Tuesday, May 29, 2012

12
Komen
~ Sihat Berkuasa Tinggi ~

Bergambar dulu sebelum main. Ala-ala pemain lagend gitu. Haha.


Baru selesai main futsal. Rasa sengal-sengal habis satu badan. Agak ketakutan juga sebab merasakan diri masih muda, tapi lenguh-lenguh badan menampakkan diri ini macam dah mencecah umur 50-an.

Waktu tengah main futsal tadi, saya terfikir satu perkara.

Dan satu perkara yang dimaksudkan itu bukanlah satu benda yang besar.. simple je pun. Tapi ramai orang tidak perasan sebab menganggapnya remeh.

Bila kita bermain di satu-satu tempat, kita akan jumpa ramainya manusia yang punya skill tersendiri dalam bermain. Khususnya bola lah.

Macam saya main tadi pun, fulamak skill member-member. Macam-macam. Bola pusing ke depanlah, pusing ke belakanglah.

Ada yang sepak lajulah. Ada yang sepak masuk gol sendirilah. Ada yang pandai mengeleceklah. Memang power habis. Rasa kerdil diri ini bila bermain dengan mereka.

Cuma satu perkara yang saya terfikir disebaliknya ialah, dari mana datangnya kehebatan member-member saya ini?

Rata-rata manusia tidak pernah sedar ketika mereka bermain. Saat mereka dipandang takjub oleh mata-mata sekeliling dengan kehebatan mereka bermain bola, mengawal bola dan menyepak bola… ada satu kuasa veto yang mengiringi kehebatan itu sebenarnya.

Yakni ‘Kesihatan Berkuasa Tinggi’.

Kita akan jatuh bila kita hilang kuasa ini. Kita akan jadi penonton sahaja bahkan hanya mampu menjadi tukang tengok bila mana kuasa ini lenyap dalam diri kita.

Perhatikanlah. Kesihatan yang baik adalah kuasa momentum yang menggerakkan segala-galanya.

Bila mana kuasa ini kuat dalam diri, maka kita akan bangga dan berpuas hati dengan kebolehan kita beraksi di atas padang. Malah bukan setakat kita, tapi yang melihat juga turut rasa teruja.

Berapa ramai orang di dunia ini diangkat menjadi role model, dianggap hero dalam arena sukan, terkenal dengan nama lagend dan sebagainya.

Tetapi apabila datangnya hari tua, dimanakah skill-skill mereka yang para peminat agung-agungkan? Dimanakah kemahiran mereka yang para pengikut sanjung-sanjungkan?

Semuanya hilang.

Dan mereka tidak lebih dan tidak kurang hanya akan bercerita mengenai zaman-zaman kebangkitan mereka di waktu muda. Sebab ketika itu, kuasa ‘kesihatan’ tadi sudah semakin hilang dimamah usia..

Jadi, ayuh kita kembali semula kepada tujuan penulisan ini.

Sejauh mana pun hebatnya kita di atas padang, atau di kolam renang, atau tempat –tempat sukan yang lain, sekiranya tidak ada langsung rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah dengan pemberian kesihatan yang ini, sungguh kita telah meletakkan diri kita di atas jalan-jalan kesombongan. Itu sahaja.


Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.




Saturday, May 26, 2012

8
Komen
~ Lu Sapa Mau Halang Gua?! ~

Terus teguh di atas jalan kebenaran, kerana kita mahu menjadi yang luar biasa. 

Perubahan pasti akan berlaku. Kadang-kadang, perubahan itu berlaku tanpa kita sedari. Tidak kiralah perubahan pada orang lain atau pada diri kita sendiri.

Ada orang dulu kita benci mereka atas keburukan yang mereka buat, tup… tup.. hari ini kita puji mereka dengan perubahan yang telah mereka lakukan.

Begitu juga dengan diri kita yang mana dahulu lain, hari ini kita adalah manusia yang lain. Sungguh, perubahan itu berlaku begitu pantas hingga sebahagian perkara kita tidak mampu mengejarnya.

Namun, Lautan Rabbani tampil kali ini dengan membuka satu perbincangan kepada para pembaca sekalian. Mengenai perubahan ‘sikap’ yang ingin dilakukan, tetapi tidak mendapat sokongan manusia terdekat.

Ada orang ingin berubah dari yang merokok nak berhenti merokok, sekali dipinggirkan kawan-kawan. Maka perubahan itu terbantut.

Ada orang ingin berubah dari yang malas belajar kepada rajin belajar, sekali dipulau ahli rumah yang turut malas belajar. Akhirnya, perubahan tidak kekal lama.

Di bawah ini antara beberapa contoh lain.


Situasi Pertama : Orang pakai baju, awak pakai langsir.

Dua orang siswi sedang berjalan pulang dari universiti.

Sara : Awak jalanlah cepat sikit. Cuaca panaslah hari ni. Sambil menarik tangan kawannya.

Mia : Nantilah kejap. Mia tak larat nak jalan laju-laju.

