Tuesday, May 17, 2011

16
Komen
~ Hati Dah Macam Longkang ~

Hati-hati dengan hati yang busuk. 


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar rakan-rakan dan teman-teman sekalian? Bagaimana dengan hari-hari yang dilalui?
Mudah-mudahan perjalanan kita sentiasa dibawah naungan rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

Melihat kepada entry yang lepas dengan tajuk menarik iaitu ' Sakit Hati Aku! ', bukanlah beerti tajuk itu menggambarkan tentang lahiriyah hati. Tetapi membawa maksud kesakitan hati yang secara batiniyahnya kita tidak nampak dengan kaca mata jasmani.

Segala-galanya kerana hati yang asalnya bersih, putih dan suci itu telah lemas dalam longkang maksiat yang tidak berpenghujungkan kebahagiaan yang hakiki. Bahkan ia diselimuti lumut-lumut dosa yang menjijikkan.

Oleh itu, timbul persoalan yang bertanyakan kepada saya. Bagaimana hendak membersih hati?

Agar kesegarannya kembali menyuburkan amalan kebaikan..

Bersihkan bintik-bintik hitam di hati


Setelah saya mencari di buku pilihan, ada beberapa yang mampu saya kongsikan sebagai 'sabun detol' dengan kata lain pencuci yang mampu mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup. ^^

Yang pertama - selalu berzikir kepada Allah.

" Alah, yang ni aku dah tahula bro! ".

Hah, kalau dah tahu amalkanlah. Barulah dinamakan pokok yang berbuah. Barulah dinamakan kereta yang berstereng. Kita ini kadang-kadang ilmu banyak. Tetapi dalam bentuk amalannya umpama basikal yang tidak beroda. Betul tak? (",)

Dengan berzikir hati terus-menerus mendapat kekuatan dari Allah. Jiwa seakan lapang dan jernih. Pahala juga menghampiri sedikit demi sedikit. Subhanallah. Saya juga masih memburunya. Moga Allah istiqamahkan amalan ini dalam kehidupan kita. Amin.

Sabda Nabi :

“ Tidaklah seseorang manusia mengamalkan satu amalan yang lebih menyelamatkan dirinya dari azab Allah iaitu dengan Zikrullah.” (Rujuk: Sahihul Jami’, no. 5644, oleh al-Albani)

Yang kedua - Merenung dan mengkaji kekuasaan Allah. 


Bagaimana caranya? Mudah sahaja. 


Izinkan saya membawa contoh. Pernahkah kita terfikir akan kekuasaan Allah menjadikan pokok-pokok di atas muka bumi ini dengan berlainan dan bermacam jenis daunnya. Saya berani kata bahawa daun-daun yang mekar di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang serupa. Walaupun ia datang dari pokok yang sama. Setuju?


Ya. Ada juga yang kadang-kadang kita nampak sama tetapi cuba lihat pada urat dan warnanya. pasti disitu akan timbulnya ketidaksamaan. 


Begitu juga dengan tubuh badan kita. Perhatikan pada gigi. Tumbuhnya ia ada maksimum. Tetapi kuku? Andai tidak dikerat pasti meleret dibuatnya. Bulu mata? Rambut? Apa yang anda boleh katakan untuk menunjukkan kehebatan Al-Khaliq? Dan banyak lagi.


Di situ secara tidak langsung hati kita seakan menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling. Dengan hikmah yang kita dapat itulah, hati akan sentiasa hidup dan bebas dari segala penyakit.


Saya tahu. Anda lebih hebat tentang hikmah-hikmah kejadian ini. Kongsi-kongsilah di sini. Agar kebaikannya dirasai semua. Bolehkan? ^^


Yang ketiga - beribadat dengan ibadat yang terbaik.


Apa maksudnya?

Begini. Sekalipun diri kita ini wajib menunaikan solah lima waktu, pernahkah kita terfikir untuk mengkhusyu'kannya? Kita baca Al-Quran. Pernahkah kita mentadabbur pengertiannya? Mengamalkannya?

Maknanya.. ibadat yang kita lakukan seharusnya ada peningkatan dari semasa ke semasa. Dari yang sekecil-kecil amal hinggalah ke sebesar-besar amal. Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Bukan kata anda, saya sendiri juga masih susah untuk melakukannya. Apakan daya, kerana syurga itu kejadiannya dipagari dengan perkara yang tidak disukai syahwat. Adapun neraka senantiasa dipagari dengan perkara yang disukai syahwat.

Kerana itulah setelah Allah memerintahkan malaikat Jibrail melihat neraka, kata Jibrail aku khuatir tidak ada seorang pun yang mampu terlepas dari diseksa dalam azab api neraka. 

