Wednesday, October 26, 2011

6
Komen
~ Cerpen : Kuasa Serigala 2 ~

Suara ganjil muncul tanpa disedari. Menghasut dan terus menghasut. Apakah kesudahannya?




Assalamualaikum.
Apa khabar semua? InsyaAllah. Hari ini saya ingin menyambung kembali cerpen Kuasa Serigala.
Bagi yang belum membaca 'Kuasa Serigala 1', saya syorkan untuk anda menghabiskannya sebelum
membaca sambungan di bawah.
Berkenaan Kamal. Apa yang sudah terjadi kepadanya?
Tidak mahu cakap banyak.
Enjoy. ^^ 





“Engkau, kalau nak pakai kasut carilah yang sepadan”

Kata-kata yang keluar dari mulut Kamal dengan muka tersenyum sinis membuatkan jiwa Bad semakin panas. Dia sangat tahu akan ayat tersebut. Itulah bicara yang selalu diulang jika lawannya itu tidak setanding dengannya.

Untuk Kamal, ayat itu ibarat batu nisan yang ingin dibakar menjadi debu. Benci.

“Wah, engkau sudah pandai mempermainkan aku ya. Apa kau ingat aku tak berani belasah kau depan Fareeza?”

Muka ayu milik gadis itu pelik. Apakah sebelum ini Kamal sentiasa dibuli oleh Bad dan gengnya? Tetapi kenapa? Adakah sebab dia? Fareeza sebenarnya tidak faham. Apa kaitan dia dengan Bad? Dan pergaduhan ini, kenapa namanya disebut. Sedangkan antara dia dan Kamal hanya kawan biasa. Masuk hari ini, baru dua kali mereka berjumpa.

“Wah, engkau sudah pandai mempermainkan aku ya. Apa kau ingat aku tak berani belasah kau depan Fareeza?”

Kamal mengajuk setiap patah perkataan yang dilontarkan oleh Bad kepadanya. Harapan, agar Bad terus terbakar dan terbakar dengan kemarahan. Padanya, Bad hanya kuman hari ini.

Ya. Bad tidak lebih dari itu.

“Kurang ajar! Engkau ni memang dah bosan hidup.”

Tanpa berlengah, Bad mengatur langkahannya lalu menyerang pantas kearah Kamal. Satu tumbukan padu terus hinggap ke muka Kamal. Tepat di dahi.

Suasana di tingkat satu kembali hingar. Mata-mata yang melihat pergaduhanny itu membulat. Apa yang sudah terjadi kepada Kamal? Tidak sempat elak? Atau... kelihatan kamal seperti tidak terasa sakit. Yang lagi menghairankan, kini muka Kamal dipenuhi bulu-bulu hitam. Seakan memakai topeng bigfoot.

“Itu sahaja? Dah habis?” Selamba Kamal bertanya.

Kawan-kawan Bad yang lain tidak berani datang mampir. Bukan kerana tidak mahu membantu ketua mereka, tetapi kerana perubahan ganjil yang berlaku di wajah Kamal membuatkan mereka sendiri tidak kuasa mengambil risiko.

Fareeza yang menyaksi sendiri pertelingkahan itu juga terperanjat dengan perubahan Kamal.

Pelbagai persoalan yang membelengu dirinya. Apakah Kamal manusia? Atau makhluk asing yang tinggal di hutan. Telah wujud beberapa kesan pelik pada anggota badan Kamal.

Dan tanggapan itu ada hujah tersendiri. Dia terlihat semua itu semasa berjalan dengan kamal tadi. Namun, kerana takut Kamal terasa hati, dia hanya berdiam sahaja. Tidak berani bertanya dan memperbesarkan.

Antaranya, terdapat kesan calar pada lengan kanan Kamal. Seperti dicakar harimau yang kelaparan. Itupun, secara tidak sengaja dia melihatnya. Kerana ketika itu, Kamal menyinsing lengan baju untuk mendapatkan beg tangan yang terjatuh ke dalam longkang. 

Bukan itu sahaja, rupa dan wajah Kamal.....? Seakan berbeza dari sebelumnya..


******


“Kamal! Kamal!”

Dari jauh Fareeza memanggil namanya. Gerak langkah Kamal terhenti perlahan.

Macam suara Fareeza. Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia panggil nama aku? Kalau Bad dan gengnya tahu aku masih bersama Fareeza, habislah. Monolog hatinya sendiri.

“Jangan takut Kamal. Engkau sudah lupakah akan kuasa yang aku bagi kepada kau semalam? Tidakkah kau ghairah untuk menggunakannya? Hahahahaha.. ”

Satu suara aneh muncul entah dari mana. Kelihatan seperti dia seorang sahaja yang mendengarnya. Hairan.

Disebalik kehairanan itu, dia sendiri seperti mengiakan apa yang dikata oleh suara aneh tersebut.

Setelah membuka mata subuh tadi, badannya terasa begitu bertenaga. Rambutnya yang menjadi tempat persinggahan lalat sudah berubah corak. Wangi dan kelihatan lebih kejap. Janggut, misai serta jambang yang tidak terurus selama ini kelihatan berbeza dari sebelum itu.