Sara : Mia, nanti kita singgah kedai ABC kat tepi jalan tu. Boleh hilangkan dahaga.

Mia : Haha.. lawaklah tengok awak ni.

Sara : Kenapa?

Mia : Entah.. nampak lain dari yang lain. Mungkin sebab tu kot awak panas sangat. Saya rasa tak la panas sangat hari ni. Macam hari-hari biasa je.

Sara : ……………………..

Mia : Tengok! Kan betul saya kata. Awak sendiri pun macam setuju. Sebelum ni awak takdalah nak pakai macam ni. Sebab tu awak jarang cakap cuaca panas. Sekali dah pakai baju tutup habis… mana tak panasnya. Siap nampak macam langsir bergerak lagi. Huhu.

Sara tersenyum sendiri. Tetapi dalam hati dia terkilan dengan sikap kawannya. Kerana perubahan yang dibuat dipandang jelik oleh kawannya.

Sara : Takpalah Mia……….. Sara mendahului Mia beberapa langkah ke hadapan.

[Tamat]


Situasi Kedua : Orang masak nasi, kau masak bubur.

Hampir setiap malam mereka makan di kedai. Makin lama duit mereka makin habis. Lalu Mior mengambil keputusan untuk lakukan perubahan dengan belajar memasak. Bagi mengelak kehabisan duit di pertengahan bulan. Tambah-tambah mereka adalah perantau di bumi Jordan.

Mursyid : Eh, kau buat apa ni? Apasal tiba-tiba menangis?

Mior : Aha.. hari ni kau akan makan masakan aku. Tersenyum kambing.

Mursyid : Maksud kau? Garu kepala yang tidak gatal.

Mior : Ni, kau tak nampak aku tengah potong bawang? Aku nak buat ‘Nasi Ayam Kari Kepala Ikan’. Amacam? Gempak tak?

Mursyid : Hahaha. Nasi ayam kari kepala ikan? Tak bleh blah gila nama. Takde nama lain ke? Satu lagi, sejak bila kau pandai masak ni?

Mior : Aha… kau jangan. Setakat Chef Wan tu bukan mainan aku la. Hahaha.

Mursyid : Ceh. So, malam ni kita tak makan kedai lah? Kau masak cepat sikit. Dah siap panggil aku.

30 minit kemudian.

Mursyid : Woi, kau masak apa ni? Ni bukan nasi ayam bro. Ni bubur lambuk. Aduh! Berat-berat.

Mior : Aku terlabih masukkan air tadi. Tu yang nasi macam lembik sikit. Sory bro. Hehe.

Mursyid : Hahaha. Bukan macam, memang dah lembik. Aku dah agak dah. Kau tu memang tak berbakat langsung. Aku tengok cara kau potong bawang tadi pun dah boleh tau yang kau tak pandai masak. Alamak bro…. Lain kali tak payah susah-susah masak.

Mior : …………………

Mior diam. Wajahnya menggaris senyuman. Dalam hati dia kecewa, susah-payahnya langsung tidak dihargai. Walaupun dia tahu dia salah.

Mursyid : Dahla.. Apa kau cakap tadi? Nasi ayam kari kepala ikan? Nah, kau amik nasi ni pi bagi makan ayam. Aku tak selera. Haha. Aku masuk bilik dulu.

[Tamat]


Akhir : Berubah kerana manusia kita akan kecewa.

Maka apa jalan penyelesaiannya?

Begini. Berubah kerana sesuatu selain Allah kita akan kecewa.

Berharap pada pujian, tetapi mendapat kejian.

Berharap pada penghargaan, tetapi mendapat sindiran.

Sekalipun mendapat pujian mahupun penghargaan, sungguh ia tidak akan membawa pulangan apa-apa melainkan satu masa kita akan berputus asa juga.

Sebaliknya perubahan yang dilakukan bersungguh-sungguh kerana Allah, maka kita akan menemui satu jalan kepuasan yang tidak terhingga. Bahkan kita percaya bahawa berubah kerana Allah, pastinya akan dipandang setiap usaha yang dilakukan. Kita tidak akan merasa rugi.

Jadi, ayuh sama-sama kita berubah.!

Dari yang tidak baik kepada baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik. Dari yang lebih baik kepada yang lebih-lebih baik. Biarpun perubahan kita mendapat tentangan, mendapat perlian, mendapat kejian, tapi Allah ada untuk pandang kita. Ikhlaskan niat bersama.

Tidak kiralah perubahan dari sudut apa pun, yang penting biarlah perubahan itu mendapat redha Allah.

Barulah kita akan senang hati dengan perubahan yang kita lakukan.Hingga satu tahap, kita akan kata begini kepada mereka.

“Lu sapa Mau Halang Gua?”


Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.



Thursday, May 24, 2012

9
Komen
~ Allah Sudah Tidak Sayang Aku Lagi ~


Sama ada mahu atau tidak, harinya pasti berlaku. ~ Kudos to Krun


Kita semua mahukan kehidupan yang membahagiakan. Adakala kita tidak berharapnya berlaku, tetapi  Allah dengan kasih sayangNya menganugerahkan bahagia kepada kita. Hingga setelah kita dapat nikmat tersebut, terus hari itu berlalu dengan jiwa yang tenang dan lapang.

