Suara ganjil muncul tanpa disedari. Menghasut dan terus menghasut. Apakah kesudahannya? Assalamualaikum. Apa khabar semua? InsyaAllah. Hari ini saya ingin menyambung kembali cerpen Kuasa Serigala. Bagi yang belum membaca 'Kuasa Serigala 1', saya syorkan untuk anda menghabiskannya sebelum membaca sambungan di bawah. Berkenaan Kamal. Apa yang sudah terjadi kepadanya? Tidak mahu cakap banyak. Enjoy. ^^ |
“Engkau, kalau nak pakai kasut carilah yang sepadan”
Kata-kata yang keluar dari mulut Kamal dengan muka tersenyum sinis membuatkan jiwa Bad semakin panas. Dia sangat tahu akan ayat tersebut. Itulah bicara yang selalu diulang jika lawannya itu tidak setanding dengannya.
Kata-kata yang keluar dari mulut Kamal dengan muka tersenyum sinis membuatkan jiwa Bad semakin panas. Dia sangat tahu akan ayat tersebut. Itulah bicara yang selalu diulang jika lawannya itu tidak setanding dengannya.
Untuk Kamal, ayat itu ibarat batu nisan yang ingin dibakar menjadi debu. Benci.
“Wah, engkau sudah pandai mempermainkan aku ya. Apa kau ingat aku tak berani belasah kau depan Fareeza?”
Muka ayu milik gadis itu pelik. Apakah sebelum ini Kamal sentiasa dibuli oleh Bad dan gengnya? Tetapi kenapa? Adakah sebab dia? Fareeza sebenarnya tidak faham. Apa kaitan dia dengan Bad? Dan pergaduhan ini, kenapa namanya disebut. Sedangkan antara dia dan Kamal hanya kawan biasa. Masuk hari ini, baru dua kali mereka berjumpa.
“Wah, engkau sudah pandai mempermainkan aku ya. Apa kau ingat aku tak berani belasah kau depan Fareeza?”
Kamal mengajuk setiap patah perkataan yang dilontarkan oleh Bad kepadanya. Harapan, agar Bad terus terbakar dan terbakar dengan kemarahan. Padanya, Bad hanya kuman hari ini.
Ya. Bad tidak lebih dari itu.
“Kurang ajar! Engkau ni memang dah bosan hidup.”
Tanpa berlengah, Bad mengatur langkahannya lalu menyerang pantas kearah Kamal. Satu tumbukan padu terus hinggap ke muka Kamal. Tepat di dahi.
Suasana di tingkat satu kembali hingar. Mata-mata yang melihat pergaduhanny itu membulat. Apa yang sudah terjadi kepada Kamal? Tidak sempat elak? Atau... kelihatan kamal seperti tidak terasa sakit. Yang lagi menghairankan, kini muka Kamal dipenuhi bulu-bulu hitam. Seakan memakai topeng bigfoot.
“Itu sahaja? Dah habis?” Selamba Kamal bertanya.
Kawan-kawan Bad yang lain tidak berani datang mampir. Bukan kerana tidak mahu membantu ketua mereka, tetapi kerana perubahan ganjil yang berlaku di wajah Kamal membuatkan mereka sendiri tidak kuasa mengambil risiko.
Fareeza yang menyaksi sendiri pertelingkahan itu juga terperanjat dengan perubahan Kamal.
Pelbagai persoalan yang membelengu dirinya. Apakah Kamal manusia? Atau makhluk asing yang tinggal di hutan. Telah wujud beberapa kesan pelik pada anggota badan Kamal.
Dan tanggapan itu ada hujah tersendiri. Dia terlihat semua itu semasa berjalan dengan kamal tadi. Namun, kerana takut Kamal terasa hati, dia hanya berdiam sahaja. Tidak berani bertanya dan memperbesarkan.
Antaranya, terdapat kesan calar pada lengan kanan Kamal. Seperti dicakar harimau yang kelaparan. Itupun, secara tidak sengaja dia melihatnya. Kerana ketika itu, Kamal menyinsing lengan baju untuk mendapatkan beg tangan yang terjatuh ke dalam longkang.