Sepertinya, semalam telah berlaku transformasi yang luar biasa terhadap tubuh badannya. Apakah kerana kuasa itu?

Ahh.. tiba-tiba lengannya terasa seperti ada yang merobek isi kulit. Tiga garisan lurus seperti dijahit sama panjang dengan sebatang pensel mula memainkan peranan. Pedih. Tetapi tidak berdarah.

Dalam diam dia menahan kesakitan. Reaksi mukanya selamba. Cool. Tidak mahu dilihat oleh Fareeza.

Bukan sombong. Tetapi risau jika gadis itu tahu, pasti dia akan dihujani soalan yang bertubi-tubi. Bukan dia tidak kenal gadis dihadapannya itu. Pantang ada orang sakit, pasti Fareezalah orang pertama yang akan risau. Mengalahkan seorang ibu yang kehilangan anak. Huh!

“Hello. Assalamualaikum… ” Lamunannya berkecai. Kamal tersedar. Yang Fareeza sudah berada di hapadannya.

“Waalaikumsalam.” Perlahan suara Kamal. Jantungnya berdegup kencang. Tangannya sejuk. Mata hitamnya kaku. Terpesona. Comel. 

“Kamal! Awak ok ke tak ni? Kenapa tengok saya macam tu? Macam nampak hantu je… ” Tersenyum Fareeza disebalik soalannya.

“Eh. Mana ada. Saya tengok tudung awak tu. Macam ada tahi burung.” Terpacul spontan bicaranya tanpa difikirkan dahulu kesannya. Alamak… bodohnya aku.

“Hah? Kat mana? Kat mana?”

“Bukan-bukan. Bukan tahi burung. Tudung awak nampak cantik. Ya, cantik sangat.” Aduh.. Apa aku merepek ni. Dalam hati dia merungut.

“Sure?” Kening Fareeza terangkat.

Kamal mengangguk. Senyumannya tawar. Janggal apabila berada di hadapan gadis yang tidak dikenalinya secara rapat. Apatah lagi di hadapan Fareeza yang selalu diperhatikan. Cuak.

“Ok.. terima kasih. Kamal! Iza mahu minta tolong ni. Beg tangan Iza jatuh dalam longkang. Tolong ambilkan boleh?”  Fareeza menuding jari ke arah longkang di bawah pokok jati.

Kamal bergerak ke arah tempat yang dimaksudkan tanpa meninggalkan kata putus mahu menolong atau tidak. Yang dia tahu, cepat tolong cepat siap. Jantungnya yang berdegup kencang dari tadi mula kendur. Barangkali disebabkan tidak bertentangan mata dengan anak Prof Roslan itu.

Suasana di kawasan sekitar tidak terlalu sibuk dan tidak terlalu sunyi. Masih ada manusia-manusia yang melalui tempat itu. Namun, kerana tidak kenal, Fareeza tidak berani mengambil risiko untuk meminta tolong.

Ahamdulillah. Nasibnya bertuah hari ini. Kamal. Seorang lelaki yang pernah bertembung dengannya di kafeteria baru-baru ini melewati tempat itu. Dia bersyukur sangat.

Dalam jiwa, sepertinya dia menyimpan hajat ingin mengenali lelaki yang bernama Kamal dengan lebih mendalam. Namun, dia juga pelik dengan kelakuannya itu. Untuk apa? Dan kenapa? Perasaan ini…

“Macam mana beg tangan ni boleh jatuh dalam longkang?” Baju lengan panjang yang dipakai Kamal disingsing ke pangkal siku bagi memudahkan pergerakannya. Dan ketika itulah, Fareeza terlihat kesan garisan yang aneh wujud di lengan tangan Kamal.

Terkejut dan kesian. Fikirannya keawangan.. tekaan itu dan ini muncul. Betul atau tidak, dia sendiri tidak pasti…

Pertanyaan Kamal tidak dibalas.


******



Dahi bad sedikit berkerut. Matanya membesar. Kehangatan seakan menjalar tubuhnya. Beberapa titisan peluh muncul. Mengalir terus ke dagu. Gementar.

“Arghh.. ambil ni!!” Bad mengangkat lututnya lalu menghentam sekuat hati ke arah perut kamal. Dengan harapan, kali ini gerakannya tidak sia-sia. Tetapi sayang, jurusnya hanya bertemu angin. Langsung tidak kena hatta pada baju Kamal.

Gerakan pantas Kamal mengundurkan diri ke belakang beberapa langkah membuatkan pusat sasaran Bad dielak kemas. Tanpa membuang masa, Kamal melancarkan tumbukan sulung ke arah muka Bad. Tepat.

Tubuh seberat 75kg itu terpelantig ke belakang. Betul-betul di kaki Ijoy. Rokok yang dihisap Bad masih berasap, tetapi tidak di mulut tuannya lagi. Jatuh di atas lantai.

Mata-mata yang menyaksikan kejadian itu mula menumpukan perhatian ke arah Kamal. Bad yang masih terbaring di kaki gengnya tidak bergerak.