Namun, ada masa kita tidak dapat membatasi masalah yang menimpa. Ia juga turut datang kepada kita sama ada ketika itu kita sudah bersedia ataupun sebaliknya.

Abdullah Masalah. Abdullah Ujian. Abdullah Cabaran. Abdullah Dugaan. Abdullah Halangan.

Nama mereka berbeza, tetapi gerak kerjanya kelihatan sama dan serupa. Nama mereka biasa, tetapi siapa yang bersabar apabila bertemu dengan meraka, pasti akan menjadi manusia yang luar biasa.

Semua orang pernah berjumpa dengan mereka ini. Tidak kira besar mahupun kecil. Tidak kira pandai mahupun bodoh. Tidak kira tua mahupun muda. Tidak kira cantik mahupun hodoh. Tidak kira juga seorang raja mahupun seorang hamba.  Pasti pernah terserempak dengan mereka.

Ada orang mampu tenang apabila bersemuka dengan mereka. Setengah orang yang lain, mudah gelabah dan cepat mengaku kalah. Sungguh, kedatangan mereka sangat menyakitkan, sebaliknya diganti dengan pemergian mereka yang sangat menginsafkan.

Itupun sekiranya kita benar-benar sabar dan redha dengan karenah mereka.


Situasi pertama : Aku gagal dalam exam

Suasana di rumah bujang. Burung-burung berkicau riang di waktu petang.

Afiq : Siaplah woi.. kata nak main futsal.

Anas : …………………..

Afiq : Bro! Jadi tak nak main futsal? Takut ke?

Anas : …………………..

Afiq : Apasal kau ni? Hujan tak, panas tak, tiba-tiba termenung macam kalah judi. Kau tahu tak judi tu haram? Kalau kau menang pun, kau menang duit haram!

Anas : Bila masa yang aku main judi? Kau ni kalau nak bagi perumpamaan pun janganlah sampai terlebih. Agak-agakla…

Afiq : Aha… tengok! Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai esoklaa aku duk cakap dengan tiang ni. Cakap dengan kau respon bai.

Anas : …………………

Afiq : Apasal ni? Semalam punya main rancak sembang. Kata nak main futsal lah. Kata kaki besi lah. Sekali dah habis exam, buat hal plak. Kau ada masalah apa? Cuba cita kat aku. Hoi! Aku tengah cakap dengan kau ni.

Badan Anas ditolak perlahan.

Anas : Aku oklah. Saje nak termenung sekali-sekali petang ni.

Afiq : Haa… banyakla kau punya termenung. Ceritalah kat aku. Apa masalah kau sebenarnya? Seliper hilang kat masjid tadi? Ada akhawat kim salam? Alamak bro.. akhawat je pun. Takkan  sampai nak termenung macam ni?

Afiq terus-menerus mengusik Anas. Berharap mampu menceriakan sahabat baiknya.

Anas : Haha…. Ada kaitan ngan akhawat bai. Merapu seh.

Afiq : Habis tu? Dahi dikerut lalu diangkat dua kali.

Anas :
Aku gagal exam tadi bro. Aku takut nak bagitau result kat mak aku. Sebab tu aku macam tak sedap hati ni.

Afiq : Owh.. aku ingat apa tadi. Kalau macam tu, nah! Kau amik hati aku. Hati aku sedap. Hahaha.

Anas : Aku series laa…. Bantai di tangan Anas dibaling laju ke muka Afiq.

[Tamat]


Situasi kedua : Aku dah tak macam dulu

Di wad ortopedik. Seorang pesakit yang sedang terbaring lemah bersama doktor yang baru selesai mengambil darah.

Doktor : Macam mana kemalangan tu boleh terjadi?

Pesakit : Saya tak salah doktor. Dia yang langgar saya!

Doktor : Bawa bersabar. Kamu rehat dulu. Lepas ni bila keadaan kamu dah makin stabil, baru kamu cerita.

Pesakit : Apa dah jadi dengan kaki saya doktor? Kenapa macam susah sangat nak gerakkan?

Doktor : Hmm.. kaki kamu mengalami kecederaan serius di bahagian paha. Kemudian di bahagian tulang lutut kamu ada yang retak. Alhamdulillah, setakat ni tempurung lutut kamu tidak ada masalah.

Pesakit : Saya ada harapan sembuh doktor?

Doktor : InsyaAllah. Cuma banyakkan berdoa. Moga Allah mudahkan. Sekarang apa yang kamu rasa?

Pesakit : Saya rasa penat doktor. Penat dengan kesakitan ni. Kenapalah malang sangat hidup saya? Kenapa Allah pilih saya untuk terima ujian ni?

Doktor : Sabar banyak-banyak. Tenangkan hati dengan ingat pada Allah. Kamu perlu yakin, hanya Allah yang tahu hikmah kemalangan yang terjadi. Menjadi tanggungjawab kita untuk berbaik sangka kepadaNya.

