Wednesday, March 16, 2011

15
Komen
~ Rehlah ke Rumah Salim ~



Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah, kali ini diri yang serba kekurangan ini ingin menghasilkan satu artikel khas buat sahabat-sahabat seperjuangan. Moga ukhwah antara kita semakin meninggi dan teguh kerinduannya. Amin.

Apa khabar wahai sahabat-sahabat yang dikagumi dari jauh?

Ketahuilah diriku sentiasa merindui kalian walau di mana kalian berada. Terutama Ahmad Fathullah b Rosli yang berada di Morocco. Walaupun belum sampai setahun kita berpisah tetapi ketidak bersuanya kita beberapa bulan, terasa sepuluh tahun tidak bertemu denganmu. Moga ceria dan bahagia di sana. Jika anta baca artikel ini, sila tinggalkan komen ya. ^-^

Begitu juga sahabatku kautsar yang berada di Indonesia. Bila agaknya kita dapat bersua? Apa pun moga anta terus kuat dan sabar dalam menjalani warna-warni kehidupan di sana. Yakinlah, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Setiap ujian yang dilalui pasti ada petunjuknya. Juga setiap kemudahan dan kesenangan yang dirasai tentunya adalah daripada curahan kasih dan sayang dari Allah pencipta syurga. Moga menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat untuk islam. InsyaAllah. ^-^


Rehlah Ke Kuala Perlis ; Best ??


Alhamdulillah. Kalimah yang selayaknya saya panjatkan kepada Allah atas segala kurniaanNya. Moga apa yang dirasai ini dapat dirasai lagi pada hari yang mendatang.

Apa yang Rehlah sangat? Bunyi macam best ?? Haha. Jawapan ringkas daripada saya - membahagiakan.
Sebenarnya petang tadi saya dan beberapa orang teman yang lain iaitu Salman, Nabil, Hannan, Syafiq dan Farhan pergi ke rumah sahabat kami di Kuala Perlis iaitu saudara Abd Salim B Abd Wahab.

Subhanallah. Unik. Rumah yang seakan peti ais. Pastinya memaksa titisan peluh untuk keluar dari kilangnya. Huhu. Bahkan seakan chalet yang indah. (",)

Tetapi entah kenapa, suatu perkara yang membuatkan diri ini merasakan rumah sahabatku itu luar biasa.

Apabila masuk ke dalamnya, jiwa terasa tenang, lapang dan mendamaikan. Sungguh, mindaku berbicara bahawa ketenangan itu adalah datang dari penghuni rumah yang baik amalnya. Moga Allah berkati dan murahkan rezeki Salim sekeluarga. Amin. ^-^

Melihat kepada tentatif yang kami rancang adalah makan tengah hari bersama. Lauk-pauk yang ringkas, sejenis dan menyelerakan pastinya mencuit rentak pergerakan kami untuk menghabiskan keseluruhannya. Ais krim yang berharga tiga ringgit sekotak tidak terlepas sebagai juadah pencuci mulut. Buah-buahan yang diselongkar daripada peti ais turut memeriahkan suasana ketika kami mengalas perut. Alhamdulillah.

Begitulah suasana ketika jarum jam yang paling pendek menghala ke arah no tiga > pukul 3 petangla maksudnya. (",)


Mee Celur adalah Menu Penutup ; hanya berhampiran Rumah Salim


Aha. Mee 'celur' membawa maksud mee rebus dalam bahasa kita. Tetapi di kawasan itu memanggilnya dengan panggilan 'mee celuQ'. Subhanallah.

Pada saya, jika pihak penganjur 'Jalan-Jalan Cari Makan' tahu tentang tempat serta keenakan mee celur itu, pastinya mereka tidak melepaskan peluang untuk menemu-ramah sekaligus menjamu selera di warung tersebut.

Jadi, bagi mereka yang seringkali melancong ke Kuala Perlis atau yang berminat untuk merasai dan menghayati kelazatan 'mee celuQ', jangan malu dan jangan segan boleh hubungi sahabat saya Saudara Abdul Salim b Abdul Wahab. Boleh dapat diskaun lagi. Rugi siapa yang melepaskan peluang ini. ^-^

****

Mee celuQ adalah juadah kami selepas menunaikan solah Asar berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar.

