bertahtakan iman, bersendikan sunnah Rasul, memadu pertemuan dua hati, mendirikan istana kasih
Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah yang menjadikan diri ini dan diri anda sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Mudah-mudahan kita semua juga berada dalam keadaan yang mengembirakan. Gembira ni satu anugerah sebenarnya. Bukan boleh direka, dibuat-buat dan dipura-purakan. Sebab indahnya gembira itu adalah lahir dari jiwa yang senang, tenang dan lapang lebih-lebih lagi apabila berpaksikan kehendak Allah.
Jika tidak sihat dan gembira sekali pun, pasti ada hikmah yang cuba diberikan oleh Allah kepada kita. Apa yang penting, kita cuba kembali kepada fitrah dengan melihat setiap sudut kehidupan apa yang tidak kena kepada diri.
Oleh itu, bersyukurlah walau ujian itu mendesak titisan air mata bercucuran.
Akhirnya menjadi Raja Sehari
Artikel kali ini khas buat sahabat merangkap abang yang banyak memberi tunjuk ajar juga dorongan di atas medan ini. Medan yang dimaksudkan adalah medan yang 'mengajak ummat manusia kembali mengambil Allah sebagai Rab dan Ilah.'
Siapa?
Insan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Abang Ali Irfan Jamalluddin aka Brohamzah.
Untuk pengetahuan semua, Brohamzah sudah menjadi milik orang. Jadi buat mereka yang terlepas jangan berkecil hati. Masih banyak lagi yang boleh dicari. (",)
Sebenarnya diri ini bersyukur kepada Allah kerana pada 12 Mac yang lepas adalah tarikh bersejarah buat dua insan pilihan iaitu Abang Ali Irfan Jamalludin bersama Kak Maryam Fatin Hanisah Hazni sah sebagai suami isteri.
Teringat akan zaman saya muda belia dahulu. Beberapa kali saya bersama teman-teman bergurau canda dengan Abg Ali.
Bertanyakan soal nasi minyak adalah soalan wajib ketika kami bersama dengannya. Gelak ketawa pasti mengisi ruang suasana jika topik ini menjadi bahan bicara. Kini, apa yang digurau senda itu sudah menjadi kenyataan. Nasi minyak bersama ayam masak merah adalah juadah yang menjadi saksi kedatangan kami ke majlis kenduri.
Alhamdulillah. (",)
Moga Allah redha ; Abang 'Ali dan Kak Maryam
Dengan ini, selautan terima kasih kepada abg ali dan kak maryam kerana sudi mengundang ke majlis perkahwinan. Juga mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Harapnya masih belum terlambat. (",)
Semoga abg ali dan kak maryam diberkatiNya dan dapat menempuhi alam rumahtangga dengan sabar serta dikurniakan kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang.
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Amin Ya Rabbal Alamin.
~ MQ ~
salam...alhamdulillah,akhirnya dua hati menjdi stu...apeb hrap Brohamzah dpt hidup gmbira brsma isteri tercinta hingga ke akhir hayat...
ReplyDelete> Ahmad Kamil
ReplyDeletewassalam,
alhmdulillah.
apa yg didoakan itu moga diperkenankan,
Amin.
terima kasih apeb atas jejak ke sini,
moga Allah kasih. (",)
Alhamdulillah..kak yam antara sahibah yang ditunggu2 akan majlis walimahnya..
ReplyDeletegembira melihat kebahagiaan sahibah yg tersayang..
moga bahagia hingga ke syurga, Kak Yam n Abg 'Ali..
qawiem bila lg?? (",)
> [n_akn]
ReplyDeleteya. moga bahagia hingga ke syurga,
seronok tgk abg ali ketika mjd raja sehari,
ceria, tenang dan membahagiakan,
moga Allah sayangkan abg ali dan kak yam.
qawiem bila lg?
haha.. rasa x molek kiranya mendahului kak nailah dlm soal ini, (",)
apa2pun jazakillah,
moga Allah kasih.
Buat MQ yang dikasihi kerana Allah.
ReplyDeleteSyukran atas coretan, bingkisan dan ucapan anta yang istimewa ini. Terharu dan sebak ana.
Terima kasih kerana menjadi adik, sahabat, murabbi dan peneman ana sepanjang persahabatan ini.
Doakan ana sentiasa. Semoga anta jua dalam rahmat & kasih sayang-Nya.
BroHamzah
> brohamzh
ReplyDeletexda apa2,
ana tumpang gembira bila abg ali bahagia,
terasa cepat masa berlalu,
terima kasih juga kerana sudi menjadi abg, sahabat, murabbi dan peneman ana sepanjang persahabatan ini. (",)
InsyaAllah,
doa sentiasa menyusul..
jgn risau. ^-^
~ MQ ~
suka saya mlihat mreka akhirnya di ijabkabulkan.. inilah yg di nanti.. terlintas di fkirn, mreka sma2 soleh& solehah..bgaimanakh bkal kta nty. persiapan perlu bermula dri skrg..nk yg soleh/slehah, knela siapkn dri mnjdi yg sleh/slehah..
ReplyDeletehurm..
ReplyDelete> Anonymous
ReplyDeletesuka dgn komen ;
nk yg soleh/slehah, knela siapkn dri mnjdi yg sleh/slehah.
moga Allah memberi yg terbaik buat diriku. Amin. (",)
boleh saya tahu siapakah gerangan anonymous di atas?
klu boleh pasni letakkan nm sendiri @ panggilan,
x paksa pun, cuma lbih mudah utk mbls jejak.
^_^.
makaseh.
~ MQ ~
> Anonymous
Adkh anda org yg sama dgn komen di atas?
Baarakallahulahuma wa baaraka'alaihuma wa jama'a bainahuma fi khoir..insyaAllah.. moga baitul muslim yg dibina akan berkekalan..dan dirahmati Allah..
ReplyDeletep/s : Ternyata janji Allah semuanya benar-benar belaka. Tiada yg dusta..insyaAllah.. ^_^