Saturday, July 28, 2012

0
Komen
~ Terimalah Vlog-Vlog Itu ~


Berdiri seorang diri. Mendaki menggilap potensi. ^_^

Walaweh. Jom ! hari ini sekadar mahu berkongsi ketiga-tiga Vlog yang telah saya buat setakat ini.

Nanti akan ada yang bertanya, kenapa tiba-tiba nak kongsikan semua Vlog tu? Bukan dulu dah pernah kongsi. Aha.. klu macam tu biar saya jawab.

Sebabnya, entry kali ini sebagai penghargaan kepada diri saya. Kerana berpeluang menghasilkan vlog sendiri. Bahkan, sebagai pemangkin semangat untuk pembinaan Vlog yang terbaru.

Dalam proses untuk menyiapkan Vlog yang ke-empat. Harap-harap ada yang sudi menanti. ^_^

Tajuk sudah ada, tapi masih dirahsiakan. InsyaAllah, saya ingat sebelum kaki ini melangkah ke Tanah Suci tidak lama lagi, maka akan siaplah Vlog tu. Doakan.

Jom. Kita pergi satu-persatu.


************



Vlog 1 : Support The Change !

Saya memiih untuk memulakan Vlog sulung dengan tajuk tersebut. Di atas beberapa sebab berdasarkan pengalaman yang telah lalu.

Kadang-kadang, kita terlupa bahawa perubahan itu susah. Kesannya, bila orang ingin berubah, kita dengan tanpa memikir panjang senang-senang je kondem itu ini. Sindir itu ini. Perli dan seumpamanya.

Akhirnya, kesan dari sikap buruk kita itu mampu menyebabkan orang yang ingin berubah terbantut kemahuannya. Apa salah mereka? Adakah dengan perubahan mereka ke arah yang lebih baik itu tidak menyelesakan kita?

Atau kerana kita tidak mahu melihat orang lain berjaya? Dalam hidup ini, itu yang saya rasa kadang-kadang.

Jauh perjalanan, luas pandangan. Maka, semakin ramai kita akan jumpa ‘lawan’ bertopeng ‘kawan’.
Teguran harus diberikan kepada orang yang seperti ini. Takut-takut mereka tidak perasan yang mereka hanya seronok berlari  di dalam dimensi mimpi.

Rialiti, mereka tidak ubah seperti manusia-manusia yang syok sendiri. Jadi, saya ingin mengajak untuk kita sama-sama menjadi orang yang sokong kepada perubahan.

Apa pun, selamat menonton video di atas. Support The Change ! ^_^


*************



Vlog 2 : Headshot !

Untuk Vlog ke-dua, saya menamakan Headshot. Berkisar tentang bagaimana kesilapan-kesilapan manusia yang ingin mengajak manusia lain ke arah kebaikan, dalam masa yang sama mengabaikan hikmah.

Niat dan tujuan asal sudah suci dan bersih, tetapi sayang cara dan kaedahnya main hentam ikut sedap hati.

Senang kata, asal benda tu sampai pada orang yang ditegur, itu sudah memadai. Nak dengar, dengarlah. Tak nak dengar, sudah. Itu yang salah !

Buang tenaga memberi nasihat macam tu kalau orang lain lebih sakit hati. Bahkan, yang lebih buruk, orang yang kita nasihat itu terus menjauh diri daripada kita. Nama kita di’black list’ dalam kamus hidup mereka.. Owh, malangnya.

Kita tidak sempurna. Kenapa mesti tegur orang macam kita ini sempurna?

Benda ini nampak simple. Tetapi bila kaji balik dalam kehidupan, sebenarnya banyak berlaku. Sama ada secara langsung mahupun tidak.

Teguran dengan cara apa pun tidak salah. Namun, sila mengutamakan kepentingan hikmah dan kaedahnya. Baru berkesan dan menyelesaikan.

Lebih lanjut, jom enjoy Headshot di atas. Zipzsas !


************



Vlog 3 : Shoot The Target !

Yargh ! Vlog ini saya rasa ada kelainan sikit. Dan saya punya matlamat sendiri.

