Monday, November 29, 2010

5
Komen
~ Menyingkap Brohamzah Di Lautan Rabbani ~



Brohamzah = Ali Irfan

Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan yang mengembirakan. Gembira ni satu anugerah sebenarnya. Bukan boleh direka, dibuat-buat dan dipura-purakan. Sebab indahnya gembira itu adalah lahir dari jiwa yang senang, tenang dan lapang lebih-lebih lagi apabila berpaksikan kehendak Allah.

Hari ini..

Ingin saya membawa anda semua untuk kita sama-sama kita menyingkap siapakah Brohamzah? Haha.
Seram sejuk juga diri ini sebenarnya. Hendak menulis mengenai seorang pemuda yang hebat. (",).

Rilekskan pemikiran anda, tenangkan diri anda, ceriakan hati anda dan mulakan pagi anda dengan senyuman.

Jom kita lihat.

Bagi yang dah tahu. Pembacaan anda saya mengalu. Bagi yang tak tahu. Bacalah!. Jangan malu-malu.


 BroHamzah tu apa?

Disebalik Brohamzah adalah seorang pemuda yang bernama Ali Irfan B Jamalludin. Saya memanggilnya abang Ali. Tetapi apa kaitan dengan Brohamzah pula? Menurut Abang Ali, Brohamzah itu diilhamkan dari nama adik bongsu beliau iaitu Hamzah. Dan bro itu pula bermaksud Abang. Maka jadilah Brohamzah. Abang kepada Hamzah. Apa yang saya lihat Brohamzah merupakan salah seorang blogger yang dikenali ramai di alam maya ini.










Mula mengenali, terasa kagum.

Ketika saya ditingkatan satu, saya menyambung pelajaran di Ma'had Attarbiyah Al-islamiyah singkatannya Matri. Kemasukan saya ke sekolah itu sedikit sebanyak membuatkan saya tertanya-tanya siapakah Ali Irfan Jamalludin. Entah kenapa tiba-tiba nama saya dilibatkan dengan nama tersebut. Kerana ramai senior-senior saya ketika itu mengatakan saya adik kepada Abang Ali Irfan. " Muka sama." Itulah kata mereka. Sejak pada itulah, saya mula menjejak dan menyiasat siapa 'bayangan' saya ini. (",).
Pernah satu ketika, apabila saya bertanyakan tentang Abang Ali Irfan kepada abang form 4 ketika itu,

" Abg Ali Irfan tu sapa?"

" Abg Ali dulu pelajar lepasan Matri. Kalau ana form 1, dia form 5. Anta kena jadi macam dia, dia hebat."

" Kenapa dia hebat pulak?" Tanya saya pada abang form 4 itu.

" Cuba anta bayangkan, kalau dia cakap kat depan semua pelajar, tak dak sorang pun pelajar yang akan sembang kat belakang. Semua kusyu'. Bukan tidur. Tetapi focus." Sambil tersenyum.

Di situlah saya mula mengagumi abg ali. Bukan setakat penyampaiannya saja, malah tingkah laku dan peribadi yang ' membenarkan ' penyampaiannya juga turut disiqahi dan dihormati.


Siapa Ali Irfan Jamalludin

" Saya kini, adalah seorang insan yang sedang meningkat usia dan umurnya ke alam dewasa. Jika ditanya tentang kehidupan saya ketika ini, saya sangat berbahagia, gembira dan tenang dalam lingkungan kehidupan saya. Saya mempunyai seorang Abah yang sangat cekal orangnya dan seorang Emak yang sanga-sangat penyayang dan dikeliling adik-beradik seramai 10 orang sangat istimewa disanubari ini. Saya merupakan anak sulung. Saya sangat-sangat menyayangi keluarga besar saya ini. Saya juga sangat tenang bersama sahabat-sahabat seperjungan yang sentiasa menemani saya dalam mengharungi badai kehidupan dunia yang tidak pernah sunyi daripada dugaan, cabaran dan ujian.

Saya adalah insan biasa, sederhana sahaja dan mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Hajat dihati, ingin melihat dunia ini diwarnai dengan warna-warna Islam yang harmoni, aman, bahagia dan menenangkan. – Bayangkan dunia ini benar-benar dipayungi sinar keimanan dan cahaya ketaqwaan. MasyaAllah, saya selalu pejamkan mata dan membayangkan semua itu. Ia sangat INDAH!

