Kebaikannya dirasai semua. |
Assalamualaikum wbt.
Saudara-saudari sekalian, saya ingin mengajak sama-sama kita melihat hikmah. Satu hikmah yang Allah bawa dalam kehidupan sahabat saya. Yang kini saya juga merasainya. Walaupun bahangnya tidaklah tinggi 'volt' bergemerlapan dalam jiwa ini, tetapi tusukan demi tusukan seakan mengajar saya sesuatu yang berguna.
Jam. Andai ada bateri, pastinya ia sentiasa berjalan. Berputar dan berputar seiring terbitnya matahari dari sebelah timur dan terbenamnya di sebelah barat. Kesannya, dunia tidaklah sentiasa cerah dan gelap. Sisipan siang dan malam silih berganti menandakan ada kuasa yang mengawalnya. Itulah Allah Rabbul'alamin.
Hari demi hari berlalu. Bulan juga begitu. Tahun pula tidak selamanya baru. Menunjukkan kepada kita masa sentiasa bergerak bahkan terasa laju.
Di celah-celahnya, hikmah sering saja meniti. Kemusnahan, kegagalan, kesakitan, kesedihan, kematian, kecelakaan hatta sesuatu yang mendatangkan kebahagian juga tidak terkecuali. Semuanya umpama roda yang silih berganti.
Ayah Salim pergi dahulu dan kita akan menyusul
Untuk makluman semua, Pakcik Wahab iaitu ayah kepada sahabat saya saudara Salim telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas. Allah menjemput hambaNya ini pada pukul 5.30am di Hospital Tunku Fauziah Perlis.
Alhamdulillah. Pada malam itu, saya dan juga Salman kami tidur di hospital sebagai peneman kepada sahabat kami Salim. Satu perkara yang menjadi tanda tanya buat saya, kenapa Salim tidak tidur bersama kami di surau berhampiran sedangkan malam sebelumnya kami bersama?
Rupa-rupanya doktor sudah memberi petanda awal yang Pakcik Wahab akan menghembuskan nafas-nafas terakhir dalam masa yang terdekat pada siang Jumaat. Kata doktor, kuman yang dulu menyerang paru-paru telah merebak ke organ-organ penting dan telah merosakkan beberapa daripadanya.
Demi menjaga perasaan keluarganya, Salim tidak menceritakan perkara ini kepada ibu dan adik-adiknya. Hanya berkongsi dengan Salman sebagai luahan hati yang gemersik kesedihan dek laporan doktor yang mengejutkan.
Jadi sebagai langkah persediaan andaikata doktor ingin memberitahu sesuatu, maka Salim tidur di hadapan pintu bilik ICU yang menjadi perkara biasa dilakukan oleh keluarga pesakit yang dimasukkan ke wad ICU.
****
Kira-kira jam 5.15am, saya dan Salman sempat menghabiskan Surah Yasin sementara menunggu keluarga Salim yang sudah masuk berjumpa dengan tonggak keluarga mereka buat kali terakhir selepas mendapat tahu yang keadaan Pakcik Wahab sudah tenat. Tatkala kami menanti disaat yang mendebar-debarkan itu, Salim dan keluarganya keluar dengan tangisan air mata yang bergelinang.Sempat Salim memberitahu kami yang ayahnya sudah tiada.
Ya Allah. Aku terkedu. Tidak ada kata-kata yang mampu ku ungkapkan melainkan menyebut nama Allah malah turut merasakan apa yang dirasai oleh keluarganya. Segala-galanya seperti membayangkan keadaan yang pastinya akan terjadi kepada keluargaku nanti. Moga aku setabah Salim.
Walaubagai pun, satu perkara yang cukup istimewa adalah jenazah Pakcik Wahab berwajah senyum. Dan ramai yang berpendapat seperti saya. Sikit sebanyak menjadi penawar buat keluarga Pakcik Wahab untuk terus kuat dan tabah.
Segala puji bagi Allah.
Hanya Dia yang tahu sedangkan kita tidak
Rata-rata yang berjumpa dengan saya sebagai kenalan rapat Salim pasti menyatakan rasa simpati mereka. Bahkan sedih dengan masa depan keluarga Salim yang disambar kejutan yang tidak disangka-sangka ini.
Kenapa simpati yang berbuku di hati?
Kerana seorang ayah yang selama ini menjadi kunci kepada kewangan keluarga sudah tiada. Macam mana mereka mahu cari duit untuk membiayai empat orang anak termasuk Salim? Salim juga masih muda. Mempunyai adik-adik yang masih bersekolah rendah? Emaknya pula tidak berkerja sebelum ini? Banyak persoalan yang diutarakan orang ramai sehingga saya sendiri turut memikirnya.
Tetapi dalam masa yang sama entah kenapa jiwa saya kuat mengatakan ada sesuatu yang istimewa sedang menanti mereka di hari yang kedepan. Juga tuan kepada kunci kewangan tersebut pasti tahu sedangkan kita tidak.
