Wednesday, November 28, 2012

7
Komen
~ Mahkota di Hati Ku ~

Qawiem Khairi | Aku yang bernama aku.


Kehidupan ini penuh dengan kejutan. Kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi setiap kejutan yang akan kita hadapi. Hari ini mungkin orang yang kita sayang sedang bergelak ketawa, tapi esok hari dia pergi buat selamanya.

Kita tidak tahu hari akan datang itu bagaimana. Semuanya Allah telah aturkan untuk kita. Kita hanya hamba-Nya yang melalui jalan-jalan yang penuh dengan kejutan yang telah diaturkan.


Dalam usia kita melangkah ke alam remaja, ibu bapa akan jadi tempat kedua selepas kawan-kawan. Kita terlepas pandang hubungan kita dan ibu bapa semakin besar jurangnya. Kita alpa dengan kesoronokan bersama kawan-kawan sehingga tanpa sedar terpaksa meletakkan kawan-kawan kita sebagai keutamaan dalam kehidupan.

Ketahuilah, dalam usia ibu bapa kita menjenguk zaman tua, mereka sangat mengharapkan kita menjadi sahabat mereka yang akan mendengar cerita mereka, yang akan melayani sedih dan gembira mereka, yang akan menemani kesunyian mereka.

Dalam keadaan mereka merangkak ke usia tua, mereka sangat berharap agar anak-anak mereka ada bersama-sama dengan mereka. Saat inilah, mereka ingin habiskan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Mereka ingin mengganti masa yang mereka tak dapat bersama-sama dengan kita di saat mereka terpaksa mencari nafkah untuk kita, saat mereka dilambakkan dengan kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab mereka.

Kita tidak akan tahu perasaan mereka selagi kita belum menjadi ibu dan ayah. Ya, kita juga punya tanggungjawab sebagai pelajar. Tapi, itu bukan penghalang untuk kita menjadi sahabat kepada kedua ibu bapa kita kan.

Hargailah setiap saat, setiap minit kehadiran kedua ibu bapa kita dalam kehidupan. Jangan nanti saat Allah S.W.T menjemput mereka, kita menangis menyesal dengan tindakan kita. Jangan nanti apabila rindu mula mengigit jiwa, kita minta Allah putar semula waktu itu agar kita mampu bahagiakan hari-hari mereka.

Sesungguhnya, yang lepas itu hanya akan jadi kenangan yang kita takkan dapat putar semula waktunya. Hargailah mereka kerana ramai lagi diluar sana yang masih mencari kasih seorang ibu dan ayah. Ramai lagi diluar sana yang menumpang kasih dengan orang yang bukan ada pertalian dengan mereka.

Sayangilah ibu bapa kita kerana ramai lagi diluar sana yang tidak pernah melihat muka kedua ibu bapa apatah lagi ingin merasai kasih sayang seorang ibu dan ayah. Jagalah hati mereka kerana kelak kehidupan kita pasti akan bahagia. Kita bahagiakan kedua ibu bapa kita, Allah akan bahagiakan kehidupan kita tapi dengan cara yang berbeza. InsyaAllah.

Semoga Allah kasih perjalanan kita semua sebagai seorang anak kepada ibu bapa yang telah Dia tetapkan :)

Selagi kedua ibu bapa kita ini masih hidup, mereka ada anugerah yang Allah hadirkan dalam diri mereka tanpa kita sedar. Doa mereka tak terhijab oleh Allah. Alangkah indahnya jika hidup seorang anak ini hari-harinya kedua ibu bapa mendoakannya.

Pasti Allah permudahkan segala urusan si anak ini. Bahagialah kehidupan si anak jika ibu bapanya redha setiap langkah anaknya diatas muka bumi ini. Damailah hati anak ini kerana ibu bapanya ada bersama-samanya. Tenanglah hati anak ini kerana tahu, ibu dan ayah adalah hadiah yang Allah berikan dalam kehidupannya.

Akan anak ini jaga kedua ibu bapanya kerana mereka adalah hadiah yang Allah titipkan kepada seorang anak sebagai satu mutiara yang sangat mahal, amanah yang kelak akan ditanya oleh Allah. Inilah ibu dan ayah kita. Sayangilah mereka. Cintailah mereka. InsyaAllah, kita akan dibayar bahagia oleh Allah :)

Jika belum suarakan yang kita sayang mereka, sampaikanlah saudara-saudariku ! ^_^

---------------------

Terima kasih mak dan ayah atas pengorbanan dan kesabaran membesarkan Qawim selama ni.
Ya Allah, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi ku.


Sekian.
Seorang anak.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 



7 comments:

  1. terharu bce artikel ni.. :')
    jazakallahukhairan krn mengingatkan kami semua..
    betultu, selagi kita x menjadi ibu atau ayah, kita x kn prnh dpt merasai apa yg mereka rasa.. oleh kerana itu, kita harus menghargai mereka selagi mereka masih bernafas di dunia ini.. ape2pun, mmg terbaik, pelaut rabbani! keep it up!! :) :)

    #for my ummi, ana uhibbuki ya ummi fillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama berusaha menjadi anak yang baik.

      Delete
  2. Dushhh..Dusshhh..
    Tertusuk di QALBU..

    ^_^

    ReplyDelete
  3. Manusia memang tak akan pernah menghargai sesuatu sehinggalah mereka kehilangannya..

    Terharu bila baca entry nii..
    Moga terus kuat dan tabah di Jordan ya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga Allah kasih kita semua. :)

      Delete
    2. Suka ayat artikel ini..saya mohon copy. Tq

      Delete