Kita akan bahagia bila kita di atas jalanNya sahabat. ^^ |
Hari yang sudah dijangka akan perpisahan itu bakal berkunjung tiba.Yang rasa akan manisnya pertemuan pasti tidak mahu menempuhnya.Tetapi kita bukanlah sesiapa. Yang mahu memutar alam ini mengikut kehendak peribadi. Dari yang sedih mahu sentiasa gembira. Dari yang sakit mahu sentiasa sihat. Hatta dari yang berpisah mahu sentiasa bersama.
Kerana ia adalah kitaran alam yang setiap kejadiannya diiringi hikmah pembias cara.
Buat pembaca budiman, hari ini jiwa saya diulik rasa gelora. Akan perpisahan satu ikatan persaudaraan yang telah terbina atas dasar ukhwah. Sungguh, ia sangat memeritkan walaupun hanya beberapa seketika.
Salman : Sedikit tentangnya
Nama diberi Muhammad Salman B Sukri. Dengan panggilan Salman saya memanggilnya. Utan Aji Perlis adalah tempat teman saya ini membesar. Bersekolah di Ma`had Attarbiyah Al-islamiyah iaitu Matri jodoh kami dipertemukan.
Umurnya berapa bro? Jika melihat kepada haribulan, umurnya baru empat tahun. Sebab... tarikh lahir Salman adalah pada 29 Februari. Tetapi melihat kepada tahun, umurnya sudah mencecah sembilan belas.
Boleh dikatakan pembinaan Laman Lautan Rabbani ini mempunyai sumbangan dan jasa besar daripadanya. Cerita bermula seketika saya diuji dengan kemalangan jalan raya. Dialah manusia pertama yang saya khabarkan sebelum menjuruterakan blog ini.
Berbekal sokongan darinya, maka terhasillah Lautan Rabbani salah satu dari jutaan pondok yang wujud di alam maya ini. Alhamdulillah.
Semasa saya di tingkatan satu, Salmanlah antara insan yang paling akrab. Tercalonnya kami dalam ahli jawatan kuasa hostel dibawah biro yang sama, dilantik menjadi pengawas sekolah pada tahun yang sama hatta terlibatnya kemalangan jalan raya, yang terpilih adalah kami berdua ma.
Itulah yang orang selalu kata, jodoh pasti tak kemana. ^^
Kemalangan yang terjadi : persahabatan mesti abadi
Antara faktor pondok Lautan Rabbani diwujudkan adalah untuk mengisi masa lapang ketika saya tidak mampu bergerak bebas semasa sakit. Yang menjadi peneman setia katil sepanjang tempoh pemulihan. Subhanallah. Ia cukup membosankan, menjemukan dan meletihkan.
Dengan itu, tidaklah masa dipersia-siakan apabila laman ini lahir. Setiap apa yang dirasai pasti akan saya kongsikan sebagai luahan rasa hati. Maka Salman adalah pengkomen tegar yang banyak memberi nasihat dan sokongan di awal kelahiran Lautan Rabbani ketika itu.
Aneh kepada kemalangan yang menimpa - ramai yang bertanya apa hikmahnya? Jawab saya ringkas, ia adalah bonus bagi kami.
Terfikir juga sejenak beberapa kali dalam hidup saya. Kenapa mesti Allah takdirkan kemalangan itu adalah ketika saya bersama Salman? Sedangkan Sebelum itu sudah ramai teman-teman yang lain pernah saya tumpangkan.. Ada yang menjawab. Allah izin bro. Tetapi pada saya ia tetap ada hikmah.
Di situ saya seakan bertanya sendiri. Maka simpulan mati yang boleh saya katakan, mungkin Allah ingin menguji ukhwah kami setelah enam tahun bersama. Serta ukhwah kami dengan sahabat yang lain. Yalah, bila kita sihat ramai yang datang menghampiri.
Tetapi apabila kita sakit, siapa yang datang? Ketika kita ada masalah, siapa yang bimbang?
Di situ saya dapat jawapannya. Bahawa berukhwah serta bersahabat itu bukan manisnya pada mulut yang menuturkan, tetapi pada amal yang penuh pengorbanan.
Kenapa saya ceritakan tentang Salman?
Pembaca-pembaca sekalian,
Sebenarnya teman saya ini akan mendaftarkan dirinya di Kolej Matrikulasi Perlis pada 23 haribulan Mei 2011. Sepatutnya Salman sudah tamat pengajiannya di kolej itu beberapa bulan yang lepas. Tetapi akibat kemalangan yang menimpa, pengajiannya terpaksa ditangguh ke tahun seterusnya.
Dan tahun itu adalah pada tahun ini. Maka saya akan berpisah dengannya tidak lama lagi. Dia akan menerus langkahannya di arena akademik sebagai pelengkap kehidupan dengan ilmu di dada.
Tiba-tiba sedih seakan meronta. Sebak seakan meminta. Hiba seakan menikam hati ini. Itulah yang saya rasa. Kenapa?
