku dengan iman untuk melawan nafsu, pasti ujian dan cobaan itu datang menjelma. Apakah itu tandanya?
Kongsian pengalaman.
Program yang dianjurkan
Hari Selasa bersamaan 7hb Sept 2010 merupakan hari yang bersejarah buat hidupku. Sebelum ni, kereta terbang, kemalangan, dan kematian hanya ku lihat di kaca TV.
Jika secara langsung sekalipun, hanya lihat dari jauh sahaja dan yang pasti itu semua bukan diriku. Tetapi tarikh itu adalah segala-galanya. Yang meletakkan aku sebagai salah seorang pelakon yang menjayakan jalan cerita yang bertajuk 'Kemalangan Ngeri di Perlis'. Terkejut sebenarnya.
Malam itu adalah malam 29 Ramadhan. Aku bersama seorang sahabat baikku Nabil merancang untuk berbuka puasa beramai-ramai (Iftar). Ahlinya adalah sahabat-sahabat KeArah Perlis (Kelab Remaja Haluan).
Matlamatnya hanya satu, ingin berjumpa kembali sahabat-sahabat yang sudah lama berpisah. Mengerat kembali ukhwah. Masing-masing berjauhan dek menuntut ilmu.
Pada aku, 29 Ramadhan adalah tarikh yang sesuai untuk program ini kerana kebanyakan IPT sudah mula cuti. Program ini juga bukanlah program yang dianggap besar, tidak ada gimiknya, tidak ada kertas kerjanya malah penyebaran maklumat adalah melalui sms sahaja.
Pada asalnya, tempat iftar adalah di Radix Chicken House (RCH). Tetapi terfikir pula, kenapa perlu bazirkan duit. Sedangkan beberapa masjid di Kangar juga menjalankan program berbuka puasa beramai-ramai. Salah satu masjidnya adalah Masjid Alwi. Jadi, di situlah tempatnya kami berkumpul untuk berbuka.
Berbuka dengan juadah kuih-muih yang disediakan - Solah Maghrib - Menjamu selera (mkn nasi) - Solah Isya' - Tarawih (Masjid Alwi).
Itulah perjalanan program yang aku dengan Nabil rancangkan. Kehadiran sahabat-sahabat juga memuaskan.
Faris, Zulkarnain, Dikwan, Syairazi, Samad, Nazeer, Wan Alif, Syafiq Akmal, Salman, Luqman, Irfan Fauzan dan lain-lain. Dah tak ingat semua.
Tetapi masalah komunikasi sedikit terjadi. Sahabat-sahabat dari Taman Desa Putra tidak dapat berbuka dengan kami di Masjid Alwi.
Akhi Sahel, Nabil, Nik, Suhaib, Muadz dan lain-lain. Dengar kata mereka berbuka di rumah Nabil. Tetapi atas hajat beberapa orang sahabat, kami jumpa di RCH selepas tarawih. Sambil jumpa sambil makan.
Sekitar jam 11.15 malam, kami bersurai. Sedikit nasihat ringkas daripada Akhi Sahel kepada kami semua agar berhati-hati ketika memandu. Bersalaman.
Segala-galanya bermula di sini
Aku pulang bersama dengan sahabatku Salman kerana rumah kami tidaklah jauh. Salman menumpang keretaku. Semasa dalam perjalanan, kami bersembang santai. Masing-masing ada sahaja hal yang diceritakan. Mungkin kerana lama tidak berjumpa. Kadangkala gelak ketawa mengisi ruangan kereta.
Semasa aku sedang memandu, tiba-tiba satu bayangan kereta muncul dalam sekelip mata.
BOOMM!! Bunyi seperti bom menurut penduduk berdekatan.
Bunyi BOOMM itu, terjadilah semuanya.
Sebuah kereta dari jalan bertentangan terbang ke arah kami..
Kanan itu adalah kereta yg ku naiki. |
Orang ramai mula berpusu-pusu mengelilingi tempat kejadian. |
Kereta yang ku naiki. Berakhir dengan rosak teruk. |
Kalimah La Ilahailallah yang mampu ku ungkapkan.
