Assalamualaikum.
Saya dahulukan coretan kali ini dengan selautan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk singgah ke sini.
Juga selangit penghargaan kerana membaca artikel ini.
Satu persoalan yang akan saya timbulkan. Sebelum saya membawa kisah ini kepada anda.
Dalam kehidupan kita selama ini, pernah wujudkah amalan kita yang berkualiti?
Amalan yang kita yakin akan menjadi peguam bela untuk kita di akhirat kelak. Amalan yang kita pasti akan menjadi pelindung diri kita di hadapan Allah nanti.
Ayuh kita saksikan amal mereka yang berkualiti.
Yang akhirnya Allah menyelamatkan mereka dari kesusahan.

Cerita dari Junjungan Rasulullah SAW
Pada suatu hari sahabat-sahabat Rasulullah meminta supaya baginda menceritakan kisah-kisah orang dahulu kala yang menarik.
Baginda pun menceritakan tentang kisah tiga orang yang pergi ke suatu tempat. Pada malam hari mereka bertiga berteduh di dalam sebuah gua. Sedang merka tidur, tiba-tiba seketul batu besar dari gunung telah jatuh menutupi pintu masuk ke gua tersebut.
Ketiga-tiga orang itupun berbincanglah antara satu sama lain bahawa mereka tidak akan dapat keluar dari gua itu melainkan mereka mengisahkan perkara yang mereka tidak ingini untuk dipertimbangkan Allah.
Orang pertama menceritakan bahawa dia mempunyai ibu bapa dan tidak mempunyai harta lain melainkan seekor kambing yang mana susu kambing itulah yang selalu diperahnya untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya.
Setiap hari dia mengumpulkan kayu api dan menjualnya dan membelanjakan hasil pendapatannya itu untuk membeli makanan untuk kedua orang tuanya. Pada suatu malam dia pulang ke rumah sedikit lewat. Belum sempat dia memerah susu kambingnya untuk dimasukkan ke dalam makanan, ibu bapanya sudah tidur. Lalu dipegangnya makanan kedua orang tuanya itu dan berdiri berhampiran dengan mereka. Dia berdiri hingga ke pagi tanpa mengusik makanan tersebut. Apabila kedua orang tuanya sedar dari tidur, mereka pun memakan makanan tersebut.
Setelah habis cerita itu, maka batu yang menutupi pintu gua terbuka sedikit.
Kemudian giliran orang kedua pula menceritakan kisahnya. Orang kedua itu menceritakan bahawa di suatu masa dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis buta yang cantik,tetapi gadis itu tidak membalas cintanya. Oleh sebab itu dia telah memberikan wang kepada gadis tersebut sebanyak seratus dua puluh dinar dengan janji bahawa gadis itu sanggup bersamanya selama satu malam.
Gadis tersebut telah bersetuju. Apabila gadis itu datang menemuinya, tiba-tiba timbul perasaan takut kepada Allah. Lalu dia pun menyuruh gadis itu balik dan ambillah wang yang telah diberikan itu.
Setelah cerita itu habis, batu besar di pintu gua itu pun bergerak dan membuka sedikit ruang yang menutupi pintu gua. Namun begitu, ianya masih juga tidak boleh dilolosi oleh mereka bertiga.
Akhir sekali tibalah giliran orang ketiga untuk bercerita. Menurut ceritanya, bahawa dia mempunyai beberapa orang pekerja. Setelah pekerja-pekerjanya habis menjalankan tugas masing-masing, maka mereka pun diberi gaji. Tetapi seorang daripada pekerja tersebut telah hilang sebelum mengambil gajinya.
Lalu dia pun membeli seekor kambing dari gaji pekerja yang hilang itu. Pada tahun hadapannya, kambing tersebut bertambah menjadi dua dan beberapa bulan selepasnya bertambah menjadi empat serta akhirnya jumlah kambing-kambing tersebut telah bertambah dengan banyaknya.
Beberapa tahu kemudian, pekerja yang hilang itu muncul dan meminta gajinya. Lalu dia pun menyuruh pekerja itu mengambil kesemua kambing-kambing tersebut. Pekerja itu berasa hairan dan dia menyangka bahawa dia hendak dipermain-mainkan. Lalu dia pun menceritakan hal sebenarnya kepada pekerja itu sambil mengatakan bahawa kambing-kambing tersebut adalah hak miliknya.
Setelah mereka bertiga menceritakan keadaan masing-masing, lalu mereka pun menyeru kepada Allah ;
" Ya Allah, jika kami bercerita dengan benar, bebaskanlah kami."
Tidak lama selepas itu, maka batu besar yang menutupi pintu gua itu pun bergerak dan beredar dari pintu gua. Ketiga-tiga orang itu pun keluar.
Subhanallah.
Cerita ini benar-benar menggetar jiwa saya. Sebab apa?
Sebab saya terbayang jika saya adalah salah seorang dari mereka yang terperangkap dalam gua itu, amalan apa yang akan saya ceritakan?
Allahuakhbar.
Terasa kerdil diri ini.

assalamualaikum,
ReplyDeleteamalan berkualiti terhasil setelah kita kenal Allah serta ikut syariat yang betul.
tapi sayang sekali, kita diperkenalkan dulu dengan ibadah ikut-ikutan tanpa mempelajari ilmu kenal Allah terlebih dahulu(usuluddin).
> Erma Fatiha
ReplyDeletebetul..
oleh sebab itu, ibadah ikut-ikutan ini wajib kita tukar menjadi ibadah yg benar2 kita fahami dan sedari..
moga penghayatannya lebih berkesan kpd hati nurani.. Jazakillah(",)
gud entry..syiok jer nad bace :) suke gambar tu gak..
ReplyDeletesalam :)
ReplyDeleteterima kasih berkongsi cerita.
> Nad & Hanisah
ReplyDeleteTerima kasih..
moga baik buat semua..
ibadah tanpa ilmu maka sia2, biar sedikit tapi istiqamah :)
ReplyDelete> azhan
ReplyDeleteYa, biar sedikit tetapi istiqamah..
tp perlu ada peningkatan juga walau jangka masa panjang..
agar yg sedikit mampu menjadi byk..
Ini antara kisah tentang tawassul dalam memohon pertolongan..
ReplyDeleteYa mukhlis..
ReplyDeletehebat sahabat ana ni.. (",)
Assalamualaikum wbt MQ
ReplyDeleteSyukran atas perkongsian dan ingatan kembali berkaitan kisah ini.
Kualiti IKHLAS dalam beramalan. MasyaALlah. Kisah pengajaran buat kita semua.InsyaAllah
> brohamzh
ReplyDeleteWaalaikumsalam..
Terima kasih abg ali sudi singgah..
Moga kita juga seperti mereka..