Sunday, June 3, 2012

37
Komen
~ Vlog Sulung : Support The Change ~

Qawiem Khairi | Jalan-jalan di Mall Jordan. (Tak ingat nama Mall. Keke)



Segala puji kepada Allah kerana dengan izinNya, hari ini vlog sulung saya berjaya diterbitkan juga.

Sudah lama bercita-cita ingin menghasilkan vlog sendiri, tetapi kerana kurang keyakinan dan kepandaian dalam menghasilkan video, maka cita-cita tersebut terbatas di luar kemahuan.

Saya secara jujurnya tidaklah ingin menandingi mana-mana vlogger yang lain. Dan saya juga tahu bahawa vlog sulung saya ini adalah first try and error.

Dalam menyampaikan apa yang saya rasa perlu disampaikan disamping ingin bersama-sama memperbanyakkan vlog-vlog bermanfaat.

Sebelum ini, penglibatan saya dalam arena blogger sudah mencecah satu tahun lamanya. Mungkin setengah orang menganggap satu tahun itu satu jangka masa yang pendek, tetapi bagi saya tidak sama sekali.

Kita ingin bercakap dalam soal kehidupan. Kita ingin menyentuh dalam soal peningkatan iman. Kita ingin bercerita akan pengalaman yang memberi pengajaran. Tetapi dalam masa yang sama, saya bukanlah yang terbaik untuk berkongsi semua itu buat para pembaca budiman.

Sebelum ini sudah ada yang memberi cadangan agar saya terjun dalam bidang Vlogger (Video) juga. Walaupun saya merasakan bahawa bidang blogger (Penulisan) ini juga masih banyak kekurangan. Ditambah dengan merasakan diri ini banyak kelemahan dan kesilapan.

Cuma saya masih teguh dengan analogi, ‘seorang anak gadis yang ingin mencuci pakaian tanpa niat ingin membersih tangan, dengan tidak disangka-sangka sekaligus tangannya juga turut menjadi cantik dan berseri-seri’.

Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah manusia yang terbaik untuk kalian contohi. Tinggal, saya merasakan apa yang ingin dikongsikan perlu diambil perhatian untuk diteliti dan dihadami.

Yang baik adalah apa yang dikatakan baik oleh syara’, yang buruk adalah apa yang dikatakan buruk oleh syara’. Jika saya salah, jangan segan-silu untuk menurunkan nasihat dan teguran.

Satu ketika dahulu bila saya pernah bercita-cita ingin ber’vlog’. Ada orang mendatangkan sokongan. Ada orang yang lain mendatangkan perlian sebelum sokongan. Tidak kurang juga yang tidak memberi sokongan tetapi memandang rendah lalu dijadikan bahan gurauan.

Sebab itu apabila saya ingin ber’vlog’, maka saya tampilkan tema pertama adalah ‘SUPPORT THE CHANGE’.

Dan tema ini sebenarnya banyak berdasarkan pengalaman sendiri.

Secara tak langsung ingin menegur manusia-manusia di sekeliling saya. Dan sekiranya mereka hanya menonton dengan kaca mata mencari kesalahan, maka mereka akan jumpa seribu macam kesalahan.

Begitu juga yang menonton dengan pandangan ingin membuat perbandingan antara vlogger-vlogger terkenal, maka mereka akan kecewa dengan video saya.

Sebaliknya yang melihat lalu meneliti video ini dengan niat mencari sesuatu bermanfaat, saya yakin dan percaya anda pasti menjumpainya walaupun sedikit. InsyaAllah.

Akhir kata, segala kritikan dan komen membina daripada anda semua sangat-sangat saya perlukan. Demi peningkatan untuk video yang seterusnya di masa hadapan.

Terima kasih juga yang sudi bertandang di Lautan rabbani dan menonton video ini. Moga Allah menyampaikan maksud saya dan memberi kita kekuatan untuk terus sama-sama berubah menjadi yang lebih baik.

Ingat, perubahan ke arah kebaikan harus dibela, bukan disindir apatah lagi dicerca !

Selamat Mononton. Chill.


Support The Change




Terima Kasih,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.



37 comments:

  1. pekat longat utara no...

    'amboi pakcik,hebat jugak saya ni rupanya. hujan turun sebab saya"

    "hebat apanya, dah hujan turun sebab kamu, memang menyusahkan aku la. Aku dah la mai dengan motor..

    (pandai pakcik tu belakon no huhu~)

    Memang betoi pun dik..pernah alami,3 tahun lepas masa baru mendidik diri dalam mengenakan kain kecil di muka..ada la yang 'berbunyi'..

