Thursday, August 4, 2011

16
Komen
~ Rintihan Ramadhan Dengan Sikap Kita ~

Dengarlah rintihan ini..
Aku menjengah ke langit dunia. Aku melihat anak-anak kecil sedang bergembira. Remajanya ramai yang sedang menikmati musim belajar di sekolah. Ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan tidak kurang ada insan-insan yang sedang beribadah, tunduk dan menyerah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Mataku tertarik untuk melihat suatu situasi di dalam kelas di sebuah kawasan sekolah yang dipagari pohon-pohon getah yang merimbun. 

Seorang guru sedang berbicara dengan pelajarnya tentang aku. Terasa bahagia menjamah hati. 


Tiba-tiba aku tersentak apabila mendengar kata-kata seorang pelajar, "Saya tidak tahu apa maksud Ramadhan, cikgu. Saya tidak merasa apa-apa pun". 

Rakan sekelasnya menunjukkan reaksi wajah kehairanan dan pelik. Namun si gadis itu membalas, "Kenapa? Salahkah?". Guru itu menggelengkan kepalanya dan mula menerangkan kebaikanku kepada semua anak muridnya di dalam kelas itu.

Dalam pada itu aku terasa sayu. Aku sangat pasti setelah ribuan tahun Rasulullah wafat, aku semakin dilupakan. Setelah zaman para sahabat, tabien dan salafussoleh berlalu, aku semakin tidak dihargai manusia. Zaman kini sangat berbeza dengan zaman di mana Rasulullah dan para sahabat gembira dengan kehadiranku.

Aku masih ingat ketika aku hadir, mereka melaung-laungkan kalimah Ahlan Ya Ramadhan. Para sahabat bersama Rasulullah berlumba-lumba melakukan kebaikan di dalamku. Mereka percaya akan kelebihan yang Allah kurniakan kepadaku. Malaikat telah meluaskan sayap seluas-luasnya padaku. Allah telah membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka di dalamku.


Tetapi ramai yang tidak faham. Ramai yang tidak sedar.

Wahai manusia, sesungguhnya kalian telah diwajibkan berpuasa di dalamku bermula daripada cahaya terbesar yang terbit di negara Jepun sehingga cahaya matahari itu terbenam di arah kiblat umat Islam dan kamu harus corakkan ibadahmu dengan keimanan dan ketaqwaan agar diterima oleh Allah s.w.t. Puasa di dalamku hukumnya wajib. Tidakkah kalian rasakan itu suatu suruhan yang besar untukmu wahai penghuni muka bumi? 

Justeru mengapa terdapat dalam kalangan kalian yang tidak mengendahkan suruhan agung itu? 

Allah telah mengurniakan aku keistimewaan untuk kalian rebutkan. Rahmat Allah melimpah ruah padaku dan aku adalah bulan di mana alunan al-Quran akan mengetuk setiap gegendang telinga para pembaca dan pendengarnya. Pernahkah kalian memerhati?

Teringat aku pada Saidina Ali yang tidak jemu berdoa setiap tanggal 1 Ramadhan dengan doa yang berbunyi, " Ya Allah, masukkanlah bulan yang mulia ini kepada kami dengan aman daripada gangguan penyakit, longgar daripada pelbagai kesibukan dan berikanlah kepada kami kerelaan dan kepuasan untuk tidak banyak tidur di dalamnya…"

Sejuk hatiku saat doa itu berkumandang. Kini, saat dunia semakin canggih dan moden, maka semakin pudar doa-doa itu dipendengaranku. Mengapa? Aku tidak merasakan punca fenomena ini datang daripadaku. Aku adalah hamba Allah yang dijadikan sebagai tempat untuk kamu semua beroleh nikmat, rahmat dan puncak kasih Allah kepada kalian.

Tahukah kalian di awalku adalah rahmat? Dipertengahanku adalah maghfirah? Dan dipenghujungku adalah dijauhkan daripada azab api neraka? 

