Monday, February 20, 2012

4
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 6] ~


Tertumpah jua air mata itu.

Di Dalam Kelas. Selepas Subjek Biology.


Amir : Kenapa pengetua nak jumpa Nadia? Amir merenung jauh ke luar tingkap.

Sham : Hmm…..

Amir : Mengalih perhatian ke arah Sham. Weh! Kenapa dengan kau ni?

Sham : Terkejut apabila bahunya ditepuk Amir. Yaaa, aku dengar. Kau cakap apa tadi?

Amir : Itudia.. dengar baik punya. Kalau dah dengar, kenapa tanya aku balik? Kau ni sihat ka tak?

Sham : Aku ok. Sepatah Sham membalas.

Amir : Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku.

Sham : ……………………………..

Amir : Kau rasa Nadia kena panggil ke bilik pengetua tu, ada kaitan dengan masalah aku tak?

Sham : Hmm….. tak tahulah.

Muka Sham mula berpeluh. Tangannya sejuk. Seiring degupan jantungnya yang kian kencang. Matanya terarah ke tempat lain. Sedangkan ketika itu, Amir sedang bercakap dengannya. Itu yang membuatkan Amir pelik.

Sham : Nadia, harap-harap kau tak libatkan aku dalam hal ini. Nada suaranya perlahan.

Amir : Apadia?!

Sham : Sekali lagi Sham terperanjat. Hah?! Apadia?! Aku tak kata apa-apa pun.

Amir : Hahaha….. Weh apasal dengan kau ni? Macam anak ayam nampak biawak ja aku tengok.

Sham : Hahaha…. Agak-agakla kau. Samakan aku dengan anak ayam. Mukanya tawar.

Amir mula sedar. Ada sesuatu yang Sham rahsiakan darinya. Lihat kepada ketawa Sham, dia sudah tahu yang ketawa itu tidak ikhlas.


Dalam Bilik Pengetua.


Pengetua : Cikgu, mana pelajar Nadia ni?

Cikgu Mariani : Eh….. tadi saya dah suruh sorang pelajar panggilkan dia.

Pengetua : Bila yang cikgu suruh? Timbul hairan dalam diri.

Cikgu Mariani : Dekat setengah jam yang lepas. Sebelum saya datang ke bilik pengetua ni.

Pengetua : Cikgu suruh pelajar tingkatan berapa yang panggilkan?

Cikgu Mariani : Pelajar tingkatan 4. Kebetulan jumpa di bilik guru perempuan.

Pengetua : Betul ka pelajar tu pi panggil? Ntah-ntah dia terlupa. Sambil menarik kerusi kayu di bawah meja lalu duduk di atasnya.

Cikgu Mariani : Tak pastila cikgu. Hmm…….

Pengetua : Macam ni lah. Kita tunggu lagi sepuluh minit. Kalau tak datang jugak, cikgulah yang pergi panggilkan.

Cikgu Mariani : Baiklah. Mengangguk.

Dalam hati Cikgu Mariani, timbul perasaan kesian kepada Nadia. Adakah benar Nadia yang sanggup pecahkan cermin keretanya. Sedangkan sebelum ini, Nadia antara pelajar perempuan yang disayanginya. Bijak, baik, tinggi karisma malah jika ada masalah dalam akademik mahupun urusan pengawas, Nadia pasti akan meluahkan kepadanya.


Di Bilik Air Perempuan.


Nadia : Tolong akak Tiqah. Air mata deras mengalir.

Atiqah : Akak, kenapa ni?

Nadia : Sobs… sobs…. sobs….

Atiqah : Janganlah macam ni kak. Tiqah jadi sedih bila tengok akak nangis-nangis ni.

Nadia : Akak……. tak mahu…….. pergi……. ke bilik pengetua………

Atiqah : Kenapa kak? Apa yang dah jadi? Tiqah mengerutkan dahi. Tidak faham.

Nadia : Akak tahu akak bersalah. Akak dah buat salah dengan Cikgu Mariani. Teresak-esak Nadia menangis.

