Mendewasakan diri untuk menjadi seorang 'ayah' seperti ayah. |
Ku mengintai ke luar jendela. Melihat cuaca pada hari ini mendung. Titisan hujan mencurah-curah dari langit. Jalan-jalan raya di hadapan rumahku dibasahi. Sekali-sekala beberapa buah kereta berderu laju di atasnya. Air memercik. Sejuk.
Aku. Masih di sini. Melihat dan terus melihat. Berfikir tentang bukan apa yang aku lihat. Tetapi berfikir akan sejarah lalu yang kembali ku ingat. Saat bersama dengan keluarga yang tercinta. Menjalani detik-detik bahagia, ceria dan mesra bersama mereka.
Wajah ayah datang. Membuatkan segala pesan ayah terus terngiang-ngiang di fikiranku. Aku akur. Percaya akan segala nasihat itu mempunyai maksud yang mendalam. Yang bukan untuk melihat masa depan aku menemui kegagalan. Tetapi sebuah kejayaan yang sebenar. Yang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Aku teringat semua itu.
Sewaktu aku kecil, aku selalu dimarahi ayah. Kenapa tidak abang? Kenapa tidak adik? Dan kenapa aku? Hinggakan aku pernah berasa bahawa akulah anak yang malang dalam keluarga. Rasa bagaikan mahu lari dari rumah. Mahu ditinggal segala kesusahan dan musibah ini untuk pergi mencari kebebasan.

Sewaktu aku kecil, aku rasa bagaikan akulah punca segala-galanya. Kerana sikapku yang buas, aku tidak mampu mmbahagiakan guru-guru. Kerana sikapku yang tidak pernah memperdulikan perasaan guru, pelajaranku hanya berpusing di sekitar pelajar tercorot.
Kerana sikapku yang tidak mementingkan pelajaran, aku hanya mampu berbangga dengan keputusan kawan.
“Ayah! Azim tu, waktu periksa pertengahan tahun dia dapat nombor satu, waktu akhir tahun pun dia dapat nombor satu.” Aku tersenyum bangga. Kerana Azim itu kawan baik aku di sekolah rendah.
“Ayah! Azim tu, waktu periksa pertengahan tahun dia dapat nombor satu, waktu akhir tahun pun dia dapat nombor satu.” Aku tersenyum bangga. Kerana Azim itu kawan baik aku di sekolah rendah.
Ayah diam lama. Kemudian bersuara.
“Buat apa bangga dengan keputusan kawan kalau keputusan sendiri tidak cemerlang? Sepatutnya kena tanya.. kenapa keputusan kita tidak sama dengan keputusan Azim?” Kata ayah. Bersederhana tinggi suaranya.
Aku terdiam. Dan ketika itu aku sedar. Bahawa hati ayah rawan dengan sikapku. Dengan keputusan yang kuperolehi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa selama ini, aku langsung tidak memperdulikan pelajaran. Itulah salah satu pesanan ayah ketika umurku hampir mencecah sepuluh tahun.
Dewasa kini, aku kembali mengimbau semua itu. Marah ayah. Rotan ayah. Puji ayah. Gurau ayah. Perihatin ayah. Tanggungjawab ayah. Semuanya bersebab. Semuanya mempunyai tujuan. Semestinya untuk kebaikan diriku jua.
Tinggal kadang-kadang, aku sahaja terasa bahawa ayah tidak menyayangiku. Namun, sebaliknya.. aku adalah harapan kepada ayah! Moga satu hari, diri ini mampu membahagiakan ayah.
*****
Seorang ayah yang baik adalah tersangat penting dalam institusi sebuah keluarga.
Tersangat mustahak untuk menentukan kejayaan sebuah keluarga pada masa hadapan.
Berapa banyak keluarga yang runtuh, akibat seorang ‘ayah’ yang tidak memainkan peranannya? Berapa banyak keluarga yang bercerai-berai, kerana seorang ‘ayah’ yang tidak mempedulikan kesejahteraan ahli pimpinannya? Berapa banyak institusi keluarga yang dibina roboh walaupun anak sudah besar? Dan berapa banyak… bla.. bla..
Lihatlah. Persoalan-persoalan ini terbit bagaikan ingin menyalahkan seorang ayah. Namun, pada hakikatnya perlu kita semua tahu bahawa yang sebenarnya, seorang ayah itu tersangat berat tugasnya.
Ramai anak muda ingin berkahwin. Tetapi ramai yang tidak sanggup menjadi seorang ayah.
Kerana apa? Sebab ingin menjadi seorang ayah bukan hanya pada sedap kata-kata, tetapi pada kesungguhan dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk membawa bahtera keluarga menuju keredhaan Allah.
Aku teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabatku dalam blog beliau. Bagaimana seorang Datuk yang berjaya dan berkerjaya, mempunyai lima orang anak yang berkelulusan, tetapi apabila ditanya siapakah dalam kelima-lima anak tersebut yang mampu mendoakannya di alam kubur nanti, Datuk itu hanya mampu menunduk kesal. Tidak ada seorang pun rupanya yang mampu mendoakannya. Bukankah itu satu kerugian?
Mendidik anak untuk mendapat dunia, ramai yang mampu. Itupun setelah melalui pelbagai kesulitan dan masalah. Tetapi, yang mendidik anak untuk mendapatkan akhirat? Ramai yang tidak sanggup. Kerana takut dengan masa depan anak yang susah mendapat kerja dan sebagainya.
Oh ayah. Begitu susah dan sukar tugasmu. Moga Allah merahmatimu. Sungguh, hari ini aku teringatkan ayah. Teringatkan gelak tawa ayah. Teringatkan gurau canda ayah. Teringatkan keperihatinan ayah dalam mendidikku. Mengajar itu dan ini kepadaku.
Ayah. Maafkan diri ini. Yang banyak menyusahkan. Yang banyak merisaukan. Terasa ingin memeluk dirimu hari ini.
Sekian.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.
assalammualaikum
ReplyDeletesebak saat membaca nukilan ini..Beruntunglah kita yang masih punya abah dan mak.Bersyukurlah ke hadrat ALLAH swt.
Mmg benar,begitu besar tgjawab dan peranan seorang abah dlm ssebuah keluarga.
Disebalik abah,terdapat pemberi semangat dan penyokong kuat dalam mengemudi bahtera keluarga itu seorang yg brgelar emak.
~Saya sayang abah dan emak~
waalaikumsalam.
DeleteYa. Emak adalah sayap untuk sesebuah keluarga itu mahu terbang tinggi. Sekiranya si emak cedera, sudah pasti keluarga tersebut bakal ditimpa kesulitan.
Terima kasih sudi menjejak di sini. Harapannya ada manfaat buat kita semua. Amin.
menangis untuk kesekian kalinya :'(
ReplyDeleteAllah sdg menguji mak ayah dgn ujian kesakitan skrg.
sedih rasa hati nih.saat kita 3 berjauhan dgn mak ayh,tkdak sapa nk tlg jaga mak ayah.
qowim jgn lupa doakan mak ayah dari jauh T.T
Moga Allah mnymbuhkan mereka.
DeleteWalaupun kita berjauhan, Allah masih ada untuk emak dan ayah.
InsyaAllah. Panggilan ke Malaysia akan menyusul.
T_T...haha
Deleteterbaik qaweim~~~~
mutas :)