Yang buruk itu jangan disatukan. Barulah yang jernih tidak menjadi keroh. ^^ |
Assalamualaikum wbt.
Lafaz salam itu untuk anda. Sambutlah. ^^
Alhamdulillah. Hari ini seperti biasa Allah masih memberi kita peluang untuk terus hidup di atas hamparan bumiNya. Oleh itu, siapalah kita andai kelebihan yang kita ada langsung tidak dipandang oleh Pemilik dunia akhirat ini.
Betul tak?
Wokeh. Selaku irama santai pada kali ini, ingin saya kembali kepada tujuan saya menghadirkan post 'Blog Aku Macam Haram'. Haha. Lihat pada tajuk bukan bermaksud -Aku- itu adalah saya. Tidak sama sekali.
Tetapi hanya sekadar saya mengambil kembali kata-kata beberapa orang blogger yang pernah bertanya ; kenapa blog aku macam haram? Itu sahaja.
Lapan bulan sudah Lautan Rabbani
Hari ini, ingin sangat saya mengimbau kembali zaman saya bergelar baby di alam maya. Menangis kaku dalam penulisan. Merangkak mencari para blogger yang hebat untuk dijadikan qudwah. Hatta memerhati satu persatu blog dan webside yang pada saya bukan sahaja menjadi medan mengisi masa lapang, tetapi medium mengajak ummat manusia kembali kepada Maha Pencipta.
Dengan merekalah saya belajar itu dan ini. Belajar dan terus belajar. Sungguh pun ia satu perkara yang kecil di mata segelintir kaum Adam dan Hawa.
Setelah memakai blazer yang tercatat padanya blogger selama lapan bulan, pelbagai gaya, seni, kaedah, cara, peluang, dan teknik yang saya rasa ia adalah permata yang cukup berharga dalam kehidupan. Kerana apa?
Kerana bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang hebat. Malah hebat itu sendiri terbahagi kepada dua. Hebat di mata Allah dan hebat di mata manusia. Buat kita para blogger sekalian, kita hebat di mata siapa sebenarnya?
Jawablah di dalam hati.
Tolong bagi tips sikit boleh?
Setelah beberapa kali saya memikirkan soalan yang ditanya ini, mulut terasa dikunci. Bicara terasa kelat untuk menuturnya. Lidah kelu tanpa suara. Akhirnya bibir meleret senyuman. Bukan sinis tapi simpati. Simpati sebab tidak dapat menolong mereka yang berhajatkan pada jawapan.
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini. Bahkan lebih ramai yang berbakat dan berpotensi tinggi. Cuma dalam langkahan kita ingin menjadi hamba Allah yang sejati, tidak salah untuk kita guna blog kita kearah mengejar redhaNya.
Aha. Macam mana nak kejar redha Allah? (",)
Bacalah yang selanjutnya.
Cebisan dari Blog Brohamzah sebagai kompas
(1) Niat dan cetusan hati
Perkara utama yang harus diselidiki dan cermati dalam berblog ini ialah NIAT asal kita. Soal diri dengan jujur, ikhlas dan tanpa berpura-pura.
“ Wahai diri, untuk tujuan apakah aku berblog ini?,” Bermonologlah dengan diri dengan sebenar-benarnya. Pertanyaan ini sangat penting, agar kita benar-benar jelas akan matlamat, tujuan dan objektif kita membina, membuat dan berblog.
“ Alah, benda-benda macam ini pun hendak kena berniat baik ke?,”
“ Remeh temeh je ini,”
Saudara, kerana perkara remeh temeh la ramai yang tersasar jauh. Indahnya Islam, soal niat yang kecil ini menjadi perkara utama dan asas dalam beramal.
Ayuh saudara saudari, kita buat satu anjakan yang baru. Kita niatkan dan tajdidikan niat kita semuanya. Jika kita punyai blog, website dan apa jua platform di alam maya ini semuanya adalah untuk dijadikan ubudiyah kepada Allah SWT. Semoga amalan ini didepani dengan nilaian syara. Dalam soal ini, motto hidup saya tidak akan pernah berubah buat selama-lamanya iaitu : “ Syara sentiasa dihadapan, Allah is number One!,”
(2) Konsep dan Tema blog kita
Baik, seterusnya kita sembang-sembang pula soal yang tidak kurang pentingnya iaitu konsep dan tema blog kita. Inilah sebenarnya kekuatan blog seseorang.
Konsep dan tema yang diketengahkan. Ada orang, tema blognya ialah perkongsian dan catatan kehidupan sehariannya. Ada pula, menjadikan blognya medan untuknya membuat analisis isu-isu semasa, malah ada juga tempat ia berkongsi resipi-resipi masakan. Terpulanglah kepada kita. Yang penting, kita selesa, tenang dan suka akan konsep serta tema yang kita bawakan itu.
Banyak sebenarnya yang boleh kita kongsikan dalam blog : Hasil karya penulisan kita seperti cerpen, puisi, sajak dan sebagainya. Gambar-gambar yang ditangkap secara kreatif, catatan pengalaman kembara, kisah-kisah kehidupan yang membangkitkan motivasi diri, berita-berita dunia dan fakta-fakta yang jarang-jarang diketahui umum.