Saya sangat-sangat mencintai persaudaraan, kebenaran, dan suasana yang ditunjangi dengan tonggak berbentuk Islamik. Saya benar-benar berkeyakinan bahawa, Islam adalah satu-satunya yang akan menzahirkan semua ini. Sekiranya kita kembali kepada Islam, insyaAllah segalanya akan dijelmakan dalam kehidupan. Kerana itu, saya begitu yakin dengan jalan yang telah dibawa oleh baginda Rasulullah SAW iaitu dakwah dan tarbiyah bagi melaksanakan semua ini. " ( Dipetik dari Blog BroHamzah).

Haa.. itu baru sikit. Nak tahu lebih mendalam kliklah di Ta'aruf lebih mendalam.

Brohamzah bersama imam muda.


Mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Pernah satu ketika, waktu ditingkatan empat. Sahabat saya yang agak nakal ketika itu sekarang dah baik (",). Meluahkan perasaannya kepada saya.

" Qawiem! aku respect betul la dengan abg ali. Walaupun aku macam ni, dia mau juga sembang-sembang ngan aku. Tanya khabar aku. Gelak-gelak. Ada setengah 'orang' yang aku tengok dia, senyum pun tak mau. Tegur lagi la." Mukanya bersungguh dicampur kecewa.

Huh. Aku ketika itu benar-benar tersentak. Seakan 'orang' yang dimaksudkan olehnya itu adalah aku. Ya, kadang-kadang pandangan kita selalu tersasar. Kita buat tak tahu kepada mereka. Buat tak kisah. Seperti mereka ini sudah tidak ada harapan untuk jadi baik. Seperti mereka hidup adalah untuk menyusahkan.  Akhirnya, dengan tingkah laku dan sikap kita yang sedemikian, mereka juga terasa hati. Maka wujudlah hijab di tengah-tengah yang kesannya menyukarkan kita untuk mengubah mereka.

Bukan itu yang saya nak focuskan.

Tetapi bagaimana pendekatan yang digunakan Abg Ali untuk menawan jiwa seorang adik yang bukan sama umur? Sehingga lahir rasa hormat yang tinggi. Yang akhirnya mudah untuk diberi tunjuk ajar. Mudah untuk menerima teguran. Mudah untuk mengubah penampilan tanpa rasa dipaksa.

Konklusinya, mesra dengan semua. Itulah caranya.

" Ala, tak percayalah. Tak kan mudah mesra dengan semua orang?"

Kalau tak percaya, ini buktinya. Pengakuan sendiri dari tuan punya nama. (",)

" Perwatakan saya, ialah sangat mesra dan rapat bagi mereka-mereka yang mengenali saya. Begitu la rasanya.( Bagi yang mengenali saya, apa respon?- Betul kah kenyataan ini). Saya suka membina persahabatan dengan individu-individu dan mereka-mereka yang serasi dengan saya. Dengan sesiapa sahaja, insyaAllah. Saya sedang berusaha ke arah itu. Sikap saya – suka meluahkan secara hati ke hati dan saya sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk mengenali seseorang sehingga ia rapat dan serasi dengan saya. "



Brohamzah bersama penulis muda.

Blog BroHamzah , blog contoh dan gedung ilmu.
Saya benar-benar menjejak ke blog ini bermula bulan sembilan yang lepas. Hampir setiap hari, blog Brohamzah ini pasti menjadi sasaran laman saya. Blog yang berkisar tentang pengalaman yang mendidik, kehidupan, fikrah islamiyah, motivasi, dan perkongsian tazkirah yang menyentuh hati. Ramai pelawat yang hadir ke blog Brohamzah benar-benar membuat saya hairan dan kagum. Bukan sahaja dalam Malaysia malah luar negara. Mungkin anda boleh melihatnya sendiri.