Sebagai salah satu usaha untuk menghangatkan lagi kedatangan Ramadhan tahun ini. Malah, untuk diri saya, sebagai penawar dan pemujuk hati melalui Ramadhan tanpa family di sisi.

‘Main point’nya, saya isikan apa target yang kita ingin capai dalam bulan Ramadhan. Dan yang pasti, setiap target itu berdasarkan citarasa dan kemahuan diri masing-masing.

Saya dengan target saya. Anda dengan target anda. Yang penting, target itu tidak jatuh di atas batas-batas dosa. Apa pun, saya cuba untuk tekankan satu perkara agar kita tidak lupa.

Iaitu tujuan Ramadhan itu sendiri didatangkan, adalah untuk menjadikan kita manusia yang bertaqwa.

Di akhir Vlog, saya tutup dengan ucapan tulus ikhlas dari hati buat family saya yang saaaaaangat saya cintai serta seluruh umat islam sama ada yang menganali diri saya atau tidak. Yang pasti kita bersaudara.

Dengan ucapan, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Ahha ! Tunggu apa lagi ? Bagi yang belum menyaksikan, silalah. Jangan malu-malu.

Yang sudah menontonnya, dialu-alukan untuk menonton lagi. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah bagi yang terbaik dalam kehidupan kita. Amin.

Untuk anda semua. Terimalah, Shoot The Target !


Sekian,
Pelaut rabbani.
Irbid Jordan.


Wednesday, July 25, 2012

8
Komen
~ Ramadhan di Jordan ~


Yakinlah bulan yang mulia ini adlh bonus buat kita. :)


Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk hari yang ke-enam saya berpuasa di Bumi Jordan. Satu pengalaman yang sangat berharga buat diri ini. Sayu rasa hati, terharu rasa di jiwa dengan pemilihan Allah ke atas diri ini.

Kadang-kadang saya mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Teringat juga zaman remaja di sekolah menengah. Rata-rata yang saya jumpa ustaz-ustaz mahupun abang-abang yang menyambung pengajian di Timur Tengah selalu menceritakan perihal Ramadhan di tempat mereka..

Tidak kira di Mesir, Madinah, Mekah, Syria apatah lagi di tempat saya sekarang iaitu Jordan. Menyebabkan sebelum saya tiba di bumi Jordan lagi, saya sudah menyimpan impian untuk melihat bagaimana tetamu mulia ini disambut oleh orang Arab.

Nyata, pengharapan saya tidak sia-sia. Bahkan, cerita-cerita yang mereka sampaikan dahulu, benar-benar belaka. Tersenyum sendiri. Mengangguk dan mengiakan segalanya.

Dan apa yang diceritakan tatkala saya masih di bangku sekolah dahulu, sekarang saya sudah laluinya. Series teruja

Satu perkara yang saya suka buat apabila tiba di negara orang adalah memerhati. Rasanya semua orang begitu.

Kesannya, kita akan banyak belajar budaya hidup mereka terutama tentang bagaimana cara mereka menyambut Ramadhan yang sedang kita bicarakan sekarang.

Sungguh, orang Arab kebanyakannya memang memandang tinggi terhadap bulan yang mulia ini. Sambutan mereka terhadap bulan Ramadhan nyata mewujudkan suasana yang soleh.

Solat di tepi jalan itu biasa. Quran dibaca di mana-mana itu biasa. Biji tasbih sentiasa bermain di tangan itu biasa. Saling doa - mendoakan antara satu sama lain juga biasa. Dan Malaysia, masih jauh juga budaya ini di negara kita.

InsyaAllah, kalau Allah izin.. nanti saya akan buat satu Vlog berkenaan perbezaan ini. Nantikan !

Jangan salah sangka, suasana yang tidak soleh itu tetap ada.  Tinggal, segelintir cuma.


Qawiem Khairi | Semangat bergambar sebelum berbuka puasa. Haha. ^_^

Tadi saya ada berborak dengan seorang kawan dalam bilik kuliyah. Umurnya sebaya. Orangnya sentiasa menjaga penampilan. Tetapi sayang, kerap merokok.

“Kau puasa hari ini ?” Dia memulakan perbualan.