Pesakit tersebut tidak mampu lagi menahan air matanya. Berderai laju membasahi pipi. Merasakan dirinya kerdil yang amat sangat apabila teruji sedemikian rupa. Perasaannya bercampur baur.

Pesakit : …...............

Doktor : Nanti kalau perlukan apa-apa atau rasa sakit kat mana-mana, terus panggil nurse ye.

Pesakit : Hmm... Mengangguk.

[Tamat]


Akhir : Saat Kita dalam Kesusahan

Ya. Detik-detik cemas dalam hidup. Kita hanya memandangnya biasa bilamana kita tidak pernah merasainya. Tapi bagi yang ada pengalaman, merasakan hari esok adalah awan hitam yang menutupi sinar cahaya kepulihan.

Saat kita dalam kesusahan, mungkin itu adalah teguran Allah kepada kita. Saat kita dalam kesulitan, mungkin itu adalah tanda sayang Allah kepada sang hamba. Saat kita berada dalam kemudharatan, mungkin itu adalah peringatan agar kita kembali mendekat kepadaNya.

Tinggal, sejauh mana kita memandang setiap apa yang berlaku punya hikmah dari Yang Maha Esa.

Andai datang seribu satu masalah, benarkah Allah tidak sayang pada kita? Tidak!

Selaku hamba sewajarnya kita terus-menerus berbaik sangka kepada Allah. Biarpun orang kata kita tidak ada harapan, tetapi kita masih ada Allah kan?

So, datanglah setinggi mana pun ujian, dugaan, cabaran dan sebagainya.. maka kita akan kuat bila kita ada Allah.

Carilah jalan penyelesaian yang mampu mengubati, bukan jalan penyelesaian yang Allah benci. Sekalipun kita rasa itu adalah yang terbaik buat diri.

Percayalah! Allah tidak pernah menzalimi.

 Klik juga di sini : Kenapa Awak Tolak Cinta Saya?



Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid, Jordan.   




Tuesday, May 22, 2012

18
Komen
~ Izinkan Saya Sentuh Awak Demi Cinta ~


Berbunga-bunga biar bertempat. =)



Lumrah dalam kehidupan ini, kita suka kepada mencintai dan dicintai. Biar sejauh manapun kita bergerak, kita tidak bisa lari dari memenuhi keperluan rasa hati iaitu berhajat kepada hati yang berbunga-bunga.
Inilah fitrah kehidupan. Agak ajaib dan pelik jika ada yang mengatakan bahawa kita tidak sehaluan dengan rasa kasih dan cinta.

Mengatakan kehidupan ini adalah jalur-jalur kebencian semata-mata. Tidak ada langsung warna-warni ceria dan gembira. Apatah lagi sinar-sinar yang membahagia. Sungguh, manusia seperti ini layak tinggal di dalam gua.

Rasa ingin bercinta dan ingin dicintai itu bukan nanti cukup umur. Bukan nanti masuk universiti. Bukan nanti fly ke oversea. Bukan nanti makan nasi minyak di siang hari. Tetapi perasaan itu seakan wujud dalam diri kita, bermula sejak pertama kali kita bernafas di alam ini.

Cinta. Sebuah rasa hati dan mainan jiwa yang ramai terkandas dengannya.

Cinta itu suci lagi bersih. Sebaliknya ada tangan-tangan illusi yang cuba bermain dengan cinta tanpa mengikut syariat, maka cinta yang suci tersebut mampu menghancurkan si pemilik tangan.

Cinta itu putih lagi jernih. Sebaliknya ada mata-mata kejahatan yang memandangnya dengan pandangan songsang, maka cinta itu tadi langsung tidak membawa ke arah serinya bait-bait kehidupan.

Ya, ramai orang ingin bercinta. Hinggakan realiti, budak sekolah rendah pun sudah pandai bermain perasaan jiwa. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak memusnahkan? Apakah kerana sumpahan cinta yang dikatakan berhantu? Atau kita belum cukup matang untuk bermain dengan cinta?


Situasi pertama : Izinkan saya sentuh awak demi cinta

Sebuah pondok di taman bunga.

Jejaka : Masuk hari ini rupanya dah genap setahun kita couple. Terima kasih awak sebab sudi setia dengan saya.

Gadis : Eh, dah setahun kita couple eh? Macam tak percaya plak. Ingat lagi waktu mula-mula awak nak tackle saya dulu. Awak kata nak pinjam buku, padahal waktu pulangkan.. awak letakkan ‘note minta nak kawan’. Hehe.

Jejaka : Huhu. Punyalah susah tyem tu. Tapi saya yakin yang awak akan sudi berkawan dengan saya kalau saya ikhlas.

Gadis : Awak, dalam hidup ini belum pernah saya keluar dengan lelaki yang tidak ada hubungan keluarga. Tapi bila saya keluar dengan awak, saya rasa diri saya selamat. Awak tidak pernah buat yang bukan-bukan pada saya. Awak selalu buat saya happy. Terima kasih awak.