Air mata hati mengalir.. terus dan terus.
Penangan ukhwahmu cukup berkuasa. Walaupun ketika bersua ia hanya biasa.
Jaga dirimu teman - jadi kumbang yang baik
Salman. Ingatlah akan perjalanan kita yang masih jauh. Disebabkan ia jauh, maka kita tidak tahu bagaimana penghujung kehidupan kita. Sama ada kita akan pergi sebagai singa yang melakar sejarah atau rusa yang tidak berpandu arah.
Penentunya adalah diri kita yang berhajatkan kepada sesuatu itu baik atau sebaliknya. Moga satu hari nanti enta keluar dari tempat itu sebagai seorang pemuda yang hebat. Yang meletakkan islam sebagai pakaian jasmani dan rohani. Amin.
Balik kepada kumbang yang baik. Itu juga perlu berhati-hati. Nikmat yang wujud pada enta di zaman muda ini adalah rupa yang tidak kalah. Berkali-kali pernah enta tanya pada ana tentang soalan ' itu ' apabila melihat cermin. Tetapi yakinlah yang baik itu ada apabila yang dalam itu baik juga. ^^
Gunalah kelebihan yang ada untuk mendekatkan diri pada Allah. Jangan dipersia-siakan keistimewaan yang Allah bagi itu untuk perkara yang tidak mengundang redhaNya.
Belajar bersungguh-sungguh. Jangan tinggal sembahyang. Jangan lupa kami. Begitu jugalah jangan sisihkan kami dari kehidupan enta. Kita tetap akan berjumpa selagi mana nyawa tidak dikerongkongan. InsyaAllah.
Mengenali enta adalah hadiah yang bermakna. Terima kasih Man.
Akhir : Minta maaf atas kekuranganku
Menyusun sepuluh jari meminta maaf kepadamu. Sepanjang peredaran kehidupan ini ada menyakitkan hati, tersilap bicara, terlebih garam dalam berjenaka dan yang berkaitan dengannya.
Moga dimaafkan kesilapan ini.
Wakil kepada sahabat-sahabat kita, minta maaf juga jika ada ketidak adilan semasa kita bersama. InsyaAllah satu hari nanti kita akan balik. Masing-masing akan balik selepas keluar bermusafir ilmu. Mudah-mudahan baliknya kita nanti lebih hebat dari sebelum berpisah. Amin.
Jaga dirimu sahabat.
Sekian,
Pelaut Rabbani

Kisah-kisah sahabat di bingkai kehidupan banyak memberikan ibrah yang akan menggugah nurani agar menghargai kewujudannya,setiap detik dan saat-saat bersamanya.
ReplyDeleteBroHamzah
salam ceria abg ali,
Deletebetul2, waktu ia ada kita lupa,
saat ia pergi,
baru kita kan disapa,
yg manis itu tidak ada lagi.
terima kasih abg ali,
mahu berlayar di brohamzah juga. ^^
Terharu.
ReplyDeleteTersentuh.
Alhmd. Semua adik2ku telah mengorak langkah maju setapak ke hadapan,...Semoga MQ dan Salman istiqamah atas jalan Deen ini dlm membawa diri menongkah realiti....
>> andai disorot kembali di saat2 kalian berduka,tidak disangka hari ini akhirnya tiba jua....hanya syukur mengulit bicara..<<
Doa Kak N sntiasa bersama kalian....
alhamdulillah,
Deletedoakan selalu utk diri kami ini ya,
mudah2an sentiasa dimudahkn segala urusan,
lama x dgr khabar ttg kak nawal,
harapnya ceria2 selalu,
betul2.. andai ia disorot kembali,
subhanallah,
ia suatu pengalaman yg berharga.
terima kasih sis,
atas kesudian menghadirkn diri ke sini. (",)
na'am,sahabat yang soleh dan solehah adalah nikmat yang tak terkira..
ReplyDeleteseolah-olah dipinjamkan salah satu nikmat syurga dengan kehadirannya;(pandangan hati saya)
membawa kita kepada-NYA pabila kita lalai,
mengingati kita akan-NYA pabila dalam kegembiraan,
perpisahan memang tidak akan dapat dielak,
tetapi roh dan hati yang bertaut tidak akan terpisah kerana ukhwah ini adalah kerana-NYA!
InsyaALLAH..
bercinta hingga ke syurga,amin..
moga ALLAH kira kasih sayang antara dua sahabat bakal menerima naungan-NYA di akhirat kelak,di mana tiada naungan selain naungan-NYA!
Allahuakbar..
Sahabat saya selalu mengatakan, "Daku akan menjadi saksi di akhirat kelak atas kebaikanmu sahabatku.."
ALLAH..betapa tulusnya hati sahabatku itu.
Maaf,hanyalah perkongsian,mudah-mudahan kita sama-sama dapat ambil iktibarnya kerana ALLAH,insyaALLAH.