Sesudah mengetahuinya, apakah tindakan kalian hanya sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga? Yang kemudianya kalian habiskan dengan bergembira ketika berbuka? Tanpa sedikit pun amal ibadat di dalamnya? Mengapa kalian mensia-siakan aku, manusia? 

Bagaimana biasa kalian tidak merasai keistimewaanku dan aku adalah peluang untuk kalian memperbaiki diri? Wahai manusia! Jawablah soalanku!!  

Aku sangat tidak faham dengan kerenahmu..

Wahai makhluk Allah yang telah dikurniakan akal. Sedarlah bahawa di dalamku doa kamu akan dimakbulkan oleh Allah. Di dalamku nanti terdapat suatu malam di mana padanya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Mengapa kamu semua tidak berlumba-lumba mendapatkanya? 


Aku pasti kalian tahu bahawa setiap amalan sunat yang dilakukan adalah bersamaan pahalanya dengan amalan fardu manakala jika kamu melakukan amalan fardhu, pahalanya melonjak sehingga 70 kali ganda. Hebat tawaran Allah kepada kalian. 


Tetapi kalian benar-benar golongan yang tidak tahu bersyukur andai kalian tidak mempedulikan bonus yang Allah berikan ini!!

Zaman berlalu, aku semakin terasa sedih. Sayu saat aku menyedari bahawa manusia semakin melupakan kebaikan dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepadaku. Bagaimana bisa manusia tidak menghargai aku?

Aku merintih saban malam agar manusia bangun dan beribadah, membaca al-Quran, menuturkan zikrullah. Qiyamullail dan berniat mencari malam Lailatul Qadar. Namun hanya sebahagian sahaja daripada umat manusia yang melawan hawa nafsu menyahut rintihanku. Bersusah payah bangun daripada pembaringan yang enak menuju ke tikar sembahnyang lantas sujud menyembah Tuhan yang Maha Satu.

Walau apapun sikap manusia, untuk Ramadhan kali ini aku berharap agar ada hati-hati insan yang tidak mensia-siakan aku lagi. Ketahuilah kalian aku sedang menunggu! Aku sedang menunggu untuk melihat!!
Siapakah yang akan terampun dosa-dosanya setelah aku berangkat pergi!? Siapa??


Aku sangat berharap agar kamu adalah salah seorang yang akan diampunkan dosa-dosanya. Moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa. Orang yang dikasihi Allah. Oleh itu, hargailah aku sebaiknya. sebelum aku pergi meninggalkan kamu tahun ini. Kerana aku takut, kita tidak akan berjumpa lagi pada tahun hadapan.




P/s : Ayuh kita melebarkan sayap ramadhan kita di taman ini. Moga beroleh sesuatu yang bermanfaat. Klik Ummu_Ammar - Impian Ramadhan

16 comments:

  1. wah pelaut...akhirnya muncul jua!sangat terisi !memberi muhasabah buat diri ini..jazakallah akhi!

    ReplyDelete
  2. > Saleem Wahab

    alhamdulillah,
    muhasabah kita bersama. yg sentiasa byk kekurangn,
    harapnya terampun doasa kita yg telah lalu. Amin.

    ReplyDelete
  3. semoga ini memberi kekuatan kepada kita.....amin...

    ReplyDelete
  4. > Syakiruddin

    Harapannya kekuatan itu mampu memandu kita hingga sebelas bulan yg akan dtg. Amin.

    terima kasih syakir.

    ReplyDelete
  5. hitung diri sebentar (",)
    rugi bagi mereka yang mensia-siakan rmdan..kn..
    nauzubillah!

    semoga terus istiqamah^^,
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. > kueh

    alhamdulillah,
    sementara detik2 ramadhan masih jauh di dpn,
    wajarlah bg kita utk sentiasa muhasabah,
    moga dgnnya kita tidak terasa rugi.

    Amin. jazakillah atas doanya.