Ya. Jika kita melihat dari sudut logik akal, semestinya persoalan-persoalan itu yang akan timbul. Bagi yang melihat dari sudut hati, Allah yang Maha Tahu dan Allah tidak akan mensia-siakan hambanya adalah bicara yang akan terdetik. Bahkan itu adalah pasti.
Firman Allah :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,". (Surah Al-Baqarah :286)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang Beriman. " (Surah Ali-Imran :139)
Ya. Janji Allah buat mereka.
Sehingga berkali-kali saya dihimpit rasa cemburu dengan ujian yang mendidik ini. Walaupun ia pahit Salim, tetapi manisnya akan dirasainya nanti. Itulah yang sentiasa bermain dalam fikiran ini.
Salim ; Kata-katanya menyelinap kalbu
Petang Jumaat-sehari sebelum Pakcik Wahab kembali.
Aku duduk di sebelah Salim. Bertanyakan itu dan ini. Semuanya perihal keluarganya.Walaupun masanya tidak lama, tetapi dia sempat meluahkan beberapa perkara kepadaku.
Katanya, semua orang akan merasai apa yang dirasainya. Disaat seorang ayah sakit hatta seorang ayah akan pergi. Cuma yang membezakan adalah cepat atau lambat sahaja.
Ringkas dan pendek. Tetapi cukup berbekas dihati ini. Terus saya membayangkan ayah saya ketika itu. Insaf. Terasa nikmatnya ada seorang ayah. Mungkin satu hari nanti, saya pula yang akan merasai sepertinya. Sementara ayah masih hidup, hargailah. Itulah yang selalu saya berpesan kepada hati.
Apabila saya selalu berada bersama Salim dalam keadaan ini, banyak ibrah yang boleh saya dapat. Antaranya ingin menghargai ayah sebaiknya. Selalu juga saya melihat ayah dengan perasaan yang sayu. Terasa ingin menggembirakan hatinya sebelum Allah memanggilnya pulang.
Sungguh. Saya betul-betul terkesan dengan apa yang berlaku di depan mata saya ini.
Maha Suci Allah.
Akhir ; Saya tersenyum
Salam..sahabat2,abg2,kakak2,ad ik2 smua.jazakumullah khair..jgn risau,ana kuat insyaAllah..Allah tak tinggal ana sendirian..terus doakn ana dberi kekuatan.. - Qalbun Saleem
Setelah membaca komen ini di 'wall fb' selepas pemergian ayahandanya, jiwa saya seakan gementar. Tersentuh dengan ketabahan yang ditunjukkan sahabat saya ini.
Salim. Satu perkara yang ingin ana beritahu. Enta amat beruntung. Enta amat bertuah. Sebab apa itu tidak akan ana beritahu sekarang. Lama-kelamaan enta akan tahu. Walau di mata orang nampak enta macam tidak mampu memandu keluarga seorang diri, tetapi ana yakin.
Yang anta ada kekuatan dariNya.
Teringat ana akan kata-kata teman kita yang lain. Ujian yang mendidik ini umpama kita mendaki bukit. Di awal pendakian, semestinya memaksa air mata mengalir dan mengalir akibat kesakitan dan kesusahannya. Tetapi apabila kita sudah sampai ke puncaknya. Pasti jiwa terasa bahagia. Manisnya menggamit rasa.
Beberapa perkara yang 'tidak mustahil' yang telah berlaku sangat-sangat menampakkan hikmah dari Allah. Tabahkan hati. Selami diri. Mudah-mudahan bahagia yang menanti. Amin.
Sekian dari sahabatmu,
~ mQ ~
P/s : Jutaan terima kasih juga buat kalian. Salman, Nabil, dan Hazwan yang banyak menemani. Hanif yang sudi berkongsi. Nazeer yang jauh menghubungi. ^^
Petang Jumaat-sehari sebelum Pakcik Wahab kembali.
Aku duduk di sebelah Salim. Bertanyakan itu dan ini. Semuanya perihal keluarganya.Walaupun masanya tidak lama, tetapi dia sempat meluahkan beberapa perkara kepadaku.
Katanya, semua orang akan merasai apa yang dirasainya. Disaat seorang ayah sakit hatta seorang ayah akan pergi. Cuma yang membezakan adalah cepat atau lambat sahaja.
Ringkas dan pendek. Tetapi cukup berbekas dihati ini. Terus saya membayangkan ayah saya ketika itu. Insaf. Terasa nikmatnya ada seorang ayah. Mungkin satu hari nanti, saya pula yang akan merasai sepertinya. Sementara ayah masih hidup, hargailah. Itulah yang selalu saya berpesan kepada hati.
Apabila saya selalu berada bersama Salim dalam keadaan ini, banyak ibrah yang boleh saya dapat. Antaranya ingin menghargai ayah sebaiknya. Selalu juga saya melihat ayah dengan perasaan yang sayu. Terasa ingin menggembirakan hatinya sebelum Allah memanggilnya pulang.
Sungguh. Saya betul-betul terkesan dengan apa yang berlaku di depan mata saya ini.
Maha Suci Allah.
Akhir ; Saya tersenyum
Salam..sahabat2,abg2,kakak2,ad
Setelah membaca komen ini di 'wall fb' selepas pemergian ayahandanya, jiwa saya seakan gementar. Tersentuh dengan ketabahan yang ditunjukkan sahabat saya ini.