Ijoy, Black, Tiger, Izham dan Muhsin hanya berdiam diri. Mahu menolong ketua mereka? Mahu lari? Atau terus maju berlawan dengan Kamal? Jawapannya hanya satu. Peluh sudah membasahi dahi mereka. Gerun.

Apa sudah jadi dengan…? Apa aku dah buat ni? Kenapa…? Bagaimana aku….? Bulu? Muncul daripada mana…?

Kamal yang memerhati telapak tangannya yang berbulu lalu kembali melihat Bad. Walaupun jiwanya resah dengan perubahan yang terjadi, hakikat kepuasan tetap dirasai kerana manusia yang sangat dibenci sudah jatuh di tangannya.

“Hahahahahaha. Bagus Kamal. Amacam? Puas hati sekarang? Itulah kuasa yang ayah kau tinggalkan kepada kau.” Suara itu muncul lagi.

Dia tersenyum. Dia sudah menjadi kuat. Dengan transformasi ini, dia yakin segala yang berat akan menjadi ringan. Segala yang besar akan menjadi kecil. Segala yang susah akan menjadi senang. Begitu juga segala yang dia ingini, pasti akan mudah untuk mendapatkannya.

Tanpa berlengah. Dia terus berlari meninggalkan banggunan Himega. Tidak diendah lagi manusia yang memerhatinya, kerana kepuasan yang dicari selama ini sudah dikecapi. Hatta Fareeza, langsung tidak dipandang.

Hal ini menunjukkan Fareeza yang selalu mendapat perhatiannya juga, bukanlah sesiapa pada hari ini.

Yang penting, dia menang!

Sunday, October 23, 2011

11
Komen
~ Puitis : Menghitung Wajah ~

Jangan mudah menghitung sandiwara wajah.

Tidak senyum bukan beerti marah,
sedangkan menangis boleh jadi kerana gembira,
maka kamu jangan mudah menghitung wajah,
andai hati tidak mampu kamu baca.

Bahagia, sedih, hatta takut dan resah,
yang ketaranya adalah bermain di jiwa,
biarpun mata bisa menterjemah,
hakikatnya hati? Lebih baik kamu diam sahaja..



Sekian terima kasih.



Sunday, October 16, 2011

4
Komen
~ Cerpen : Kuasa Serigala 1 ~

Tidak ada yang tahu kisah tentangnya.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Keinginan untuk menghasilkan cerpen berjaya disiapkan. Cerpen pertama yang bertajuk 'Kuasa Serigala'. Enjoy.. ^^




Pada malam itu, langit kelihatan mendung. Petir sabung-menyabung diselang-seli dengan dentuman guruh yang menganggu kesunyian malam. Di sebelah kiri sudut langit, bulan purnama sedikit malap akibat ditutupi awan-awan hitam. Tinggal, yang jelas kelihatan adalah sebutir bintang di penjuru bumbung banggunan Bayt Sahel.

“Kenapa mereka membenci aku? Apa salah aku kepada mereka?”

Suara itu merintih dari meja belajar yang bersepah buku-buku tebal di atasnya. Bunyi daun-daun kelapa di hadapan tingkap bersiul dikala angin deras membelah permukaan bumi. Sejuk dan menyeramkan. Tetapi tidak bagi dia.

Kamal. Seorang pemuda yang dilahirkan dalam keadaan malang. Itulah yang selalu membelengu dirinya sehingga dia sendiri beranggapan bahawa andai makhluk seperti anjing boleh berkata-kata, pasti anjing itu adalah lebih baik darinya. Kesian.

Orangnya sederhana tinggi. Tidak terlalu rendah tidak pula terlalu tinggi. Berambut kerinting dan serabut. Panjang menutupi telinga. Janggut yang tidak terurus ditambah misai yang tidak dijaga membuatkan dia tidak ubah seperti peminta sedekah di kaki lima masjid. Meloyakan.

Meja ditampar beberapa kali. Buku-buku di atas meja ditolak sederas ombak. Menyebabkan si lalat hijau yang menghurungi kepalanya berterbangan. Terkejut dengan riaksi mangsa yang mengamuk secara drastik.

“Hoi bodoh! Aku bukan seperti apa yang kalian sangkakan. Aku bukan seperti itu!!!”

Buku catatan setebal tiga ratus muka surat dicapai lalu dibaling laju ke arah dinding yang tergantung padanya sebuah bingkai gambar. Jatuh berkecai.

Dia terpana. Gambar seorang wanita tua yang pernah membelai dirinya dengan kasih sayang satu ketika dahulu tanpa sengaja telah dipecahkan sendiri olehnya. Menyesal.

Dalam hati, dia kembali menangis seiring basahnya bumi ditimpa hujan lebat di luar rumah. Sekali-sekala guruh memainkan peranan sebagai pemusnah kesunyian malam yang sepi.

Bilakah semua ini akan berakhir Tuhan? Makin lama aku tunggu, makin benci aku kepada mereka! Biar aku hancurkan sahaja mereka itu. Mereka ingat aku takut? Hatinya bermonolog sendiri.

Mata yang dipejam dari tadi terus dibuka, mengerling kearah bingkai gambar yang sudah berhamburan kaca di atasnya.

Akal ligat berfikir. Otak merencana perancangan. Tiba-tiba…

Hehehe.