Aku melihat cermin depan keretaku retak sejuta, serpihan-serpihan kaca sedikit berhambur ke kepala ku. kelihatan satu plastik airbag yang masih panas di atas steering sudah kecut, kedua-dua kakiku seperti tersepit, aku menoleh ke kanan, kelihatan cermin sisi sudah pecah, pintu tidak lagi berfungsi terus ku lihat sebuah kereta di sebelahku yang kemik di sana sini. Teruk rosaknya.
Aku melihat ada orang di dalamnya. Wajah seperti ku pernah nampak. Mukanya berdarah. Aku juga perasan ada sekujur tubuh terbaring di sisi depan keretaku. Aku tahu dia sudah pergi.
Tiba-tiba aku terasa paha kananku seperti berdenyut. Terus ku pegang. Ya Allah. Kenapa pahaku seperti ini? Terasa membengkok dan ku yakin pahaku sudah patah. Allah. Aku benar-benar terkejut. Tak percaya.
Aku melihat Salman di sebelahku, diam seribu bahasa. Lalu aku bertanya kepada Salman. " Salman! Anta ok? " Salman diam juga. Aku berasa cemas. Aku mengulang kembali soalan itu. Kali ini suara aku sedikit kuat.
Akhirnya dia bersuara. " Kaki ana patah". Allahuakhbar. Terkejut aku mendengarnya.
" Ya Allah, ujian apakah ini ? "
" Kenapa semua ini terjadi kepadaku ? "
" Apa salahku ya Allah ? "
" Kenapa di waktu ini Ya Allah ?" (Nk dekat raya)
" Kenapa bukan orang lain Ya Allah? "
Aku sedikit menjerit ketika itu. Bermacam-macam soalan muncul di fikiranku. Kerana aku masih tidak dapat menerimanya.
Ketika itu juga, aku mula sedar. Apa yang berlaku sudah terjadi. Aku perlu menerimanya. Aku mula berzikir memuji Allah untuk menenangkan hati. Mula bertindak rasional. Aku baru perasan yang telefon bimbitku masih tersemat kemas di poket baju. Aku terus menghubungi ayah. Suara ayah seperti terkejut.
Kemudian aku terfikir juga untuk menghubungi Nabil. Paling kurang ada juga sahabatku yang datang ke tempat kejadian. Lalu ku cari namanya dan menekan butang 'call'.
Aku : Assalamualaikum Nabil. Ana kemalangan ni. Kaki ana patah.
Nbil : Jangan buat lawak Qawiem. Benda-benda ni jangan main-main. Betul ka?
Aku : Betulla Nabil. Ana kat depan JKR ni. Kemalangan.
Nbil : Pastu? Ana nak kena pi tengok ka? (soalan ni memang....)
Aku : Ikut anta la Nabil.
Aku tahu. Nabil mungkin tidak percaya. Kalau percaya sekalipun, tanggapannya pasti tidak teruk. Aku mula melihat di luar kereta. Ramainya orang. Pelik. Kemalangan yang baru terjadi tidak sampai lima belas minit. Tetapi kehadiran manusia yang ramai membuatku hairan. Seakan mereka tahu kemalangan akan terjadi di sini.
Walaupun ramai, mereka hanya mampu melihat. Sedih betul. Ada juga dua tiga orang pakcik yang suruh kami mengucap. Suruh bersabar.
Beberapa minit kemudian. Kedengaran siren ambulans semakin kuat. Ternyata mereka mengeluarkan Salman dahulu kerana pintu disebelah kiri hadapan masih berfungsi bahkan Salman tidak tersepit. Aku pula kena tunggu bomba, sebabnya aku tersepit dan pintu sebelahku sudah tidak dapat digunakan lagi.
Waktu itulah ayahku datang dan bertanya keadaanku. Selang beberapa minit, ibuku pula datang. Melihat kepada rupa ibuku, aku yakin ibu ku benar benar risau. Keluar juga air mata ini. Allah. Aku juga perasan Nabil dan Abang Sahel jauh di tepi jalan. Jujur ku katakan, melihat mereka aku terasa kuat.
Masa itu, aku terus berdoa untuk semua yang ku kenali.
Beberapa ketika kemudian. Barulah bomba datang. Mereka terpaksa mengeluarkan aku dari belakang kereta. Mungkin itu cara yang terbaik. Aku cuba untuk menggerakan kaki, tetapi terasa lemah. Tetapi aku bersyukur, kerana masih hidup. Alhamdulillah.