Atiqah : Ya Allah. Kenapa ni kak? Tiqah tak pahamla.. Sambil mengusap lembut belakang Nadia. Jiwa perempuannya tersentuh apabila melihat kakak yang dikasihi menangis seperti anak kecil di hadapannya.

Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kakakku ini. Sungguh, aku tidak tertahan melihat dirinya sebegini rupa.  Doa Atiqah di dalam hati. Sayu.


Apa yang terjadi sebenarnya? Antara Nadia dan Sham?? Seperti ada yang tersembunyi di antara mereka.





Thursday, February 16, 2012

7
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 5] ~

Di hadapan pintu kekusutan, bayang-bayang mereka yang bersalah mula kelihatan.



Di Taman Sekolah. Kelibat Irfan dan Fahmi yang dari tadi sembang panjang terganggu dengan kemunculan Amir.


Amir : Weh Irfan! Aku tak suka kau buat perangai macam ni. Kalau kau tak puas hati dengan aku, sekarang jugak kita selesaikan!

Muka Amir merah. Matanya seakan api yang sedang marak. Hatinya benar-benar marah. Sebagai seorang pelajar yang dipercayai guru-guru, dia berasa terhina apabila ditegur sebegitu rupa oleh pengetua tadi.

Irfan : Perangai apa ni? Aku tak paham apa kau cakap. Irfan cuba berlagak tenang.

Amir : Kau jangan buat-buat tak paham Fan! Siapa yang pecahkan cermin kereta Cikgu Mariani?! Siapa yang letakkan dompet aku kat situ?! Kalau bukan kau yang banyak tak puas hati dengan aku!

Irfan : Owh… pasal tu. Aku pun sebenarnya keliru dan tak tahu sapa yang kenakan kau Amir.

Fahmi : ……………………

Sham : …………………….

Amir : Keliru apa lagi?! Kau jangan nak perbodohkan akulah Fan. Baik kau ngaku ja lah yang kau pecahkan. Kau ni memang sengaja nak bagi aku hidup tak senang kan?!

Kawasan Taman Sekolah yang tadi sunyi dan tenteram kini menjadi tegang. Dengan tempikan suara Amir, menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan beberapa junior berdekatan.

Fahmi : Eh Mir, kau janganlah main angin ikut sedap ja. Kita boleh bincang baik-baik benda ni. Kami pun tak tahu siapa yang kenakan kau.

Amir : Hahaha…. berbudi bahasa jugak kau kan? Bincang apa lagi?! Korang bagitau aku. Nak bincang apa lagi?!! Jawablah!!

Sham : Amir…. rileks bro. Kawal sikit marah kau. Ramai budak-budak tengah tengok kita ni.

Amir : Arrghh!!! Peduli apa aku?! Aku datang sini bukan nak balik tangan kosong. Selagi aku tak heret budak dua orang ni jumpa pengetua, selagi tu aku tak tenteram.

Irfan : Baiklah Mir. Kalau dah cuaca panas terik macam ni kau minta hujan, terpaksalah aku belikan payung. Agar kau dan aku, kita sama-sama tenteram.

Kriiinggg!! Loceng sekolah berbunyi. Tanda waktu rehat sudah berakhir.


Dalam kelas 5 Sains. Mata pelajaran Biology. Semua pelajar sedang memberi tumpuan kepada Cikgu Norizan di hadapan kelas.


Cikgu Norizan : Sebagai hamba Allah, kita kena percaya bahawa setiap kejadian dalam tubuh badan kita ini adalah bukti kehebatan Allah. Ok, cikgu nak bagi contoh mudah. Tahun lepas kita ada belajar jenis-jenis asid bukan? Masih ingat asid hidroklorik?

Beberapa orang pelajar mengangguk. Setengah yang lain diam. Cuba mengenal pasti kembali nama Asid tersebut mungkin. Tapi tidak bagi Amir. Fikirannya terganggu. Marahnya pada Irfan tadi masih belum hilang. Dia serabut. Kerana dia mangsa keadaan. Tiba-tiba……

Atiqah : Mengetuk pintu. Assalamualaikum. Minta maaf menganggu, cikgu.

Seorang pelajar perempuan bernama Atiqah dari kelas 4 Sains sedang berdiri di hadapan pintu kelas.

