Friday, May 20, 2011

22
Komen
~ Al-Fateh : Kata Penamat! ~

Currently reading ~ mengagumkan !

" Pulang kembali kepada rajamu. Khabarkan kepada rajamu Sultan Uthmaniah sekarang berbeza dengan datuk-datuknya yang terdahulu. Khabarkan kepadanya aku mempunyai keazaman yang dasyat. Mengatasi keazaman moyangku. Padaku juga ada kekuatan yang lebih kuat daripada kekuatan moyangku. Kesemua ini supaya aku menawan konstantinopel. Kamu semua boleh pulang sekarang dengan selamat. Aku tidak melayan sesiapapun lagi yang memujuk aku melainkan aku membunuh sahaja mereka. "

Kata-kata Sultan Muhammad Al-Fateh kepada utusan Maharaja Kostantine.

Keazaman yang dasyat itu - 70 buah armada perang mampu berlayar di atas daratan pergunungan. 

Sehingga terukir sendiri pujian daripada ahli sejarah Byzantine.
" Tidak pernah kami lihat ataupun dengar hal seajaib ini. Muhammad Al-Fateh menukar darat menjadi lautan dan melayar kapal di puncak gunung, bukannya di ombak lautan. Sungguh Muhammad Al-Fateh dan usahanya itu mengatasi Maharaja Dunia Alexender The Great. "

Subhanallah. 

Apabila sang bintang tahu akan kedudukan sebenarnya, pasti cahayanya memberi petunjuk.

Moga sedikit ungkapan hikmah yang dikongsikan ini mampu memberi kita keyakinan yang kita tidak keseorangan. Bahkan andai jalan ini yang kita ambil dan lalui sesungguh-sungguhnya, satu hari nanti kita akan  jumpa kemanisan bahagia yang mengasyikkan. 
Amin. 

22 comments:

  1. Insyaallah...
    Amalkan dari semudah - mudah sunnah sehingga sebesar besarnya iaitu keluar di jalan Allah...

    Kekuatan itu daripada Allah.

    Sesungguhnya Allah itu tidak pernah menjanjikan sesuatu kejayaan itu dalam jumlah sama ada ramai atau sedikit. Walaupun sedikit jika kemenangan yang Allah ingin berikan, pasti kemenangan yang diperoleh. Lihat sahaja peperangan Badar.

    Ketahuilah, seramai 124 000 anbiya' yang Allah utuskan, pada hari kebangkitan kelak, akan ada nabi Allah yang dibangkitkan dan dihadapkan dihadapan Allah tanpa pengikut. Akan gagalkan dia? Tidak. Kerana Allah tidak pernah janjikan kejayaan itu dalam jumlah.

    Oleh itu, janganlah kita gusar atau bimbang sekiranya usaha agama yang kita lakukan ini mungkin berseorang. Allah bersama kita.

    'TERpanjang pula' (^-^)

    ReplyDelete
  2. WADi membaca dengan segera..
    Allahuakhbar sungguh dahsyat azam beliau..
    mungkinkah ada lagi mujahidah sepertinya..
    wallhualam..
    insyaallah..ada..

    ReplyDelete
  3. SELESAI KU MEMBACANYA...tunggu nk buat ringkasan..

    ReplyDelete
  4. bgus buku nie...anta punya ke? ana teringin nak beli buku nie satu..anta dapatkan buku nie dekat mana yer??...

    ReplyDelete
  5. pejuang2 dahulu sungguh luar biasa..
    pejuang2 hari ini? =.='
    ALLAHU AKBAR!

    ReplyDelete
  6. > Baitil 'atiQa

    alhamdulillah,

    betul. utk menang hanya pd Allah,
    tidak pd jumlah,
    tidak pd kelebihan dan keistimewaan,
    tidak pd usaha berterusan dan sbgnya,
    ttp semua ini diperlukn sblm bergantung harap kpd Allah,
    barulah kejayaan itu akan dtg membawa kemanisan,
    jika tidak di dunia, dia akhirat pasti bercahaya.. ^^

    best sbnrnya baca komen panjang2 ni,
    terasa diri ini masih byk kelemahan,

    syukran lak utk Baitil 'atiQa.



    > Ad-Dien

    alhmdulillah,
    insyaAllah ada,
    kerana janjiNya islam akan kembali tertegak.
    terima kasih WADI

    ReplyDelete
  7. > shairazi sharizan

    owh.. enta dh habih baca,
    mantap2, bolehla kongsi2 nnt apa yg dihadamkn,
    sama2 kita tukar2 pandgn,
    mungkn ada yg ana x tahu enta boleh tambh.
    tak gitu akhi? ^^

    terima kasih juga sudi dtg.

    ReplyDelete
  8. > Anonymous

    buku ni bukan kepunyaan ana sorang,
    ttp kepunyaan ramai org, ^^
    mmg susah sikit nk dpt buku ni,
    hari tu waktu pergi kompleks buku alor star,
    cuma ada last ja buku ni,

    rasa2nya kedai2 buku yg besar2 mesti ada lg buku ni,
    insyaAllah - teruskn pencarian.



