Wednesday, June 15, 2011

29
Komen
~ Sudah Terpikat Dengan Wajah Itu ~

Melihat bulan di malam itu. Adakah aku setaranya.. 
Wajah oh wajah. Andai kamu cantik, pasti akulah orang yang paling bahagia. Wajah-oh wajah. Andai kamu hensem, pasti akulah orang yang paling bertuah. Benarkah ia dinilai dari sudut itu?

Wah-wah. Kalau begitu, teramat rugilah orang yang hodoh dan tidak memenuhi ciri-ciri kecantikan dan ketampanan. Yadak?

Hari ini saya ingin membawa anda semua untuk kita selami satu perkara. Saya yakin bahawa ia sangat berkaitan dengan anda dan juga saya. Bersedia? Jom..

Perasankah kita bahawa persepsi kita terhadap orang yang kita temui bergantung kepada wajahnya. Namun, tidak bermakna bahawa orang yang cantik baik amalannya. Tidak bermakna pula orang yang hensem suci hatinya. Tidak bermakna juga orang yang cacat pada wajahnya selekeh peribadi dan pekertinya.

Walaupun wajah manusia ini memang berbeza daripada rupa paras tetapi perasaan kepada seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita. Apabila bertemu dengan seseorang, kita akan membuat penilaian menerusi perasaan kita terhadapnya seperti suka, rasa mesra, segan silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Apakah yang akan mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang itu?

Bagaimana ingin mendapatkan wajah yang menyenangkan?


Aha. Sejuk mata yang memandang. Ceria diri yang bertandang. Adakah ia boleh dibuat-buat? Contoh mudah yang boleh saya bawakan, bilamana kita bertemu dengan seseorang yang bergelar ulama', automatik kita akan kata wajah mereka ini lembut, berseri, indah dan jernih. Saya tidak tahulah kalau ada juga dalam kalangan kita yang berkata mereka ini berwajah seperti biasa atau lebih teruk.

Soalnya sekarang. Bagaimana untuk mendapatkan wajah yang menyenangkan hati orang yang melihat kita? Perlukan penawar herbakah? Perlukan pembedahan plastikkah? Atau susukkah?

Niat yang Ikhlas


Ya. Niat yang ikhlas. Sebagai langkah mula. Ia adalah pertama dan utama yang perlu kita teropong secara mendalam. Ala.. Macam kita berblog juga.. Macammana nak menjadikan amalan berblog ini bermanfaat kepada kehidupan insani juga diterima sebagai amal soleh? Semestinya yang terawal adalah niat yang terang-benderang keranaNya.

Apabila kita menyentuh soal niat yang ikhlas maka tidak lain dan tidak bukan apa yang kita mahu adalah ganjaran pahala daripada Allah. Agar apa yang dilakukan tidak menjadi debu-debu yang berterbangan dibawa deruan angin takabbur, ria', ujub dan sepenampilan dengannya.

Secara saintifik juga, orang yang berniat baik ini akan mengeluarkan tenaga dalaman berbentuk positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya dirasai dengan gerak hati atau intuisi. Kesannya, wajah orang yang positif ini dirasakan menarik, bersih, manis dan sebagainya. Orang yang mendampinginya akan merasai aura itu. Oleh sebab itu, jagalah niat kita apabila bertemu dengan seseorang - nasihat untuk diri. (",)

Senyum-senyum


" Senyumlah. Senyumlah. Alahai cik mek molek.. " Dipetik dari lagu...

Senyuman juga tidak kurang pentingnya. Sebab itulah senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang dahagakan belaian kasih sayang bahkan menyejukkan gelora jiwa yang dirunsing seribu satu masalah. Ia boleh menjadi penawar dan ibadah malah turut menceriakan wajah kita.

Senyuman juga mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Mengikut kajian, orang yang selalu senyum akan mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. Lalu, impak dari senyuman ini akan memancarkan rasa gembira kepada orang yang melihatnya.

Bahkan senyuman yang ikhlas akan meresap kemas ke dalam kalbu yang paling dalam. Senyumlah. (",)

Wajah ceria


Pertamanya kita kena tahu bahawa keceriaan adalah anugerah Allah yang tidak terhingga kepada kita. Ia berpunca dari lubuk hati yang putih, suci dan bersih. Maka rasa senang dan bahagia bisa menimbulkan rasa ceria yang mana sejenis citarasa yang tidak mampu dibuat-buat.

Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diambil perhatian sebagaimana sabda nabi :

"Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria." - Riwayat Muslim

Kita juga begitu bukan? Suka akan manusia-manusia yang berada disekeliling kita sentiasa berwajah ceria. Atau anda suka dengan wajah orang yang sentiasa dalam keadaan masam, kelat dan sepuluh sen?

Maka, kita juga haruslah berwajah ceria. (",)

Tutur kata yang menyenangkan


Begini. Menjadi lumrah kepada kita sebagai manusia normal yang ada naluri lapar, dahaga, mengantuk, cinta dan bermacam-macam lagi naluri, suka akan kata-kata yang menyenangkan. Maksudnya kata-kata yang berbaur pujian, penghargaan, harapan, sokongan dan yang mendatangkan kebaikan. Kerana apa?