Cikgu Norizan : Ya, Atiqah? Ada apa? Tanya Cikgu Norizan lembut.

Atiqah : Boleh jumpa dengan Kak Nadia?

Cikgu Norizan : Sambil mencari. Mana Nadia?

Nadia mengangkat tangan.

Cikgu Norizan : Ada urusan apa ni Atiqah?

Semua pelajar menumpu ke arah gadis kecil molek itu. Berminat untuk tahu jawapan.

Atiqah : Saya daripada bilik guru tadi. Pastu, terserempak dengan Cikgu Mariani. Jadi, Cikgu Mariani minta tolong panggilkan Kak Nadia. Nak jumpa di bilik pengetua katanya.

Nadia terkejut. Mukanya menampakkan kebimbangan. Amir, Irfan, Fahmi dan Sham terus mengalihkan pandangan ke arah Nadia. Sepertinya pintu kekusutan kian terkuak.

Cikgu Norizan : Ok Nadia. Cikgu Norizan mengangguk. Tanda membenarkan Nadia keluar daripada kelas.

Nadia diam seribu bahasa. Jantungnya mula berdegup kencang. Tidak ada yang tahu bagaimana risaunya dia saat itu. Melainkan seseorang iaitu SHAM!

Nadia : Terima kasih cikgu. 


Sambil berjalan perlahan keluar daripada kelas. Dia sempat menjeling ke arah Sham. Kelihatan Sham kaku. Matanya bertemu dengan mata Nadia. Lalu, Sham cepat-cepat melarikan pandangan ke tempat lain.


--------------------------------



Sunday, February 12, 2012

11
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 4] ~

Pelbagai persoalan yang terapung seakan tidak ada jawapannya.


Dataran Sekolah


Sham : Kau nak ajak aku pi mana ni Mir?

Amir : Kau ikut dahla.

Sham : Kot ya pun…. bagitau la aku dulu. Takla aku tertanya-tanya.

Amir : Aku nak pi jumpa budak si Irfan tu. Ni mesti kerja dia.

Sham : Mana kau tahu ni kerja dia? Entah-entah orang lain.

Amir : Sapa lagi budak kelas kita yang tak puas hati dengan aku?! Kau cakap! Melainkan budak baru tu ja.

Sham : ………………………………

Amir : Dah! Kau jangan banyak tanya. Kau ikut ja aku. Aku tau apa aku nak buat.

Sham : Tapi……

Amir : Tapi apa lagi?!

Sham : Aku tengok…. Lina dengan Fahmi tu selalu jugak tak puas hati dengan kau.

Langkahan Amir mati selepas mendengar nama Fahmi dan Lina. Kenapa?


Di Taman Sekolah. Berhadapan makmal komputer.


Fahmi : Kau ni kenapa Fan? Boleh tak kau jangan tengok aku macam tu?

Irfan : Irfan tersenyum. Aku bukan apa. Aku Cuma nak tahu cerita sebenar.


[Flashback]

Fahmi : Kau rasa apa yang boleh kita buat kalau dompet si Amir ada dalam tangan kita?

Irfan : Entah… buat bodoh ja lah.

Fahmi : Apalah kau ni. Sembang nak berapi. Balas dendam apala. Tapi tak pandai.

Irfan : Kau ada idea?

Fahmi : Apa kata kita kenakan si Amir tu? Kening Fahmi diangkat dua kali.

Irfan : ……………………………

[Flashback tamat]


Fahmi terus tergelak bila diingatkan kembali sembang-sembang mereka tempoh hari.

Irfan : Kenapa kau gelak? Pelik.

Fahmi : Owh….. jadi sebab tu lah kau syak aku yang pecahkan kereta Cikgu Mariani?

Irfan : Hmm….

Fahmi menyambung gelaknya.

Irfan : Kenapa dengan kau ni? Kena santau ka?

Fahmi : Takdalah. Tertanya gak aku sorang-sorang. Kenapalaa yang kau asyik duk syak aku. Rupa-rupanya sebab tu.

Irfan : So?