Dalam diam, dia tersengih sendiri. Kemudian merenung tajam bulan purnama di luar jendela. Jari telunjuknya menghala kearah objek bulat tersebut. Mulutnya sedikit terbuka. Seperti berbicara sesuatu yang asing.

Prangghhh!!

Sekali lagi guruh berdentum. Tetapi kali ini lebih kuat dari sebelumnya.

Gelap.


*******


Suasana di hadapan bilik kuliyah Ekonomi ternyata lebih bising dari market di pasar borong. Manakan tidak, bilik kuliyah tersebut adalah jalan penghubung antara banggunan perpustakaan dan dewan kuliyah yang lain.

Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang sedang membaca surat khabar. Ada yang sedang bersama dengan pasangan merpati dua sejoli. Ada yang sedang berborak rancak dengan geng masing-masing. Ada yang berlari anak ke dewan kuliyah. Terlewat mungkin.

Tidak ketinggalan bagi mereka yang sedang menelaah buku di bangku rehat bertentangan tempat memarkir kereta.

Semuanya dengan hal sendiri. Senang cerita, dunia aku bukan dunia kamu. Dunia kamu bukan dunia aku.

Di satu penjuru yang lain, enam remaja dalam lingkungan 20-an sedikit terasing dengan pelajar-pelajar yang lain. Orang kata mereka ini pemusnah. Betulkah?

“Amacam planing kita hari ni Bad? Jadi?” Tanya Ijoy kepada ketuanya berbaju kasual lengan panjang.

“Eh! Engkau jangan tanya aku soalan yang kau dah tahu boleh tak? Aku kalau dan plan, lautan api pun aku sanggup rendah. Ini Badla.. sapa berani halang aku?” Tangan yang disilang ke dada terus dilepaskan ke bawah sambil tangan kirinya mencapai kotak rokok di dalam poket seluar.

Sebatang rokok dikeluarkan lalu diletakkan antara dua bibirnya. Pantas Muhsin menghalakan pemetik api yang dipegang ke mulut Bad. Seakan sudah memahami tugasnya jika rokok tersebut sudah berada di atas bibir ketuanya. Berasap.

“Tapi, aku macam kesianla dengan si kamal tu. Hari-hari kita buli dia. Nanti kalau dia bagitau ayah kau, boleh merana hidup kita.” Jelas Muhsin bersungguh walaupun dia tahu yang tindakannya itu akan membuatkan si Bad meradang. Namun, kerana keperimanusiaan yang masih ada dalam dirinya, mahu atau tidak dia terpaksa meluahkannya.

“Hoi bongok! Sejak bila kau pandai kesian dekat si dungu tu? Atau dia dah bomoh badan kau. Kalau kau takut, kau boleh belah dari kumpulan ni. Kecil-kecil tak mahu mati, bila besar kau nak menyusahkan aku?”

Dahi Bad berkerut seiring terangkatnya kening hitam yang dipotongnya nipis. Ganas. Mukanya mula merah.

Ijoy, Black, Tiger dan Izham hanya mampu berdiam diri. Tidak berani mencelah bila melihat ketua mereka sudah mendidih dipanas api.

Muhsin hanya mampu tunduk ke lantai. Tidak berani bertentangan mata dengan Bad. Takut benda yang tidak diingini terjadi kepadanya. Siapa tidak kenal Bad. Di dalam dewan kuliyah kelmarin pun dia berani menengking Kamal, inikan di luar kuliyah. Kerana otak Bad yang gila-gila itu, tidak mustahil dia akan diperlakukan seperti Kamal.

“Ok. Aku minta maaf. Aku tersalah cakap tadi.” Perlahan suara Muhsin kedengaran. Sikit sebanyak membuatkan tahap letupan Bad menurun bila mendengarnya.

“Aku tidak suka kalau korang pengecut. Apa guna korang jadi geng aku? Baik kawan dengan kambing.” Mendalam kata-kata Bad. Kawan-kawannya yang lain menggangguk faham.

“Eh, itu Kamalkan? Sebelah tu bukan Fareeza ke?” Reaksi pantas Izham menghalakan jari telunjuknya ke arah Kamal di hadapan pintu masuk utama membuatkan member-membernya yang lain turut melihat ke arah yang sama.

“Budak ni tak serik-serik lagi! Aku dah kata jangan kacau Fareeza, tu pun masih tak faham? Sial!!”

Suara Bad lantang membuatkan beberapa orang yang berdekatan dengan mereka mengalih perhatian ke arahnya. Namun, kerana hatinya yang kembali meletus, sudah tidak diendahkan lagi apa kata orang.

Kerana yang merasuk ketika itu, aku nak hancurkan muka si dungu tu!

Dia berjalan pantas sambil menolak tubuh-tubuh yang berada di hadapannya. Kasut jenama Bata bersaiz lapan yang dipakainya seakan sudah bersedia untuk menghentami muka Kamal. Rokok yang masih tersisip di bibir dihisap sedalam-dalam, lalu dilepaskan asapnya melalui rongga hidung. Lagak Aaron Aziz dalam filem KL Gangster.