Hadis Qudsi(Naungan ALLAH),
ReplyDelete"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah berfirman pada hari kiamat: 'Di manakah orang yang bercinta kerana keagungan-KU pada hari ini? Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-KU pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-KU.'" (Riwayat Muslim)
*Rujukan: Mjlh Solusi isu ke-30
Wallahua'lam,perkongsian utk semua.
salam suci buat anda,
Deletesubhanallah,
saya rasakan apbl masuknya jejak mujtahidah solehah di sini,
sedikit sbyk melengkapkn coretan saya yg kurang,
ternyata kujungan anda sgt saya harapkn.
terima kasih ya atas perkongsian di atas. ^^
moga Allah kasih.
sedih,,man oh man
ReplyDeleteorg jauh dtg melawat,
Deleteterima kasih. (",)
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteSetiap pertemuan pasti ada perpisahannya
Dan sebaik2 perpisahan dan pertemuan itu adalah
Kerana Allah.. =)
Jangan bersedih, lagipun salman hendak pergi berjuang menuntut ilmu...
berilah semangat kepadanya.
Moga hatinya tenang..
InsyaAllah.
p/s: jemput ziarah ke blog ana yang serba kekurangan itu nnt.
~permata yang dicari~
Assalamualaikum..
ReplyDeleteHurm, tersenyum membaca post ini..juga merasai sebak dan sedih itu..mengenangkan Keluarga ini bakal kehilangan seorang permata yang bersinar..
Apa2pon, mendoakan yang terbaik buat Salman, juga buat Qawiem..Semoga Allah permudahkan langkahan kalian dalam menuntut ilmu..Ameen..
P/s: 'menjuruterai'..tersenyum knailah membaca perkataan ini..teringat akan cerita disebaliknya..=)
Moga Allah redha~~
waalaikumsalam wbt,
Deleteterima kasih ukhti,
atas coretan ringkas di sini,
bukan apa.. seakan terimbau saat kami menjalani pemulihan kesihatan di dalam wad yg sama,
teringat itu terus rasa sebak.
erm. =(
assalmualaikum qawiem..
ReplyDeletehmmm...speechless...
ana harap ini bukan yg terakhir..kita masih punya jalan yang panjang..ranjau dan berliku...
hehe..tringat saat pertama kali ana knal enta..atas musolla...cc..ilang beskal..biro huffaz...pengawas...kemalangan...dan sekarang...
semua itu bagai menjenguk kembali...
ana minta maaf kalau terlebih garam dalam persahabatan kita...kadang2 jiwa ini terlalu ingin memberontak sbgai orang yang sihat sempurna..ttpi apakan daya...smua itu bukan di tanganku...ya..kekadang aku merasakan bagai matahari menyinar tidak berpihak kepadaku....sering kali ditimpa ujian...tpi ana mengerti..ana fahami smua ini...terima kasih qawiem...kerana menjadi seorang sahabat...kerana mnjadi seorang peneman...bila kta bersama..ada sahaja ulahnya...ada saja nakalnya...ttpi ana bahagia...ana senang dgn semua itu....
semoga persahabatan ini tidak akan pupus dimakan waktu...trima kasih sahabat..
barakallah
wallahualam..-salman
waalaikumsalam,
Deletehaha.. tersenyum sendiri sbnrnya bila difikirkn semua tu,
apa pun terima kasih man sudi tinggalkn sesuatu di sini,
sangat menghargainya.
Tautan ukhuwwah itu indah bila disandarkan pada Allah.
ReplyDeletebila berpisah, ada sebak yang bermukim.
bila berjauhan, ada doa yang terselit.
ingatan itu ada pada doa. (=
p/s : tersenyum 'melihat' rantaian ukhuwwah kalian (=
alhamdulillah,
Deleteterima kasih Dr Izzati,
apa yg disampaikn membawa erti kpd saya,
salam dari kejauhan. (",)
assalamualaikum...
ReplyDeleteabg qawiem..
boleh tak ana nak minta anta tulis semula
tazkirah yang anta bagi kat musolla hari rabu..
tajuk keyakinan diri (rasanya)..
tazkirah maghrib time anta cakap
"...dari hujung sana(belah sahabat) sehingga hujung sana(belah sahibah) yang ana tak tahu namanya.."
tazkirah tu amat diperlukan untuk ana...
tapi ana sedikit lupa..
jika anta ingat lagi la..
kalau tak ingat tidak mengapa...
waalaikumsalam,
Deletesebenarnya ana tak pasti tazkirah yang mana satu,
tahun bila ya?
tahun ni? (",)
assalamualaikum...
ReplyDeleteya..tahun ni..waktu dalam bulan 3..
minggu kami"SPM 10" ambil keputusan SPM..
tak mengapalah..jika lupa yang mana satu..
waalaikumsalam wbt,
Deleteya2.ana ingat.
insyaAllah jika mampu,
akan diusahakan.
terima kasih atas senyuman itu.
ReplyDeleteapakah maknanya? (",)