“InsyaAllah. Setiap hari dalam bulan ramadhan aku puasa.” Saya membalas.

“Bagus-bagus.”


“Kau tak merokok hari ni?” Giliran saya pula mengajukan soalan.

“Aku merokok lepas maghrib.”

“Kak rasa merokok tu baik untuk kesihatan tak?” Saja nak test soalan panas.

“Tak.” Dia menggeleng.

“Jadi, kenapa kau merokok? Kalau dah tahu bahaya untuk kesihatan. Aku dulu merokok juga waktu kecil sebab masa tu tak tahu apa-apa. Tapi aku merokok guna kertas.”

Panjang saya membalas. Walaupun saya cakap tak berapa lancar. Biasalah, cakap dalam bahasa Arab kot. Tapi dia faham kira oklah. Haha.

“Aku merokok sebab ketagih.” Jawapannya pendek. Terus saya terfikir sesuatu.

Saya setuju bila dia kata dia ketagih. Sebab banyak orang arab yang seusia dengan saya di Jordan lazimnya merokok. Tapi, hebatnya bulan Ramdhan sebagai bulan mulia.. mampu menyekat kemahuan perokok-perokok tegar untuk beraksi di siang hari.

Series sekarang bila saya pergi universiti sudah tidak bau asap rokok.

Kesannya, muncullah status-status di FB dari pelajar Malaysia yang belajar di Jordan dengan mengatakan bahawa udara di universiti lebih sihat berbanding sebelum datangnya Ramadhan.

Dan satu benda yang menarik, saya lihat di Jordan mereka menyambut kedatangan Ramadhan macam kita sambut Hari Raya. Jadi, tak pelik bila orang arab memasang lampu kelip-kelip di halaman rumah dan balkoni bermula awal Ramadhan.

Ya Allah, harmoninya Ramadhan kalau begitulah sambutannya di Malaysia. Tapi, saya sentiasa yakin dan percaya, usaha-usaha untuk mengharmoni dan menyuburkan hari-hari dalam bulan Ramadhan di negara kita tetap juga ada. Setuju ? Itu yang kita puji.

Hmm.. InsyaAllah, mungkin sampai di sini sahaja coretannya. Masih ada banyak lagi cerita perihal Ramadhan di Bumi Jordan. Nanti saya sambung di next episod. Kalau ada segala persoalan, boleh tinggal di ruang komentar.

Saya akan masukkan sekali jawapannya di next episod.

“ Entah kenapa dua tiga hari ni asyik teringat Char Koteaw. Haha.. berat nanang. “

Chekitdout  !


Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.



Saturday, July 21, 2012

11
Komen
~ Ramadhan Kareem ~


Kullu Am Wa Antum Bikhair. ^_^

Ramadhan itu sudah berkunjung tiba.

Kita bukan berada dalam bulatan mainan lagi. Kita bukan berada dalam impian dan angan-angan lagi.

Semuanya telah kita tempuhi. Maka, bersempena di awal bulan Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Juga meminta maaf kepada semua sama ada kepada rakan-rakan blogger, silence reader, serta tetamu-tetamu yang seringkali menjengah ke laman ini.

Tidak dilupakan juga buat kedua ibu bapa yang disayangi seikhlas jiwa, adik-beradik yang dikasihi, warga 15 generations, warga pelajar Malaysia di Jordan, warga family keArah perlis, sanak-saudara yang mengenali diri ini, dan tidak dilupakan juga buat ANDA

Apa yang kita harapkan, bulan Ramadhan yang menjelma ini mampu memberi impak positif kepada kita untuk berubah dan terus berubah menjadi yang lebih baik.

Anggaplah Ramadhan yang kita tempuhi pada tahun ini sebagai Ramadhan yang terakhir.

Motivasi mengingatkan, dekatnya hari kematian akan menjadikan kita serius beramal ibadah dan serius berbuat kebajikan sebanyak-banyaknya.

Andai umur masih sempat melangkau Syawal, syukurlah banyak-banyak di atas usia bonus ini. Mudah-mudahan berkat didikan 'madrasah' Ramadhan, kita kembali menjadi baik seiring membentuk peribadi muslim. Amin.