Kerana semua itu sedikit sebanyak mampu memotivasikan kita. Tetapi jangan disalah erti ya teman-teman. Bukan bermakna 'memotivasikan' itu hanya berpusing dalam serampang pujian, penghargaan, harapan dan sokongan sahaja. Kritikan, komen, teguran dan nasihat juga adalah serampang untuk 'memotivasikan' juga.

Apapun biarlah semuanya dilafazkan dengan tutur kata yang menyenangkan. Barulah dikatakan serampang dua mata dengan tujuan untuk mengembalikan kesedaran orang yang mendengar.

Akhirnya, mereka juga dengan senang hati mendengar pujian dan kritikan kita. Itulah yang dikatakan ucapan yang baik mampu memikat hati orang yang mendengar. Beruntungnya orang yang pandai berkata-kata ni ya. Dengan kata lain 'pandai perayat'. Nasihatnya perayatlah kerana Allah. ^^

Oleh sebab itu, orang yang hebat ialah orang yang dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan. Agak-agak kata-kata kita bagaimana ya? (",)

Penampilan yang menarik dan sederhana


Rata-rata daripada kita banyak yang tidak sedar akan hal ini. Yang kita tahu adalah sempoi, moden dan berstyle. Menarik dan sederhana? hanya dipandang sebelah mata. Itu pun acuh tak acuh. Kesian.

Sebenarnya, persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung kepada pakaian kita kerana 95% daripada badan orang Muslim diliputi oleh pakaian. Jadi, identiti seseorang banyak bergantung pada cara mereka berpakaian.

Cuba kita buat perbandingan pakaian seorang korporat dengan seorang imam masjid. Pakaian seorang chef masakan di hotel lima bintang dengan penjual burger di tepi jalan. Tentunya jelas kepada kita bahawa pakaian jelas mempengaruhi nilai pandang orang terhadap kita. Manusia sangat suka dan senang kepada kecantikan.
Apatah lagi harum dan wangi.

Oleh sebab itu, pilihlah pakaian yang menarik yang sesuai dengan keadaan dan suasana tempat yang kita kunjungi. Tetapi ingat - syara' mesti di hadapan.

Akhir : Harus kita usaha untuk mendapatkannya.

Untuk apa kita ingin wajah yang menyenangkan orang yang melihat kita? Untuk apa kita sedaya upaya untuk mencuba dan beramal dengan kaedah yang sedemikian rupa? Untuk apa? Untuk tunjuk kepada manusia yang kita ini ada wajah yang menyenangkan? Untuk menjadi orang yang disayangi rakan-rakan sekeliling? Untuk tarik perhatian orang yang kita cinta? Atau untuk kebaikan semua terutamanya islam?

Setelah kita terbang tinggi ke angkasa, sedarlah apabila kita mengajukan soalan-soalan ini mahu atau tidak kita kena pulang ke lubuk hati yang dalam. Tanyalah ia pada hati. Apakah tujuan semua ini? Hanya suka-suka? Hanya ingin mencuba? Di dalam hati itulah jawapannya.

Namun, di luar kesedaran andai hajat kita ini disulami dan diselimuti dengan rasa ingin memberi manfaat kepada islam apabila ada wajah yang menyenangkan, yakinlah satu hari nanti Allah pasti mengurniakan.

Buat teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan, benarlah akan satu perkara yang wajah nabi kita bercahaya lebih terang dari bulan. Sungguh, wajah yang baik dan menyenangkan sedikit sebanyak mampu membantu menyelesaikan masalah sendiri mahupun orang lain tanpa kita sedari.

Akhir kata, ayuh tanya pada diri.. wajah aku menyenangkan orang atau memuntahkan orang? Tidak perlukan jawapan.. biarlah ia bersemadi di dalam hati masing-masing. Yang baik dari Allah, lemah dan kurang semestinya dari diri ini dan saya minta maaf kepada semua.

P/s : Mode - saya sudah terpikat dengan seseorang yang memiliki wajah itu. (",)

29 comments:

  1. Salam alaik.

    Tengok tajuk pun dah berjaya buat akak terpikat nak baca. Tu tak baca lagi tu (=

    5 benda yang usaha nak kena selalu amalkan. InsyaAllah.

    Qudwah yang cantik lahirnya dari hati yang bersih. Cantik di dalam insyaAllah, akan cantik yang diluarnya.