Nah, anda macamana pula? Sudah ada konsep dan tema blog anda?
(3) Rekabentuk, susunatur dan antaramuka Blog
Selalu kita dengar, fisrt impression atau pandangan pertama itu akan memberikan satu persepsi terhadap sesuatu yang kita lihat. Hal ini, sama dengan blog kita. Tidak dapat dinafikan, rekabentuk atau interface blog kita memainkan peranan yang sangat-sangat penting agar ia kelihatan menarik, smart dan memberikan satu impak yang berbekas pada pandangan seseorang.
Begini, blog kita ini umpama rumah kita. Seumpama pondok tempat kita berteduh dan berehat. Bayangkan kalau pondok kita yang kita diami itu kemas, cantik, selesa dan indah. Tentu, kita suka bertandang dan tinggal di situ walaupun kadar tempoh yang lama. Bak kata orang , “kalau hati sudah terpikat, tinggal selama-lamanya pun tidak mengapa.”
Saya selalu menjelajah dan melayari ke alam maya untuk melihat blog-blog yang ada. Di sana, terdapat berpuluhan ribu malah mungkin jutaan blog yang pelbagai. Dengan template serta warna dan corak yang pelbagai – dunia maya ini dihiasi dengan blog-blog yang berbeza dari segi rekabentuk, konsep, susunatur dan sebagainya.
Bagi saya, blog yang baik adalah blog yang sedap mata memandang. Simple, kemas, pemilihan warna yang baik, tulisan yang mudah dibaca, mesra pengguna dan wujudnya interaktif antara pemilik blog dan pembacanya.
(4) Penggunaan bahasa , intipati dan prinsip asas
Seterusnya, aspek yang penting ialah penggunaan bahasa yang menjadi medium perantaraan antara penulis blog dan pembaca blog. Bagi saya, tulisan yang dipamerkan harus tulisan yang menggunakan bahasa baku yang tinggi. Maknanya, betul dari segi penggunaan bahasanya dan tidak terlalu “pasar” corak penggunaanya.
Jika boleh, elakan penggunaan bahasa pendek atau ringkasan yang sukar difahami. Kekadang, bahasa-bahasa sebegini akan menjemukan dan membosankan sesiapa sahaja untuk membacanya. Latihlah diri untuk menggunakan perkataan yang penuh ejaannya dan bahasa yang betul. Saya yakin, kita akan berpuas hati dengan perkongsian dan tulisan yang kita gunakan dalam blog nanti.
Di samping itu, kita nukilkanlah ia dengan bahasa jiwa dan bahasa hati. Tulislah dari lubuk hati dengan kerelaan hati dan kongsikan ia dengan jujur dan ikhlas. Inilah kekuatan bahasa yang tiada tandingannya.
Bak kata orang, tulisan yang ditulis dari hati akan jatuh menyimbah ke hati jua. (‘’,)
Intipati dan pengisian blog harus menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. Ini adalah soal prinsip, pegangan dan maruah kita sebagai seorang muslim mukmin. Tidak dapat tidak. Ajakan kepada kebaikan, kebenaran dan kesolehah harus mendominasi seluruh artikel-artikel, video-video, kata-kata hikmah dan apa jua yang kita letakkan di blog kita.
Sehinggakan apa yang kita sembangkan juga sekiranya boleh, kita tarbawikannya sehingga ia menjadi indah, membahagiakan dan molek pada pandangan sisi syara’. InsyaAllah, jika inilah yang kita lakukan – masyaAllah – rahmat Allah SWT ke atas kalian.
(5) Sentiasa konsisten dan istiqamah
Selalu juga, kita menyebut : “ Mudah sahaja untuk memulakan sesuatu, tetapi hendak kekalkan ia untuk satu tempoh yang lama adalah cabaran yang sangat besar dan tinggi.”
Begitu juga dalam soal memaintainkan blog ini. Mudah sahaja untuk membuat blog, tidak sampai sejam pun. Tut..tut sudah siap. Yang sukarnya ialah untuk mengekalkan kadar pengisian blog kita secara berkala.
“ Tiada masa”
“ Sibuk memanjang”
“ Banyak kerja”
Inilah jawapan kegemaran saya dan kita semua apabila berhadapan dengan sesuatu yang menuntut komitmen peribadi. Memang dah tersedia jawapan ini sejak dahulu lagi, namun adakah ini sahaja jawapan yang kita sediakan untuk melakukan sesuatu yang akan menjadi bekalan amalan soleh kita?
Jika matlamat, objektif dan tujuan kita jelas, maka tunggu apa lagi? Kitalah yang akan berusaha mencari masa dan waktu untuk memberikan usaha yang terbaik. Semuanya kembali kepada kita.
*****
Jemput-jemputlah ke blog ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Brohamzah - Tips berblog
Terima kasih buat Brohamzah. Moga Allah redha denganmu. (",)
Akhir ; Selamat berblog teman-temanku
Setelah saya mengkaji dan mengamati nasihat yang diberikan oleh Brohamzah, sungguh sesuatu blog itu akan menjadi hebat dan berkualiti apabila bersulamkan redha Allah.