    ReplyDelete
  7. termenung sejenak bila habis baca entri ni...
    rugi..! sungguh rugi mensia2kan 30 hari yang xlama lg akan melabuhkan tirainya...sama2 muhasabahkan diri kita...

    en.pelaut..sgt bmanfaat...salam ramadhan hari yang kelima..moga terus istiqomah..insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. > Setanggi

    alhmdulillah. ramadhan dtg ibarat intan berlian buat si fakir miskin,
    yg rasa akan berharganya intan tersebut sahaja yg akan berusaha utk mendptknnya.

    moga Allah kasih dgn cik nurhidayah. Amin..



    > Nazihah

    sama2. sama2 kita bgn dri lena yg berpanjangan.

    ReplyDelete
  9. Walau apapun sikap manusia, untuk Ramadhan kali ini aku berharap agar ada hati-hati insan yang tidak mensia-siakan aku lagi. Ketahuilah kalian aku sedang menunggu! Aku sedang menunggu untuk melihat!!
    Siapakah yang akan terampun dosa-dosanya setelah aku berangkat pergi!? Siapa?? .... sayu hatiku ...

    ReplyDelete
  10. > deqsha

    alhamdulillah. terima kasih atas persinggahan ini,
    moga kita terpilih dlm golongan mrk yg terampun dosa2nya. Amin.

    ReplyDelete
  11. "Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin,
    Kerana bila tiba masanya,
    Kita perlu melepaskannya,
    ndai ini Ramadhan terakhir,
    Moga ia yang terbaik disisiNya."

    p/s: cantik gambar bulan di atas, rindu pula ana pada bulan yang bertemankan bintang.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  12. terasa menyentuh hati..
    sebuah olahan kisah yang menarik dan menyentuh hati..
    syabas pelaut,moga terus maju dengan penulisan anda..

    syukran atas perkongsian..
    alankah mulianya ramadhan,alangkah hinanya diri jika malalaikan ramadhan..wanau'zubillah..

    ReplyDelete
  13. Sering kita dengar,beramallah di bulan Ramadan ini agar ia menjadi bekalan buat 11 bulan yang akan datang; lalu diri ini terfikir, "Wah,hebatnya Ramadhan! Dengan hanya merebut peluang-peluang di bulan Ramadan selama 30 hari insyaALLAH,ia boleh membimbing dan memberi kekuatan kpd diri untuk berbulan-bulan lamanya!" Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberikan kelebihan yang besar kepada bulan Ramadhan..

    Faqir ilallah, marilah kita menjadi hamba-NYA yang terbaik insyaALLAH!

    Wallahua'lam, jaza' ALLAH atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.
    perkongsian yang menarik, pc sbg silent reader nk komen^^
    semoga kita tersedar dari lena yang mengasyikkan
    sama2 mentajdid iman.insyaAllah..
    syukran atas perkongsian.
    setiap detik yang berlalu, berinfiniti nikmat yang telah kita bazirkan.'demi masa'

    ReplyDelete
  15. > wafa zinnirah

    ya. peluklah ia seerat-eratnya,
    kerana kita tidak tahu bagaimana umur kita di hari kedepan. cuba utk menghargainya.
    terima kasih cik wafa.



    > awan biru

    segala pujian kpd Allah,
    dan seterusnya perlu dikreditkn kpd ummu ammar,
    kerana beliaulah yg mencipta olahan kisah itu,
    saya hanya menyampaikn sahaja.

    teruslah menjd awan biru,
    moga dgnnya memberi ketenangan kpd insan yg melihat. (",)



    > mujtahidah

    afwan. sama2 mengambil ibrah drpnya,
    teruskan mengetuk hati insan dgn ilmu2 di dada.
    mudah2an menjd pembela buat kita khususnya di sana. Amin.



    > pengemis cinta

    waalaikumsalam

    eh. xsangka PC adlh silent reader LR,
    hmm. hari ini baru saya tahu,
    terima kasih ya jika selama ini seringkali mengikuti perkembangan penulisan di sini..

    afwan.
    setiap detik yang berlalu, berinfiniti nikmat yang telah kita bazirkan.'demi masa'..
    hebat!! (",)

    ~ Pelaut Rabbani ~

    ReplyDelete