Bukan itu sahaja, rupa dan wajah Kamal.....? Seakan berbeza dari sebelumnya..
******
“Kamal! Kamal!”
Dari jauh Fareeza memanggil namanya. Gerak langkah Kamal terhenti perlahan.
Macam suara Fareeza. Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia panggil nama aku? Kalau Bad dan gengnya tahu aku masih bersama Fareeza, habislah. Monolog hatinya sendiri.
“Jangan takut Kamal. Engkau sudah lupakah akan kuasa yang aku bagi kepada kau semalam? Tidakkah kau ghairah untuk menggunakannya? Hahahahaha.. ”
Satu suara aneh muncul entah dari mana. Kelihatan seperti dia seorang sahaja yang mendengarnya. Hairan.
Disebalik kehairanan itu, dia sendiri seperti mengiakan apa yang dikata oleh suara aneh tersebut.
Setelah membuka mata subuh tadi, badannya terasa begitu bertenaga. Rambutnya yang menjadi tempat persinggahan lalat sudah berubah corak. Wangi dan kelihatan lebih kejap. Janggut, misai serta jambang yang tidak terurus selama ini kelihatan berbeza dari sebelum itu.
Sepertinya, semalam telah berlaku transformasi yang luar biasa terhadap tubuh badannya. Apakah kerana kuasa itu?
Ahh.. tiba-tiba lengannya terasa seperti ada yang merobek isi kulit. Tiga garisan lurus seperti dijahit sama panjang dengan sebatang pensel mula memainkan peranan. Pedih. Tetapi tidak berdarah.
Dalam diam dia menahan kesakitan. Reaksi mukanya selamba. Cool. Tidak mahu dilihat oleh Fareeza.
Bukan sombong. Tetapi risau jika gadis itu tahu, pasti dia akan dihujani soalan yang bertubi-tubi. Bukan dia tidak kenal gadis dihadapannya itu. Pantang ada orang sakit, pasti Fareezalah orang pertama yang akan risau. Mengalahkan seorang ibu yang kehilangan anak. Huh!
“Hello. Assalamualaikum… ” Lamunannya berkecai. Kamal tersedar. Yang Fareeza sudah berada di hapadannya.
“Waalaikumsalam.” Perlahan suara Kamal. Jantungnya berdegup kencang. Tangannya sejuk. Mata hitamnya kaku. Terpesona. Comel.
“Kamal! Awak ok ke tak ni? Kenapa tengok saya macam tu? Macam nampak hantu je… ” Tersenyum Fareeza disebalik soalannya.
“Eh. Mana ada. Saya tengok tudung awak tu. Macam ada tahi burung.” Terpacul spontan bicaranya tanpa difikirkan dahulu kesannya. Alamak… bodohnya aku.
“Hah? Kat mana? Kat mana?”
“Bukan-bukan. Bukan tahi burung. Tudung awak nampak cantik. Ya, cantik sangat.” Aduh.. Apa aku merepek ni. Dalam hati dia merungut.
“Sure?” Kening Fareeza terangkat.
Kamal mengangguk. Senyumannya tawar. Janggal apabila berada di hadapan gadis yang tidak dikenalinya secara rapat. Apatah lagi di hadapan Fareeza yang selalu diperhatikan. Cuak.
“Ok.. terima kasih. Kamal! Iza mahu minta tolong ni. Beg tangan Iza jatuh dalam longkang. Tolong ambilkan boleh?” Fareeza menuding jari ke arah longkang di bawah pokok jati.
Kamal bergerak ke arah tempat yang dimaksudkan tanpa meninggalkan kata putus mahu menolong atau tidak. Yang dia tahu, cepat tolong cepat siap. Jantungnya yang berdegup kencang dari tadi mula kendur. Barangkali disebabkan tidak bertentangan mata dengan anak Prof Roslan itu.
Suasana di kawasan sekitar tidak terlalu sibuk dan tidak terlalu sunyi. Masih ada manusia-manusia yang melalui tempat itu. Namun, kerana tidak kenal, Fareeza tidak berani mengambil risiko untuk meminta tolong.