Saya tidak kisah andaikata ada blog lain yang lebih ramai pelawatnya itu disebabkan mengetengah isu yang biasa-biasa. Maksud saya hanya sekadar lawak jenaka, teka-teki lawak, gambar-gambar komik menarik, cerita-cerita yang inginkan publisiti dan sebagainya. Tetapi untuk blog brohamzah, ada ibrah dan kekuatannya yang tersendiri dan saya yakin kekuatan itulah yang mampu menarik pegunjung untuk menjejak walaupun sesetengah daripadanya langsung tidak mengenali siapakah Brohamzah tersebut.

Blog BroHamzah menyajikan bentuk-bentuk pengisian dan penghayatan yang amat sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Teknik yang santai, bersahaja dan seolah-olah berbicara secara langsung dengan para pembacanya sedikit sebanyak mampu menjadi inspirasi kepada rakan blogger yang lain. Mantop!

" ..Menjadikan weblog ini (Brohamzah) sebagai wadah perkongsian yang sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti diri dari hari ke hari. "

Saya yakin inilah salah satu tujuan Blog Brohamzah dibina oleh pemiliknya ; Ali Irfan Jamalludin. Oleh itu, saya benar-benar mencadangkan dan mengsyorkan agar kalian menjadikan blog Brohamzah ini sebagai blog harian yang mesti dibaca. Kalau tak salah saya, blog ini diupdate hampir setiap hari. Rugi sapa tak baca.

Marilah sama-sama kita mengambil manfaat daripadanya. Baca jangan tak baca. =)

( Blog BroHamzah )


Penghargaan Buat Insan Bernama Ali Irfan.

Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah kerana Allah mengurniakan saya seorang insan yang saya menganggapnya sebagai seorang abang dan sahabat. Ya, saya sedar. Ramai orang yang mengenali kami berdua mengatakan kami seperti abang dan adik disebabkan muka kami hampir sama walhal kami dari keluarga yang berlainan.

Maka, saya berkata kepada diri.

" Apa yang perlu aku banggakan andaikata rupa kami hampir sama, tetapi peribadi ibarat timur dan barat. Kesungguhan dalam beramal ibarat utara dan selatan. Aku benar-benar ingin menjadi lebih hebat dari Abang Ali."

Jazakallah Abang Ali atas didikan dan ambil berat selama ini. Moga Allah memberi kebaikan demi kebaikan.

Minta maaf juga dihulurkan andai tersalah tafsir dan tersilap tulis dalam artikel ini.

Uhibukafillah..(",)

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Tidak terkata apa-apa sebenarnya, membaca perkongsian anta.


    Syukran atas coretannya. Tetapi, hakikatnya tulisan anta ini agar memuji ana. Tidak lah sampai ke tahap itu. Takut ana membacanya. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku.



    Akhi, ana insan yang lemah dan tidak punya daya apa-apa.Cuma hajat dihati kecil ini, ingin bersama antum semua untuk menggapai keredaan Allah SWT

    Afwan atas segalanya.
    - BroHamzah

    ReplyDelete
  2. suka dan kagum dengan antum berdua. Moga ana diberi kekuatan berdiri bersama-sama antum :)

    ReplyDelete
  3. moga Allah redha..

    ReplyDelete
  4. > Brohamzah

    waalaikumsalam.

    Apa yg ana harapkan dri coretan ini adalah kebaikan abg ali itu di contohi semua termasuk diri ini..
    Ya, ana tahu mungkn bahaya utk abg ali jaga niat dan sebagainya.

    Oleh itu, Mga Allah memberi kekuatan kpd abg ali agar terus istiqamah dlm beramal, dijauhi dri riak, takabbur dan sewaktu dgnnya..

    fatahallahu'alaik..


    > Iqbalsyarie

    Sebenarnya akhi, diri ini berhajat untuk mengenali anda dgn lebih mendalam.

    Anda berpotensi besar..
    Ntah2 akan kluar satu artikel seperti ini juga ttg anda.Masih dlm penyiasatan..(",)

    Salam ukhwah..


    >dates. trees

    Harap Allah redha. Terimalah kerja kami ya Allah.

    ReplyDelete
  5. BroHamzah, Lautan Rabbani & Bayyinat adalah blog yang mula-mula ana rujuk semasa penubuhan blog ana..hu~blog kalian sungguh banyak ilmu....kagum..!!

    ReplyDelete