Jejaka : Tidak ada hari-hari yang membahagiakan dalam hidup saya melainkan melihat awak bahagia. Dan saya berjanji pada awak, saya akan terus membuatkan awak bahagia selama-lamanya.

Si gadis benar-benar terharu. Kepercayaannya kepada si jejaka benar-benar melangit tinggi.

Jejaka : Sebenarnya, saya ajak awak keluar petang ni sebab nak bagi something special kat awak. Ini.. Terimalah..

Gadis : Eh, apa ni awak? Cantiiknya. Owh, patutlah tak bagi saya pakai jam tangan, sebab awak nak bagi yang baru rupanya. Mesti mahal kan? Ya Allah, bestnya..

Jejaka : Tidak ada yang lebih mahal daripada melihat awak tersenyum bahagia bersama saya. Tanda cinta saya, biar saya pakaikan jam ini di tangan awak. Bleh ya?

Gadis : Tapi…. Awak janji awak takkan sentuh saya. Dan itukan  perjanjian kita dulu?

Jejaka : Hmm.. itu dulu. Waktu kita mula-mula couple. Hari ini kan dah setahun kita couple. Sebelum ni pun mana pernah saya sentuh awak. Saya just nak pakaikan jam ini. Tapi takpalah kalau dah awak tak sudi.

Si jejaka menarik muka sepuluh sen. Kononnya merajuk . Si gadis mula rasa bersalah.

Gadis : Ala… awak. Janganlah macam tu. Hmm.. klah. Demi cinta saya pada awak, saya percayakan awak.

Tangan dihulurkan tanda rela. Si jejaka tersenyum seronok.

[Tamat]


Situasi kedua : Saya mahu ikut awak demi cinta

Samsung Galaxy berdering. Tertera nama seorang jejaka bernama Irfan. Si gadis lalu menjawab panggilan.

Jejaka : Hello awak. Dah makan?

Gadis : Dah. Tadi daddy belikan satay. Awak dah makan?

Jejaka : Saya tak lalu nak makan. Menanti-nanti jawapan daripada awak. Macam mana? Dah tanya parent awak tentang hubungan kita?

Gadis : Laa… janganlah sampai tak lalu makan. Nanti awak sakit, saya gak yang risaukan awak. Tadi saya dah tanya mama dan daddy, mereka macam dah ada calon pilihan untuk saya. Macam mana ni?

Jejaka : Hah! Calon pilihan? Habis tu, saya macam mana? Awak takkan tinggalkan saya kan?

Gadis : Saya cintakan awak sangat-sangat. Dah lama kita kawan, mana boleh saya tinggalkan awak.

Jejaka : Awak kena janji dengan saya yang awak takkan kahwin dengan lelaki pilihan parent awak tu. Saya tak boleh terima hakikat yang awak akan bersama dengan orang lain selain saya.

Gadis : Awak janganlah risau. Awak dah banyak berkorban untuk saya, mungkin kali ni Allah nak saya berkorban plak untuk awak.

Si jejaka senang hati dengan jawapan itu.

Jejaka : Terima kasih awak. Sejuk hati saya dengar jawapan awak. Saya ingat, kalau tidak ada cara lain.. awak terpaksa tinggalkan keluarga awak. Kita kahwin tanpa pengetahuan mereka. Apa pendapat awak?

Gadis : Hah? Takkan sampai macam tu? Saya sayang awak dan saya juga sayang mereka. Mana boleh saya tinggalkan mereka.

Jejaka : Saya series. Mungkin itu sahaja yang terbaik untuk hubungan kita. Saya tak mahu kehilangan awak. Jadi, awak terpaksa buat pilihan. Saya atau keluarga awak?

Gadis : ………………………

Jejaka : Hello? awak? Hello…

Gadis : Saya ada kat sini. Saya tengah fikir apa yang awak cakap tu.

Jejaka : Jangan fikir-fikir lagi. Awak perlu ikut saya jugak. Hari tu awak kata awak sanggup buat apa saja demi cinta. Mana buktinya? Mila? Mana buktinya?

Gadis : Klah.. Klah.. saya ikut awak.

[Tamat]


Akhir : Ditipu cinta depan mata

Rata-rata yang bercinta tidak buta matanya. Tetapi kenapa yang bercinta itu mudah jatuh dan tersasar hala tujunya?

Rata-rata yang bercinta celik pandai orangnya. Tetapi kenapa yang bercinta itu tidak menemui bahagia di penghujung kisah cerita?

Rata yang bercinta itu baik-baik orangnya. Tetapi kenapa yang bercinta itu memilih untuk menjadi manusia yang dianggap sampah di mata dunia?

Apakah salah cinta? Tidak!

Tetapi kita yang bercinta di atas jalan yang salah. Cinta yang bersih kita warnainya dengan keseronokan hawa, maka manisnya kita kunyah umpama racun yang berbisa. Cinta yang jernih kita selaminya dengan niat mengikut nafsu binasa, maka nikmatnya kita telan umpama api yang digenggam sehingga terbakar.

