Friday, April 8, 2011

11
Komen
~ Ringkas ; Bintang Buatmu Teman ~

Andai bintang mampu ku genggam. Pasti akan ku beri kepadamu sebagai pengganti ucapan terima kasih.

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang saya ucapkan kepada tetamu Lautan Rabbani yang baru pertama kali ziarah ke sini. Kedatangan saudara-saudari sekalian sangat-sangat saya menghargainya.


Buat tetamu yang tidak jemu-jemu singgah di sini juga, saya doakan agar kalian sentiasa berada dalam ketenangan kehidupan walau di mana sahaja kalian berada. Amin.

Sebenarnya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


Terdetik hati ini ingin mencoret perihal seorang temanku yang dahulunya pernah bersama, kini berpisah dek masing-masing melanjutkan pelajaran di tempat pilihan. Sungguh, hari ini hati kecilku rindukan dia.Siapa?


Tak kenal maka tak cinta


Zaman hanip kecik. ^^

Aha. Dialah insan yang diberi nama Muhammad Hanif b Ahmad Tarmizi.


Rata-rata yang mengenalinya seperti saya lebih happy dengan nama kacaknya iaitu 'hanip'. Beralamatkan Taman Sri Serdang , 43300 Seri Kembangan Selangor adalah tempat di mana temanku ini dibesarkan.


Hanip. Sudah saya kenal ketika kami menduduki kelas yang sama sewaktu awal persekolahan di tingkatan satu. Juga saya mendengar cerita mengenainya daripada sahabat saya Salman yang merupakan satu usrah dengannya. Tinggal, kami tidaklah seakrab seperti saya dengan Salman. Mungkin sebab perbezaan penginapan asrama yang membataskan pergaulan kami.


Teringat kembali awal permulaan saya mula erat dengan Hanip. Semasa di tingkatan tiga, kami sama-sama ingin pergi ke kedai gunting rambut. Haha. Boleh dikatakan, segala-galanya bermula di sini.


Bersama-sama berjumpa warden asrama untuk meminta kebenaran keluar. Bertemankan basikal rakanku Nazeer yang tinggal di luar asrama, kami menjejak ke semua kedai gunting rambut yang berdekatan. Bukan disengajakan untuk melambatkan masa, tetapi setiap kedai gunting rambut yang kami kunjungi hampir kesemuanya tutup.


Sepanjang perjalanan, kami berkongsi pelbagai cerita suka dan ceria. Umpama kami baru sahaja bersua walhal kami menduduki kelas yang sama pada tahun itu ~ tahun PMR. Seketika itu, sayalah yang agak keletihan kerana saya yang mengayuh. Hanip hanya goyang kaki sahaja di tempat duduk belakang. Haha.


Cuma entah kenapa pada petang itu jiwa saya terasa bahagia. Bahagia yang bukan dibuat-buat. Bahagia yang lahir dari hati nurani yang dalam. Buktinya, nostalgia itu sudah berlalu hampir lima tahun yang lepas. Tapi, tika ini saya mampu membayanginya lagi.


Ya. Allah. Aku rindu detik itu.


Kenapa saya menceritakannya kepada ANDA tentang Hanif ?


Huh. Soalan 'killer' ni. Haha.


Sebabnya, sahabat saya hanif sekarang sedang menghadapi satu peperangan. Peperangan dalam arena akademik seminggu dua ini. Untuk pengetahuan semua pembaca sekalian, hanif adalah salah seorang siswa di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Mengambil jurusan asasi sains hayat sebagai medan untuk beraksi menggapai redha Allah.


Tatkala saya bertanya soal kerjaya pada masa hadapan kepadanya, ringkas tetapi padat. Untuk menjadi "daie sepanjang masa." Itulah yang dikejarnya.


Tatkala saya bertanya soal matlamat hidup, pendek tetapi bermakna. Untuk mendapat "redha Allah". Itulah yang diusahakannya.


Jujur yang mampu saya ungkapkan. Hanif adalah salah seorang contoh yang saya jadikan sebagai batu loncatan untuk saya belajar bersungguh-sungguh. Mungkin dia tidak pernah tahu tentang hal ini. Tetapi hari ini, saya membongkarkannya. ^ ^


Moga Allah redha denganmu sahabat.


Akhir : Tolong saya boleh?


Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon pertolongan kalian.


Tolong tembakkan doa kalian buat sahabat yang saya kasihi ini boleh?. Seperti mana yang saya khabarkan di atas, dia sedang berada dalam minggu peperiksaan. Peperiksaan bagi semester akhir asasi sains hayat.


