Wednesday, June 22, 2011

15
Komen
~ Puitis : Bulan Cinta ~

Jika langit hendak runtuh, bagaimana jari hendak menahannya?
Jiwa remaja yang penuh idealistik,
sangat bergelora membina azam dan cita-cita,

Ah. Ramadhan itu,
tawaran demi tawaran kau sajikan,
buat perindumu yang beriman,
bilamana dibentang samudera keampunan,
 bernaunglah kasih tiada tepian.


Dikala itu,
pelbagai azam yang dipasakkan,
pelbagai amalan yang diketengahkan,
pelbagai kebaikan yang direncanakan,
hatta yang buruk hajat dihapuskan,
semuanya adalah untuk diri yang dahagakan kesucian.

Segala yang mulia semuanya kuinginkan,
kuingin bertahajud setiap malam,
kuingin iktikaf sepanjang Ramadhan,
kuingin tadabbur al-Quran,
kuingin khatam al-Quran,
kuingin gandakan amalan sunat,
kuingin putihkan hati yang berkarat,
kuingin...
kuingin...

Wah, bila diteliti dan diperinci,
banyak pula amalan yang ingin ku penuhi,
banyak pula sasaran yang ingin ku tepati,
tambah-tambah untuk Ramadhan kali ini.
Sungguh pun ia belum muncul lagi.

Namun ku sedar,
keinginan tanpa usaha hanyalah suatu angan-angan,
angan-angan umpama debu di jalanan,
apabila bayu menerjah,
 terbanglah ia tanpa ujian,
maka di situ engkau perlu berusaha dan mujahadah.


Sekian terima kasih,
Menulis gemersik harapan,
~  Bulan Cinta ~
Pelaut Rabbani.


15 comments:

  1. bulan cinta yang dirindui bersama!!!

    =)

    ReplyDelete
  2. ya........mmg puitis......faham nape bil kam suke blog nie....semoga kita semua dlm RAHMATNYA~

    ReplyDelete
  3. > Habibah S ramli

    ya. dirindui bersama dan semua. (",)



    > einz miszmessy

    alhamdulillah.
    bil kam? apakah?
    mendoakan utk anda juga.

    ReplyDelete
  4. Salam 'alaik Qawiem..
    Lama sudah tidak meninggalkan jejak di sini..

    Nice sharing, Qawiem..
    Ramadhan yang dirindui dan dinanti kehadirannya..
    Moga madrasah Ramadhan yang bakal dilalui ini, benar2 menjadikan kita graduan yang bertaqwa..

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  5. > mieha el irsyad

    like. tQ,
    kegentingannya semakin dirasai.



    > [n_akn]

    waalaikumsalam knailah,
    tulah. tercari-cari juga sbnrnya,
    tp xmenjd masalah pun,
    selagi ada peluang silalah tinggalkn jejak,
    jika tidak ada, doa shj pun xpa.

    alhmdulillah,
    teringat ramadhan,
    dan teringin juga utk berpuitis ttgnya.
    maka inilah hasilnya. sekadar yg mampu. (",)

    terima kasih knailah.

    ReplyDelete
  6. > mursyidah

    segala puji bgNya,
    jazakillah ata luangan masa di sini. (",)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah :)

    Bulan cinta,indah puitis :)

    Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

    rindu ingin bertemu Bulan yang mulia ini :)

    ReplyDelete
  8. ow,,blog ne d promote oleh bil kam brgkali..ya,byk mnfaaat, Insyallh..truskan berkarya..

    ReplyDelete
  9. Turut merindui bulan cinta...
    Sama2 kita titip doa moga Allah panjang kan usia untuk meluah rindu ini...

    "Salam Juang"

    ReplyDelete
  10. > Nazihah

    alhamdulillah,
    moga Allah sampaikan kita.
    ya. detik demi detiknya paling utama.



    > sinarharapan

    segala puji bagiNya,
    yg kejar cita-cita itu,
    moga Allah pertemukn dgn kebahagiaan. (",)



    > Baitil a'tiQa

    insyaAllah,
    dgn kasihNya mudah-mudahan,
    salam juang juga. (",)

    ReplyDelete
  11. Salam ceria dari permata yang dicari..

    Ya, ia memang bulan cinta yang amat diridui..
    Yang dinanti-nantikan kehadirannya.

    Penghabisannya, kita mahukan buah takwa itu,
    Moga kita mampu perolehnya.

    moga Allah panjangkan umur untuk sampai ke bulan cinta itu.. (",) wallahu`alam.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  12. bila kita telah berazam maka kita bertawakal lah kpd Allah :)

    ReplyDelete
  13. > wafa zinnirah

    waalaikumsalam,

    insyaAllah,
    bulan yg sgt dirindui,
    dan bulan inilah yang byk mengajar erti kesabaran,
    terutamanya bulan ramadhan thn lps.
    terima kasih.



    > hatikubaik

    yes. berazam dan bertawakkal. ditambah dgn doa juga. betul tak? (",)

    ReplyDelete