Dan last kita tidak akan berjumpa kesenangan dan kebaikan pada pengakhiran, sebaliknya kita menemui kesusahan dan keperitan yang amat memedihkan.

So, andai kata cinta..... dengan cara itukah untuk buktikan?!   
 
Klik Juga di sini : Korban Cinta Balasan Syurga



Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid, Jordan




Tuesday, May 15, 2012

8
Komen
~ Nak Exam Bro! ~

Mood : Menjiwai tangisan exam. 

Gulp. Menitis-nitis peluh mengalir. Gementar dan takut. Exam final kot. Masih merasakan persediaan yang sangat tidak mencukupi. Hoho. Berjuang habis-habisan. Hingga ke malam-malam terakhir.

So, tak mahu bercakap banyak kali ni. Just nak bagitau yang saya sedang berada dalam fatrah imtihan.

Bukan bagitau saja, berharap juga ada yang sudi menembak doa. Tidak kiralah di mana pun anda berada - Mesir, India, Jordan, Malaysia, Morocco, Indonesia, dan segala pelosok benua, - (Haha. Sorry sebab terbajet Lautan Rabbani sangat antarabangsa) doakan kejayaan saya berada di perantauan ini.

Bagi saya dapat keputusan yang cemerlang. Dipermudahkan jawab exam. Lembutkan hati doktor untuk bagi markah free. Huhu.

Kalau di facebook.. saya persoalkan, apa guna kita jadi 'friends' tapi doa sebutir dua tak boleh tembak.

Jadi di Lautan Rabbani, saya ingin tanya.. apa guna saya bagi ipad sorang satu kalau dalam doa kalian tidak ada nama saya. Ok, gurau. Tapi mohon ikhlas ni untuk mendoakan saya. Moga doa yang sama juga untuk kalian.

Salam bahagia. Jumpa lagi. Chill.  

Monday, May 7, 2012

11
Komen
~ Bicara Hati Dari Papan Kunci ~


Allahyarham Hasseeb. Di tengah-tengah gambar. :'(


Saya masih setia dangan niat asal untuk menghasilkan beberapa entry mengenai sahabat yang dikasihi
iaitu Allahyarham Abdul Hasseeb b Abdul Majid. Tapi kali ini anda tidak akan banyak membaca catatan saya, tetapi catatan sahabat-sahabat saya yang lain mengenai arwah.

Ada orang kata, macam tidak ada isu lain nak dibincangkan di blog. Asyik-asyik mengenai kematian.
So, jawapan saya ringkas saja. Bila orang yang kita sayang meninggal, mesti kita akan teringat dan terimbau kenangan kita bersama si fulan yang meninggal.

Ala, contoh mudah adik-beradik kita. Bayangkan kalau mereka yang meninggal. Boleh menangis sepanjang malam. Begitu jugalah apa yang saya rasa pada sahabat ini. Moga Allah mengampuni dosa-dosa arwah. Amin. 

Itu sahaja. Dan di bawah ini, adalah luahan rasa hati batch saya terhadap arwah.


Kita dahulu pernah bermain sekali dengan arwah sebenarnya.



Kita dahulu pernah belajar satu kelas dengan arwah rupanya.



“hasseb yg aku knal dia mmg pendiam...aku pnah skali tngok die marah dan mmg aku x berani dh nak kaco...tapi time form 5 aku ade la lepak2 ngan die. die ni lawak gak...klakar giler cara die gelak buatkn aku nk glak gak...hahhaha...time nk ambik sijil spm pn aku ade lepak umah die tp skjap je la.....tkjut gak dngar hasseb dh x de...hmmmm...semoga die ditempatkan di syurga...
(Lelaki Misteri)


***************


“Beliau seorang yang pendiam bagi sesiapa yang tidak mengenalinya. Tetapi seorang yang sgt periang bagi kami. Ana byk kenangan bersamanya ketika kami sama-sama menguruskan Program Usahawan Muda (PUM). Seorang yang byk membantu dlm menyelesaikan masalah. Teringat ana, dulu kalau pasal dadih atau susu kambing, mesti pujuk-pujuk dia bawa untuk kami sebab dia anak taukeh. Hehe. Moga Allah merahmati beliau dan tempatkan beliau bersama-sama para solihin.”
(Pengiran Muhammad Badi'uzzaman Tahun 1 Pergigian Universiti Tanta, Egypt)


***************



“Hasseb. Bila terkenangkan peribadi ini, lidah bagai terpenjara, mulut terkunci diam seribu bahasa. Berita pemergiannya amat tidak kusangka. Setelah berlelahan pulang dari Amman (ibu negara Jordan) kerana menghadiri sebuah pertemuan dengan sahabat di sana, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan ini.

Mungkin kerana telalu letih, aku tidak mampu menangis tetapi hakikatnya Allah juga yang tahu bahawa hibanya hati ini bila seorang sahabat yang aku kenal dengan Ukhuwah Islamiyah menjadi tunggak persahabatan kami telah dijemput dulu oleh Yang Maha Agung. Meski pun permulaan hidupku di Matri aku tidak terlalu rapat dengan arwah disebabkan kami berbeza dorm tetepi kehilangannya turut dirasai.