Aku dan Salman ; Ada cerita sendiri
Dari kiri : Salman dan aku. |
Dia betul-betul cakap dia tidak boleh join.
Selepas itu, Salman mengeluarkan hujahnya yang kedua. "Ana nak packing baju ni. Esok nak balik kampung di Pahang. Kalau ana pi, tak sempat nak packing". Aku membalasnya "Ala Man. Enta nak pi esok. Malam ni tidur la lambat untuk packing."
Lama juga aku tunggu jawapannya. Akhirnya Salman mengalah. Dia datang di pertengahan program. Datang solah isya' dan tarawih di Masjid Alwi dengan ayahnya. Dia juga setuju untuk balik dengan ku nanti. Tidak kisah. Lagi pun program ini bukan formal. Tujuannya mahu jumpa kembali sahabat-sahabat yang lama berpisah.
Itulah ceritanya. Maka, mari sama-sama kita melihat.
Andaikata aku tahu malam nanti kami akan kemalangan, sudah pasti aku tidak akan mengajaknya pada petang itu malah aku sendiri tidak akan pergi walaupun aku salah seorang yang merancang program tersebut.
Jawapannya, sudah tertulis bahawa kami akan kemalangan pada malam itu. Awalnya Salman sudah menolak pelawaan ku, tetapi akhirnya dia bersetuju untuk hadir juga ke program itu. Bukankah itu satu penyusunan?
Allahuakhbar. Segala puji bagi Mu ya Allah.
Ramai orang bertanya kepada ku? Apa hikmah dari semua ini?
Akan dijawab - bersambung..
P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingat apa yang telah pergi, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi.
Salam MQ, Syukran, syukran,syukran atas perkongsian anta ini.
ReplyDeleteSangat menyentuh hati ana.
Allah memberi satu ibrah kepada anta dan ia sgt mengesani ana.
~ BroHamzah
Innalillahi wainna ilaihi roojiun. Jgn lupa setiap kali drive, baca doanya ye.
ReplyDelete1. Brohamzh
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Jazakallah abg ali sudi membaca.
2. Muallimah
InsyaAllah.
Terima kasih atas nasihatnya.. (",)
Salam akhi....
ReplyDeletemaaf sbb xdpt join skali iftar tu.....dan ana doakan smoga anta n salman sabar dalam menghadapi musibah ini.... setiap musibah pasti ada hikmahnya.... wallahu'alam....
>Orangkola
ReplyDeleteXpa. Mungkin ada hikmahnya dan terima
kasih atas doa anta. Moga dapat berjumpa lagi. (",)
perkongsian yg menarik...membuatkan diri ana berasa bersyukur atas segala nikmat yg dikurniakan..ana tak pernah lagi di uji sehebat akh..akh insan yg terpilih oleh-Nya kerna Dia tidak akan membebankan hamba-Nya...semoga memperoleh kesejahteraan..moga Allah mempermudahkan segala urusan..
ReplyDelete> Syafiqah
ReplyDeleteAhamdulillah..
Terima kasih kerna sudi membaca..
Sekarang saya semakin sedar dengan semua ini.
Awal2 dulu seakan-akan tidak percaya.
Ttp saya bersyukur kerna Allah masih memberi peluang.. Terima kasih juga atas doanya. (",)
Salam
ReplyDeleteKamu!
Saya nampak ujian kamu adalah lebih untuk meyedarkan kami-kami yg lalai
Kamu-kamu yg kena
because He knows that you guys capable to receive this kind of test!
Bila individu yg baik yg diuji...kesan terhadap hati lebih KUAT daripada tajribah yg kena pada orang biasa2
At this young age you guys dah diuji Allah dengan peristiwa ini
Sungguh..kamu-kamu orang yg HEBAT
Keep going...never lose hope!
1. Anonymous
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Terima kasih sudi memberi komen.
Sebenarnya, apa yg saya harapkan x lain x bukan adlh Allah memberikan yg terbaik dlm kehidupan saya..
Justeru, Allah sudah memberikan yang terbaik. Maka saya harus menerima seadanya.
Segala puji bagiMU.
MQ (",)
masya Allah,Allah x uji ana maybe sbb ana x mampu,
ReplyDeletedasyat sungguh!!x dpt bayang klo ana yg kna..
