Monday, March 28, 2011

16
Komen
~ Hikmah Disebalik Roti ~

Rupa-rupanya makanan yang berasal daripada Mesir kuno ini ada hikmahnya. Subhanallah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur kepadaMu.

Dengan izinNya, umurku sekarang sudah mendaki gunung kedewasaan.

Entah berpeluang atau tidak untukku sampai ke puncaknya. Puncak kedewasaan yang mendamaikan, menenangkan, dan mempersonakan jiwa nurani yang tersembunyi ini. Tetapi seribu satu daya yang Allah benarkan dalam setiap langkahan, setiap hembusan nafas, setiap lidah bermadah, setiap mata berkelip kemas, setiap pengalaman dan kenangan yang indah hatta segala kurniaan yang dianugerah pastinya adalah pemberian belaian kasihNya kepada hamba yang hina ini.

Ya Allah, kadangkala diriku tersisih lemah. Di situlah Engkau muncul lebih hebat dari mentari melimpah cahaya.

Ya Allah, kadangkala diriku berdiri panglima. Di situlah Engkau muncul lebih hebat dari sang ibu yang sentiasa memberi kekuatan dan dokongan.

Segalanya yang Engkau berikan kepadaku membuatkan hati kecil ini tersedar dari lamunan dunia yang mengasyikkan.

Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Roti yang kecil ; hebat pedomannya.


Wahai teman-teman sekalian,

Pernahkah kita berfikir akan satu perkara.

Perkara yang saya yakin intipatinya remeh tetapi impak sentuhan pedomannya sentiasa berjalan membawa pengajaran.

Tahukah kita bahawa roti kecil yang sesetengah daripada kita mengambilnya sebagai aneka menu kegemaran bahkan ada yang meletakkan sebagai 'ranking' makanan yang paling utama untuk mencapai sistem diet yang mujarab adalah hasil daripada kerjasama ribuan orang?

"Huh. Panjangnya soalan."

Aha. Pasti terdetik komen ini di hati kalian. Oleh itu, izinkan saya memendekkan soalannya. Begini..

Tahukah kita bahawa roti yang kita makan tidak kisahlah apa jenis roti sekali pun adalah hasil daripada ribuan tenaga pekerja?

Jelas? Jika tidak, ini penjelasannya.

Cuba kita lihat bagaimana permulaan untuk menghasilkan roti. 


Bahan utamanya adalah tepung dan air yang difermentasikan oleh ragi, tetapi ada juga yang tidak menggunakan ragi. Namun kemajuan teknologi manusia untuk membuat roti mampu diolah kepada pelbagai bahan seperti garam, minyak, mentega, mahupun telur bagi menambahkan kadar protein di dalamnya.


Itu baru dari segi penghasilan. Bagaimana pula dengan proses pembungkusan, pengangkutan, pengedaran, penjualan dan lain-lain lagi?  Mahu atau tidak, wajarlah penglibatan ribuan tanaga pekerja sangat-sangat diperlukan agar roti yang dihasilkan itu mampu sampai hingga ke dalam rumah kita.


Lihat. Itulah roti yang kita anggap kecil saja tetapi menggamit ribuan pengusahanya.

Aha. Pembaca yang dikasihi sekalian, bagaimana pula dengan benda yang lebih besar berbanding roti yang sekecil kuman? (",)


Mewujudkan peribadi islam dalam diri dan masyarakat. Itu lebih besar.


Ya. Mewujudkan peribadi islam dalam diri dan masyarakat. Adalah suatu kerja yang bukan boleh dibuat main.

Bukan boleh dilaksana dengan tidur yang berpanjangan. Bukan boleh dicapai dengan angan-angan yang kosong lagi tidak berpenghujung. Bukan boleh dipinta dengan sogokan wang ringgit dan emas belian. Bukan sahaja memerlukan ribuan manusia yang biasa-biasa.

Tetapi kerja yang besar ini memerlukan manusia yang hebat lagi gagah dalam taqwa dan imannya. Apatah lagi dalam kelompok manusia yang ramai dan banyak.

Lihat sahaja sejarah-sejarah kegemilangan islam satu ketika dahulu. Sebagai contoh bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh bersama sejumlah tenteranya yang besar melayarkan tujuh puluh buah armada perang melintasi dataran bukit sehingga mencipta keajaiban sejarah. Tak lain dan tak bukan amal secara jamaie.

Subhanallah.