Fahmi : Nih, kau dengar baik-baik aku nak cerita. Lepas ni jangan duk syak aku dah. Waktu aku tanya kau soalan tu, aku ada ternampak dompet si Amir atas meja dia. Tapi, masa tu dia takdak dalam kelas. Sebab tu aku tanya kau, apa yang boleh kita buat dengan dompet dia. Bila dah kau kata kau tak tahu nak buat apa, aku biarkan ja la dompet tu kat situ. Puas hati?

Irfan : Ragu-ragu. Maknanya, bukan kaulah yang buat kerja ni?

Fahmi : Menggeleng. Bukan aku.

Irfan : Habih tu? Sapa lagi?

Fahmi : Dah-Dah. Kau pulak jawab soalan aku? Kenapa yang kau suka sangat nak amik berat pasal Cikgu Mariani?

Irfan : La…. dia kan cikgu kita. Lagi pun lepas dia panggil aku tempoh hari, aku dah mula sedar yang aku banyak buat salah bila masuk sekolah ni. Nada Irfan menurun.

Fahmi : ………


Dalam bilik guru perempuan.


Cikgu Mariani : Tindakan apa yang cikgu akan ambil nanti?

Pengetua : Hmm…. Setakat ni saya masih tak pasti lagi sebab kita tak tahu siapa sebenarnya yang pecahkan cermin kereta cikgu. Cuma kita ada syak beberapa orang pelajar dari kelas 5 Sains, lepas dapat makluman daripada Pakcik Mus.

Cikgu Mariani : Kalau kelas 5 Sains, Amirlah. Lagi pun memang kita ada jumpa dompet dia kat situ kan?

Pengetua : Bukan Amir. Dia hanya mangsa keadaan.

Cikgu Mariani : Hah? Kalau bukan Amir, siapa? Dan camna Pakcik Mus boleh tahu?

Cikgu Mariani merenung jauh. Mengingat kembali cerita-cerita lama. Mungkin ada pelajar yang tak puas hati dengannya.

Pengetua : Pakcik Mus ada jumpa saya. Kebetulan masa cermin cikgu dipecahkan, dia tengah sapu sampah di koridor Makmal Sains.

Tiba-tiba Cikgu Mariani teringat sesuatu. Peristiwa Irfan dipanggil ke bilik guru tempoh hari.

Cikgu Mariani : Cikgu, saya rasa saya tahu sapa yang pecahkan cermin kereta tu?

Pengetua : Mana cikgu tahu? Siapa?

Cikgu Mariani : Saya baru ingat. Baru-baru ni, saya ada marahkan sorang pelajar. Sebab dia bergaduh dengan si Amir sampai berdarah-darah. Irfan!

Pengetua : Owh… budak baru tu. Amir ada jugak ceritakan tentang pelajar nama Irfan ni. Tapi, mengikut dari apa yang Pakcik Mus bagitau, bukan Irfan. Walaupun saya tak kenal sapa budak Irfan ni.

Cikgu Mariani : Bukan Irfan? Jadi… sapa sebenarnya yang pecahkan cermin kereta saya? Seribu tanda tanya.

Pengetua : Menurut Pakcik Mus, seorang pelajar perempuan. Berbaju pengawas.

Cikgu Mariani : Apa?!!

Guru-guru lain yang sedang mendengar perbualan mereka juga turut terkejut.


-----------------------------



Thursday, February 9, 2012

12
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 3] ~

Kedudukan itu masih samar-samar. Yang sebenarnya siapa?


Dalam bilik pengetua.


Pengetua : Kenapa diam?! Jawab soalan saya!

Meja guru di hadapan Amir ditepuk kuat.

Amir : Cikgu, bukan saya yang buat. Saya tak tahu apa-apa pasal ni.

Pengetua : Saya dengar kamu ada bergaduh dengan sorang pelajar baru tadi?

Amir : Hmm..

Amir mengangguk.

Pengetua : Amir, kamu tu pengawas. Ketua pelajar lagi kat sekolah ni. Semua orang kenal kamu. Apa kamu buat, melambangkan sama ada layak atau tak jawatan yang kamu pegang. Sekarang, bagitau cikgu betul-betul. Kamu yang pecahkan cermin kereta Cikgu Mariani kan?

