Thursday, April 28, 2011

9
Komen
~ Aku dan kamu bukan Burung ~

Sebab itu tadabbur alam itu penting. 

Ku menghirup udara pada hari ini. 

Subhanallah. Ia adalah nikmat. Pastinya tidak akan disedari kewujudannya andai diri alpa dan lupa kepada Sang Pencipta. 

Bukan untuk berbicara panjang pada kali ini, sekadar ingin melontarkan satu Bicara Al-Quran. Agar dengannya kita sentiasa berfikir dan beringat.

Hayati.


“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah.Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang beriman”. (An-Nahl ayat 79) 


Lihat kepada burung, jiwa seakan cemburu dengan mereka. Pengakhiran mereka tidak akan dihijab oleh Allah tetapi kita? Tepuk dada tanya mata hati yang suci.

Ringkas yang boleh saya katakan selepas menghayati kalam ini - saya benar-benar malu dengan Allah.

dan ANDA!

Apa yang dirasakan?

Adakah hanya membaca tanpa perasaan?

Adakah hanya memahami tanpa kerelaan?

Atau bagaimana? 



9 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Ringkas dan sgt2 bermakna lg b'manfaat.
    Jazakallah atas perkongsian.(",)

    ReplyDelete
  2. > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam wbt,
    terima kasih,
    sedikit terkejut sbnrnya dgn peninggalan jejak ini,
    apa pun,
    Alhmdulillah.
    moga Allah kasih. =)

    ReplyDelete
  3. Sy pulak suka merenung langit..
    smpai ke hari ini.. akn terus setia merenung langit..

    ya, pd stiap pnciptaan..ada ibrah yg trselit. hanya org brfikir yg mmpu mncari pngajaran d sbaliknya... ^_^

    ReplyDelete
  4. > Hafriz Mohamad

    owh yaka,
    klu mcm tu kita sama juga serupa,
    teringat akan kata guru saya,
    bila kita sentiasa melihat langit dgn rasa kehambaan,
    kita akan sedar & tahu yg kita ini kerdil & lemah sbnrnya,

    akhir kata,
    teruslah melihat langit.. ^^

    ~ mQ ~

    ReplyDelete
  5. salam 'alaikum.
    just nak berkongsi ttg merenung langit.
    ana pernah baca dlm mjlh asuh,ibrah yg kita boleh ambil dari langit adlh,
    org dulu2 kata,klu hati gelisah,lihatlah langit,insyaALLAH hati akan jadi tenang..
    kenapa begitu? hakikatnya hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yg memberi ketenangan, tapi krn langit itu 'dekat' dgn ALLAH yg menciptanya.
    means hati kita akan menjadi tenang apabila dekat dgn sesuatu yg dekat dgn ALLAH.
    Ibrahnya..klu dgn lihat langit(ciptaan langsung dr ALLAH) je pun hati kita tenang, apalagi klu hati kita dekat terus dgn ALLAH melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang.
    Benarlah firman ALLAH,"Ketahuilah dgn mengingati ALLAH(zikrullah) hati akan menjadi tenang."
    Wallahua'lam.
    Trm ksh atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Salam.. Ya akh... Sungguh tersentuh.. Hanya senyuman yang mengiringi setiap bait yang akh tulis.. sungguh menyentuh hati bagi sesiapa yang baca dan hayati.. Teruskan menulis.. Dakwah di alam maya..

    ReplyDelete
  7. > Mujtahidah Solehah

    jazakillah atas bingkisan yg dikongsikn,
    hari ini saya dpt satu benda yg baru,
    alhmdulillah,
    jgn lupa kongsikn lg utk artikel yg akan dtg,
    harapnya 'lengkap-melengkapi' itu mjd satu amal positif di laman lautan rabbani.

    kdg2 penulis yg menulis bukan beerti penulis itu thu segala-galanya,
    oleh itu insan spt anda sgt2 dialukn utk penambh baikan & memperbetul apa yg sala. ^^




    > Daie Huffaz

    wassalam,
    alhmdulillah..
    ya Allah - terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah^^
    Burung adalah contoh terbaik kalau nak explain pasal tawakal kepada Allah. Bayangkanlah, keluar pagi dengan perut yang kosong, balik...Alhamdulilah, kenyang~

    ReplyDelete
  9. > musafir kehidupan

    Salam ziarah kembali,
    betul2.
    unik sbnrnya ciptaan burung,
    tp x semua yg nampak. ^^

    terima kasih.

    ReplyDelete