Harapannya agar tidak ada lagi selepas ini yang akan berkata 'blog aku macam haram', sudi-sudilah mengamalkan tips ni ya. Buat para blogger yang meningkat naik seperti saya juga, ayuh kita amalkannya dalam kehidupan kita sebagai blogger.
Mudah-mudahan masa kita bukan sahaja dihabiskan dengan terisinya masa lapang, bahkan terisinya poket kita dengan pahala-pahala dari Allah untuk dibawa pulang.
Amin.
Selamat mencuba. ^^
assalamualaikum,
ReplyDeletewow~..lemah sendi bila terpandang tajuk entry bru ni..mengingat blog sendiri..
terima kasih atas perkongsian tu..
indirectly,saya boleh refresh balik asbab buat blog..totally,setuju dgn pendapat pelaut!
saya 'sedang' merasai apa yang pelaut buat bila nak post sesuatu..
semoga segala usaha ini mendapat berkat dari Allah..
wallhu A'lam
> ~nunaa~
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt,
haha. terbayang blog ini juga sbnrnya,
sbb itulah dikongsikan nasihat brohamzah di sini,
agar segala usaha yg kita buat tidak menjadi fatamorgana semata,
Allah. Terkadang niat kita ini seringkali tersasar dan terpesong.
ntah apa2 yg dibicarakn dlm blog,
baik atau buruk kita sendiri kdg2 x pasti,
apatah lagi penuh dgn gosip, mengumpat, fitnah dan sebagainya..
sbb itu kena sentiasa diperingatkn.
Mudah2an x menjd dosa.
Terima kasih utk cik nunaa.
nasihat utk diri,
~ pelaut rabbani ~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesubhanaAllah..
ReplyDelete> budak_kolej
ReplyDeleteterima kasih.
jemput dtg lagi. (",)
nice sharing jiran setaman..
ReplyDeleteBismillahirrahmanirrahim.
ReplyDeleteBait-bait cinta dari ALLAH:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin." (Az-Zariyat 51:ayat 55)
Teruskan perjuangan, kerana ALLAH.
> shairazi sharizan
ReplyDeletealhmdulillah,
kedit to brohamzah. ^^
> Mujtahidah Solehah
salam,
terima kasih atas perkongsian bait2 cinta ini,
mudah2an menjd amal soleh.
bermakna sungguh.
assalamualaikum..
ReplyDeletealhamdulillah sempat jugak menjejak ke laut hari ni..
banyak input yg dpt, tp sungguhlah..susah nk istiqomah bila nk mengeluarkn output utk menjadi santapan hati dn rohani buat diri sendiri n org laen di laman blog....
moga bermanfaat buat semua.
moga Allah bantu kita..
waalaikumsalam,
ReplyDeleteterima kasih. ^^
istiqamah. ibarat naik bukit yg mengalirnya air deras,
subhanallah, hebat bg mrk yg mampu bertahan utk istiqamah,
sama2lah kita doa,
moga kita tergolong dlm golongan mrk yg mampu istiqamah. (",)
Assalamualaikum ...
ReplyDeleteFirst tgk tajuk menggerunkan..(",)
anyway,thanks for sharing with us..
so,teruskan perjuangan...
May Allah bless u..
Insya-Allah..
> wardatul syauqah
ReplyDeletewaalaikumsalam,
alhmdulillah, ^^
sama2 malah terima kasih juga sudi ziarah,
perjuangan mesti diteruskn,
itu adlh pasti,
doa2lah moga kebaikan itu beriringan.
fatahallahu'alaik.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteAlhamdulillah, jazakallah atas perkongsian.
Rasanya ana macam pernah lontarkan soalan ini pada nta dulu. macam mana nak menarik orang ramai datang ke blog? ingat x?
untuk kali ini ana lewat datang ke blog nta kerana terlalu sibuk. blog ana sndiri pun tak sempat nak update dah 4 hari.
insyaAllah, jika berkesempatan ana akan update.
doakan ana terus istiqamah.^^
insan lemah,
~permata yang dicari~
waalaikumsalam wbt..
ReplyDeletesama-sama.
inilah sekadar yg mampu utk menjwab persoalan tersebut,
semuanya dgn dokongan dan bantuan brohamzah,
diri ini terasa belum mampu utk mengutarakn tips2 sendiri, ^^
xpa. lmbt dtg x menjd masalah,
cuma x dtg terus ja yg jd masalah, (",)
insyaAllah,
moga Allah sentiasa memberi ruang dan peluang utk kita meneruskn langkahan,
yakinlah..
terima kasih.
assalamualaikum tuan hamba,
ReplyDeletebolehkah utk dikongsikan baja tuan hamba ini dlm tanah hamba? krn tanah yg hamba cuba suburkan makin gersang dan memerlukan baja yg berkualiti.... =)
> Anonymous
ReplyDeletewaalaikumsalam,
haha. bahasa dia,
penuh tersirat dan tersembunyi..
boleh tp pastikn hanya baja yang berkualiti saja.
terima kasih,
lama jugak rasanya tidak bersua.^^