Amir : Cikgu, maafkan saya sebab bergaduh tu. Tapi, saya berani bersumpah bukan saya yang pecahkan.

Pengetua : Habih tu, camna dompet kamu boleh ada tepi kereta Cikgu Mariani??

Amir : ………………………………..

Tiba-tiba, Amir teringat sesuatu.


[Fashback]

Dalam kelas. Ketika subjek Add Math. Cikgu Asmah tidak dapat hadir ke sekolah sebab kurang sihat.


Sham : Amir! Bila kau nak bayar hutang aku? Aku tengah pokai ni.

Amir : Walawei…. bila masa yang aku hutang kau? Cemat sikit.

Sham : Agak-agakla. Yang aku bagi $10 sebab kau nak topup hari tu? Kau kata nak kol Nadia kalau tak silap.

Amir : Owh.. betul-betul. Bila kau sebut nama Nadia, baru aku ingat. Hoho…

Amir mengeluarkan dompetnya dari poket seluar. Untuk membayar hutang Sham. Salah seorang Geng Power Rangers biru.

Sham : Macam tulah kawan. Bila ada hutang, bayar balik. Hehe. Eh Mir, mulut kau tu berdarah balik!

Amir : Ha? banyak? Ni kerja budak baru si Irfan tula. Memang nak kena sidai dengan aku tak pasal. Tunggu! Aku pi tandas nak basuh jap.

Dompet berjenama Adidas masih di atas meja tanpa disedarinya.

[Flashback tamat]


Amir : Saya baru ingat cikgu. Saya ada tertinggal dompet atas meja tadi.

Pengetua : So.........?

Tapi, siapa yang jadikan aku kambing hitam? Irfan??

----------------------

Di Tempat Tunggu Bas.


Irfan : ……………

Fahmi : Kenapa yang kau diam ja ni?

Irfan : Aku tengah pikir pasal kereta Cikgu Marianilah. Sapa yang pecahkan cermin tu?

Fahmi : Hahaha… kenapa kau tanya soalan yang kau dah tau?

Irfan : Maksud kau?

Fahmi : Kau tanyalah diri sendiri. Aku rasa apa yang kau buat ni, macam tak patutla bro. Kesian pulak aku tengok Cikgu Mariani tadi. Kalau nak balas dendam sebab kena marah pun, balasla cara lain.

Irfan : Jadi, kau maksudkan akulah yang pecahkan? Bukan bro. Bukan aku. Aku rasa macam ada orang yang ketiga antara aku dan Amir.

Fahmi : Orang ketiga apanya? Kalau dah bukan engkau, Amirlah. Siap ada budak jumpa dompet dia lagi kat situ. Pelik jugak. Kenapa dia sanggup pecahkan? Bila tengok balik, dia macam nak kenakan kau ja.

Irfan : Aku tak rasa Amir. Dan aku yakin bukan Amir. Dia mangsa keadaan.

Fahmi : Hah? Weh irfan! Kenapa tiba-tiba kau baik sangka dengan si Amir tu pulak? Kau jangan lupa. Dia tu banyak urat tak puas hati dengan kau. Habih tu, kalau bukan kau dan dia? Sapa lagi??

Irfan : Hmm…..

Irfan diam panjang. Lalu dia bermonolog sendiri.

Irfan : Aku rasa……………. Kau! Kau FAHMI! *


--------------------------



Tuesday, February 7, 2012

6
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 2] ~

Garisan itu muncul antara mereka.


Dalam Kelas. Waktu Rehat.
                              

Irfan : Ala… rileksla. Bukan aku kena rotan pun tadi.

Fahmi : Ish.. memangla. Tapi aku rasa kau dah jadi mangsa keadaan. Punca bermula dengan si Amir tu.

Fahmi merupakan kawan baik Irfan. Orangnya berkaca mata. Berambut lurus dan nampak kemas apabila disikat.

Irfan : No hal lah. Ada masa kita di bawah. Dan akan tiba masanya kita di atas.

Fahmi : Akan tiba masanya? Maksud kau?

