Monday, May 2, 2011

11
Komen
~ Matilah kita dalam Kebaikan ~

Kita akan kembali berjalan. Itu adalah pasti.
Salam bahagia buat pembaca budiman.

Pernah tak kita berfikir bahawa kita bagaikan perantau yang sedang merantau ke satu tempat?

Yang mana tempat itu merupakan tempat penentu. Samada kita akan mendapat keuntungan atau kerugian. Kegembiraan atau kesedihan. Kebahagiaan atau kekecewaan. Bersenang-lenang atau bersusah payah malah penentu sama ada kita benar-benar ikhlas atau sebaliknya di 'dunia' ini.

Dunia yang penuh tipu daya. Yang penuh dengan lakonan. Yang penuh dengan keseronokan dan keceriaan fatamorgana yang kita kata indah tetapi merosakkan bahkan menghancurkan andai tersilap cara dan kaedahnya.

Bahaya betul andai tidak merasai dan memikir soal ini.

Suatu hari kita akan berangkat saudaraku. Ya, satu hari yang pasti. Kita akan menuju ke dimensi akhirat selepas kita bersimpuh sebentar di bawah pohonan yang bernama ' DUNIA '.


“ Maka apabila telah tiba ajal mereka (waktu yang telah ditentukan), tidaklah mereka dapat mengundurkannya sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mempercepatkannya. ” (An-Nahl: 61)


Hakikatnya, tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya pasti bernokhtah. 


Setiap saat akan ada manusia yang menemui Penciptanya. Ia tidak mengira umur, sebab hatta masa dan ketikanya juga tidak boleh dirancang.



"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah disempurnakan balasanmu. Barangsiapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang memperdayakan." ( Surah Ali Imran, ayat 185)


Sungguh kematian bukanlah bererti penamat bahkan ianya merupakan permulaan bagi sebuah kehidupan baru yang kekal.

Bunuh diri sebab dah tak tahan

Tidak benar bagi mereka yang mengingkari wujudnya kehidupan selepas mati dengan mengatakan dunia inilah segala-galanya dan apabila mati maka manusia hanya akan menjadi tanah. Seterusnya hilang dari muka bumi - tamatlah segala perkara dan sengsara.

Mereka yang tidak beriman dengan kehidupan selepas mati maka mereka inilah yang apabila menghadapi tekanan dan penderitaan maka segera memutuskan nyawa dengan membunuh diri.

Ramai yang tersilap dan terpedaya.

Menyangka membunuh diri sendiri dapat menamatkan penderitaan sedangkan ia sebaliknya bahkan secara tak langsung menambah derita apabila diseksa dan diazab di alam kehidupan selepas mati yang kekal dek abadi.

Moga kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Akhir : Pengakhiran yang baik buat kita

Ya, semestinya yang major itu mengimpikannya.

Oleh itu, perbanyakkanlah ibadah kita. Moga dengannya Allah izin kita pergi di kala iman yang terang - benderang.

Ketahuilah bahawa mati hanyalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar - kekal, abadi dan hakiki adapun dunia ini hanyalah ibarat tempat permusafiran sementara dan tempat ujian. Betul tak?

Jadi, sama-samalah kita meminta kepada Allah agar Allah memberikan kita pengakhiran yang baik.

Amin.

P/s : Doakan hambo juga. ^^

11 comments:

  1. Betul(utk persoalan enta),
    sbgmana firman ALLAH dlm surah Al-Mulk:ayat 2,
    "(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun,"

    Saya ada perkongsian yg menarik(bg saya),sy dpt dari ayah saya;
    bahawasanya alam kubur adlh sebenar2 tempat utk kita berehat,
    oleh itu,dunia ini adlh tempat utk kita berusaha dgn sungguh2,tiada istilah 'berehat yg sebenar' di dlm dunia ini..

    Wallahua'lam,moga saya pun dpt amalkan apa yg saya kongsikan ini.

    Jika penat@letih di dunia ini ingatlah,bahawasanya Allah membeli jiwa dan harta org2 mukmin dgn syurga (boleh rujuk At-Taubah:ayat 111) Yakin dgn janji Allah!
    Subhanallah.

