Saturday, October 1, 2011

13
Komen
~ Khas Buat Bidadari Facebook ~

Harga yang mahal jangan dibiarkan bercalar.


Seseorang yang menutup aurat daripada pandangan umum namun mendedahkan aurat melalui laman sosial atau sewaktu dengannya, lalu menganggap perbuatan sebegini tidak salah dalam masa yang sama mengharap syurga maka harapannya ibarat mengejar fatamorgana di gunung sehara.

Kerana salah dan dosa dikira sama sahaja hukumnya sama ada mendedahkan aurat secara terang-terangan atau dalam laman sesawang. Bahkan melalui laman sesawang juga kadang-kadang lebih menimbulkan fitnah dan membangkitkan nafsu syahwat.

Cuba kita tanya sendiri. Untuk apa kita meletakkan gambar kita dengan gaya serta style yang menggoda dan menarik perhatian ramai? Untuk minta pujian orang? Untuk menunjuk kepada semua bahawa kita adalah gadis melayu terakhir? Untuk membuktikan kesungguhan kita mensyukuri nikmat Allah? Atau inginkan populariti murahan dengan rupa yang mengujakan? Jawapan yang sebetulnya hanya anda yang tahu.

Cuma saya secara peribadi ingin mengkhabarkan satu perkara. Sedarlah bahawa 'kalian' yang memegang rupa paras sebagai seorang wanita juga menjalani setiap detik kehidupan sebagai kaum hawa, sebenarnya kualiti dan harga kalian tersangat-sangat mahal. Tidak mampu dibeli oleh mereka yang miskin akhlak dan iman. Tetapi mampu dimiliki oleh mereka yang kaya peribadi dan sejahtera ikatan pergantungan 
kepada Allah.

Yang kesiannya sekarang, ramai yang tidak faham akan hakikat fitrah ini.


Ayuh hayati bingkisannya. Moga ada manfaat. 


Sementara menunggu video di atas loading, apakata anda ke laman ini. Maruah aku sudah buruk? Lihat semula hati kita. Lihat semula jiwa kita. Dan kita yang menentukan siapakah diri kita yang sebenarnya. 

Terima kasih.

13 comments:

  1. salam ziarah.

    syukran atas pringatan..teruskan menulis~

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ziarah kembali,
      sama-sama lakukan perubahan.

      Delete
  2. izinkan ku jemput engkau bidadari,
    bila tiba waktu,
    ..hehe..btol x qawiem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia.. semakin mantapla hanip,
      sudah ada blog sendiri. :)
      mngenai komen enta di atas,
      ana kurang jelas.. 8)

      Delete
  3. Bagusnya...
    memang sangat sesuai dibaca oleh kaum hawa diluar sana yg gemarkan facebook. :)

    ReplyDelete
  4. tambahan: DAN Cuma saya secara peribadi ingin mengkhabarkan satu perkara. Sedarlah bahawa 'kalian' (BIDADARA FACEBOOK) yang memegang rupa paras sebagai seorang LELAKI juga menjalani setiap detik kehidupan sebagai kaum ADAM, sebenarnya kualiti dan harga kalian tersangat-sangat mahal. Tidak mampu dibeli oleh mereka yang miskin akhlak dan iman. Tetapi mampu dimiliki oleh mereka yang kaya peribadi dan sejahtera ikatan pergantungan
    kepada Allah.

    Yang kesiannya sekarang, ramai yang tidak faham akan hakikat fitrah ini.

    PS: kenapa cuma wanita? ramai lelaki yg boh gambaq telanjang di fb naikkan syahwat wanita buat2 x nampak ka? tuhan cipta wanita bernafsu pada lelaki & sebaliknya. ini adalah fitrah kejadian manusia. jgn buat2 lupa. kes lelaki dicabul & dirogol oleh wanita jugak makin meningkat sekarang~ 8-)

    lagi 1, hentikan sentimen 'wanita itu sangat2 mahal'. jadi lelaki itu sangat2 murah? siapakah kita hendak kata kaum itu mahal & kaum ini kurang mahal/murah? akhirnya kita semua adalah makhluk yg setaraf bagi tuhan, tiada siapa yg lebih bernilai dari yg lain. yg membezakan kita semua adalah keimanan seseorang, bukan jantina.

    ReplyDelete
  5. Ni salah 1 laporan akhbar lelaki dirogol bergilir2 oleh 10 wanita yg menyerangnya(berita dari the herald). Ramai yg lupa hakikat bahawa lelaki itu juga adalah fitnah (temptation) bagi wanita. Lelaki sekalian, soroklah tubuh jantan anda hanya untuk yg berhak, iaitu isteri yg bakal memiliki anda:

    A 17-year-old village boy has been gang raped by 10 knife-wielding women in Papua New Guinea, police say.

    Southern Highlands Province police commander Teddy Tei said the gang of women attacked the schoolboy just outside the provincial centre of Mendi on Friday.

    "This is a serious matter and police are trying to identify who these animals are," he said.

    "More than 10 women with kitchen knives attacked him and four women had sexual intercourse with him".

    The boy went to hospital for treatment, he said.

    Police commander Tei said he feared the women may have infected the young man with HIV/AIDs.

    "HIV/AIDs is a problem in PNG and I am concerned the women might be infected.

    "I always warn the women to be careful at night but I am now warning the men too.

    "Police are investigating but it is not clear why the attack happened," he said.

    Last week a young Australian woman on a surfing trip was raped in Madang province on PNG's northwestern coast.

    The woman was with three other Australians who were carjacked, robbed of all their possessions and taken to a secluded spot where they were bound to trees.

    An August 2008 UNICEF report stated that PNG has one of the world's highest rates of sexual violence.

    "Police say that eight per cent of women have been raped, but rape is an under-reported crime, so the reality is certainly much higher," the report said.

    "Nearly half of reported rape victims are under age 15, and 13 per cent are younger than age seven."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Ok, fine. Bukti sudah ada depan mata. Selepas ini kita semua perlu berjaga-jaga. Bukan sahaja perempuan tetapi lelaki juga harus berwaspada.

      Lelaki dan perempuan. Rupa-rupanya kita ini mahal kan?

      Terima kasih aimi chan. Sorry kalau ada salah silap. Harap dapat perbetulkn kesilapan itu. Kita tidaklah sehebat mana. Biasa-biasa dan berusaha untuk menjadi hebat juga. Tetapi dengan cara dan gaya yang tersndiri.

      You must support me sis. ^^

      Delete