Wednesday, November 28, 2012

7
Komen
~ Mahkota di Hati Ku ~

Qawiem Khairi | Aku yang bernama aku.


Kehidupan ini penuh dengan kejutan. Kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi setiap kejutan yang akan kita hadapi. Hari ini mungkin orang yang kita sayang sedang bergelak ketawa, tapi esok hari dia pergi buat selamanya.

Kita tidak tahu hari akan datang itu bagaimana. Semuanya Allah telah aturkan untuk kita. Kita hanya hamba-Nya yang melalui jalan-jalan yang penuh dengan kejutan yang telah diaturkan.


Dalam usia kita melangkah ke alam remaja, ibu bapa akan jadi tempat kedua selepas kawan-kawan. Kita terlepas pandang hubungan kita dan ibu bapa semakin besar jurangnya. Kita alpa dengan kesoronokan bersama kawan-kawan sehingga tanpa sedar terpaksa meletakkan kawan-kawan kita sebagai keutamaan dalam kehidupan.

Ketahuilah, dalam usia ibu bapa kita menjenguk zaman tua, mereka sangat mengharapkan kita menjadi sahabat mereka yang akan mendengar cerita mereka, yang akan melayani sedih dan gembira mereka, yang akan menemani kesunyian mereka.

Dalam keadaan mereka merangkak ke usia tua, mereka sangat berharap agar anak-anak mereka ada bersama-sama dengan mereka. Saat inilah, mereka ingin habiskan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Mereka ingin mengganti masa yang mereka tak dapat bersama-sama dengan kita di saat mereka terpaksa mencari nafkah untuk kita, saat mereka dilambakkan dengan kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab mereka.

Kita tidak akan tahu perasaan mereka selagi kita belum menjadi ibu dan ayah. Ya, kita juga punya tanggungjawab sebagai pelajar. Tapi, itu bukan penghalang untuk kita menjadi sahabat kepada kedua ibu bapa kita kan.

Hargailah setiap saat, setiap minit kehadiran kedua ibu bapa kita dalam kehidupan. Jangan nanti saat Allah S.W.T menjemput mereka, kita menangis menyesal dengan tindakan kita. Jangan nanti apabila rindu mula mengigit jiwa, kita minta Allah putar semula waktu itu agar kita mampu bahagiakan hari-hari mereka.

Sesungguhnya, yang lepas itu hanya akan jadi kenangan yang kita takkan dapat putar semula waktunya. Hargailah mereka kerana ramai lagi diluar sana yang masih mencari kasih seorang ibu dan ayah. Ramai lagi diluar sana yang menumpang kasih dengan orang yang bukan ada pertalian dengan mereka.

Sayangilah ibu bapa kita kerana ramai lagi diluar sana yang tidak pernah melihat muka kedua ibu bapa apatah lagi ingin merasai kasih sayang seorang ibu dan ayah. Jagalah hati mereka kerana kelak kehidupan kita pasti akan bahagia. Kita bahagiakan kedua ibu bapa kita, Allah akan bahagiakan kehidupan kita tapi dengan cara yang berbeza. InsyaAllah.

Semoga Allah kasih perjalanan kita semua sebagai seorang anak kepada ibu bapa yang telah Dia tetapkan :)

Selagi kedua ibu bapa kita ini masih hidup, mereka ada anugerah yang Allah hadirkan dalam diri mereka tanpa kita sedar. Doa mereka tak terhijab oleh Allah. Alangkah indahnya jika hidup seorang anak ini hari-harinya kedua ibu bapa mendoakannya.

Pasti Allah permudahkan segala urusan si anak ini. Bahagialah kehidupan si anak jika ibu bapanya redha setiap langkah anaknya diatas muka bumi ini. Damailah hati anak ini kerana ibu bapanya ada bersama-samanya. Tenanglah hati anak ini kerana tahu, ibu dan ayah adalah hadiah yang Allah berikan dalam kehidupannya.

Akan anak ini jaga kedua ibu bapanya kerana mereka adalah hadiah yang Allah titipkan kepada seorang anak sebagai satu mutiara yang sangat mahal, amanah yang kelak akan ditanya oleh Allah. Inilah ibu dan ayah kita. Sayangilah mereka. Cintailah mereka. InsyaAllah, kita akan dibayar bahagia oleh Allah :)

Jika belum suarakan yang kita sayang mereka, sampaikanlah saudara-saudariku ! ^_^

---------------------

Terima kasih mak dan ayah atas pengorbanan dan kesabaran membesarkan Qawim selama ni.
Ya Allah, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi ku.


Sekian.
Seorang anak.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 



Tuesday, November 27, 2012

7
Komen
~ V3 : Kek Coklat ~

Qawiem Khairi | Ahaa.. nampak cara pegang bola tu? Macam orang pro kan? Haha. ^_^



Ceritanya bermula apabila seorang pemuda yang sedang membungkus kek coklat mahu menghantar kek coklat kepada kawannya Wan Najib. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan seorang junior tahun 1.

Lalu senyuman diberikan. Ternyata senyumannya tidak dilayan. Kemudian junior itu berlalu pergi. Dia pelik.

Apapun perjalanan diteruskan hinggalah dia terserempak dengan seorang senior yang lengkap berjubah. Dia mengambil peluang untuk bertanyakan rumah kawannya itu atas sebab tidak pasti di mana rumah yang ingin dicari.