Apabila usia kami menjangkau 16 tahun iaitu ketika di tingkatan 4, aku mula merasa ukhuwah yang terjalin antara kami semakin erat kerana kami berkerjasama dalam menjayakan ‘bisnes’ kecil-kecilan kami di bawah medium Program Usahawan Muda. Beliau mungkin sedikit tegas tetapi yang pasti beliau baik hati juga tidak meninggi diri meski pun beliau adalah anak kepada antara usahawan yang berjaya di Perlis. Ilmu yang beliau warisi oleh bapanya sedikit sebanyak dikongsi bersama.

Setelah tamat SPM, masing-masing membawa hala tuju sendiri. Selama saya di sini saya jarang berhubungan dengan beliau. Tetapi setelah mendapat berita bahawa beliau ditimpa musibah dengan sakit yang agak teruk hingga telah meng’heret’ tubuhnya untuk ditahan di dalam wad, saya mula mengikuti perkembangan kesihatan beliau. Akibat keterbatasan berhubungan, saya hanya dapat tahu serba sedikit dan pernah bertanya khabar.

Yang mengejutkan saya, mulanya saya dapat berita bahawa beliau beransur pulih meskipun penyakitnya itu sukar untuk diubati berdasarkan post-post beliau sendiri atau doa sahabat-sahabat lain kepada beliau, tetapi akhirnya berita tidak diingini juga bertandang di cuping telinga. Walaupun begitu, saya tetap yakin bahawa ada hikmahnya Allah memanggil beliau dahulu pulang kesisinya kerana bagi saya arwah adalah orang baik-baik. Mungkin Allah lebih menyayangi beliau. Moga Allah rahmati beliau di sana….”
(Muhammad Uzair Izham | Tahun 2 Usuluddin | Yarmouk Jordan)


******************

“Abdul Hasseeb bin Abdul Majid. Sepanjang perkenalan, beliau adalah seorang sahabat yg tabah, ceria, tenang serta boleh diharap. Beliau sgt suka mnolong org. Haseeb jgk seorg yg jrg complain jika ada mslah. Namun begitu, Allah lebih syngkan beliau, haseeb. Wlaupun kita x dpt jmpa kat sini, smoga DIA pertemukan kita kat sana.”
(Muhammad Hanif bin Ahmad Tarmizi | Tahun 1 | USM-KLE IMP ,INDIA)


*****************



"Hasseeb pada ana seorang yang agak pendiam tapi bicaranya yg sikit tu sentiasa menghiburkan. Tak lokek dgn senyuman. Seorang yang selalu ringan tulang membantu shbtnya, malah sangat rendah hati. Walaupun tak bnyk sgt pengalaman ana dgn beliau, tapi ana bersaksi  bhw beliau seorng shbt yg ckp baik. Moga Allah tmptkn beliau bersama para muttaqin".~ <3
(Nazeer Mukhlis bin Zakaria | Tahun 2 | Alexandria University)



*****************

"Sahabat seorang yang berpewatakan tenang, kurang bicara dan murah dengan senyuman. Pengalaman berhalaqah bersama sudah pasti akan menjadi kenangan selamanya. Selepas Allah menjemput pulang mas'ul kami Cikgu Desa, siapa sangka anak halaqahnya pula menyusuli. Moga Allah tempatkan mutarabbi ini bersama sang murabbinya."
(Syed Zulfaqar Bin Syed Mohd Khair Tahun 1 University of Toronto)


******************



"Beliau merupakan seorang yang sangat prihatin dan rajin membantu kami. Senyumannya sentiasa dipamerkan hari-hari sehingga ke sampai hari ini, ukiran senyuman itu masih segar dalam hati kami. Ya Allah,moga Kau tempatkan sahabatku ini dalam kalangan orang-orang yang beriman yang mendapat perlindungan daripada-Mu di hari akhirat kelak"
(Saiful Islam bin Mohd Fozi | Tahun 2 Dentist | University of Alexandria)


*******************




“Sememangnya arwah Hasseb memang seorang yang baik hati. Suka menolong sahabat yang ketika susah. Dia juga nampak pendiam, tetapi bila berbicara pasti banyak yang membuatkan ketawa kami pecah. Ketika di MATRI dulu, aku memang seorang yang agak boros. Dan aku secara sukarela melantik Hasseb sebagai 'menteri kewangan' memandangkan arwah Hasseb memang pakar dalam bab menyimpan duit. Setiap hari dia akan bagi aku RM1 (duit aku) untuk aku belanja buat makan supaya aku tak boros. Hmm, pemergian Hasseb memang amat dirasai. Moga Allah SWT merahmati rohnya & tempatkannya dalam kalangan orang yang soleh. Ameeen!”
Mohamad Fakhruddin Ab Ghani [Pak Din] | Sem 4 Tahun 2 | Dip Pengajian Islam | KISDAR