    > kasturi jiwa

    moga Allah perteguhkn jiwa2 pejuang hari ini,
    Amin.
    terima kasih buat jiwa bak kasturi. (",)

    ReplyDelete
  9. subhanallah, hebat iman mereka. tak mustahil kita menjadi seperti mereka.

    dah beli buku ni, baca sikit saja sebab dah hadiahkan pada adik.

    Alhamdulillah, ALLAH bagi melalui akh.
    ALhamdulillah, jazakallah khair.

    ReplyDelete
  10. > فراس الزهرأ

    alhamdulillah,
    ya, x mustahil kita jd sperti mereka,
    perlukn azam yg kuat juga,
    usaha yg hebat juga,
    pergantungan yg luar biasa juga, ^^

    afwan.

    ~ pelaut rabbani ~

    ReplyDelete
  11. to anymous>
    tumpang jawab deh..kat perlis xjumpa lagi,,sila ke popular(alor star),,syarikat muda osman
    xpon selain perlis lah..

    mq>
    no hal punya.lagi pon ana tgh cr 2 buku lagi berkaitn al-fateh..selain pak lateb

    ReplyDelete
  12. > shairazi sharizan

    haha^^
    terima kasih atas penambahan maklumat.
    ok2, ana menanti..

    ReplyDelete
  13. baru saje menghabiskan pembacaan kisah sultan Muhammad Al-Fateh. subhanAllah.. betapa kagumnya dengan jalan jihad dan perjuangan sultan al-fateh bersama tentera dan rakyatnya dalam merealisasikan hadis baginda s.a.w

    ReplyDelete
  14. > nor amira

    alhamdulillah,
    mudah2an pengajarannya mampu kita bumikan dlm kehidupn,
    terima kasih ya.

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum mQ..
    "andai jalan ini yang kita ambil dan lalui sesungguh-sungguhnya, satu hari nanti kita akan jumpa kemanisan bahagia yang mengasyikkan.."

    iAllah..mudah2an..disebalik ranjau ujian, dugaan jua cabaran yang dilalui hari ini, moga pengakhirannya, Allah anugerahkan satu kemanisan yang tidak terhingga..

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  16. > [n_akn]

    waalaikumsalam kak nailah.

    insyaAllah,
    ujian yg dtg mmg sukar,
    cobaan yg kunjung mmg perit,
    mehnah yg sapa mmg susah,
    sehingga kdg2 kita terfikir apakah hidup kita ini bernasib malang?
    ttp yg luas 'rumah'nya pasti tersenyum,
    krn dia tahu yg dia adlh yg special..

    terima kasih sis. ^^

    ~pelaut rabbani~

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt.

    Satu saja punca kemenangan orang islam dalam perjuangan,
    Bila dijaga betul2 hubungan dengan Allah tiada
    siapa dapat malawannya.

    Kisah diatas mmg banyak pengajarannya
    dan ramai orang suka mengulang2 kisahnya
    yang sangat berguna ini.

    Ramainya meninggalkan jejak di sini, itu sajalh peninggalan ana untuk kali ini.^^

    p/s: kenapa links Together with us.. dah x ada dkt nta punya blog? sekadar bertanya sahaja..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  18. waalaikumsalam wbt.

    setuju. kisah ini sgt2 perlu diulang-ulangkn,
    menggambrkn zaman kegemilangan ummat islam satu ketika dahulu.
    terima kasih sudi tinggalkn sesuatu.

    ttg links together with us,
    setakat ini belum ada jawapn khusus yg boleh ana berikn.. ^^

    ReplyDelete
  19. haha-dak fisio..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum w.b.t
    nice entry..
    kembali ke zaman kegemilangan islam yang kita tak pernah melihat dengan mata sendiri.
    teringat penyampaian saudara Hilal tentang kostantinopel,tersangatlah kagum..

    “Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah SWT akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah SWT akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan”.
    Dipetik dari kitab at-Targhib, hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi.

    Wallahu A'lam

    teruskan penulisan~
    semoga diberi kekuatan dan dikasihi Allah

    ReplyDelete
  21. > Anonymous

    gelak apa hah? =)



    > ~nunaa~

    waalaikumsalam wbt,

    eh, cik nunaa ni pljr matri ka?
    betul2. first tyem dgr ttg sultan Muhammad mmg dari saudara Hilal,
    di situlah baru terbuka hati ingin mengenali dgn lebih mendlm siapa sultan muhammad.

    terima kasih atas perkongsian hadis di atas,
    hehe.. kagum2.

    doakan selalu utk saya.
    moga Allah kasih.

    ReplyDelete
  22. subhanallah...
    Pemimpin Islam zaman dahulu mmg hebat!
    kata-kata hikmah mereka membuka hati kita...
    Kata UMAR AL-KHATTAB... "Jika rakyatku kenyang biar aku t'akhir rasainya, jika rakyatku lapar biar aku yg pertama yg rasai." membuktikan baginda pemimpin yg menyayangi rakyatnya...

    ReplyDelete