Monday, June 13, 2011

14
Komen
~ Pengucapan Awam Yang Berkesan ~

"Wah. Ramainya manusia. Takutnyaa.."
Suatu kajian peringkat kebangsaan yang pernah dibuat di Amerika Syarikat yang mendapati ketakutan nombor satu dalam kalangan rakyat Amerika dewasa ialah berucap di hadapan khalayak ramai.

Takut berucap adalah perkara normal dan biasa. Semua orang takut berucap. Kalau tidak banyak, sedikit mesti ada rasa takut. Takut berucap yang sederhana ada baiknya. Ia mendorong kita berlatih lebih kuat sebelum berucap.

Antaranya berlatih mengawal dan menguasai kejelasan dan kepadatan suara. Bagaimana? Jom.

Belajar berucap kadar suara yang baik.

Kebanyakan penbentang, pemidato dan pendebat tahu bahawa penjagaan kualiti suara adalah penting dalam pembentangan hujah mereka.

Gaya intonasi yang baik adalah kelebihan dalam persembahan yang memikat. Begitu jugalah percakapan yang dinamik lebih disukai audiens dan mereka akan lebih menumpu perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti suara yang baik?

1. Kawal kelajuan percakapan.

Ya. Yang pertamanya semestinya kita kena tentukan dimana dan bila kita perlu meninggikan suara dan memperlahankan kelajuan suara. Perlahankan kelajuan percakapan kita pada fakta-fakta yang penting. Sekiranya perlu diulang maka ulanglah supaya audiens dapat menyerap fakta tersebut.

Untuk pengetahuan semua, jalan terbaik untuk mengawal kelajuan percakapan semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang. Cara ini dapat mengurangkan ketakutan sekaligus menenangkan rasa gumuruh di jiwa.

Susun atur ayat dan percakapan yang ingin diucapkan. Jangan tergopoh-gapah ingin menghabiskan ayat dalam satu nafas sahaja. Bikin semput anda nanti!

2. Kawal 'volume' suara.

Bayangkan suara kita seolah-olah sistem amplifier yang boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara. Ada masanya kita perlu tinggikan suara dan ada kalanya kita perlu merendahkannya. Sekiranya kita bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan.

Bermain dengan intonasi suara ia adalah cara terbaik. Kuatkan suara pada fakta yang penting, rendahkan suara pada perkara yang sedih atau yang memerlukan penghayatan. Seorang pendebat atau pemidato selalunya akan bermain untuk menarik perhatian pendengar dan meyakinkan hakim.

3. Nilai kualiti suara anda semasa latihan.

Rakam dahulu suara kita semasa sesi latihan samada melalui pita rakaman atau sebagainya. Aha. Jangan dipandang remeh ya teman-teman akan perkara ini. Kesannya akan kita dapat selepas kita mendengar kembali apa yang dituturkan sebelumnya. Suaranya jelas atau tidak? Banyak tersasulkah? Banyak merapukah? Semuanya akan diulang kembali.

Disitulah sedikit sebanyak penyampaian kita akan tertingkat semasa sesi pembentangan yang sebenar berlaku.  Kenapa? Kerana setelah kita sudah mendengar kesilapan kita semasa sesi latihan, semestinya kesilapan dan kesalahan itu sedaya-upaya untuk kita kurangkan sewaktu sesi penyampaian yang sebenar.

Bukankah hasilnya adalah yang terbaik? (",)

4. Hindari 'nonvocalized' atau 'vocalized pauses'.

Yang ni juga penting.

Pastikan kita tidak selalu mengulangi nonvocalized pauses seperti "umm", "uhh", "kan" dan yang seteman dengannya. Begitu juga dengan vocalized pauses seperti "okey","tapi", "betul tak," "makna kata" dan lain-lain lagi.

Kebanyakan pembentang kadang kala tidak menyedari yang mereka selalu dan kerapkali menyebut perkataan-perkataan tersebut. Sehingga apabila tamat sahaja sesi pembentangan, bukan isi dan kesedaran yang audiens dapat tetapi perkataan-perkataan serba ejekan ini yang dibawa pulang.

Bukan itu sahaja, malah akan membawa gambaran negatif kepada para pendengar sejurus meletakkan 'mind set' seperti - "ala.. ustaz ni tak bestla..", "macam ni ke pakar motivasi?", "lambatnya masa berjalan", "bila nak habis ni?" dan bermacam-macam lagi istilah yang berbaur kebosanan dan ketidak puasan. Pernah anda alaminya dalam kehidupan? (",)

5. Jadilah diri anda

Bercakaplah dengan selesa. Apa yang saya baca dalam satu buku motivasi, tidak perlu kita bersusah payah meniru gaya pemidato yang hebat. Hal ini kerana ia akan membebankan jiwa dan konsentrasi kita semasa berucap.