Juga sebagai jamuan penutupan sebagai mengakhiri rehlah kami.

Teringat akan kata-kata temanku Abdul Salim ketika kami berborak di warung mee celuQ.

Apa yang dihajatkannya, kalau boleh siapa yang pergi ke rumahnya wajib pulang dengan keadaan kenyang. Bermakna, siapa yang menjadi tetamu Salim semestinya pulang dalam keadaan perut terisi.

Mendengar kata-katanya, menjadi motivasi buat diri agar selepas ini siapa yang bergelar tetamu dirumahku harus juga pulang dalam keadaan kenyang. Bolehkah? InsyaAllah. (",)


Selautan Terima Kasih dan Selangit Kesyukuran kepadaMu


Dengan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan sesungguh-sungguh ribuan terima kasih kepada beberapa pelakon tambahan yang banyak membantu di belakang tabir dalam menjayakan Rehlah ini.

Kepada Mak Salman ; Terima kasih daun keladi kerana sudi memasakkan lauk-pauk yang enak dan lazat. Moga segala usaha dan kesungguhan yang dicurahkan dinilai oleh Allah sebagai amal soleh yang mampu menjadi saksi di akhirat kelak. InsyaAllah. Moga Allah sayangkan makcik sekeluarga. Amin.

Kepada Pakcik Wahab aka ayah Salim ; Jazakallah atas segala-galanya. Bermula dari kami tiba ke rumah pakcik dan berakhir di warung mee celuQ. Moga Allah juga mencurahkan rezeki yang melimpah ruah dari lautan yang tidak disangka-sangka. Amin.

Kepada Salam aka adik Salim ; Terima kasih Salam sebab bersusah payah membeli ais dan air buat kami sebagai minuman tengah hari. Moga Allah redha anta.


Kepada teman-teman ; Moga Allah mengeratkan hubungan kita dan mempertemukan kita disyurgaNya. Amin.


Kesimpulan daripada rehlah ini, saya benar-benar senang hati dengan sahabat-sahabat yang Allah bagi. 

Walaupun kadang kala kita ini selalu bertikam lidah dan sebagainya, tetapi apabila tiba waktu kesusahan semuanya datang menghulurkan bantuan. 

Jujur daripada hati kecilku, kalian adalah istimewa. Yang mempunyai sesuatu yang diriku tidak ada. 

Moga Allah memberikan kalian taufiq dan hidayahNya. Amin.


Yang sentiasa mengharapkan doa,
~ MQ ~



15 comments:

  1. Saya komen dulu. :)

    Seronok la kome, ada kesempatan dok sekaki. Rindu saya pada bumi sana hanya DIA saja yang tau.

    Nanti insyaAllah saya datang ke sana. Buat la prgoram sama2 plak ye. Nak charge iman dengan murabbi macam antum. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Kak nawal second!..hehe

    Qawiem, setiap kali anta menulis ttg shbt, rasa sangat jeless dengan ukhuwwah kalian semua,..

    Jangan dipersia ikatan ini kerana tali yang mengikat kalian ialah iman,..dan tali itulah yang akan menjaga kalian bila kamu semua keluar menongkah arus jahiliyah kelak...

    Gaduh dan bertikam lidah asam garam dunia sahabat..Moga Allah redha...

    UA

    ReplyDelete
  3. Untuk Kem Kom KMK kalo terbaca komen nih...teringat janji slps KMK,..jemput family KMK semua p umah makan laksa kan?,..bilakah kan terlaksana...saja mengimbau memori;...

    ReplyDelete
  4. sahabat itu satu anugrah yang berharga
    karena mereka kita bisa hidup dan bila merasakan indahnya dunia,
    kadang sahabat juga bisa menjadi pengganti sosok seorang ibu bahkan sahabat bisa menjadi orang tua kita sendiri...percaya lah ... SAHABAT SEGALANYA UNTUK ANA DAN HIDUP ANA..

    ReplyDelete
  5. Salam MQ,

    Sampai hati tak ajak ana. Sedih betui la.
    Ana dok kat Perlis saja ini.