Member-membernya yang lain hanya membuntuti dari belakang. Berjalan kemas mereka berenam kearah Kamal yang sedang berborak dengan Fareeza.

“Kenapa awak sentiasa menjauhi diri dari Iza, Kamal? Apa salah Iza?” Tanya gadis bertudung bidang, berbaju kurung zaman 80-an, mengenakan kasut sarung berserta stokin. Tidak ubah seperti gadis kampung.

Fareeza Natasya. Merupakan anak kepada salah seorang pensyarah di universiti tersebut iaitu Prof Roslan. Pakar dalam bidang sejarah tamadun tanah air. Orangnya biasa. Kecil dan tidak tinggi. Apabila wajah mengukir  senyuman, maka terserlahlah lesung pipit di sebelah pipi kirinya. Sikapnya yang sentiasa tenang dan ceria membuatkan siapa yang melihat pasti senang bersamanya.

“Hmm.. Awak takde salah pun dengan saya. Cuma… ”

Belum sempat Kamal menghabiskan kata-katanya, Bad sudah menjerit kearahnya dengan suara yang mengaum.

“Bila engkau nak insaf dungu? Aku dah pesan berkali-kali kepada engkau!” Bad berlari laju lalu terbang melayangkan penyepak sulungnya kearah dada Kamal. Kamal tidak sempat mengelak kemudian terpelanting ke belakang beberapa langkah. Buku yang dibawanya jatuh ke atas lantai.

Kesan daripada perbuatan itu, tingkat pertama Bangunan Himega menjadi senyap sunyi. Banyak mata-mata terarah kepada Bad dan Kamal. Menunggu nasib malang Kamal dikerjakan oleh Bad.

Yang sedihnya, tidak ada seorang pun yang berani menghalang pergaduhan tersebut. Mungkin kerana mereka semua tahu impak buruk jika menganggu urusan Bad dan gengnya.

“Bad! Apa kau buat ni?” Fareeza memarahi Bad sejurus bergerak kearah Kamal untuk membantu.

“Takpa Fareeza. Saya boleh bangun sendiri. Lagipun saya memang nak bersemuka dengan manusia yang saya benci selama ini di hadapan orang ramai.” Mulut Kamal mengariskan senyuman. Kedua tangannya terus menolak permukaan lantai untuk kembali berdiri sama tinggi dengan Bad.

Bad terkejut dengan sikap Kamal yang keluar dari kebiasaan. Sebelum ini jika diperlakukan seperti itu, sudah pasti Kamal akan cepat-cepat melarikan diri. Tetapi tidak pada hari ini. Apa yang sudah terjadi kepadanya? Pelik dan mustahil.


Bersambung......


Wednesday, October 12, 2011

6
Komen
~ Puitis : Berbahagialah di Hari Kelahiranmu ~

Kita jumpa di puncak kejayaan wahai sahabat. Moga Allah mengasihimu.

Kita dahulu sekali,
andai kamu kanan.. kami adalah kiri,
dan andai kamu kehadapan.. kami juga di sisi,
kita saling lengkap-melengkapi,
dengan bersama-sama membina kehidupan ini,
dari sekecil debu ingin menjadi matahari..

Teringat kami pada kenangan dahulu,
kami adalah kami,
kamu adalah kamu,
tidak saling mengenal.. tidak pula pernah bertemu,
tetapi kerana Allah yang Maha Tahu,
kita berjumpa di sekolah yang satu,
menjalani kehidupan sebagai pelajar baru..

Ketahuilah sahabat..

Kenangan lepas tidak akan kami tinggalkan,
cerita lama tidak akan kami lupakan,
kerana semua itu adalah sumber kekuatan,
kepada diri ini di bumi perantauan..

Pada kami kamu orang hebat,
menjadi Al-Fateh kepada keluarga,
pada usiamu yang masih muda,
untuk membawa keluarga ke gerbang syurga,
sungguh.. cerita ini bukan cerita biasa,
akan tetapi cerita ini cerita yang banyak mengalirkan air mata..

Diam kami seribu bahasa,
melihat langit mencari hikmah,
jawapan muncul seakan berbicara,
kamu manusia yang sangat bertuah..

Wahai sahabat..

Teruslah teguh di atas jalanNya,
teruslah berjalan di bawah redhaNya,
moga satu hari kitakan tersenyum bahagia,
mendapat syurga dengan penuh makna..

Ya.. hari ini kita berpisah,
dan hari ini hari kelahiranmu,
moga perpisahan ini ukhwah kita bercambah,
dan moga hari ini adalah hari yang ceria untukmu..



Sekian,
dari sahabatmu MQawiem dan A.Nabil,
 bumi Irbid, Urdun,
Khas buat sahabat kami Saleem Wahab,
~ Puitis : Berbahagialah di Hari KelahiranMu ~
Terima kasih.

Sunday, October 9, 2011

5
Komen
Puitis : Kamu Masih tidak Kenal Aku ~

Tersenyum sendiri bila kalian kata kalian kenal aku.


Rata-rata yang ku jumpa,
banyak yang tersalah sangka,
apa yang aku rasa,
tidak seiring dengan tekaan mereka,
kerana itu aku bersedia,
menghadapi segala tusukan jiwa,
walaupun berat untuk ku terima,
lautan hikmah menjadi pembela..

