Thursday, December 16, 2010

19
Komen
~ Jom Bersihkan Hati ~


Berusaha untuk membersih hati umpama bergerak ke arah cahaya.



Hati anda kotor?

Tidak ada duit untuk membeli pencucinya?

Usah risau lagi !!

Pencuci percuma juga mujarab dengan izin Allah..

Cuba try dulu..


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a.



Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur.

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat.

Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran.
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif.

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda.

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. CUBALAH!!

8) Berpuasa.

Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati.

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

Akan membuatkan anda berada dalam ketenangan.

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

Terasa mudah berlapang dada.

13) Jaga makanan - 

Jangan makan makanan yang syubhat

14) Berkawan dengan ulama

Kerana siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, semestinya bau wangi itu akan meresap ke tubuhnya walaupun sedikit.

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

Ibarat seorang perempuan mencuci baju, sikit sebanyak kukunya akan menjadi cantik dan bersih. Walhal dia tidak berniat sama sekali untuk mencantikkan kukunya.

17) Menjaga pancaindera 

(mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat.


Sebenarnya saudaraku sekalian,


 kenapa perlu susah-susah bersihkan hati ni? 


kenapa perlu payah-payah fikir pasal hati bersih atau kotor?


perlu bersungguh-sungguh pulak tu untuk bersihkan hati. Best ka?


Apa yang best?


Apa hasilnya?


Hati kan benda dalaman? Bukan orang nampak? Rileks ar..


Maka, saya sajikan ini untuk anda..


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di atas ini adalah beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. 


Hah. Macam mana? Jelas sebabnya?


Apa pun selamat mencuba ya !!


Moga Allah membantu usaha kita ini. =)



19 comments:

  1. alhamdulillah. perkongsian yan menarik akhi.

    ReplyDelete
  2. > muaz omar

    terima kasih.. yg baik itu semua dri Allah..
    tidak ada yg hebat pd dri ini. (",)


    > khairunnisa

    sama-sama, terima kasih juga membaca di sini.


    > syarifah radiah ibrahim

    sama2. moga Allah memberi kebaikan kpd kita..


    > Hanisah Safian

    ya.. sama2. mudah2an bermanfaat kpd semua.
    yg baik tetap dri Allah.. lemah kurang itu x lain x bukan dri diri saya..



    ~ Moga Allah merahmati kalian.

    ReplyDelete
  3. salam singgah kembali,

    terima kasih atas perkongsian.
    Moga dirahmati Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  4. Akhi, mcm ada tautan je hti kte. mcm tau-tau je post ana. Anta terus keluar pasal cuci hati. cantek betol!

    Ya Allah, kekalkanlah tautan hati kami. Semaikanlah kecintaan dalam hati kami terhadap saudara kami. Amin~

    ReplyDelete
  5. > saya

    Mudaha2an kehidupan ini dipermudhkan.
    salam ceria. =)


    > Mujahid Ramadhan

    aha.. tautan yg terbina atas landasan ukhwah..
    moga Allah kukuhkn ukhwah kita. (",)

    ReplyDelete
  6. Ziarah atas blognya...
    Nice n3...

    nak kongsi sikit...
    Ustaz2 ana bila berckp tentang pembersihan hati...
    Termasuk mencuci kotoran...
    Senang cerita macam 'cuci toilet' la..

    okla...
    Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah...

    ReplyDelete
  7. eh, belanja orang makan boleh bersihkan hati ke? waaa best2..

    terima kasih utk info.. nice entry :)

    ReplyDelete
  8. > BaiTil a'tiQa

    Jazakillah singgah ke sini..
    Hati yg tidak dicuci akan byk mudharatnya.
    klu hati kotor, maka kotorlah seluruh anggotanya. (",)


    > Ain Zulaikha

    bukan sng nk belanja org klu hati x baik..
    lima puluh sen pun belum tentu..
    betul x? =)

    ~ MQ~

    ReplyDelete
  9. Hati..
    kau raja sglanya..
    baiknya engkau..
    baiklah diri ini..
    jahatnya engkau..
    jahatlah diri ini..
    .....
    sahabat2,
    sama2lah kita bersihkan dan jaga hati kita..
    thanks akhi ats perkongsian..

    ReplyDelete
  10. > wan

    ya.. hati raja segalanya..
    moga hati kita sebersih Abu Bakar.
    Amin..

    salam perjuangan..

    ReplyDelete
  11. hurm...alhamdulillah..berkenan jugak dgn perkongsian ni,tapi nak bg cadangan sikit la ye..kalo boleh,anta bg sedikit pnerangan di setiap point..mudah untuk pembaca memahami..wallahu'alam

    ReplyDelete
  12. > Anonymous

    Alhamdulillah,
    terima kasih sbb bg cadangan, sgt2 menghargai..
    insyaAllah akan berusaha memperbaiki agar menjd lebih baik.
    salam perjuangan..
    ~ moga Allah kasih (",)

    ReplyDelete
  13. > miss.Addin

    sama-sama.
    jemput dtg lg.

    ReplyDelete
  14. syukran, perkongsian yg menarik,
    moga ddiamalkan semua kan, insyaAllah

    ReplyDelete
  15. > Anna Aziz

    afwan. alhamdulillah.
    Amin. (",)

    ReplyDelete