Dengan izin Allah, kejernihan islam itu berjaya tersebar ke beberapa buah daerah maju yang lain selepas penaklukan Sultan Muhammad Al-Fateh ke atas Kota Konstantinopel yang kita kenali pada hari ini sebagai Instanbul.


Begitu juga islam yang kita dapat pada hari ini. Begitu juga jalan untuk membaiki diri kearah kebangkitan islam secara menyeluruh. Begitu jugalah kaedah untuk menegakkan kembali sistem islam di atas muka bumi.

Segala-galanya memerlukan kumpulan dengan kata lain jemaah. Yang dengannya kita mampu peroleh kekuatan sama ada buat diri mahu pun insan sekeliling. Adalah mustahil untuk melaksanakan segala hasrat dengan hanya usaha sendiri-sendiri tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.


Firman Allah :


"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad di atas jalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh" (As-saff ayat 4)

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu suatu ummah (kumpulan) yang menyeru kepada kebaikan. Dan memerintahkan kepada ma’aruf serta mencegah dari kemungkaran. Dan merka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali imran ayat 104)


Aha. Sudah terang lagi bersuluh. Sudah cerah lagi bercahaya.


Ayuh kita bersatu hati. Tingkatkan ukhwah kefahaman kita. Sama-sama bergerak ke arah menggapai redhaNya. Ingatlah, kambing yang keluar daripada kumpulannya mudah ditangkap dan dibaham oleh serigala yang lapar. (",)


Akhir ; Kita perlu bersama.


Jom kita kembali melihat analogi roti tadi. 


Jika roti yang kecil perlukan ramai tenaga pengusahanya, apatah lagi mendokong dan mengembang syariat islam. Membaiki diri kearah soleh dan musleh. Membina kefahaman islam dalam kehidupan masyarakat dan banyak lagi amal kebaikan yang memerlukan kebersamaan kita.


Bersama, bersama dan bersama.


Moga-moga segala usaha yang kita lakukan secara jamaie ini mampu menjadi salah satu pencetus kebangkitan dan kegemilangan islam di hari yang mendatang. InsyaAllah.


Mungkin itu saja penulisan kali ini. Salah dan silap saya minta maaf. Minta ampun juga kepada Allah.
Moga Allah kasihkan kita.


Amin. (",)

Thursday, March 24, 2011

6
Komen
~ Ayah dan Ibu ; Hargailah (2) ~



Alhamdulillah. 

Apa khabar para pembaca yang dikasihi?

Moga kalian sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria hendaknya.
InsyaAllah, seperti mana yang dijanjikan, saya ada menyatakan bahawa saya akan menyambung artikel yang lepas.

Bukanlah artikel sangat, cuma tayangan kuliyah ringkas daripada Ust Kazim Elias merangkap pengetua di Ma'had Tahfiz Al-Barokah dengan tajuk "Bila ada ayah dan Ibu".

Pesanan saya, bagi sesiapa yang belum menghabiskan tayangan kuliyah bahagian pertama ~ artikel yang lepas, sila habiskan dahulu untuk memudahkan kefahaman dan kejelasan tajuk yang dibicarakan.

Jom!!

Part (2)
~ Ust Kazim Elias ~


Alhamdulillah.

Mudah-mudahan apa yang disampaikan oleh yang Berbahagia Ustaz Kazim sedikit sebanyak mampu mengetuk benteng keegoan hati dalam masa yang sama memperingati akan pengorbanan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita.

Sebenarnya saudara-saudariku, terdetik akan satu perkara tentang laman Lautan Rabbani ini. 

Kelainan dalam memperingati dan mengelakkan rasa boring para pembaca, maka saya cuba untuk mengatasinya dengan memasukkan beberapa tayangan video ringkas sebagai peringatan.

Maknanya, para pelawat sekalian tidaklah perlu membaca artikel sentiasa. (",)

Tetapi mendengar dan menonton.

Itu yang saya fikirkan. 

Dalam konteks mencari penawar buat sang racun bergelar " jemu, bosan, dan langli. "

Tak gitu??

Apa pun, anda yang menentukan. Huhu.


Ps : Doa-doalah untuk saya ; moga-moga selepas ini saya pula yang bercakap seperti Ustaz Kazim 
macam di atas. ^_^


Monday, March 21, 2011

11
Komen
~ Ayah dan Ibu ; Hargailah ~



Assalamualaikum wbt.

Moga anda sentiasa sihat wahai tetamu Lautan Rabbani.

Jom Hayati peringatan ini.

Moga ada manfaatnya.

Amin.


Part (1)
~Ustaz Kazim Elias~

Subhanallah.