Ya, aku tidak nafikan,
bila yang mehnah itu datang menerpa,
hidupku serabut dengan pelbagai belitan,
namun kerana wajah bijak bersandiwara,
kalian tidak tahu yang aku dalam kesulitan..

Ramai yang tertipu,
kerana mereka tidak tahu,
ramai yang terpedaya,
kerana aku tidak pernah bercerita..

Tetapi dalam aku bijak berstrategi,
aku perlu akui,
yang kuasaNya mengatasi langit dan bumi,
hatta jiwa dan hati,
semuanya dalam genggaman Ilahi..

Cukuplah manusia,
kalau dahulu kamu lihat aku hina,
hari ini aku datang dengan nama yang sama,
kalau dahulu kamu lihat aku simpati,
hari ini aku lihat kamu bagaikan mentari,
dan kerana kamu.. aku adalah aku hari ini..

Padaku sampai di sini,
panjang cerita hanya buang masa,
biarlah yang susah itu aku harungi,
demi kematangan di hujung cerita..

Anggaplah ia sebuah perjalanan,
seorang hamba mncari Tuhan,
namun di tengahnya terselit cobaan,
yang harus ku tahan demi kejayaan..



Sekian terima kasih,
~Puitis : Kamu Masih tidak Kenal Aku ~
Bayt Suhel Urdun,
.:: Pelaut Rabbani ::.

Thursday, October 6, 2011

3
Komen
~ Hikmah itu Membosankan? ~





Pernah satu ketika seorang ustaz yang baru pulang dari luar negara ditanya satu soalan yang agak aneh oleh orang kampung dalam kuliahnya.

"Ustaz, babi ni masuk syurga ke tidak?" Ustaz tersebut terpegun dengan soalan tersebut, mungkin kerana ia adalah soalan yang tidak pernah terfikir olehnya dan tidak juga terlintas jawapan dalam kepalanya. Sudah pasti, kerana kita kadang-kadang tidak sempat untuk mengkaji persoalan-persoalan yang agak halus sebegini walaupun kita adalah pelajar lepasan Timur Tengah.

Sekiranya anda dan saya yang berada di tempat tersebut, agak-agaknya apa respon kita dalam berhadapan dengan persoalan tersebut?

Cuba mencontohi hikmah Rasul

Pernah terjadi di zaman Rasulullah dahulu, apabila para sahabat bertanyakan soalan, Rasulullah memberi jawapan yang berbeza walaupun soalan adalah sama. Apakah amalan dalam Islam yang paling utama? Ada masa Rasulullah menyebut amalan yang berkaitan dengan jihad dan peperangan. Ada masanya Rasulullah menyebut tentang amalan kekeluargaan. Dan ada ketikanya Rasulullah mendahulukan amalan yang berkaitan dengan ibadah.

Semua jawapan ini dapatlah kita simpulkan bahawa nabi menjawab berdasarkan siapa yang bertanya bahkan dalam masaa yang sama hikmahnya nabi itu memberi markah penuh dalam menyelesaikan masalah.

Bayangkan seandainya jawapan yang diberikan tidak menjurus kepada siapa yang bertanya malah terus menjawab dengan satu jawapan tetap yang hanya sekadar untuk melepaskan tanggungjawab untuk menjawabnya. Sudah pasti kita akan lihat kepincangan akan berlaku dalam amalan yang dilakukan oleh para sahabat tersebut.

Walaupun jawapan yang diberikan kepada Rasulullah itu adalah ilham dari Allah ataupun di atas kebijaksaan baginda sendiri, tetapi itulah hikmah. Setiap jawapan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan dan keadaan, bukan dengan hanya lemah lembut semata-mata.

Oleh itu, kita masih mahu mengatakan bahawa hikmah itu membosankan?

Banyak yang pasif sikit yang proaktif

Dalam satu keadaan yang lain, pernah satu ketika Rasulullah didatangi oleh seorang pemuda bagi meminta keizinan untuk berzina. Zina bukanlah perkara yang sukar mahupun sulit untuk difahami implikasinya pada ketika itu menyebabkan orang ramai yang ada disekeliling nabi menyerbu ke arah pemuda tersebut lantas memaki dan memarahinya.

Sifat proaktif dan bijaksana yang ada pada nabi jelas menunjukkan yang baginda tidak tergopoh-gapah dalam menyelesaikan masalah. Berfikir sebelum bertindak. Pemuda tersebut telah dibawa mendekati Rasul.

"Wahai pemuda,"sapa nabi lemah lambut.“Apakah kamu suka jika perbuatan zina itu dilakukan orang lain terhadap ibumu?”

“Tidak ya Rasulullah. Demi Allah yang menjadikan aku sebagai tebusanmu, aku tidak ingin itu terjadi,” jawabnya.

“Begitu juga kebanyakan manusia, tidak menyukai atau menginginkan perbuatan zina itu dilakukan terhadap ibu mereka,” ujar Nabi. “Apakah kamu senang zina itu dilakukan terhadap anak-anak perempuanmu kelak?” Tanya Baginda selanjutnya.