    BroHamzah

    ReplyDelete
  6. tula....depa bukannya nak ajak kita....

    ReplyDelete
  7. nice akhi..pengalaman yg cukup berharga.seronok antum datang umah ana.cuma asif atas segala kekurangan.
    kpd kak nawal..nantilah kita plan pulak ya..
    kpd abg ali..pengantin baru mana boleh kacau.hehe

    ReplyDelete
  8. Mq...kenapa kepada Mak Salman? mak man masak ka mak salim masak? saja ja tertanya2...

    ReplyDelete
  9. > Mohamad Fakhruddin

    Tahiah udin krn menjd org pertama. ^-^

    InsyaAllah, yg penting anta kena dtg dulu ke perlis,
    nnt kita adjustla nk p mn,
    BBQ rumah mas'ul ka,
    p kuala perlis ka,
    yg penting kena tepatla dgn tyemnya,
    agar x bertembung dgn progrm lain,

    Apa pun udin,
    slmt dtg ke perlis,
    moga Allah slmtkn perjalanan anta..
    x sabar nk jumpa anta. (",)


    > Ummu_ammar

    syabas juga utk kak nawal. (",)
    alhmdulillah, segala pujian selayaknya kpd Allah,
    tp kami juga bersyukur sbb Allah bg seorg kakak yg prihatin dan dikagumi spt kak nawal di perlis ni,

    Moga Allah redha juga dgn kak Nawal.


    > ahmad Fath

    seronok mendgr bingkisan anta,
    mcmmn pun amad,
    terima kasih sudi baca artikel ni, ^-^
    bilakah kita dpt bersua?

    nnt blik msia jgn lupa bawa ole-ole kt ana no..

    ReplyDelete
  10. > brohamzh

    wassalam..
    huhu. perancangan rehlah tu last minute sbnrnya abg ali,
    xpa, lps ni kita rancang lg,
    khas utk abg ali insyaAllah.

    moga hati sentiasa berbunga-bunga. ^_^


    > Anonymous

    tula, depa pun x ajak kita..


    > saleem wahab

    hahaha,
    dont worry be happy lim,
    x da kekurangan sgt,
    segala-galanya mampu diatasi dgn eratan ukhwah yg dipasak,
    srnk dtg rmh anta,
    rasa nk dtg lg.. (",)

    ReplyDelete
  11. > ummu_ammar

    huhuhu..
    segan bertanya sesat jalan,
    mak salman yg masak,
    lauk ayam masak merah,
    mak salim x da kat rmh..
    balik kampung katanya..

    ada soalan lg? (",)

    ReplyDelete
  12. oooh yaka...patutlaa maklumlah nama pun dah dekat sama salam..salim..salman..hehe..

    Moga Allah permudahkan perjalanan kalian ke KL..

    Next time ada soalan,akan ditanya tanpa segan sbb i know u'll answer it without any doubt..

    Terus mengukir senyum ya!

    ReplyDelete
  13. salam..
    jazakllah khair atas doanya!!..^_^

    rindu la nk mkn2 skali.. mkn satu tlam skali..
    minum skali.. sling suap2 nasi, gurau senda.. huhu.. byk g nostalgia indah..
    bila lg ek?..

    i.Allah tgh blan 7 ana blik.. pi ma3, perlis.. umah shbt2..^_^..

    titip salam buat shbt2 yg lain.. terutama.. paan hashim.. lama sungguh x contact dia..huhu.

    ReplyDelete
  14. > ummu_ammar

    ya2.. tanya jgn x tanya,
    sbrg persoalan selagi boleh jawab akan dijawab dgn senang hati,
    dont worry be happy sis,
    tarima kasih hendaknya dtg ke laut rabbani,
    jgn jemu2 utk dtg ke sini, (",)

    moga Allah kasih.


    > kautsar

    wassalam.
    haha, kena tunggu anta blik malaysia dulu,
    andai waktu dpt dicepatkan, huhu..
    cepat2la balik kautsar,
    nnt jgn lupa bawak blik ole2 na,

    moga ceria2 selalu shbt. (",)

    > Anonymous

    apakah maksudnya?
    bosan? terharu? ceria? atau?

    apa2pun terima kasih.

    ReplyDelete