    "tunjuk baik la tu"
    "kau nak mati ka"?
    "eh..Nak kawen ek?"
    "hang pakai sbb nak tunjuk alim ka?"

    Hanya Allah tempat mengadu. Berhusnudzon bahawa depa ni xfaham. so tugas kita lah utk faham kan depa..kita kena percaya tentang satu hadith "Allah akan menguji hamba-hambaNya yang berubah ke arah kebaikan".. Akak lupa haidth tu dari sapa..

    Setiap kali orang sekeliling mengata atau mengutuk, kita try mendekati depa, hulurkan salam & jgn lupa suh depa doakan agar perubahan kita istiqomah.. Continuous Improvement..! ^_^

    p/s~cam vlog matlutfi.. Apa2 pon msg yang ingin disampaikan sgt bagus.. Teruskan ber'vlog' ya.. Akak sokongg!!!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Moga yang baiknya dirasai semua.

      Sebab itu, contoh yang terbaik adalah Nabi kita.
      Sebuah perubahan yang drastik lalu ditentang hebat.
      Tetapi lama-kelamaan perubahan itu diterima. Hingga siapa yg tidak menerima perubahan itu kelihatan ganjil.

      Moga akak terus kuat ya.
      Allah yusahhil alaik. Amin.

      Terima kasih sebab jd yg pertama komen di sini. :)

      Delete
    2. akak tunggu vlog yang kedua pulak..tag la akak kt fb tau..takot akak terlepas pandang.. ^_^

      Delete
    3. InsyaAllah. Sokongan yang tidak berbelah bagi. Sgt2 buat diri ini dihargai. :)

      Delete
  2. Salam.. Dah lama sangat MO xberblogwalking, dah lama sangat tinggal. Baru2 ni rasa dekat balik dengan blog. Pagi2 ni terjaga, lepas dah buat apa yang patut terasa nak tengok blog, tengok update. Nampak update dari lautan rabbani..

    Ada vlog pulak. Bagus.. pengisian yang sangat bagus. Permulaan untuk berubah itu memang sakit sebenarnya. Banyak orang cuba nak jatuhkan kita. Tapi kita kena hadapi dengan hati yang kuat sebab tu kena sentiasa mohon pada Allah kan..

    Tak sabar pulak nak tunggu Vlog kedua LR ni.. :-) Teruskan berdakwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permulaan itu memang sakit. Setuju.
      Sekali dah berjaya, pasti manisnya kita akan rasai.

      Dan lumrahnya begitu.

      Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita.
      Untuk bergerak ke arah yang lebih baik. :)

      Delete
  3. assalammualaikum

    owh,ini rupanya vlog..

    good trying..wpun xdpt nk tgk hbis lg..dpt tgk sikit coz line internet slow tp insyaallah akn usaha tgk smpai hbis.

    sbb tgk org bg komen,mmg best vlog ini.

    truskn usaha.

    ~setiap perubahan yg baik yg kita ingin lakukan sudah pst ade 'ujian2' yg harus dtmpuhi.Yang penting utk truskn pjlnn perubahan adlh sentiasa dkt dgn DIA.Mohon kekuatan drp YANG MAHA KUAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam alaik.

      Hmm, inilah vlog. :)
      Alhamdulillah. Dalam fasa meningkat untuk menjadi yang lebih baik.
      Terima kasih atas kata-kata last tu.

      Agak menyejuk hati. :)

      Delete
  4. assalamualaikum
    pernah berdepan dengan masalah nmbo 1.. membe baru nak belajar masak selepas tengok antara kami pandai masak.. bukan xpandai masak pun cuma malas kot.. jadi,kami selalu support die dengan bagi resipi yang senang-senang (:
    alhamdulillah usaha berhasil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Seronknya membe tu sebab dapat kawan yg baik2.
      Tahniah atas keberhasilannya. :)

      Delete
  5. :) salam perkenalan..

    mak kat opis, jadinya tak dapat nak bukak vlog adik..
    hmm nnt balik mak tengok balik yer :)

    mak juga ada buat vlog sekali sekala, tapi mesti dengan anak mak hehehe..dan vlog mak selalunya takda inti pun weeee :)

    teruskan usaha yyay!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali.

      Saya ingatkan mak saya yang komen di sini.
      Terkejut jugak tadi. Hehe. :D

      Apa pun terima kasih mak.
      Moga Allah berkati keluarga mak. :)
      Dan permudahkan segala urusan.

      Delete
    2. terkejut jgk..baru nak tanya, pandai mak qawiem guna blog.. hehe

      salam ukhwah mak dari kakak hidayah.. ^_^

      Delete
  6. Vlog yg bermanfaat,
    Banyak pahala dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitukan.
      Pesanannya pendek.
      Tapi menguatkan.