(time tu x rasa ke kaki nta sakit??)
> Anonymous
ReplyDeleteMungkin lain insan lain ujian yang Allah bagi.
Seboleh-bolehnya apa yang kita kena harapkan setiap ujian adlah untuk menyedarkan diri kita drp tpu daya syaitan. InsyaAllah.
Awal2 kemalangan tu x rasa lagi sakitnya.
Bila dh sampi hospital(msuk wad kecemasan),
Ya Allah. Sakit sangat kt bahagian paha.
Moga Allah permudhkn org yg terima ujian lbih berat dri ana.
Jazakallah sudi memberi komen.
MQ (",)
waaa detailnya cerita hang..tapi bagoih jugak utk jadi pengajaran kat semua org..keep up the good work! :)
ReplyDelete> aimi chan
ReplyDeletehaha..
penulisan melalui perasaan dan bayangan..
akhirnya jadi detail..
Terima kasih sudi membaca dan menurunkan komen di sini.
MQ (",)
alhamdulillah qawiem,usia masih dipanjangkn lg,setiap ujian ada hikmah tersendiri...mungkin ini yg trbaik utk nta dan salman
ReplyDeleteAndai Kutahu ini akn trjadi ya Allah,pasti ku akan turut hadiri pd mlm i2 namun segala-galanya brlalu dgn bgitu pantas~~
Pintu Taubat masih dibuka lagi...Terima Kasih Allah utk sahabatku ini.
Uhibbukafillah~
apa khabar teman? lama x jumpa...
ReplyDeletemaaf x gi melawat enta kt hospital aritu walaupun skali.... mintak maap bnyk2...
rindu nak jumpa enta...
moga Allah beri lagi kita masa untuk berjumpa insya ALLAH
> Saiful Fozi
ReplyDeleteAlhamdulillah
Anta tau x pul, polis kata klu kami cpt 2 second,
kereta yg dtg ke arah kami tu akan terbang masuk ke cermin dpn.
Syukur Allah slmtkan kami.
Srnk bila dgr anta, salim ngan shbt2 g mesir..
Mga Allah permudahkan segala urusan..
insyaAllah.
> salim rushdan
Ana alhamdulillah sekrg..
Semakin pulih.
pasal melawat tu x pa..ana paham..
doa sudah mamadai...(",)
kongsi-kongsila skit lim gmbr2 dlm fb..
ana selalu jugak ikut prkmbangan antum di mesir..
Moga Allah bg kejayaan n kebahagian kt shbt2 ana.kim slm kt semua.
uhibukumfillah.
jazakallah khair qawiem atas perkongsian yg sgt bermakna..sgt menyentuh hati cg.. mg sntiasa mnjadi yg terhebat di sisi ALLAH..
ReplyDeleteDoakn cg ya..
> Cg Tasnim
ReplyDeleteSyukran cg atas doanya..
kita merancang dan Allah yg menentukan.
InsyaAllah doa sentiasa mengiringi.
Alhamdulillah MQ dan teman selamat, aunt T baru baca pasal kemalangan tu, jadikan pengajaran baik utk MQ juga aunt T dan semua pembaca bahawa kita merancang tapi perancangan Allah lebih sempurna, ada hikmah tersembunyi.
ReplyDeleteterima kasih auntT..
ReplyDeleteqawiem..akhirnya dpt juga tahu cerita daripada empunya diri...Sungguh,malam tu masa dapat tau kami semua ingat accident kecil tp tak sangka....
ReplyDeleteAllah sebaik2 penyusun,..
Allah juga tahu kemampuan kita...
Semoga terus kuat utk mengharungi kehidupan yg mendatang..
Terima Kasih kerana berkongsi...
> ummu_ammar
ReplyDeleteramai yg x sangka pasal exciden tu,
hinggakn keluarga ana sendiri begitu,
tp setelah mrk dtg ke tmpt kejadian mlm tu,
terkejut sgt bila tgk ramainya manusia yg menghurung..
sbnrnya kmlngn ni adlh kenangan utk ana muhasabah,
bila dh sihat ni,
ana sentiasa wajibkn diri utk igt kembali kemalangan yg mnimpa,
di situ terasa ego pelan2 turun.
mula kembli igt Allah dan sbgnya,
sama-sama krn membaca..