Friday, June 10, 2011

14
Komen
~ Korban Cinta Balasannya Syurga ~

Cinta yang kamu faham sebenarnya bagaimana?
Petang itu cuaca agak mendung. Awan-awan hitam mundar-mandir di dada langit. Memberi petanda awal buat penduduk berdekatan yang bumi akan disimbah hujan. Burung-burung yang dari tadi bising dengan nyanyian sudah pulang ke teratak masing-masing. Berkata mereka di dalam hati, tidur ketika itu adalah waktu yang sangat menyelerakan. 

Angin yang pada asalnya hanya sepoi-sepoi bahasa bertukar kepada deruan udara yang laju. Deras membelah langit. Hingga menerbangkan beberapa ekor semut yang sedang bersiar-siar di laman dapur restoran. Lalu, menangislah sang anak apabila melihat sang bapa terapung-apung dibawa angin.

Dalam pada itu, kebanyakan kedai makan sudah mula berkemas. Melakukan persediaan awal sebelum hujan lebat membasahi. 

Namun, di penjuru restoran tersebut masih bersantai dua orang jejaka idaman. Berborak itu dan ini, bergurau canda ibarat dunia aku yang punya. Masing-masing tidak hairan dengan cuaca yang sudah semakin gelap dek tutupan awan hitam yang gebu tersusun rapi. Sepertinya mereka ini sedang membincangkan sesuatu yang serius bahkan diselik juga gurau-canda yang akhirnya gelak ketawa yang mengisi ruangan.

Comel giler. Tetapi kau kata buruk?

"Eh, kau tahu aku tengok awek tu cun giler. Memang berkenanla aku tengok muka dia. Tambah-tambah bila dia senyum kat aku tadi. Peerggh.. mcm nak rak ar jantung aku ni." Adu Amran kepada Nabil bersungguh.

"Sapa dia awek tu? Aku kenal tak? Cita sikit. Aku nak kenal gak." Nabil mengaju soalan tanda meraikan temannya. Tetapi monolog dalamannya berbicara sendiri. Siapala gadis yang malang itu.

"Ala. Kau ingat tak yang aku angkat tangan kat dia tadi. Pastu dia senyum-senyum kat aku. Yang tu la. Lagi pun aku tengok dia tu tak la teruk sangat perangai. Boleh makan samanla." Amran melemparkan pandangannya ke luar restoran. Sambil memerhatikan renyai-renyai hujan membasahi jalan.

"Hah! Wei kau biar batul. Perempuan yang hitam tu? Mana sesuai dengan kau. Kau putih dia hitam, bikin jadi taik cicak aku tengok korang berdua ni nanti. Hahaha." Gelak. Tidak tertahan Nabil apabila melihat citarasa temannya yang meminati perempuan berkulit hitam.

"Apa kau ni? Hitam ar comel. Nampak sexy bro. Kau apa tahu? Kau pun takde orang yang minat. Sedap je gelakkan aku. Bukan nak sokong member-member." Muka lima puluh sen Amran ditarik menjadi muka sepuluh sen apabila citarasanya dipermainkan.

" Ok-ok. Aku bukan tak sokong. Tapi aku rasa awek tu tak secocokla. Rugi bro kalau kau minat perempuan macam tu. Kau ada rupa. Hensem pun hensem. Kaya lagi. Hidup berstyle. Perempuan tu? Dahla bertudung macam ustazah. Hitam. Kelat. Pekat. Dari pelusuk Nigeria manala dia boleh tersesat kat sini. Eee.. tak kuasa aku melayan." Gerakan badan Nabil seperti lipas kudung membuatkan Amran tergelak sendiri.

"Hahahaha. Lepak ar bil.. Gelabah apesal? Itu kata kau. Ni, kata hati aku ni dah jatuh cinta. Selama aku hidup, belum pernah aku jumpa awek semanis dia. Mana la tau kalau-kalau ada rezeki satu hari kami dipersatukan. Hahaha." 

Mereka berdua tergelak serentak apabila Amran mengakhirkan kata-katanya yang agak mustahil di mata Nabil. Sungguh pun ia hanya angan-angan yang tidak berpenghujung cita-cita.

Korban cinta. Andai tidak, ia pasti buta.

Ya. Rata-rata yang terjadi kepada kita apabila mengambil cinta dunia melebihi cinta kita kepada Allah. Akhirnya jadilah seperti mereka yang dikejar tak dapat, yang dikindong berciciran. Apa yang dikejar tak dapat? Dan apa pula yang dikindong berciciran?

Korban cinta. Andai tidak, ia pasti buta. Bagaimanakah?

Saya bawakan ini sebagai jawapan. Pastikan anda tidak terlepas menontonnya. Diskusinya panjang. Tetapi saya yakin ia tidak merugikan.