      Terima kasih. ~.^

      Delete
  7. Menarik akhi ! Teruskan !
    Ana? Satu masa insyaAllah ;)

    ReplyDelete
  8. Akhi, ana ada sedikir cadangan untuk penambahbaikan. Moga membantu yah !

    1) Kadang-kadang dah tercampur bahasa nta utama dengan selatan. Ana lg suka kalau utara'kan semua. err, bukan asabiyah tahu?! Sekadar membina identiti ^^

    2) Mungkin dr satu bab ke satu bab tu, dicepatkan pergerakan. Mcm mana nak ckp ek. Senang kata cara mcm cemas sikit la. So, dr satu bab ke satu bab tu buat orang teruja.

    tapi secara general, bagi ana sangat bagus. Isi nampak. Gaya pun nampak tersusun. Kebanyakan org, kalau 1st time nmpak kelam kabut, tp nta nmpak chill and tersusun. Alhamdulillah.

    Itu saja dr ana. Moga menjana saham. Uhibbukafillah syeikh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Seronok ana baca cadangan enta.

      Insyaallah, next video.. ana akan mengguna pakai semua cdgn yg diutarakan. Series.

      Dan kalau enta nak tahu, cdgn no 1 adalah komentar yg cukup familiar dgn video di atas. ^^

      Apa pun, jutaan terima kasih bro.
      Sama-samqa kita mendaki. Moga apayg kita mimpi selama ni menjadi realiti.

      *Saya peminat Pemimpi Tegar. Harap maklum. :D

      Delete
    2. Haha. Antara semua-semua yg nta cakap, yg last sekali tu ana nak tergelak. :p

      insyaAllah. Sama-sama kita mendaki. ^^

      Delete
  9. Assalamualaikum.
    First time ziarah blog ni..tahniah ya akh..banyak pengisian,, nice vlog..keep it up.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Harapnya bermanfaat. Yang buruk kita tinggal, yang baik kita sama-sama amal. :D

      Syukrn yah~

      Delete
  10. Yang baik dijadikan tauladan..yg buruk jadikan sempadan..

    "Demi masa..."

    ReplyDelete
  11. cubaan yg baik..teruskan!!

    ReplyDelete
  12. Adik, terbaik lah !

    Message yg sangat menarik dan diinterpretasi dgn tepat sekali.

    Mg Allah redha.
    Mg terus bertambah2 bahagia.

    Lama tak menghantar senyum lebar buat anda di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah.

      Terima kasih kak sudi meninggalkn komen yang bukan shj di sini malah di FB juga. :)

      Delete
  13. Salam alaik.

    Mabruk utk vlog sulung ni. (=
    Mesej padat, insyaAllah bermanfaat utk semua yg tengok.

    Just one thing, tentang eye contact.
    Jangan segan2 tgk kamera yer? (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Certain part je, bukan semua. Overall, thumbs up! (=

      Delete
    2. Wassalam..

      Owh, first tyem dgr komen jgn segan tgk camera..
      InsyaAllah next akan lebih fokus benda ni.

      Terima kasih kak. :)

      Delete
  14. assalamualaik
    kali pertama ziarah.osem ^^,

    vlog sulung tapi dah mantop.
    ili suka part pisau terbalik & bercakap tanpa bakat tu
    tergelak sorang2 ;)

    #menunggu vlog kedua

    |i'll support the changes.to be a better salve of Allah|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Owh. Kali pertama.
      Ahlan wasahlan. Terima kasih sudi berkunjung.

      Moga Allah berkati pertemuan ini. ^^

      Delete
  15. Mabruk 'alaik..semoga Pelaut Rabbani terus berlayar merentasai lautan perjuangan, melayarkan bahteranya ke pelusuk dunia demi secebis ilmu untuk dikongsikan. mungkin pada luarannya, ia nampak "biasa je" namun hakikat hikmah & pengajar terkandung padanya.. :) barakallahu fiik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Moga Allah perkenankan doa ini.

      Allah yujzikilkheir. ^_^

      Delete
  16. Alhamdullillah , syukur kepada NYA. tahniah sahabat ku yg telah berjaya tambah2 semakin hensem dan macho ini . . teruskan berjuang dan menuntut ilmu pengetahuan . ais di sini sokong qawiem sentiasa . :) bumi ku pijak dan HADIS ku junjung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaweh Ais.. Apa khabar?

      Terima kasih bro sudi menyokong aku.
      InsyaAllah akan terus bersemangat utk meneruskan usaha ini.

      Jaga diri. ^_^

      Delete