"Ada sapa-sapa boleh tolong 'post'kan Murtabak Ayam ke Jordan? Kempunan kot. Heh !"


Terima kasih.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.



Wednesday, July 18, 2012

5
Komen
~ Vlog Ketiga : Shoot the Target ! ~

Jom bersiap sedia ! - Pic by ABJ

Hari ini, dapatlah kita lihat ramainya manusia yang membicarakan perihal Ramadhan. 

Begitu dan begini. Semuanya sebagai salah satu wadah atau usaha untuk kita sama-sama ber'warming-up' sebelum terjun ke dalam bulan yang dilipat gandakan ganjaran pahala.

Kita semua tahu yang bulan Ramadhan adalah bulan rahmat. Bulan yang ditutup pintu neraka dan menghadirkan bonus kepada kita dengan membuka pintu syurga seluas-luasnya.

Tinggal, bagaimana kita akan mengikhlaskan diri dan bersungguh-sungguh dalam memanfaat ibadah serta kelebihan yang dianugerahkan ini.

Ringkas, saya ada hasilkan satu VLog khas sempena bulan Ramadhan ini.

Macam biasa, tak mahu cakap banyak...

Enjoy. ^^







Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak juga buat semua. ^_^


Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Friday, July 13, 2012

5
Komen
~ Rindu Itu Kembali ~

Epic.

Ku mengintai ke luar jendela. Melihat cuaca pada hari ini mendung.
Titisan hujan mencurah-curah dari langit.

Jalan raya di hadapan rumahku dibasahi.

Sekali-sekala beberapa buah kereta berderu laju di atasnya. Air memercik. Sejuk.

Aku. Masih di sini. Melihat dan terus melihat. Berfikir tentang bukan apa yang aku lihat. Tetapi berfikir akan sejarah lalu yang kembali ku ingat.

Saat bersama dengan keluarga yang tercinta. Menjalani detik-detik bahagia, ceria dan mesra bersama mereka. 




*********



Ikuti sambungannya di siniTeringatkan Ayah

Sekian,
Terima kasih,
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Monday, July 9, 2012

4
Komen
~ Puitis : Hari Baru Makin Tua ~


Akan tetap gugur.


Berapa ramai orang muda yang disambar maut, 
dalam keadaan dia tenggelam dalam mimpi-mimpi mudanya.

Berapa ramai orang tua yang telah berumur, 
terus hidup dalam keadaan menunggu-nunggu kedatangan maut hari demi hari.

"Oh, maut tidak pernah berlapang dada dengan usia. 
Apabila tiba masanya, 
detik mendebarkan itu pasti berlaku juga."



Sekian,
Pelaut Rabbani.
~ Puitis : Hari baru makin tua ~
Irbid Jordan.

Wednesday, July 4, 2012

16
Komen
~Puitis : Jodoh di Gerbang Perkahwinan ? ~

Putih yang bersih.

Nak tahu sama ada si 'dia' jodoh kita atau tidak,
bukan nanti lihat pada berlangsungnya perkahwinan.

Sebab yang banyak terjadi,
selepas kahwin pun ramai yang tercerai-berai dan tercincai-buncai.

Jadi, macam mana kita nak tahu?

Masing-masing saling ingat-memperingati.
Saling lengkap-melengkapi.
Saling berdoa dan berusaha agar hubungan tersebut diberkati.
 Mudah-mudahan berkekalan hingga ke syurga yang abadi.

Kalau dah masuk syurga pun sama-sama,
apakah itu bukan jodoh kita?

Oh, warnailah cinta yang suci itu dengan mengharapkan kejernihan redha dari Yang Maha Kuasa.

Klik juga di sini. : Apabila Hati Tumbuh Bunga

Sekian,
~ Puitis : Jodoh di gerbang Perkahwinan ? ~
Pelaut Rabbani. 
Irbid Jordan.






Monday, July 2, 2012

6
Komen
~ Harga Sebuah Happy Family ~


Bumi ini banyak cerita rupanya. :)


Berbaju kemeja lengan panjang disertakan seluar jean klasik berwarna biru. Kasut digilap hitam hingga ke tapak. Tali pinggang dililit rapi. Kemas.

