Sunday, October 31, 2010

0
Komen
~ Beza Seorang Muslim Dengan Seorang Kafir ~




Islam itu INDAH


Kenapa seorang MUSLIM berbeza dari seorang KAFIR?

Saudara pembaca yang dikasihi.

Sedarkah kita bahawa setiap Muslim tu lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir?
Hal ini kerana Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada seorang kafir. Seorang Muslim pasti akan peroleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan masuk ke syurga, tetapi seorang kafir akan masuk ke neraka.

Saya ingin mengajak diri saya dan para pembaca berfikir.

Mengapa ada perbezaan yang begitu besar diantara seorang yang bergelar Muslim dengan seorang yang bergelar kafir? Padahal yang bergelar kafir juga keturunan Adam, seperti kita semua.
Mereka juga punya mata, kaki, tangan, hidung, telinga seperti saya dan anda. Hatta bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, merupakan Pencipta mereka juga.

Maka.

Kenapa darjatnya rendah dan darjat kita tinggi?
Mengapa kita semua nanti akan masuk ke syurga dan mereka akan masuk ke neraka?


Apakah bezanya terletak pada Nama?

 Hah.

Inilah suatu masalah yang harus kita fikirkan bersama secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang muslim dengan seorang kafir, tidak mungkin kerana seorang itu bernama Abdullah dan Nurul Jannah dapat masuk syurga sedangkan yang lain bernama Albert dan Mary kena masuk neraka?

 Atau kerana yang seorang tidak makan makanan haram dan yang seorang lagi memakannya?

Ataupun disebabkan yang ini berkhatan dan yang lainnya tidak?

Atau satu ke masjid satu ke gereja?

Allah Yang Maha Kuasa, yang mencipta alam seluruhnya, yang mengetahui pengakhiran dunia, yang memberi rezeki kepada makhlukNya masakan bersikap kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya hanya kerana soal-soal kecil seperti itu?

Bagaimana?

 Islam Dan Kufur itulah bezanya.





Memang benar perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang yang kafir bukanlah terletak pada nama, khatan, sumber makanan dan perkara-perkara kecil yang lain. Jadi apa bezanya??

Jawabnya hanya satu iaitu Islam dan kufur.

Setuju?
Kenapa Islam dan kufur jawapannya?

Islam beerti kepatuhan kepada Allah manakala kufur beerti keengkaran kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya hamba Allah, kedua-duanya adalah manusia. Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, mematuhi perintah-perintahNya, dan takut akan hukuman-hukuman Allah jika melanggar perintahNya. Sedangkan yang satu lagi terperosok jauh dari kedudukan itu kerana tidak menyembah bahkan tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya.

Inilah sebabnya mengapa Allah senang dengan orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Adakah kita melihat?

Di manakah kita andai kematian datang menjemput?