Yalah. Mahu difikirkan gaya serta kemahiran pemidato yang kita minat dalam masa yang sama sesi pembentangan atau pengucapan awam sedang berlaku. Takut-takut apa yang ingin disampaikan langsung berterabur, apa yang ingin ditiru tidak menjadi bahkan menjadi bahan jenaka audiens itu sendiri. Umpama ejekan diminta-minta.

Tetapi jangan salah faham, tidak bermakna kita tidak boleh meniru seratus-peratus. Kerana meniru mereka yang hebat-hebat dan berjaya bagaikan langkah awal untuk terbang menggapai awan kejayaan. Namun, harus kita sedar bahawa tahap seseorang langsung tidak sama. Andai mampu meniru semuanya, silakan. Andai tidak mampu, jadilah diri anda. Sungguh, ia bukan sia-sia. (",)

Akhir : Bukan untuk para guru dan ustaz sahaja.


"Ala. Rileks sudaa.. Bukan penting pun untuk aku."

"Hang bagi seratus tips sekali pun, ada aku kisah."

"Asyik-asyik benda ni ja. Dah jemula.."

Andai itu yang terdetik di hati anda. Maka saya hanya mampu tersenyum. Tersenyum dan suka hati dengan keterbukaan jiwa dan hati anda. Ingat akan satu perkara buat mereka yang terdetik sedemikian.

Setiap yang baru tidak selamanya baru. Setiap mereka yang hebat tidak semuanya berilmu. Namun, yang melakar sejarah hanya mereka yang tahu. Bahawa usaha tidak pernah kenal erti jemu. Yang panduan tidak cukup hanya seribu.

Sebenarnya rakan-rakan sekalian, tidaklah coretan kali ini dikhususkan kepada mereka yang bergelar pengajar, pendidik, dan pensyarah sahaja. Tetapi ianya ditulis kepada semua termasuk anda yang ingin menjadi seseorang yang berpengaruh. Yang saya kongsikan mungkin lima, jika ada yang ingin menambah silakan dengan senang hati. (",)

Apapun, sama-samalah kita tingkatkan diri dari semasa ke semasa dengan menjadi manusia yang sentiasa berkualiti dan bermanfaat. Dalam masa yang sama kita berusaha untuk menjadi seperti mereka yang berbicara menggunakan hati. Amin.

Sekian,
Pelaut Rabbani.

P/s : Sebagai tambahan dari artikel ini, saya syorkan untuk anda ke laman ini. Ia benar-benar memberangsangkan saya. Klik - 'Brohamzah : Medan Menjadi Khatib'.

14 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Jzklh atas perkongsian nya, Qawiem..
    benar2 bermanfaat..
    masih byk yg perlu knailah pelajari, nampaknya....

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  2. > [n_akn]

    waalaikumsalam..

    alhamdulillah,
    sama-sama kita tingkatkn diri.
    peringatan utk diri sbnrnya.

    moga Allah redha juga.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,perkongsian yg bermanfaat :)boleh dijadikan panduan buat diri.

    kekdg,bila nak bercakap dpn org ramai ni,perasaan takut a.k.a nervous tu mst ada,tp bila dah dlm situasi tu,alhamdulillah rasa baik ja :)

    ReplyDelete
  4. > Nazihah

    alhamdulillah.
    silakan.. (",)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...
    perk0ngsian yang menarik...
    syukran...~

    ReplyDelete
  6. > khaulah

    waalaikumsalam..
    alhamdulillah dan terima kasih. (",)

    ReplyDelete
  7. > Saleem Wahab

    haih. satu pun belum tentu lagi,
    nikan semua,
    byk benda nk kena belajar, belajar dan belajar..
    aiyo. sama2lah kita belajar. yadak?

    Mu lainlah salim,
    spontan ja. (",)

    ReplyDelete
  8. best entry nih.sesuai la untuk orang yang tak berani nak tampil ke hadapan mcm adik :)

    ReplyDelete
  9. > Anonymous

    xpa. mula pelan2,
    mmg x semua yg mampu tampil kehadapan,
    ttp ia buknlah penghalang utk kita maju mengorak langkh,
    yg penting latihan dan latihan. (",)

    ReplyDelete
  10. Bagus2...
    Thumbs Up..

    Sangat membantu untuk 'guru' yg ada stage-fright seperti saya...

    Qawiem dan Salim dah ada semua ni cuma kena polish ja..yg penting kita semua tak brenti belajar...ya dak?

    Terus tersenyum...

    ReplyDelete
  11. > ummu_ammar

    alhamdulillah,
    terima kasih sudi meluangkn masa,
    Qawiem dan Salim?
    ya. kami bukan shj perlu polish dan belajar,
    ttp kena berhati-hati. (",)

    terus ceria...

    ReplyDelete
  12. Ya.,,sebenarnya kita semua perlu berhati-hati dalam melangkah meniti realiti.....

    Terus belajar utk ceria walau dalam duka (",)

    ReplyDelete
  13. > ummu_ammar

    betul tu knawal,
    harus jd diri sendiri dlm melangkah ke hadapan dlm masa yg sama sedar dan yakin dengan suruhan dan tegahanNya. =)

    ReplyDelete