“ Sama sekali aku tidak menginginkan semua itu terjadi ya Rasulallah. Demi Allah, bermimpi pun aku tidak ingin.”

“Begitu juga dengan kebanyakan manusia, mereka tidak senang jika perbuatan zina itu terjadi kepada anak-anak perempuan mereka. Apakah kamu senang jika perbuatan zina itu berlaku kepada adik-beradik perempuanmu?” Tanya Baginda lagi.

“Tidak, ya Rasulallah. Demi Allah aku tidak senang.”

“Begitu juga dengan orang lain, sama dengan kamu, tidak senang jika zina itu dilakukan terhadap adik-beradik perempuan mereka. Apakah kamu ingin semua itu terjadi pada ibu-ibu saudaramu?”

“Tidak ya Rasulallah. Demi Allah tidak,” pintasnya.

“Kebanyakan manusia juga tidak ingin itu terjadi kepada ibu-ibu saudara mereka.” Nabi saw kemudian meletakkan tangan baginda pada tubuh pemuda tersebut dan mendoakannya ;

“Ya Allah, bersihkanlah hatinya, dan peliharalah kemaluannya serta ampunilah dosa pemuda ini.”

Lihatlah teman-teman sekalian. Sebuah kisah benar yang telah berlaku dalam kehidupan mereka terdahulu. Namun, berapa ramai yang memandang cerita ini sebagai satu titik tolak untuk merenungi diri.

“Kita adalah pendakwah, bukan penghukum” - Albanna Pendakwah yang proaktif adalah pendakwah yang mampu berfikir sebelum bertindak. Pendakwah perlu brfikir apakah kesan yang akan terjadi dalam setiap tindakan yang diambil. Dalam masa yang sama, pendakwah juga perlu meletakkan sesuatu implikasi yang terjadi adalah kerananya sendiri dan tidak pada orang lain.

Barulah kita akan melihat peningkatan dan usaha dalam dakwah kita. Tidaklah kita hanya reti untuk menyalahkan orang lain sahaja walaupun sebenarnya dakwah kita yang kurang berhikmah. Setuju?

Akhir : Kenapa risaukan babi?

Pendekatan yang paling halus dan berkesan harus untuk kita pelajari terutamanya dalam persediaan menghadapi suasana masyarakat yang pelbagai kelak. Masing-masing dengan gelagat tersendiri.

Seandainya berhadapan dengan golongan professional, bagaimanakah ‘style’nya? Bila berhadapan dengan golongan kampung bagaimana pula kaedahnya? Semuanya perlu kita kuasai. Sirah dan sejarah menjadi pelajaran dan panduan buat kita semua.

Berdakwahlah dengan nilai manusiawi, bukan dengan emosi. Jangan meminggirkan soal kreatif di dalam berdakwah, sebelum kita ditendang oleh masyarakat yang lebih bijak berfikir.

Apabila kita berhadapan dengan situasi seperti ustaz di atas, apakah jawapan yang akan kita berikan kepada orang kampung tersebut? Mungkin kebuntuan dan akhirnya mengetepikan persoalan tersebut, tetapi tidak bagi ustaz di atas kerana jawapannya sungguh berkesan.

Namun, ia hanya bersesuaian dengan sasarannya sebagai orang kampung bagi mengelakkan lagi persoalan yang sedemikian berulang. Disamping untuk mengajak mereka berfikir tentang persoalan-persoalan yang lebih besar dan penting.

Jawab ustaz tersebut sambil mengukir senyuman ; “ Kenapa pakcik fikir tentang babi? Dan kenapa perlu soal samada babi masuk syurga atau tidak? Bukankah persoalan yang perlu kita tanya adalah adakah kita ini sudah layak untuk masuk syurga atau tidak?”

Maka, sama-sama kita fikirkan, bagaimana untuk menjadi pendakwah yang berhikmah dan proaktif.

P/s : Berbincang tentang ini bukan beerti si penulis sudah tiptop dalam berdakwah, tetapi untuk sama-sama kita meng’refresh’ diri apakah kita seorang pendakwah? Sekalipun pendakwah, sejauh mana hikmah dan cara kita membawa manusia kearah cahaya. Sekian. Mohon tunjuk ajar. ^^


Wednesday, October 5, 2011

9
Komen
~ Minggu Haluan Siswa Jordan ~

Qawiem Khairi | Di hadapan dewan Kindi. Kuliyah Adab..


Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi kemasukan 2011 telah pun melabuhkan tirainya kelmarin, 1 Oktober 2011. MHS kali ini mencatat sejarah sebagai MHS paling lama tempohnya, iaitu seminggu bermula pada hari Jumaat 23 September dan jumlah peserta paling ramai iaitu 200 peserta syabab dan 223 peserta akhawat.

Dengan tema “Membentuk Mahasiswa Islam Berkredibiliti”, para mahasiswa disajikan dengan pelbagai pengisian yang informatif. Mahasiswa diperkenal dan diberi pendedahan dari badan-badan rasmi PERMAI, Majlis Mahasiswa JUST MMY, Majlis Mahasiswa Yarmouk MMY, dan Unit Zakat Sedekah Jordan.