Terima kasih atas kesudian meluangkan masa di sini. Menonton dengan tekun dan sabar. Mudah-mudahan Allah redha dengan cinta kita yang berputik atas dasar kasih dan sayang padaNya.

Salam cinta dari saya,
Pelaut Rabbani.

14 comments:

  1. Jangan korbankan cinta kepada ALLAH hanya kerana manusia.

    ReplyDelete
  2. ishh tak baik betol mmber gi kutuk org.. lain org lain selera. :)..

    cinta paling manis,cnta pada allah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Betul kata Akhi syed fathi tu...
    jangan sampaikan cintakan manusia yg di cipta,
    hinggakan cinta kepada Allah, sang Pencipta di lupakan dan di tinggalkan...
    Utamakan cinta kepada Allah, lalu kpd diri sendiri barulah kepada insan lain... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      Rasa kerdil apabila berbicara soal cinta.
      Banyak benda perlu dibaiki lagi. Hmm.

      Terima kasih iman sudi koemn di sini.

      Pelaut Rabbani.

      Delete
  4. cinta yang paling utama adalah pada Allah.
    cinta yg halal hanya pada kekasih halal..:-)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,diskusi yang sangat baik(video),
    teringin hendak mendengar sambungannya.

    "Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada ALLAH." (Al-Baqarah 2:ayat 165)

    Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada ALLAH dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH(dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas ALLAH menyelamatkannya(daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api." (Riwayat Muslim)

    Baru tahu,yang cinta kita kepada yang lain(kerana-NYA) bukan stkt jgn melebihi cinta kpd ALLAH dan Rasul-NYA bahkan,jgn melebihi cinta kpd jihad,Allahuakbar!

    Manusia melahirkan cinta. Cinta melahirkan manusia. -ustaz Hasrizal.

    yg saya faham ttg 'korban cinta' drpd video di atas adalah,korban cinta kpd manusia yang melebihi had cinta ALLAH,Rasul dan jihad;yang membuatkan manusia itu buta dan pekak daripada kebenaran. Apa pula maksud akh dgn 'korban cinta balasannya syurga' ye? Jaza' ALLAH wa asifah.

    Wallahua'lam,moga kita semua ambil iktibar darinya dan mengamalkannya dalam kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. kedtgn anda membawa byk mutiara,
      jazakillah. (",)

      "yg saya faham ttg 'korban cinta' drpd video di atas adalah,korban cinta kpd manusia yang melebihi had cinta ALLAH,Rasul dan jihad;yang membuatkan manusia itu buta dan pekak daripada kebenaran. Apa pula maksud akh dgn 'korban cinta balasannya syurga' ye?"

      yalah. bukankah korban cinta kpd manusia yg melebihi had cinta kpd Allah, Rasul dan jihad adlh balasannya syurga?

      itulah maksudnya.
      apapun terima kasih. senang hati dgn kehadiran anda. ^^

      Delete
  6. Merujuk persoalan saya kpd akh,
    rasanya,saya tersalah faham krn saya tersalah cara pembacaan;
    yg saya maksudkan,jika kita korbankan cinta yg suci kepada manusia,yakni cinta manusia itu melebihi cinta kita kpd ALLAH,Rasul dan jihad,hasilnya,manusia akan buta dan pekak daripada kebenaran.
    manakala,maksud akh pula adalah,jika kita korbankan cinta kita kepada manusia,dengan mencintai ALLAH,Rasul dan jihad melebihi segala-galanya,balasannya adlh syurga.
    Begitu ye?
    Maaf kerana tersalah faham,dan terima kasih di atas perkongsiannya.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. xpa. x menjadi masalah pun..
      bila keadaan jd mcm ni,
      membuatkn saya kaji semula susunan ayat,
      membuatkn saya baca berulang-ulang kali,
      sedikit sbyk saya juga semakin jelas.. (",)

      Delete
  7. subhanallah!!!ni mesti tere karangan ni...huhu...aduiii...adik2....


    tapi best la...betui...baru terbaca kat majalah solusi....beauty is in the eye of beholder.....dan ia subjektif.....setiap mata ada penilaian kecantikan masing2...


    dan yg pasti...pas SPM ni baru permulaan remaja...panjg lagi ujian hati ke hadapan...moga sabaQ menguruskannya dan kuat!!!=)

    p/s:rupanya adik org peQhelis...aduii...keciknya...kak pun lahiq sana+duduk sana(dlu la)...+besaQ men lumpuQ sana..bittaufiq wannajah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,
      xdala tere sgt.. biasa2 ja.
      moga Allah membantu setiap kemudharatan ini.

      asal N9 tp mnetap lama di perlis,
      mn tahu ni kak?

      Delete
  8. tgk video la dik...video tu nampak sgt adik duk peGhelih...=)

    akak pun perlis...tu tau...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh. ya x ya jugak,
      betul2. baru tringat yg video tu dilakonkn di perlis,
      tmpt yg istimewa bg rakyat perlis. (",)

      Delete