Kebakaran itu meninggalkan kesan yang mendalam. |
Sudah besar rupanya saya ini. Bila difikirkan kembali, umur saya hari ini hampir mencecah dua puluh tahun. Ini beerti saya akan meninnggalkan zaman belasan tahun.
Zaman saya berbaju sekolah. Zaman saya banyak tahu tentang kehidupan. Zaman saya belajar menghormati guru-guru. Zaman saya berusaha menjadi yang terbaik dalam yang terbaik. Zaman saya bercita-cita untuk menjadi seorang ketua kepada ketua. Zaman saya berjumpa dengan ramai orang. Zaman saya mencipta dan membuka satu demi satu bakat yang Allah anugerahkan.
Ya, itulah zaman belasan tahun saya. Banyak benda saya belajar pada zaman itu.
Tetapi akhirnya, Allah Maha Tahu. Zaman itu bakal pergi meninggalkan saya tidak lama lagi. Sebagai seorang manusia yang pernah melalui zaman sekolah rendah, saya sangat-sangat berbangga dengan apa yang saya dapat pada sekolah menengah.
Sebab apa? Di situlah telah berlakunya satu perubahan yang besar pada diri ini. Kadang-kadang, terlahir perasaan sedih yang amat sangat. Apabila saya mengingati kembali zaman sekolah rendah.
Dimarah guru, dirotan, disisihkan, dipulau, diejek itu ini, dibiar sepi bagaikan tidak ada nilai. Semua itu saya pernah rasai. Semua itu saya pernah alami. Dan semua itu saya pernah lalui. Hinggakan pernah terdetik dalam hati sanubari untuk menghilangkan diri jauh-jauh dari bumi ini.
Memang benar, kenakalan itu adalah puncanya. Kedegilan itu adalah jawapannya. Kebuasan itu adalah titik mulanya.

Dan kerana itu, saya seakan tahu bahawa wujudnya setengah guru yang pantang dilihat. Asal jumpa, mesti ada benda yang tak kena.
Itulah zaman sekolah rendah saya. Yang pastinya berbeza dengan zaman sekolah menengah.
Saya punya seorang kawan. Orangnya hebat ketika mana saya kenalnya dahulu di sekolah rendah.

Antara orang harapan guru-guru di sekolah itu. Dia seorang pengawas. Dia seorang scorer dalam peperiksaan. Dia seorang yang aktif dalam sukan. Dia seorang pelajar yang pernah mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah.
Orangnya tidaklah terlalu tinggi. Tidaklah terlalu berisi. Sedang-sedang macam saya juga. Namun, kerana kepimpinan yang dia ada,dengan kemahiran yang dia ada, dengan kepandaian dan kerajinan yang dia ada, dengan bakat dan kebolehan yang dia ada, maka tersangat-sangat susah untuk saya berdiri sama tinggi dengannya.
Saya merasai itu ketika umur bergelar kanak-kanak. Antara kami berdua bagaikan wujudnya jurang yang sangat besar. Sedangkan, umurnya sama dengan umur saya. Sekolah kami juga sama tidak pula berbeza. Apatah kelas yang dia duduki, itulah kelas saya.
Ternyata, Allah adalah sebaik-baik penyusun. Maka, yang membezakan kami adalah dia pelajar yang selalu dipuji guru. Saya tidak bahkan seballiknya. Dia pelajar yang selalu mendapat anugerah kecermelangan. Saya tidak bahkan sebaliknya. Dia adalah pelajar yang punya kuasa di sekolah. Saya tidak bahkan sebaliknya.
Sungguh, wujud rasa dijiwa bahawa dia adalah manusia yang membuatkan saya tersangat-sangat cemburu. Teringin sangat untuk menjadi sepertinya. Tetapi yang sedih, saya tidak tahu di mana perlu saya cari kekuatan untuk menjadi sepertinya.
Di mana perlu saya mula untuk menjadi sepertinya?

Saya tidak tahu. Akhirnya, berkampunglah saya keseorangan tanpa wujudnya manusia-manusia yang mampu merungkaikan semangat itu. Mampu membimbing keazaman itu. Mampu menggilap kehendak perubahan itu.
Hinggalah saya menjejakkan kaki di sebuah sekolah yang banyak mendidik dan mengetuk pintu jiwa. Sebuah sekolah yang punya manusia-manusia luar biasa. Dan yang luar biasa itulah guru-guru yang sentiasa membetulkan cara kehidupan saya. Dan yang luar biasa ituiah senior-senior yang banyak menunjukkan cohtoh yang baik kepada saya.
Benar, kehadiran mereka antara punca saya ingin menjadi manusia yang dilayan seperti manusia. Dengan kehadiran merekalah, saya ingin menjadi insan yang dikasihi dan disayangi seperti seorang insan. Bukan seperti makhluk ganjil yang turun dari bulan.
Kerana itulah, saya suka untuk menegaskan bahawa zaman belasan tahun saya adalah bermula di sekolah menengah. Tidak di sekolah rendah. Walapun hakikatnya, umur sebelah tahun itu adalah di darjah lima.
Kini saya adalah saya yang dahulu. Cukuplah manusia kalau dahulu kamu lihat saya hina, hari ini saya datang dengan nama yang sama. Kalau dahulu kamu lihat saya simpati, hari ini saya lihat kamu bagaikan mentari. Dan kerana kamu, saya adalah saya hari ini.
Sekian,
Seorang manusia biasa yang bercita-cita untuk bahagia selama-lamanya.

assalamualaikum..
ReplyDeletecoretan yang penuh bermakna kepada si penulis..suka untuk saya petik dari ayat penulis:
"Ternyata, Allah adalah sebaik-baik penyusun. Maka, yang membezakan kami adalah dia pelajar yang selalu dipuji guru. Saya tidak bahkan sebaliknya. Dia pelajar yang selalu mendapat anugerah kecemerlangan. Saya tidak bahkan sebaliknya. Dia adalah pelajar yang punya kuasa di sekolah. Saya tidak bahkan sebaliknya."
kehidupan manusia ini pelbagai ragamnya...ada yang senang kita lihat dan ada yang sebaliknya..namun, ketahuilah...setiap apa yang Dia kehendaki kepada kita, itulah yang terbaik buat kita...bersyukurlah apa yang dikehendakiNya..sesuai dengan firman Allah yang maksudnya...
"Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan Dia pula yang membatasi baginya.Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"
29:62
wallahua'lam~
wassalam..
DeleteTerima kasih. Anda membantu saya sesuatu. ^^
Salam ziarah..
ReplyDeleteManusia hari2 yg dilaluinya mestilah semakin hari semakin bertambah baik.^^
Sentiasa belajar dr kesilapan lepas dan itulah yang membuatkan semangat itu datang.
Mg redha Allah bersama, Wallahu`alam..
p/s: jika berkesempatan nnt, jemputlah ke ana.. Jazakallah.
~permata yang dicari~
Salam ziarah kembali.
DeleteInsyaAllah. Akan ke sana. Barakallah.