Insaflah sementara kedua ibu bapa masih ada.

Mudah-mudahan Allah merahmati mereka.

Amin.

Nantikan post ~ Ayah dan Ibu ; Hargailah ~ bahagian 2.
Pastinya lebih menarik.

~ MQ ~

Wednesday, March 16, 2011

15
Komen
~ Rehlah ke Rumah Salim ~



Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah, kali ini diri yang serba kekurangan ini ingin menghasilkan satu artikel khas buat sahabat-sahabat seperjuangan. Moga ukhwah antara kita semakin meninggi dan teguh kerinduannya. Amin.

Apa khabar wahai sahabat-sahabat yang dikagumi dari jauh?

Ketahuilah diriku sentiasa merindui kalian walau di mana kalian berada. Terutama Ahmad Fathullah b Rosli yang berada di Morocco. Walaupun belum sampai setahun kita berpisah tetapi ketidak bersuanya kita beberapa bulan, terasa sepuluh tahun tidak bertemu denganmu. Moga ceria dan bahagia di sana. Jika anta baca artikel ini, sila tinggalkan komen ya. ^-^

Begitu juga sahabatku kautsar yang berada di Indonesia. Bila agaknya kita dapat bersua? Apa pun moga anta terus kuat dan sabar dalam menjalani warna-warni kehidupan di sana. Yakinlah, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Setiap ujian yang dilalui pasti ada petunjuknya. Juga setiap kemudahan dan kesenangan yang dirasai tentunya adalah daripada curahan kasih dan sayang dari Allah pencipta syurga. Moga menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat untuk islam. InsyaAllah. ^-^


Rehlah Ke Kuala Perlis ; Best ??


Alhamdulillah. Kalimah yang selayaknya saya panjatkan kepada Allah atas segala kurniaanNya. Moga apa yang dirasai ini dapat dirasai lagi pada hari yang mendatang.

Apa yang Rehlah sangat? Bunyi macam best ?? Haha. Jawapan ringkas daripada saya - membahagiakan.
Sebenarnya petang tadi saya dan beberapa orang teman yang lain iaitu Salman, Nabil, Hannan, Syafiq dan Farhan pergi ke rumah sahabat kami di Kuala Perlis iaitu saudara Abd Salim B Abd Wahab.

Subhanallah. Unik. Rumah yang seakan peti ais. Pastinya memaksa titisan peluh untuk keluar dari kilangnya. Huhu. Bahkan seakan chalet yang indah. (",)

Tetapi entah kenapa, suatu perkara yang membuatkan diri ini merasakan rumah sahabatku itu luar biasa.

Apabila masuk ke dalamnya, jiwa terasa tenang, lapang dan mendamaikan. Sungguh, mindaku berbicara bahawa ketenangan itu adalah datang dari penghuni rumah yang baik amalnya. Moga Allah berkati dan murahkan rezeki Salim sekeluarga. Amin. ^-^

Melihat kepada tentatif yang kami rancang adalah makan tengah hari bersama. Lauk-pauk yang ringkas, sejenis dan menyelerakan pastinya mencuit rentak pergerakan kami untuk menghabiskan keseluruhannya. Ais krim yang berharga tiga ringgit sekotak tidak terlepas sebagai juadah pencuci mulut. Buah-buahan yang diselongkar daripada peti ais turut memeriahkan suasana ketika kami mengalas perut. Alhamdulillah.

Begitulah suasana ketika jarum jam yang paling pendek menghala ke arah no tiga > pukul 3 petangla maksudnya. (",)


Mee Celur adalah Menu Penutup ; hanya berhampiran Rumah Salim


Aha. Mee 'celur' membawa maksud mee rebus dalam bahasa kita. Tetapi di kawasan itu memanggilnya dengan panggilan 'mee celuQ'. Subhanallah.

Pada saya, jika pihak penganjur 'Jalan-Jalan Cari Makan' tahu tentang tempat serta keenakan mee celur itu, pastinya mereka tidak melepaskan peluang untuk menemu-ramah sekaligus menjamu selera di warung tersebut.

Jadi, bagi mereka yang seringkali melancong ke Kuala Perlis atau yang berminat untuk merasai dan menghayati kelazatan 'mee celuQ', jangan malu dan jangan segan boleh hubungi sahabat saya Saudara Abdul Salim b Abdul Wahab. Boleh dapat diskaun lagi. Rugi siapa yang melepaskan peluang ini. ^-^

****

Mee celuQ adalah juadah kami selepas menunaikan solah Asar berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar.