Mudah-mudahan Allah sentiasa membuka peluang untukmu Sahabat. Memberi kejayaan kepadamu di dunia dan akhirat. Dipermudah segala urusanmu di seketika saat. Juga perjalanan hidupmu moga sentiasa dicucuri rahmat.


Berkatalah amin wahai pembaca yang budiman. (",)

11 comments:

  1. qawiem...sapa lah ana insan yg hina ni...rmai lgi shbt2 yg lebih qawi lagi dripada ana ..mreka lbih layak dpt pengiktirafan dari anta..tpi apa apa pun ...anta ttp shabat ana ...mga allah redha dgn kta..wsallam

    ReplyDelete
  2. Tolong tembakkan doa? wah... frasa yang baru :)

    Dan ya, insyaAllah akhi hanif, buatmu doa dari saudara yang kejauhan(jauh ke?)

    Salam kenal juga kepada hanif. Enta? er... dengan enta pun, ana belum betul2 kenal. hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kenal..akak kagum dgn persahabatan adik..insyaAllah akan akak doakan adik2 mendapat redha Allah..Amin

    ReplyDelete
  4. > hanif

    ya hanip,
    ana akui ramai shbt2 kita yg hebat,
    dan anta salah sorg drinya, (",)
    hari ini khas utk anta,
    hari lain mungkn utk mrk pula,

    sbnrnya..
    harapan dri entry yg ana tulis ini moga2 sikit sbyk dpt mjd penawar buat anta menghilangkn resah, beban, letih dan sbgnya,
    biasalh di musim peperiksaan kan,
    juga sbg medium utk lebih ramai org menembakkn doa khusus utk anta,(",)

    pengiktirafan ana x da apa2 nip,
    hanya insan yg serba kekurangan bahkn byk menyusahkn, =(

    ya. moga Allah redha dgn kita.
    yg mendoaknmu,
    ~ mQ ~



    > iqbalsyarie

    jazakallah akhi atas doamu buat shbtku,
    moga doa yg sama juga utk enta..
    haha.. xpa, ^^
    proses nk bertaruf la tu,
    ana pun x taaruf habih lg ngan nta akhi,
    teringin sbnrnya nk taaruf secara dekat,
    tp bilakah?

    mungkn ketika menghadiri kenduri anta nnt.. (",)

    ReplyDelete
  5. > anitaare

    waalaikumsalam,
    terima kasih sebyk-byknya atas doa yg ditembak,
    sgt2 menghargainya,

    redha utk akak juga,
    amin. =)



    > BaiTiL a'tiQa

    Amin.
    jazakillah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt..

    Subhanallah, "inilah persahabatan kerana Allah." Dah banyak yang anta tulis dan dah lama juga ana tak m'baca blog. betullah istiqamah dalam menulis lebih susah dari meniti sehelai rambut. jazakallah..

    ReplyDelete
  7. moga segala urusan kita dipermudahkan-Nya..
    moga tautan ukhuwah yg terbina membawa ke syurga..=D

    ~salam ukhuwah..=)

    ReplyDelete
  8. > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam wbt..

    gementar ana bila enti kata inilah pershbtn krn Allah,
    takut2 x sampi lg ditahap itu,
    masih dlm usaha sbnrnya..

    Ya Allah.. pimpinkn hati ini dlm bershbt,
    moga bershbt itu lebih indah apbl bersulamkn kasih dan petunjukMu. Amin.

    Terima kasih. (",)
    moga terus istiqamah.




    > Wan Syafiqah

    InsyaAllah,
    mudah2an dimakbulkan..
    Amin.

    salam ukhwah kembali.. ^^

    ReplyDelete
  9. Hanip memang power. Aku bangga dapat sahabat cam dia.

    Walaupun aku punya akademik memang beza langit bumi dengan hanip, tapi dia tak penah pandang rendah dengan aku. malah dia la yg bnyk bg smgt kat aku. tq banyak hanip.

    semoga terus tsabat.

    p/s : qawiem, ana faham. ada yg tersirat artikel ni. hehe.

    ReplyDelete
  10. > Udin

    Hehe. hanip powerkan udin,

    Anta dh sampai perakka?
    erm.. cuti masih ada,
    nnt dtg la lg..
    minta maaf udin atas kekurangan dan ketidak sampaian menyambut anta di sini,

    doakn ana selalu..
    moga terus tsabat di atas jln ini.
    jazakallah.

    p/s : apakah yg tersirat itu udin? hanya nta yg thu.. ana x tahu. cuma yg ana tahu hanyalah tersurat . ^^

    ReplyDelete