Ahamdulillah. Nasibnya bertuah hari ini. Kamal. Seorang lelaki yang pernah bertembung dengannya di kafeteria baru-baru ini melewati tempat itu. Dia bersyukur sangat.
Dalam jiwa, sepertinya dia menyimpan hajat ingin mengenali lelaki yang bernama Kamal dengan lebih mendalam. Namun, dia juga pelik dengan kelakuannya itu. Untuk apa? Dan kenapa? Perasaan ini…
“Macam mana beg tangan ni boleh jatuh dalam longkang?” Baju lengan panjang yang dipakai Kamal disingsing ke pangkal siku bagi memudahkan pergerakannya. Dan ketika itulah, Fareeza terlihat kesan garisan yang aneh wujud di lengan tangan Kamal.
Terkejut dan kesian. Fikirannya keawangan.. tekaan itu dan ini muncul. Betul atau tidak, dia sendiri tidak pasti…
Pertanyaan Kamal tidak dibalas.
******
Dahi bad sedikit berkerut. Matanya membesar. Kehangatan seakan menjalar tubuhnya. Beberapa titisan peluh muncul. Mengalir terus ke dagu. Gementar.
“Arghh.. ambil ni!!” Bad mengangkat lututnya lalu menghentam sekuat hati ke arah perut kamal. Dengan harapan, kali ini gerakannya tidak sia-sia. Tetapi sayang, jurusnya hanya bertemu angin. Langsung tidak kena hatta pada baju Kamal.
Gerakan pantas Kamal mengundurkan diri ke belakang beberapa langkah membuatkan pusat sasaran Bad dielak kemas. Tanpa membuang masa, Kamal melancarkan tumbukan sulung ke arah muka Bad. Tepat.
Tubuh seberat 75kg itu terpelantig ke belakang. Betul-betul di kaki Ijoy. Rokok yang dihisap Bad masih berasap, tetapi tidak di mulut tuannya lagi. Jatuh di atas lantai.
Mata-mata yang menyaksikan kejadian itu mula menumpukan perhatian ke arah Kamal. Bad yang masih terbaring di kaki gengnya tidak bergerak.
Ijoy, Black, Tiger, Izham dan Muhsin hanya berdiam diri. Mahu menolong ketua mereka? Mahu lari? Atau terus maju berlawan dengan Kamal? Jawapannya hanya satu. Peluh sudah membasahi dahi mereka. Gerun.
Apa sudah jadi dengan…? Apa aku dah buat ni? Kenapa…? Bagaimana aku….? Bulu? Muncul daripada mana…?
Kamal yang memerhati telapak tangannya yang berbulu lalu kembali melihat Bad. Walaupun jiwanya resah dengan perubahan yang terjadi, hakikat kepuasan tetap dirasai kerana manusia yang sangat dibenci sudah jatuh di tangannya.
“Hahahahahaha. Bagus Kamal. Amacam? Puas hati sekarang? Itulah kuasa yang ayah kau tinggalkan kepada kau.” Suara itu muncul lagi.
Dia tersenyum. Dia sudah menjadi kuat. Dengan transformasi ini, dia yakin segala yang berat akan menjadi ringan. Segala yang besar akan menjadi kecil. Segala yang susah akan menjadi senang. Begitu juga segala yang dia ingini, pasti akan mudah untuk mendapatkannya.
Tanpa berlengah. Dia terus berlari meninggalkan banggunan Himega. Tidak diendah lagi manusia yang memerhatinya, kerana kepuasan yang dicari selama ini sudah dikecapi. Hatta Fareeza, langsung tidak dipandang.
Hal ini menunjukkan Fareeza yang selalu mendapat perhatiannya juga, bukanlah sesiapa pada hari ini.
Yang penting, dia menang!
Salam..menarik..baru 1st time baca..
ReplyDeleteMacam tergantung je. X ada sambungannye ke?
ReplyDeleteada sambungan lagi x?
ReplyDeletemenanti sambungannya~~
ReplyDeleteteruskan menulis...
ReplyDeletepeminat setia ramai nih...
amboih dia..sekali dua2 dia nak kebas. Tinggal laa satu utk saya..haha
ReplyDeleteDalam cerita ada hikmah, dalam nama ada harap. ^^
Moga terus gencar !