Juga sebagai jamuan penutupan sebagai mengakhiri rehlah kami.

Teringat akan kata-kata temanku Abdul Salim ketika kami berborak di warung mee celuQ.

Apa yang dihajatkannya, kalau boleh siapa yang pergi ke rumahnya wajib pulang dengan keadaan kenyang. Bermakna, siapa yang menjadi tetamu Salim semestinya pulang dalam keadaan perut terisi.

Mendengar kata-katanya, menjadi motivasi buat diri agar selepas ini siapa yang bergelar tetamu dirumahku harus juga pulang dalam keadaan kenyang. Bolehkah? InsyaAllah. (",)


Selautan Terima Kasih dan Selangit Kesyukuran kepadaMu


Dengan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan sesungguh-sungguh ribuan terima kasih kepada beberapa pelakon tambahan yang banyak membantu di belakang tabir dalam menjayakan Rehlah ini.

Kepada Mak Salman ; Terima kasih daun keladi kerana sudi memasakkan lauk-pauk yang enak dan lazat. Moga segala usaha dan kesungguhan yang dicurahkan dinilai oleh Allah sebagai amal soleh yang mampu menjadi saksi di akhirat kelak. InsyaAllah. Moga Allah sayangkan makcik sekeluarga. Amin.

Kepada Pakcik Wahab aka ayah Salim ; Jazakallah atas segala-galanya. Bermula dari kami tiba ke rumah pakcik dan berakhir di warung mee celuQ. Moga Allah juga mencurahkan rezeki yang melimpah ruah dari lautan yang tidak disangka-sangka. Amin.

Kepada Salam aka adik Salim ; Terima kasih Salam sebab bersusah payah membeli ais dan air buat kami sebagai minuman tengah hari. Moga Allah redha anta.


Kepada teman-teman ; Moga Allah mengeratkan hubungan kita dan mempertemukan kita disyurgaNya. Amin.


Kesimpulan daripada rehlah ini, saya benar-benar senang hati dengan sahabat-sahabat yang Allah bagi. 

Walaupun kadang kala kita ini selalu bertikam lidah dan sebagainya, tetapi apabila tiba waktu kesusahan semuanya datang menghulurkan bantuan. 

Jujur daripada hati kecilku, kalian adalah istimewa. Yang mempunyai sesuatu yang diriku tidak ada. 

Moga Allah memberikan kalian taufiq dan hidayahNya. Amin.


Yang sentiasa mengharapkan doa,
~ MQ ~



Tuesday, March 15, 2011

10
Komen
~ Selamat Pengantin Baru ; Brohamzah ~

bertahtakan iman, bersendikan sunnah Rasul, memadu pertemuan dua hati, mendirikan istana kasih


Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan diri ini dan diri anda sentiasa berada dalam keadaan sihat.


Mudah-mudahan kita semua juga berada dalam keadaan yang mengembirakan. Gembira ni satu anugerah sebenarnya. Bukan boleh direka, dibuat-buat dan dipura-purakan. Sebab indahnya gembira itu adalah lahir dari jiwa yang senang, tenang dan lapang lebih-lebih lagi apabila berpaksikan kehendak Allah.

Jika tidak sihat dan gembira sekali pun, pasti ada hikmah yang cuba diberikan oleh Allah kepada kita. Apa yang penting, kita cuba kembali kepada fitrah dengan melihat setiap sudut kehidupan apa yang tidak kena kepada diri.

Oleh itu, bersyukurlah walau ujian itu mendesak titisan air mata bercucuran.


Akhirnya menjadi Raja Sehari

Artikel kali ini khas buat sahabat merangkap abang yang banyak memberi tunjuk ajar juga dorongan di atas medan ini. Medan yang dimaksudkan adalah medan yang 'mengajak ummat manusia kembali mengambil Allah sebagai Rab dan Ilah.'

Siapa?

Insan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Abang Ali Irfan Jamalluddin aka Brohamzah.

Untuk pengetahuan semua, Brohamzah sudah menjadi milik orang. Jadi buat mereka yang terlepas jangan berkecil hati. Masih banyak lagi yang boleh dicari. (",)

Sebenarnya diri ini bersyukur kepada Allah kerana pada 12 Mac yang lepas adalah tarikh bersejarah buat dua insan pilihan iaitu Abang Ali Irfan Jamalludin bersama Kak Maryam Fatin Hanisah Hazni sah sebagai suami isteri.

Teringat akan zaman saya muda belia dahulu. Beberapa kali saya bersama teman-teman bergurau canda dengan Abg Ali. 