Fahmi mengerutkan dahi. Rambutnya ditolak ke belakang. Lalu membetulkan kedudukan kerusinya.

Irfan : Kau tunggu dan lihat. Aku bukan bodoh. Cuma aku suka buat-buat bodoh.

Fahmi : Hah? Apa kau cakap ni? Aku tak pahamla. Jap.. tapi kenapa kau tak bagitau perkara yang sebenar pada cikgu Mariani tadi?

Irfan : …………………..


[Flashback]

Cikgu Mariani : Tak bahagialah kalau asyik duk buat masalah. Sekarang cikgu nak tanya kamu. Kamu bahagia datang sekolah ni?

Irfan mengangguk.

Cikgu Mariani : Tapi cikgu tak bahagia kamu masuk sekolah ni. Itupun kalau kamu janji dengan cikgu, yang kamu takkan buat masalah lagi.

Irfan : Tapi…

Cikgu Mariani : Takda tapi-tapi. Kalau kamu nak cikgu dan pelajar-pelajar kat sekolah ni bahagia, ubah sikap kamu. Jangan asyik nak menyusahkan orang. Boleh faham?!

[Flashback tamat]


Irfan : Camna nak bagitau. Cikgu Mariani tak bagi aku peluang. Lagi pun cikgu Mariani macam dah tak percaya dengan aku. Mungkin sebab aku jahat sangat kot.

Irfan menunduk ke lantai.

Amir : Woi mangkuk! Amacam kena panggil ke bilik guru tadi?! Berapa rotan kau sarapan?! Haha. Tulah.. kau tu pelajar baru. Jangan nak tunjuk buku lali sangat.

Amir dan empat orang gengnya muncul. Mereka berbaju pengawas serba lengkap tie di leher. Power Rangers biru. Adakah menyelamatkan?

Fahmi : Eh… kau ni nak apa? Tak habih lagi duk cari pasal?

Amir : Wah-wah. Dulu kau tak pulak aku nampak kerek macam ni. Lepas budak baru ni datang, kau dah macam tak sayang gigi.

Fahmi : ……………..

Irfan masih mendiamkan diri.

Amir : Hah, kenapa diam? Tadi bukan main kau nak tunjuk taring. Baru aku angkat kening dah takut?

Irfan : Amir, engkau kalau tak puas hati dengan aku, tak payah nak cari pasal dengan Fahmi pulak. Kita boleh settle dua orang benda ni.

Amir : Haha. Settle konon. Selagi kau tak berambus dari sekolah ni, selagi tu aku dan kau tak pernah settle. Ini! Bengkak mulut aku kau tumbuk. Kau ingat cukup dengan kau kena panggil cikgu Mariani tadi? Aku akan buat lebih teruk lagi! Sampai kau rasa nyesal masuk sekolah ni!

Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan mengetuk pintu kelas.

Lina : Amir! Amir! Pengetua cari kau. Dia nak jumpa kat bilik.

Amir : Sebab?

Lina : Aku dengar sebab kau pecahkan cermin kereta cikgu Mariani. Ada budak jumpa dompet kau kat situ.

Fahmi : …………………

“Kan aku dah kata. Kalau aku sakit, orang lain mesti sakit!” Irfan berbicara sendiri. Bibirnya menguntum sinis.

Amir : (Gelak kecil) Haha.. kau ngarut apa ni?! Dompet aku ada dalam ……………

Amir gelabah. Tangannya hanya mencapai kunci pagar sekolah. Tidak ada beg dompet dalam poket seluarnya. Pelik. Bila masa hilang? Mustahil.








Thursday, February 2, 2012

2
Komen
~ Rebung juga Bisa Musnah ~





Ada pelajar, waktu dia kecil dia sentiasa dipuji oleh guru. Kepandaian, kepetahan, dan kepimpinan. Semuanya lengkap untuk meletakkannya sebagai pelajar yang disebut-sebut ketika zaman sekolah.

Senang cerita tidak sia-sia guru di sekolah mendidik dan mengajar.

P/s : Namun, jangan sangka buluh yang dilentur ketika rebung mampu hidup subur dikemudian hari.