*******************


"Arwah seorg yg sgt baik dan pemurah. Payah nk tgk dia marah. Walaupon dia nmpk mcm pendiam tp sebenarnye dia sgt ceria. Dulu saya satu dorm dan satu kelas dgn dia byk kenangan kami lalui bersama. Ada satu ayat yg dia sll ulang dan membuatkan saya dan shbt2 lain ketawa 'Macammana? Ada cara dia!'. Tetapi itu semua hny kenangan. Semoga Allah menempatkan beliau dgn kalangan org beriman.
(Abdullah Afifi bin Idris)


*******************



“Abdul Hasseeb Bin Abdul Majid.. perwatakannya lebih dikenali dgn seorang yang pendiam, tetapi bilamana bersama sahabat2 terdekat beliau menjadi seorang yang amat ceria dgn senyumannya yang 1000 dlm satu. masih bermain di fikiranku semasa zaman persekolahan dahulu beliau sentiasa tersenyum melayani kerenah sahabat2. sejak lepas SPM sudah lama aku tidak berjumpa dgnnya, tetapi baru2 ini aku dikejutkan dgn berita pemergiannya.

Allah telah memangilnya pergi dahulu, Allah ternyata lebih menyanyanginya. Kadang2 aku terfikir manusia ini akan menghargai sesuatu itu bilamana ianya telah pergi dan hilang buat selama2nya. Moga Ukhwah kita tetap utuh dan teguh sampai akhirat. hargaila ape yg ade di samping kita selagi mana kita mampu bersamanya. andai hidup punca perpisahan, biarla mati menyambungnya semula. Moga Beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman. May Allah Bless Us.
(Muhammad Anas Hakim Bin Zakaria Tahun 3 | Diploma Perakaunan UTM, KTD)


********************


“Berukhwah dengannya merupakan pengalaman yang sangat indah. Banyak yang saya pelajari dari beliau. Beliau seorang yang tenang, sedikit bergurau banyak tersenyum, sangat pemurah. 
Ya Allah, saksikanlah bahawa dia sahabat yang sangat baik. kami cintai beliau ya Allah. Tempatkan dia di syurgaMu tertinggi.”
(Ramadhan Lotphi | Persediaan Mesir)







-----------------------------
Terima kasih semua.
Jemput singgah sini. Puitis : Berehatlah Sahabat






Sunday, May 6, 2012

12
Komen
~ Puitis : Berehatlah Sahabat ~


Aku sayang kamu sahabat. :'(



Aku tidak tahu dimana salahnya,
aku tidak pasti apa sebabnya,
sedangkan sebelum ini semuanya ok saja,
tapi hari ini dunia seakan hilang serinya.

Aku cuba untuk berbaik sangka,
yang hari ini seperti hari-hari biasa,
namun hati tidak bisa berdusta,
sekalipun lidah menipu kata.

Ketahuilah sahabat hari ini aku teringat cerita kita,
cerita kita senang bersama,
cerita kita bersama gembira,
cerita kita bergaduh sengketa,
cerita kita bermasam muka,
dan kini semua itu kembali menusub jiwa.

Oh sahabat.

Cerita kita bukanlah selamanya manis,
adakala kita bertikam lidah jua,
adakala kita terpaksa akur yang kita manusia.

Pasti ada yang tidak kena,
bukan selamanya sama,
ada juga perbezaannya,
dan perbezaan itu banyak mengeratkan kita.

Hari ini tertumpah juga air mata di perantauan,
khusus buatmu sahabat tercinta,
dengan pemergianmu meninggalkan aku dan teman,
tanpa sempat kita bersua,
walau di penghujung detik-detik kehidupan.

Moga di sana,
menjadikan kesenangan dan kerehatan sebagai pengganti kami,
demi harapan dan doa,
buatmu sahabat selamanya.

Sekian,
Pelaut Rabbani.
Perantauan di Jordan.


Hari ini saya mengenangkan pemergian seorang sahabat yang baik dalam kehidupan saya. Meninggal kerana mengidap kanser.
[Allahyarham Abdul Hasseeb bin Abdul Majid]

Dia pendiam, tapi diam dia berisi. Dia bergurau, tapi gurauannya memecah suasana sunyi. Sungguh, dia antara sahabat yang banyak membantu saya dahulu.

Arwah adalah satu-satunya sahabat dari batch kami yang telah pergi mengadap Ilahi.

Buat sahabat-sahabat pembaca sekalian, jangan lupa mndoakan sahabat saya ini.
Moga –moga ada doa dalam kalangan kita yang dimakbulkan Allah lalu memberi kebaikan buat sahabat yang saya kasihi ini.

Jemput singgah juga di siniBicara Hati Dari Papan Kunci


Tuesday, May 1, 2012

2
Komen
~ Itulah Air Mata Ibu ~







Ada apa pada air mata?
Boleh jadi, kerananya kita masuk ke syurga.
Boleh jadi, kerananya kita dicampak ke neraka.

"Berhati-hatilah dengan air mata itu."