Bertanyakan soal nasi minyak adalah soalan wajib ketika kami bersama dengannya. Gelak ketawa pasti mengisi ruang suasana jika topik ini menjadi bahan bicara. Kini, apa yang digurau senda itu sudah menjadi kenyataan. Nasi minyak bersama ayam masak merah adalah juadah yang menjadi saksi kedatangan kami ke majlis kenduri.

Alhamdulillah. (",)




Moga Allah redha ; Abang 'Ali dan Kak Maryam

Dengan ini, selautan terima kasih kepada abg ali dan kak maryam kerana sudi mengundang ke majlis perkahwinan. Juga mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Harapnya masih belum terlambat. (",)


Semoga abg ali dan kak maryam diberkatiNya dan dapat menempuhi alam rumahtangga dengan sabar serta dikurniakan kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang.





بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini


Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga

Amin Ya Rabbal Alamin.


~ MQ ~


Sunday, March 13, 2011

2
Komen
~ Ringkas ; Sedarlah dari Tidur ~

Masa itu kehidupan. Yakinlah!!



Assalamualaikum wbt.

Salam ceria dan mahabbah buat teman-teman Lautan Rabbani yang dikasihi.

Hari ini kita masih melihat dunia. Melihat dunia yang kian hari kian mengasyikkan panorama pemusnah kalbu jika tidak dibatasi dengan dinding iman.Tetapi pernahkah kita bersyukur dengan kehadiran kita ini diatas hamparan bumiNya?

Mudah betul saya menulis. Pernahkah saya bersyukur??

Jika saya pernah.

Sejauh mana saya meletakkan maximum syukur itu kepada Allah? Adakah hanya sekadar melafazkan Alhamdulillah di hujung mulut. Menghargai kehidupan yang masih meniti ini dengan tangisan keinsafan? Atau sebaliknya?

Hal inilah yang bermain difikiran saya akan satu perkara tentang sunnah kehidupan.

Dengan kata lain putaran hidup yang sang 'minit' sentiasa melambai-lambai tangan untuk berpisah. Sang 'jam' pula sentiasa berlari pantas tanpa memikirkan mereka yang tertinggal. Manakala sang 'hari' tersenyum sinis melihat hamba-hambanya yang kehilangan tujuan mengejar dunia.

Teman-teman sekalian,

Tidaklah artikel ringkas ini tercatat melainkan untuk mengetuk pintu hati penulis sendiri. Tidaklah artikel pendek ini terpampang melainkan untuk sama-sama kita menghargi masa yang ada. Tidaklah artikel ini tercoret melainkan untuk memberi kekuatan buat kita semua yang merasai.

Ayuh!!!!!

Lakukan perubahan pada diri!!

Moga Allah permudahkan.

~ MQ ~

Saturday, March 5, 2011

8
Komen
~ Video Gimik PEMIKiR ~



Assalamualaikum.
Terasa lama benar diri ini tidak bersua dengan para pembaca yang dikasihi.
Moga Allah kasihkan kita.
Hari ini, sedikit tayangan yang ingin saya bawakan kepada kalian juga merupakan Video Gimik bagi Program PEMIKiR yang dianjurkan beberapa minggu yang lepas.

Enjoy. (",)





Apa yang terjadi selepas itu?
Saya masuk ke dalam dewan melalui pintu hadapan dan bersua dengan para peserta secara live.
Dengan kata lain, umpama saya keluar dari video ke alam nyata. 
Ketika saya masuk, suasana di dalam dewan gelap. Apabila lampu dibuka, disitulah para peserta mula tertarik dengan gimik yang dilaksanakan. Kelihatan para peserta juga sudah mula ceria ketika itu. (",)

Sebagai penghargaan buat para pelaksana video ini,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :

Abdul Salim b Abdul Wahab (pelakon)
Muhd Qawiem b Khairi (pelakon)
Muhd Salman b Sukri (cameraman)
Ahmad Nabil b Nordin (editor)

Di sini juga saya ingin meminta maaf kepada yang berkenaan atas kelewatan menyiarkan video ini di laman Lautan Rabbani.

Harapan saya moga kalian terus mendoakan saya untuk menghasilkan video gimik yang kedua, tetapi kali ini  untuk Kem Rekreasi Minda Bestari (RIMBA) pula yang akan berlangsung tidak lama lagi. (",)

Jika berpeluang, InsyaAllah saya akan tayangkan Video Gimik Rimba juga di sini.

Moga Allah kasih,
~ MQ~