Buat julung-julung kalinya, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan yang baru, Prof. Madya Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar hadir di bumi Irbid bagi merasmikan program ini.

Pada hari pertama para pelajar mendapat perkongsian pengalaman dari senior-senior Irbid yang telah lama berkhidmat dengan persatuan. Wan Muhammad Najib Mohd Daud (tahun 3 Pergigian) sebagai moderator forum, Ahmad Firdaus bin Kadir (tahun 2 Syariah), Muhammad Asmi Syabil Ahmad Syukri (tahun 5 Perubatan), dan Ummi Syuhairah Abdullah (tahun 4 Usuluddin), masing-masing memberikan pandangan berdasarkan pahit manis mereka berada di sini sebagai pelajar dan berperanan dalam persatuan.

Sesi Latihan Dalam Kumpulan LDK kali ini pula membincangkan tentang matlamat dan hala tuju, pengurusan masa dan profesionalisma dalam interaksi. Setiap kumpulan diberikan topik untuk dibincangkan, dan ia dibentangkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat pada hari kedua adalah Open Debate bertajuk Mahasiswa Timur Tengah Kurang Kredibiliti. 3 wakil akhawat mempertahankan tajuk yang diberi, manakala syabab mematahkan hujah-hujah berkenaan. Open Debate ini berjaya mencungkil bakat dan pemikiran pelajar-pelajar baru.

Malam minggu, dewan Irbid meriah dengan persembahan-persembahan dari seluruh peserta program. Antara Ukhuwah, PERMAI di Hati, Impian dan Cita-cita, setiap kumpulan diberikan satu tema untuk dipentaskan dalam masa 10 minit sahaja. Para peserta berjaya memberikan pertunjukan yang terbaik dan kreatif walaupun berlatih hanya 2 hari.

MHS diakhirkan dengan perlancaran PERMAI Intelectual Circle, PINTAR secara rasmi, dan lawatan dari semua barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan, MPPMJ. Dikesempatan itu juga MPPMJ merasmikan sebuah entiti baru di Jordan yang bernama Hal Ehwal Wanita, HELWI, sebagai badan mahasiswi induk di Jordan.

Kali ini anugerah peserta terbaik diberikan kepada Ahmad Lokman b Mazlan dan Wan Nur Syuhada Wan Abdul Halim. Manakala kumpulan terbaik adalah Kumpulan 24 bagi syabab dan Kumpulan 13 bagi akhawat. Tidak dilupakan, fasilitator terbaik sepanjang program adalah Luqman Ashaári dan Farhanah Tajurudin.

Tahniah dan syabas diucapkan buat PERMAI, barisan penggerak MHS, fasilitator dan semua peserta yang menjadikan program ini satu fenomena. Semoga dengan satu minggu yang panjang ini dapat membantu para peserta menjadi mahasiswa berkredibiliti, baik dari sudut akademik, sahsiah dan bermasyarakat.


Qawiem Khairi bersama barisan pelakon yang sempat bergambar dengan akhi Hilal Asyraf. ^^

Saturday, October 1, 2011

13
Komen
~ Khas Buat Bidadari Facebook ~

Harga yang mahal jangan dibiarkan bercalar.


Seseorang yang menutup aurat daripada pandangan umum namun mendedahkan aurat melalui laman sosial atau sewaktu dengannya, lalu menganggap perbuatan sebegini tidak salah dalam masa yang sama mengharap syurga maka harapannya ibarat mengejar fatamorgana di gunung sehara.

Kerana salah dan dosa dikira sama sahaja hukumnya sama ada mendedahkan aurat secara terang-terangan atau dalam laman sesawang. Bahkan melalui laman sesawang juga kadang-kadang lebih menimbulkan fitnah dan membangkitkan nafsu syahwat.

Cuba kita tanya sendiri. Untuk apa kita meletakkan gambar kita dengan gaya serta style yang menggoda dan menarik perhatian ramai? Untuk minta pujian orang? Untuk menunjuk kepada semua bahawa kita adalah gadis melayu terakhir? Untuk membuktikan kesungguhan kita mensyukuri nikmat Allah? Atau inginkan populariti murahan dengan rupa yang mengujakan? Jawapan yang sebetulnya hanya anda yang tahu.

Cuma saya secara peribadi ingin mengkhabarkan satu perkara. Sedarlah bahawa 'kalian' yang memegang rupa paras sebagai seorang wanita juga menjalani setiap detik kehidupan sebagai kaum hawa, sebenarnya kualiti dan harga kalian tersangat-sangat mahal. Tidak mampu dibeli oleh mereka yang miskin akhlak dan iman. Tetapi mampu dimiliki oleh mereka yang kaya peribadi dan sejahtera ikatan pergantungan 
kepada Allah.

Yang kesiannya sekarang, ramai yang tidak faham akan hakikat fitrah ini.


Ayuh hayati bingkisannya. Moga ada manfaat. 


Sementara menunggu video di atas loading, apakata anda ke laman ini. Maruah aku sudah buruk? Lihat semula hati kita. Lihat semula jiwa kita. Dan kita yang menentukan siapakah diri kita yang sebenarnya. 

Terima kasih.