Cahaya matahari yang terik semakin rancak menyinari penduduk alam. Menyilau. Tetapi tidak pada pemuda itu. Kaca mata yang dibelinya mahal dikeluarkan lalu dipakai. Selesa.

Sekali –sekala bayu panas datang menderu. Seiring langkahan pemuda itu melaju ke bilik kuliyah.

Rambut yang tadi terpacak kini berselerak dek sapaan sang bayu tanpa meminta izin. Begitulah lumrah dan kebiasaan setiap hari. Agak kurang senang sebenarnya dengan kehadiran angin panas tersebut.

Akhirnya, cermin kereta di tepi jalan menjadi mangsa. Dia mengerling. Jambulnya ditegak kembali seperti asal. Agar kelihatan tajam menjulang ke langit.

Dalam hati dia bermonolog, “Ish, angin ni… dahla panas. Kalau sejuk takpa jugak. Pastu merosakkan mahkota romeo aku plak.” Dia senyum kambing.

Apa pun langkahannya tetap diteruskan. Dengan melalui kaki lima jalan raya yang berbumbungkan rendangan pohon zaitun.

Fuh.. lega. Sedap sikit jalan kat sini.” Bisiknya perlahan.

Peluh-peluh comel sebutir dua mula membasahi dahi. Tanpa berlengah, tangan kiri mencapai sapu tangan sementara tangan kanan membuka satu butang baju atas.

Hai, peluh ni tyem aku pakai smart-smart la dia nak mengalir.”  Hatinya mengeluh sendiri.

Dia memilih untuk memperlahankan langkahan. Memberi masa untuk badan kembali disejukkan. Lengan baju dilipat sedikit. Mata menumpu ke arah jarum panjang.

Owh, awal lagi. Aku ingat dah lewat.” Saat pandangannya diangkat, terus langkahannya terhenti.

Dia terpana. Anak matanya membesar. Seakan tidak percaya apa yang dilihat. Dia cuba mengawal diri agar kelihatan tenang.

Namun jiwanya tidak bisa menipu. Jantungnya berdegup kencang. Perasaannya bercampur-baur.

Ta.. tak mung… kin. Aku bermimpi?” Pinggangnya dicubit.

Aduh ! Aku tak mimpi. Tapi….” Dia menoleh kiri dan kanan. Mereka sedang berjalan ke arahnya dengan masing-masing wajah mengukir senyuman.

Pamuda itu masih kaku. Air mata keriangan deras mengalir membasahi pipi. Tersangat gembira.

Dia sudah tidak menghiraukan lagi mata-mata yang sedang memerhati. Lalu, dia berlari pantas ke arah mereka..

Ya, mereka. Yang dia sangat kenali.

Yang dia sangat sayangi.

Sebuah happy family.

(Tamat)

*************

  
Ops. Haha.. agak jauh juga mimpi saya ini terbang. Dah macam perempuan pun ada. Apabila ego seorang anak lebih tinggi daripada ego seorang lelaki, sebab itu boleh tulis macam ini. Ahaks !

Tapi, saya macam pernah terfikir yang keluarga saya akan datang Jordan untuk ziarah.

Yang seronok tu, mereka boleh datang diam-diam tanpa memberitahu terlebih dahulu. Kononnya macam surprise la..

Agak-agak boleh jadi kenyataan tak? Tak mustahil kan…

Haha. Mengarut betul. Apa pun, saya sangat sayang dan rindu pada FAMILY di kampung. Moga-moga semua berada dalam keadaan baik. Moga Allah jaga mereka.

Sedikit pesanan buat para pembaca sekalian, ayuh kita sayang ibu bapa kita. Ayuh kita sayang adik-beradik kita. Ayuh kita sayang ahli keluarga kita.

Usah mendabik dada pada mereka. Sungguh, sangat-sangat malang buat mereka yang mempunyai family yang baik tetapi tidak menghargainya sebaik mungkin.

Hargailah mereka sebaiknya sementara masih ada. Mudah-mudahan Allah sayang family saya dan anda. Chill. ^_^


Sekian,
Terima kasih,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.