Mengikut jejak langkah siapa? |
Terlalu banyak persoalan yang timbul bagaikan tidak ada kesudahannya. Kenapa aku gagal dalam exam? Kenapa aku tidak jadi hebat macam dia? Kenapa aku selalu diuji begini? Kenapa aku selalu kena marah dengan cikgu? Kenapa perempuan tu tolak pinangan aku? Kenapa bahagia tidak muncul-muncul? Dan sebagainya.
Soalan-soalan berbaur kerunsingan terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan acapkali menjelma.
Tidak kira saat kita sedar siapa diri kita bahkan saat kita lupa yang kita hamba Allah.
Bisa saja tercipta ketidak puas hatian ini hingga kadang-kadang kita rasa diri kita adalah yang paling hina. Diri kita adalah yang paling malang. Hingga kadang-kadang kita rasa hidup kita adalah yang paling tidak bermakna.
Ya. Itulah perasaan kita. Dan di situlah kesilapan kita. Kerana kita bertanya dalam keadaan hati dan jiwa bukan untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi untuk menyalahkan . Kerana kita menyoal dalam keadaan hati dan jiwa yang penuh keluhan, kononnya sebagai cara untuk menenangkan.
Sebaliknya semua itu merosakkan.
1 - Arrrghh!! Hujan! Menyusahkan betullah. 2 - Hujankan rahmat Allah. Tak baik mengeluh. Tanpa hujan semua makhluk tak hidup tau. Nah! amik payung ni. |
Mengeluh itu pasti muncul
Semua orang pasti pernah mengeluh. Jika ada yang tak pernah mengeluh, saya boleh katakan anda bukan manusia yang normal. Adalah amat mustahil apabila sepanjang kita hidup, kita tidak pernah mengeluh.
Dan ramai yang tidak tahu bahawa kita mengeluh itu adalah kerana kita tidak sabar. Setelah mana Allah mendatangkan ujian, cabaran, dan halangan… terus-menerus kita menyambutnya dengan tanggapan yang buruk, lalu kita merasakan lebih baik kita mati sahaja.
Bukan bercakap tentang manusia yang jauh, tetapi ayuh bersama-sama kita melihat diri sendiri. Wujudnya perasaan-perasaan yang tidak baik adalah bukti dan tanda yang kita melihat ini semua dengan kaca mata bebanan.
Jadi, tidak ada kaedah yang boleh kita rungkai akan masalah ini melainkan kena sama-sama ubah cara pandang kita terhadap satu-satu perkara yang menimpa.
Perlu belajar untuk belajar mencari hikmah
Yang pertama, sedarlah bahawa apa yang berlaku ada hikmah dan maksud yang tersendiri yang Allah ingin berikan kepada hambaNya. Maka, adalah tidak adil apabila kita sebagai seorang hambaNya sewenang-wenang menghukum setiap takdir yang menimpa adalah tanda Allah membenci dan sebagainya.
Perlu kita sedar juga bahawa ujian itu adalah untuk menguji. Dan perlu kita faham yang dimaksudkan ujian itu bukan hanya terpalit pada segala macam kesusahan, kesulitan, kesedihan, kegagalan, kelemahan dan yang buruk-buruk tentangnya.
Kerana tidak ajaib pun yang selalu bahagia, selalu gembira, selalu senang, lapang, mewah dan sekampung dengannya… itu semua juga adalah ujian. Tinggal, Allah adalah yang lebih tahu akan siapakah hambaNya yang terbaik untuk menerima bentuk-bentuk ujian itu.
Suka untuk diingatkan kepada semua termasuk diri ini… usahlah mengeluh dan menyalahkan itu adalah kenapa aku diuji, tetapi berusahalah untuk mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik cabaran yang menghampiri.
Hikmah tidak ada garis penghujung untuk kita tahu. Kita juga tidak bisa untuk memastikan yang sebetulnya Allah nak beritahu kita apa… Namun, sebagai seorang hamba, sewajibnya kita kena percaya bahawa yang menimpa adalah teguran dari Allah.
Senang kata sangka baik itu adalah cara yang terbaik untuk kita semua selamat daripada mengeluh dan menyalahkan takdir Allah.
Kisah seorang raja
Seorang raja yang mempunyai bendahara yang sangat dipercayainya. Segala masalah yang dilalui dan perlukan keputusan untuk dibuat, pasti bendahara itulah yang menjadi rujukan. Tetapi, satu sifat yang ada pada bendahara ini adalah beliau selalu mengaitkan apa yang terjadi dengan hikmah.
Jika ditanya kenapa ini kenapa itu, jawapannya adalah – pasti ada hikmah.
Hingga satu ketika, raja mengalami luka yang panjang pada badan baginda kerana dicalarkan oleh isteri baginda sendiri sewaktu sedang bermain pedang. Lalu ditanya kepada bendahara, maka jawapan bendahara adalah sama iaitu - pasti ada hikmahnya.