    Jadi, sama2 berusaha utk jaga yg di dalam dan yang diluar. (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      alhamdulillah.. yg baik dariNya,
      berharap apa yang dikongsikan memberi kebaikan kpd semua terutamanya diri yg lemah ini.

      terima kasih kak zati. (",)

      Delete
  2. tah akak izzati..akak ni pun tgk entry tajuk dia pun dh menarik nak baca even lagi 6 jam nak exm...huhu..patut baca buku...T_T...pa pun...hebat adik laut!!subhanallah...kagum dgn adik2 kita ...lepas spm berbakat!teruskan usaha demi islam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala puji bgNya,
      hehe.. moga Allah bantu dlm exm yg menjelang,
      senyum dan ceria selalu,
      byk igt pdNya.. mudah2an Allah kasih setiap langkahan kita..

      terus mendoakan. jazakillah. (",)

      Delete
  3. dah makin mantop sahabat pelaut ni..air yg tenang jgn disangka tiada boya puuunn........!hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyo. menanti dan menunggu memori tasbih kembali melayarkan tinta keramat.
      bilakah? bilakah?? bilakah??? (",)

      Delete
  4. salam alaik

    hanya mampu tersenyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      diam tanda setuju.. senyum tanda suka.
      terima kasih juga. (",)

      Salam suci dri Pelaut Rabbani.

      Delete
  5. Assalamualaikum wbt,

    Best perkongsian kali ini..
    Sangat2 berguna.
    Dah lama rasanya ana x tinggalkan jejak disini..

    Semoga terus maju ke hadapan..
    Macam ada maksud tersirat di sebalik cerita diatas(",)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      'best' itu dariNya,
      segla pujian bg Allah,
      hanya mampu menyampaikan..
      insyaAllah. moga terus maju kehadapan juga.

      maksud tersirat? Ya. Semestinya ada,
      dan ia sangat menggugah jiwa ini. (",)

      terima kasih cik zinnirah.

      Delete
  6. ikhlas + senyum + ceria + ucapan yg baik + kemas = WAJAH YANG MENYENANGKAN :)

    nice post ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikhlas + senyum + ceria + ucapan yg baik + kemas + wajah yg menyenangkan = ALLAH JUGA SAYANG. (",)

      Delete
  7. Assalamualaikum.
    salam kunjungan..

    perkongsian yang menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      salam kunjungan juga. alhamdulillah.
      selamat dtg diucapkan, juga mengalukan kdtgn anda ke sini. (",)

      Delete
  8. salam ziarah perkongsian yg cukup menakjubkan,,,

    ReplyDelete
  9. MQ...perkongsian yg sangat menarik dan bermanfaat...

    Mode : tertanya2 milik siapakah wajah itu...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Rahsia yang tidak akan menjadi rahsia tidak lama lagi. :)

      Delete
  10. jangan dok buas sgt kat rumah...dok diam2..bahaya sggoh..haha..-kmp

    ReplyDelete
  11. amboi..buas apa lak nih???

    emm..adakah KMP adikku yg seorang lg (yg semakin mendiamkan diri)??

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah,perkongsian yang sangat menarik dan memikat hati.

    Ingin berkongsi perjalanan hidup.
    Apabila kita berada di dalam lautan masyarakat kini yakni,medan dakwah yang sebenar;
    langkah pertama dan selamanya,kita perlu taut hati-hati mad'u untuk mendekati ALLAH,islam.
    dan salah satu caranya,adalah ekspressi muka atau wajah yang menenangkan,memancarkan keikhlasan,yang terhasil daripada penghayatan kita di dalam islam;sebagaimana yang akh kongsikan di atas.
    Saya kira,wajah sebegini adalah salah satu dakwah bilhal,
    wallahua'lam,sekadar perkongsian.
    Ambillah apa yang baik,dan tegurlah apa yang salah. Jaza' ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada yang terbaik melainkan Allah kira segala usaha kita. Ikhlaskan diri untuk menjadi yang lebih tinggi.

      Moga kita semua mendapat wajah yg menyenangkan.

      Trima kasih mujtahidah solehah. :)

      Delete
  13. pandai pelaut rabbani nak pikat wajah orang ea??...

    btw, nice sharing! i like it!....

    tersenyum......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Jangan malu untuk datang lagi. :)

      Delete
  14. assalamualaikum...
    sudah lama tidak menjejak disini..
    seronok membaca artikel ni..
    :)......
    minta izin untuk "copy n paste"..
    wassalam..

    ReplyDelete
  15. salam alaik...sabirah dah baca artikel qawiem...tgk tajuk pun dah tau...mmg best...teramat rugilah klu sesiapa yg tak baca dan memahami artikel ni..banyak sgt pengajran...teruskan usaha qawiem mengembangkan lg artikel yg baik lg penuh pengajaran...terima kasih qawiem :)

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum..

    selamat pagi daripada bumi Malaysia.

    Tengok tajuk sahaja sudah memikat wajah hati utk membaca nukilan ini.

    Alhamdulillah atas nikmat kegembiraan yg Allah berikan saat membaca nukilan ini.

    Terima kasih atas tips2 "mencantikkan " dan "meng'hensemkn" wajah ini.
    Insyaallah akan diusahakan.(^______^)

    Jazakallahu khairan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      Hehe. Selamat pagi.
      Sama-sama. Moga bermanfaat untuk kita semua.
      Peace yo! :)

      Delete