Salim. Satu perkara yang ingin ana beritahu. Enta amat beruntung. Enta amat bertuah. Sebab apa itu tidak akan ana beritahu sekarang. Lama-kelamaan enta akan tahu. Walau di mata orang nampak enta macam tidak mampu memandu keluarga seorang diri, tetapi ana yakin.
Yang anta ada kekuatan dariNya.
Teringat ana akan kata-kata teman kita yang lain. Ujian yang mendidik ini umpama kita mendaki bukit. Di awal pendakian, semestinya memaksa air mata mengalir dan mengalir akibat kesakitan dan kesusahannya. Tetapi apabila kita sudah sampai ke puncaknya. Pasti jiwa terasa bahagia. Manisnya menggamit rasa.
Beberapa perkara yang 'tidak mustahil' yang telah berlaku sangat-sangat menampakkan hikmah dari Allah. Tabahkan hati. Selami diri. Mudah-mudahan bahagia yang menanti. Amin.
Sekian dari sahabatmu,
~ mQ ~
P/s : Jutaan terima kasih juga buat kalian. Salman, Nabil, dan Hazwan yang banyak menemani. Hanif yang sudi berkongsi. Nazeer yang jauh menghubungi. ^^
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteTakziah diucapkan buat salim dan keluarga.
benarlah firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang diterangkan oleh ~mQ~ diatas. Renungan buat semua.
"Yang masih hidup teruslah pandang kehadapan..."
salam...
ReplyDeleteAL- Fatihah...
aku x kenai sapa salim ni, tapi tolong sampaikan takziah kat dia :(..
ReplyDelete> wafa zinnirah92
ReplyDeleteWaalaikumsalam wbt
Kdg2 Allah pujuk kita dgn ayatNya,
sehingga kita sendiri terasa yg ayatNya itu khas buat kita,
sungguh - ayat2 itu adlh penunjuk spnjg jln.
hya mrk yg merasai dan menghayati sj mampu faham. (",)
terima kasih. (",)
> cun09
wassalam.
jazakillah.
moga Allah kasih.
> aimi chan
klu nk knal boleh baca artikel 'tabahkn jiwamu sahabat',
klik di bhgn 'top artikel',
ada tulis pasalnya. (",)
insyaAllah.
terima kasih k. aimi singgah sini.
terharu sungguh..
Speechless..Allah Maha Tahu apa yang TERBAIK untuk hambanya..
ReplyDeleteBenar2 tersentak mendapat panggilan dari kalian pagi itu..
Allah Maha Berkuasa dan Dia Menyayangi Pakcik Wahab lebih dari kita semua..
Moga Salim dan keluarga terus tabah dan sabar dengan ujian ini, terus diberikan keukuatan dan pastinya, Allah telah menjanjikan kemanisan dan ganjaran buat mereka..
menangis baca entry nih :"(
ReplyDeletetak pernah rasa tersentuh sampai mcm ni.tetiba teringat dekat ayah.sedihh
semoga salim dan keluarga diberi kekuatan
> [n_akn]
ReplyDeletesalam sejahtera..
ya. hanya Allah yg tahu mn yg TERBAIK,
andai kita dpt yg terbaik dlm klngan manusia skli pun,
belum tentu itu yg terbaik di sisi Allah,
Sungguh tinggi ujian ini,
maka akan besarlah pengorbnn yg di perlukan,
walaupun ia baru pertama kali,
utk hambanya ganjarn tetap ganjaran. Amin.
terima kasih sis,
~ mQ ~
> emmkayy
ReplyDeletemengaminkn apa yg didoa,
peluang yg ada ayuh sama2 kita hargai,
agar menyesal tidak selubungi hati,
tatkala ayah & ibu diambang pergi,
waktu itu air mata darah tidak diperlukan lagi,
makasih.
salam..artikel yg memberi kesedaran kepada kita yg masih mempunyai ibu bapa..hargailah mereka sebelum terlambat.
ReplyDelete> mujahidah muslehah
ReplyDeletewassalam,
itulah yg saya inginkn,
memberi kesedaran kpd mrk yg punya ibu bapa,
tidak terlalu khusus buat yg membaca,
ttp saya khususkn kpd penulis itu sendiri..
terima kasih. =)
takziah kpd salim,
ReplyDeletetp manisnya apabila katanya jenazah menampakkan wajah tersenyum....
rasa ingin tahu apa yg ayah salim lakukan dalam hayatnya sebelum ini...semoga ayah salim dirahmatiNya...aminn.
> Idah
ReplyDeleteterima kasih,
apa yg ayah salim lakukn?
salim mungkn lg tahu..
tp apa yg mampu saya bicarakn -
ayahnya salah seorg imam yg hatinya sentiasa terikat dgn masjid,
bahkn tidak lokek utk membantu & mnolong org yg berada dlm kesempitn,
Andai salim baca, silalah bercerita dgn lebih mendlm..
mudah2an kebaikannya dicthi semua.
sila lim. (",)