    ReplyDelete
  2. > mujtahidah solehah

    byk persoalan2 yg apbl dtya,
    terasa yg Allah menjwab terus utk kita,
    walaupun kekadg tu bukan dri ayatNya,
    ttp dri keluhuran hamba-hambaNya.

    terima kasih - berkongsi dua Bicara Al-Quran,
    mudah2an Allah sentiasa tingktkn penghayatn,
    Amin.

    terus meneruslah melengkapkn ya..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. > kpd semua yg membaca

    salam diberikan kpd anda,
    sambutlah. ^^

    ada juga yg mengkhbrkn kpd saya,
    katanya entry nih tidak lengkap,
    tergantung dan sbgnya,

    oleh itu, suka utk saya jelaskn,
    bhw apa yg anda rasa tidak lengkap,
    silalah lengkapkan..
    apa yg anda rasa tergantung,
    silalah sambungkan..
    andai tidak sambung di kotak komentar pun,
    paling kurang anda sambunglah dgn pertanyaan iman di jiwa anda,

    serius saya katakan..
    saya dan anda langsung tidak sempurna,
    banyak kelemahan, kekurangan dan kesilapan,
    itu kita semua tahu bukan?
    jd, Ayuh sama2 kita lengkap-mlengkapi antara satu sama lain,

    tidakkah begitu wahai readerman dan readerwoman?
    ya. tidak lupa juga ucapan terima kasih kpd kalian yg sudi kesini.

    salam dri lautan rabbani, ^^
    ~ mQ ~

    ReplyDelete
  5. > ~nunaa~

    waalaikumsalam

    wow. menarik!
    analogi yg mantap,
    setuju2..

    tp knp d penghujung komen itu diakhiri dgn 'ntah la'? ^^

    ReplyDelete
  6. hurm..rasa x layak untuk bagi komen2 ni..
    tahu baca dan amik manfaat~
    apa2 pun,arigato gozaimas..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah hari ini banyak dengar dn bc pasal kematian. semoga pahala pun bertambah.

    pagi tadi ana ada tgk tv, tajuk penyampaiannya lbh kurang apa yg nta cuba sampaikan.. tajuknya "kontrak hidup manusia dgn Allah."

    Ana ada sesuatu yg nak dikongsikn skt,
    masa dkt matri dulu,
    Ustaz Abdul hadi ada berpesan dn smpai skrg ana ingtnya:
    jangan tinggalkan ayat kursi setiap kali lps solat kerana hikmahnya sgt hebat.
    "Hikmahnya: Allah tidak matikan seseorg itu melainkan dalam kebaikkan." hebatkan?

    Ana harap sgt nta blh kongsikan apa yg ustaz hadi psn ni dkt adik2 di matri..
    Mgkn ada yg x tahu.. rugilah kalau x amalkan setiap kali lps solat.. bukannya mengambil masa yg lama..

    Inikan peluang Allah bagi dkt kita.. maaf kalau terpanjang.. ana sekadar nak kongsi.(",)

    Untuk post nta kali ni ana dah x jd org first dlm meninggal jejak disini, jgn terkejut lg mcm hr tu.(",)

    semoga bermanfaat..

    sekian,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  8. > ~nunaa~

    Laa.. knp padamkn komen tu?
    ada pengajaran yg bleh diambil.. (",)

    guru saya pernah berpesan,
    jadilah kita seperti 'insan' yg sedang mencuci kain,
    langsung tidak ada niat utk mencuci kukunya,
    ttp dgn sbb kegigihan dan kesungguhannya mencuci kain,
    Allah izin kukunya juga turut bersih, suci dan berkilat.

    kita - mmg tidak dpt lari dri kesilapan,
    dan itulah kita yg bernama manusia,
    andai 'layak' yg menjd nilaian,
    pasti tidak ada seorg pun yg layak utk memberi teguran, nasihat, dan juga pandangan..
    hatta diri saya yg byk kekurangan juga..

    erm. xpalah. sama-sama kita tingkatkn diri.
    dari satu tahap ke satu tahap yg lebih tinggi.

    fatahallahu'alaik..

    ReplyDelete
  9. > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam,

    terima kasih atas peringatan,
    sbnrnya ana sendiri pun dh terlupa apa yg ust hadi pesan ni,
    hari ini diputarkn kembali..
    berguna2. InsyaAllah.

    haha. terkejut tu tetap terkejut,
    bukn sbb first komen,
    tp sbb pnjangnya komen kali ni.. (",)
    xpa. x menjd masalah pun.
    malah menghargainya.

    insan lemah,
    ~ mQ ~

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. > ~nunaa~

    fatahallahu'alaik tu adlh ucapan doa,
    maksudnya semoga Allah membuka pintu hati kamu,
    atau maksud lainnya,
    moga Allah memberi kefhmn kpd kamu,

    itulah serba sdikit yg saya tahu. ^^

    ReplyDelete