Monday, February 20, 2012

4
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 6] ~


Tertumpah jua air mata itu.

Di Dalam Kelas. Selepas Subjek Biology.


Amir : Kenapa pengetua nak jumpa Nadia? Amir merenung jauh ke luar tingkap.

Sham : Hmm…..

Amir : Mengalih perhatian ke arah Sham. Weh! Kenapa dengan kau ni?

Sham : Terkejut apabila bahunya ditepuk Amir. Yaaa, aku dengar. Kau cakap apa tadi?

Amir : Itudia.. dengar baik punya. Kalau dah dengar, kenapa tanya aku balik? Kau ni sihat ka tak?

Sham : Aku ok. Sepatah Sham membalas.

Amir : Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku.

Sham : ……………………………..

Amir : Kau rasa Nadia kena panggil ke bilik pengetua tu, ada kaitan dengan masalah aku tak?

Sham : Hmm….. tak tahulah.

Muka Sham mula berpeluh. Tangannya sejuk. Seiring degupan jantungnya yang kian kencang. Matanya terarah ke tempat lain. Sedangkan ketika itu, Amir sedang bercakap dengannya. Itu yang membuatkan Amir pelik.

Sham : Nadia, harap-harap kau tak libatkan aku dalam hal ini. Nada suaranya perlahan.

Amir : Apadia?!

Sham : Sekali lagi Sham terperanjat. Hah?! Apadia?! Aku tak kata apa-apa pun.

Amir : Hahaha….. Weh apasal dengan kau ni? Macam anak ayam nampak biawak ja aku tengok.

Sham : Hahaha…. Agak-agakla kau. Samakan aku dengan anak ayam. Mukanya tawar.

Amir mula sedar. Ada sesuatu yang Sham rahsiakan darinya. Lihat kepada ketawa Sham, dia sudah tahu yang ketawa itu tidak ikhlas.


Dalam Bilik Pengetua.


Pengetua : Cikgu, mana pelajar Nadia ni?

Cikgu Mariani : Eh….. tadi saya dah suruh sorang pelajar panggilkan dia.

Pengetua : Bila yang cikgu suruh? Timbul hairan dalam diri.

Cikgu Mariani : Dekat setengah jam yang lepas. Sebelum saya datang ke bilik pengetua ni.

Pengetua : Cikgu suruh pelajar tingkatan berapa yang panggilkan?

Cikgu Mariani : Pelajar tingkatan 4. Kebetulan jumpa di bilik guru perempuan.

Pengetua : Betul ka pelajar tu pi panggil? Ntah-ntah dia terlupa. Sambil menarik kerusi kayu di bawah meja lalu duduk di atasnya.

Cikgu Mariani : Tak pastila cikgu. Hmm…….

Pengetua : Macam ni lah. Kita tunggu lagi sepuluh minit. Kalau tak datang jugak, cikgulah yang pergi panggilkan.

Cikgu Mariani : Baiklah. Mengangguk.

Dalam hati Cikgu Mariani, timbul perasaan kesian kepada Nadia. Adakah benar Nadia yang sanggup pecahkan cermin keretanya. Sedangkan sebelum ini, Nadia antara pelajar perempuan yang disayanginya. Bijak, baik, tinggi karisma malah jika ada masalah dalam akademik mahupun urusan pengawas, Nadia pasti akan meluahkan kepadanya.


Di Bilik Air Perempuan.


Nadia : Tolong akak Tiqah. Air mata deras mengalir.

Atiqah : Akak, kenapa ni?

Nadia : Sobs… sobs…. sobs….

Atiqah : Janganlah macam ni kak. Tiqah jadi sedih bila tengok akak nangis-nangis ni.

Nadia : Akak……. tak mahu…….. pergi……. ke bilik pengetua………

Atiqah : Kenapa kak? Apa yang dah jadi? Tiqah mengerutkan dahi. Tidak faham.

Nadia : Akak tahu akak bersalah. Akak dah buat salah dengan Cikgu Mariani. Teresak-esak Nadia menangis.

Atiqah : Ya Allah. Kenapa ni kak? Tiqah tak pahamla.. Sambil mengusap lembut belakang Nadia. Jiwa perempuannya tersentuh apabila melihat kakak yang dikasihi menangis seperti anak kecil di hadapannya.

Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kakakku ini. Sungguh, aku tidak tertahan melihat dirinya sebegini rupa.  Doa Atiqah di dalam hati. Sayu.


Apa yang terjadi sebenarnya? Antara Nadia dan Sham?? Seperti ada yang tersembunyi di antara mereka.





4 comments:

  1. Seperti biasa, suspen dan tertanya2..
    waiting for next episod..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. akan keluar tidak lama lagi.
      syukran sis.

      Delete
  2. agak2 nya ble akan keluar episode akn dtg

    ReplyDelete
  3. menarik.. sedang menanti episod seterusnya.

    ReplyDelete