Kerana terlalu marah dengan jawapan yang diberikan oleh bendahara, langsung tidak berbaloi dengan luka yang dialami, bendahara tersebut dibuang dan dilucutkan jawatan.
Sampai satu hari, saat raja terasa bosan hidup di istana, baginda membuat keputusan untuk keluar memburu binatang. Dalam perjalanan, raja ditangkap oleh sekumpulan orang asli berkulit hitam. Raja menjadi panik apabila mendapat tahu yang baginda akan dijadikan mangsa kepada upacara penyembahan.
Raja diikat pada sebatang pokok. Tangan disisipkan ke belakang. Baju dikoyak bagi memudahkan darah diambil. Namun, tanpa disangka raja tersebut dilepaskan begitu sahaja. Raja menjadi pelik. Lalu tanyalah raja kepada ketua orang asli tersebut.
Jawab ketua orang asli, mana mungkin mereka akan menghadiahkan seorang manusia yang punya calar pada badannya. Itu sangat mengaibkan. Sedangkan kepada tuhan, perlu beri hadiah yang terbaik.
Maka, bebaslah raja tersebut. Akhirnya raja mula sedar bahawa hikmah yang dikatakan bendaharanya tempoh hari benar-benar dilalui hari ini.
Akhir : Sekalipun awak tolak cinta saya, saya tetap ada Allah
Sepatutnya itulah yang kita nampak. Apa-apa yang berlaku kepada kita, pulanglah ke pangkal hati dan tanya pada diri, apa yang Allah ingin sampaikan sebenarnya.
Sekalipun Allah meletakkan ujian yang sangat menyulitkan, maka kenapa kita tidak meminta kepada Allah untuk dimudahkan segala kesulitan itu?
Sekalipun ujian yang datang kepada kita menyebabkan kita rasa dunia ini sudah tidak ada apa-apa lagi, bukankah Allah masih ada untuk kita?
Bukankah kepada Allah kita akan kembali? Kerana itu, kenapa masih sanggup berburuk sangka kepada Allah?
Ayuh teliti kembali kehidupan kita. Untuk apa kehidupan kita ini? Jika tidak untuk Allah.
Jadi, kenapa perlu mengeluh jika diujiNya? Allah tahu yang terbaik untuk kita. Bila ujian yang datang itu kita sabar menempuhnya, kita berbaik sangka kepada Allah maka di situlah kita akan menjumpai nikmat bahagia.
Dan yang pasti, bahagia itu adalah bahagia yang bukan dibuat-buat. Percayalah.
hidup itu kembarnya ujian..
ReplyDeletedatang dan datang tanpa perhentian
hanya dengan keimanan
kau mampu bertahan
(Sinergi-Hilal Asyaraf)
hidup ini mmg akan sntiasa diuji..
keluhan bukan penyelesaianya..
singkaplah hikmah disebalik ketentuanNya..
ya..
memang pahit yg akan mngundang..
tapi,ingatlah..
disebalik kepahitan itu akan ada kemanisan yg berpanjangan...
(^____^)
Ya. Setuju.
Deletedisebalik kepahitan itu akan ada kemanisan yg berpanjangan.
lama x baca tulisan nta ..terubat rasa
ReplyDeleteLama ana mnanti tulisan enta.
DeleteTetap masih tidak terubat.
Bilakah masa itu?
oh. mulut belum terkunci untuk tidak menzahirkan kata. hati belum terdidik untuk memujuk jiwa.~.~'
ReplyDeleteberkali-kali juga membaca ayat ini.
DeleteUntuk cuba menyelami maksudnya. ^^
alangkan bahagia seorang ibu mendapat anak yang paham erti cinta sewajarnya....
ReplyDeleteYa, alangkah bahagianya.
DeleteTiba-tiba teringat ibu saya di Malaysia. :)
assalammualaikum
ReplyDeleteSukarnya untuk mendidik diri agar bersyukur lebih mudah daripada menerima akibat daripada sikap tidak bersyukur.
Rasa bersyukur itu hanya timbul dari hati yang melihat apa yang telah ada bukan pada yang tiada.
Namun sikap kita manusia biasanya... Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan. Kita sering menghitung kesukaran bukan kesyukuran.."
(Ya Allah bantulah hati kami untuk bersyukur atas nikmatMu yang tidak terhitung ini. Aamin..)
~credit to Ustaz Pahrol Mohd Juoi~
Waalaikumsalam.
DeleteTerima kasih. Harap sudi berkongsi lagi. :)
As salam. Syukran jazilan atas perkongsian ini, mohon share.
Delete"Jangan sedih jika Allah memisahkan kamu dari sesuatu atau seseorang yang anda cintai. Jika kita tahu apa rancangan-Nya untuk kita, pasti hati kita akan mencair dengan kehangatan kasih sayang-Nya."