Sebenarnya, agak lama juga dia sudah tidak berkunjung ke situ.

Tanpa disangka, senior itu memarahinya dalam bahasa arab. Dia hairan. Apa salahnya? Kenapa dia dilayan sebegitu rupa?

Sampailah dia di hadapan rumah kawannya itu dengan harapan dia disambut dengan baik. Tetapi semua itu sebaliknya. Apa yang terjadi?

----------------

Jom !!!

Ikuti sambungannya.

V3 – Kek Coklat







Jom ke sini juga~ V2 : Basuh Pinggan ~ | ~ V4 :Pumpang ! ~


Sekian,
Terima kasih sudi meluangkan masa di sini.
Vlogger Qawiem Khairi aka Pelaut rabbani
Irbid Jordan.



Thursday, November 22, 2012

8
Komen
~ Genggam Tangan Sendiri ~

Qawiem Khairi | Posing ala syabab perkasa. Ceh ~ XD


Kadang-kadang kita harus menggenggam tangan kita sendiri, 
untuk meyakinkan bahawa diri kita juga mampu melakukan !

-----------

Percayalah pada diri.
InsyaAllah, kuasa itu pasti muncul di kemudian hari.


Sekian,
Qawiem Khairi aka Pelaut rabbani.
Irbid Jordan.



Saturday, November 17, 2012

6
Komen
~ Pahitkan Ukhuwwah ~

Qawiem Khairi | Ajk majlis grand dinner batch Yarmouk. Tadaa.. ^_^


Jangan kita pahitkan ukhuwwah yang terbina tanpa sengaja, 
kerana di situ tak mustahil wujudnya ketenangan di dalam jiwa.

-------------------

Mereka ni kawan-kawan aku di Jordan..
So, muka-muka ni lah mastermind malam 'Kasih Kita di Rantau Orang'.
Malam Grand Dinner sih.

Happy dan chomel tak kami? Kih3.

Dush !!!


Sekian,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan
.




Tuesday, November 13, 2012

7
Komen
~ Buruk Pada Masa Lalu ~

Quote Qawiem Khairi of LangitIlahi.

Siapa pun kita pada masa lepas,
bukanlah penghalang untuk kita menjadi seseorang yang lebih baik,
pada masa hadapan.

------------

Jawapan hanya ada pada kita.
Sama ada mahu atau pun tidak.
Berdoalah. Minta Allah permudahkan. 


Sekian.

Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Friday, November 9, 2012

6
Komen
~ Berdoa ~

Qawiem Khairi | Cahaya itu bukan cahaya biasa. ~ Pic kudos to R2.

"Berdoalah kepada Ku. Nescaya akan Ku perkenankan kepadamu."

Kadang-kadang bukan sebab Allah tidak perkenankan,
tetapi kita yang tidak ada masa untuk berdoa.
Sedangkan dalam hidup ini,
kita sendiri tahu yang kita sangat memerlukanNya.

Kadang-kadang bukan sebab Allah tidak perkenankan,
tetapi kita sendiri tidak berusaha.
Sedangkan dalam hidup ini,
berlari bersungguh-sungguh sebaliknya cuma dalam mimpi.... itu sia-sia.

Jom ! Mara menuju cita-cita.

Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Wednesday, November 7, 2012

11
Komen
~ Untunglah Jadi Artis ~

Qawiem Khairi | Sedang berlangsung proses pengambaran untuk drama Kasih Cinta Antara Sejadah.
Haha. Tak boleh blah tajuk drama. :p


Apakah menjadi artis itu salah?
Ada orang pernah bertanyakan soalan itu kepada saya.

Jawapannya ringkas.
Dan tak perlu pun panjang-panjang.

Apakah menjadi seorang guru itu salah? Tidak bukan.
Dan apakah yang membezakan seorang guru dan seorang artis?
Bukankah kedua-duanya adalah satu bentuk 'kerjaya'?

Sentuh lelaki perempuan yang bukan mahram.
Tak tutup aurat.
Fitnah sana-sini.
Mempermainkan hukum agama.
Meninggalkan benda-benda wajib dalam beragama.

Jangan kata golongan artis yang bersikap demikian sahaja yang salah.
Yang jadi guru, kemudian bersikap sedemikian pun salah.

Dan satu benda yang perlu kita teropong dan perhalusi, artis tidak pernah salah.
Yang salah, adalah individu-individu yang bersikap tidak baik lalu menjadi artis.

Pesanan untuk diri sendiri, 'Berhati-hatilah dengan populariti dan kemayshuran'.

Jom ke langit ilahi: Menjadi Artis Itu Haram ?

---------------

Proses pengambaran untuk short filem.
Di bawah Kelab Revolusi Multimedia Jordan.

Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.


Sunday, November 4, 2012

13
Komen
~ Aku Pilih untuk Diam Saja ~

Qawiem Khairi | Musim sejuk di tahun satu. Ngee.. 

Aku tahu aku tidak mampu.
Aku sedar masanya belum tiba.
Sebab itu aku buat keputusan untuk pendam dulu.
Dan keputusan itu, aku pilih untuk diam saja.

# Tidak mahu memusnahkan bunga yang sedang mekar di taman.

---------------

Bergambar ketika berjaulah mem'pusing'kan ke'jorden'an.
(Saja tambah imbuhan bagi sedap. Haha.)


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.