Jadi, sama-samalah kita tingkatkan kualiti ibadah kita. Dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi.

Akhir : Islam adalah Anugerah

Teman-teman pembaca budiman,

Islam dan iman yang bertapak di hati bagaikan tanaman yang tumbuh dan berkembang dengan baik. Seharusnya kita pelihara, pupuk dan jauhkan daripada pelbagai penyakit yang merosakkan. Apabila dibiarkan, kualiti kesuburan islam dan iman kita akan berkurang dan itulah yang banyak berlaku kepada sanak saudara kita.

Oleh itu, langkah-langkah memelihara, menyubur dan menjauhkan daripada pelbagai ancaman penyakit perlu konsisten dalam melaksanakannya. 

Mudah-mudahan kita mampu menjadi hamba Allah yang sejati, barulah akan bahagia di akhirat nanti.

Wallahu'alam. (",)

Mungkin sebagai tambahan, anda boleh berlayar di laman ini. Klik. - BroHamzah : Merotan Hati

P/s : Segala yang tercoret adalah untuk peringatan diri dan muhasabah. 

16 comments:

  1. betul2..kdg2 kita ni byk ilmu tapi xamalkan..jadi sia-sia semata..neway..peringatan yg baik..

    ReplyDelete
  2. > cik dila

    alhamdulillah,
    terima kasih atas kesudian meninggalkn jejak,
    peringatan utk diri ini sbnrnya. ^^

    ReplyDelete
  3. Dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang :D

    ReplyDelete
  4. waalaikumslm, terima kasih ^_^
    bersihkan hati dgn tidak mengulangi
    perkara yg tak sepatutnya turut membantu.
    taubat. dan abaikan perkara yg tak penting.
    Allahu alim ^_^

    ReplyDelete
  5. pelu selalu memuhasabah diri., terutama saat tahap iman makin menurun...terima kaish kerana mengingatkan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah, syukran akhi.
    Baru sekejap tadi ana post tajuk baru,
    Lepas tu, ana tergerak hati nak buka blog nta,.
    Tajuk ana dengan tajuk nta kali ini lebih kurang sama.

    Agak terkejut sikit sebab dah banyak kali lebih kurang sama. Abaikan. biasalah tu.

    Ziarahlah ke blog ana nanti... (",)
    Masalah hati ini adalah satu proses naik turun iman. Inilah yang dinamakan ujian. betul x?

    insan kerdil,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  7. > syed ahmad fathi

    ya. setuju dgn ust fathi,
    itulah sebaik-baik langkah bermula.
    pulang kpd yg Maha Mencipta.




    > Khairunnisa

    sama2,
    itu juga antara penyelesaiannya,
    boleh diamati dan amalkn,
    mudah2an matinya kita dlm kebaikan.




    > kay Aniza

    sama-sama,
    jemput dtg lg.. (",)




    > wafa zinnirah

    waalaikumsalam wbt,

    mmg lumrahnya,
    mana2 artikel sekali pun,
    jika kita tulis melalui hati walaupun tidak berkaitan dgn tajuk hati,
    bunyi dan iramanya akan serupa,
    kerana hati akan ke hati.
    mungkn itu sbbnya terasa lebih kurang sama.

    InsyaAllah, ziarah kemudian akan menyusul,
    syaratnya juadah2 ringan kena ada. ^^


    salam bahagia buat semua peninggal jejak kasih,
    ~ pelaut rabbani ~

    ReplyDelete
  8. Hanya pd Dia diletakkan ketakutan..pada Dia diletakkan harapan..pada Dia diletakkan kepercayaan..pd Dia dipohon pertolongan. Pada Dia dipintakan kasih sayang..Segalanya Hanya Dia..Allah azza wa jalla"

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas ingatan anta.
    Alhamdulillah, semakin beransur pulih dan bertenaga. Musafir yang panjang mencari makna diri. Alhamdulillah

    BroHamzah

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Qawiem..
    Jzklh atas peringatan yg sangat berguna ini..
    Terkesan sungguh..
    Moga hati2 kita masih dan selamanya dalam pandangan Allah.

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  11. > An Nisa

    Alhmdulillah,
    Moga satu hari kitakan bertemu dgn Dia.
    Amin. ^^




    > Brohamzah

    sama-sama abg ali,
    terus kuat dan kuat ya.
    salam bahagia. ^^

    ReplyDelete
  12. > [n_akn]

    waalaikumsalam kak nailah,

    afwan, peringatn utk diri sbnrnya,
    yg acapkali terjatuh lemah,
    nk mula berdiri jatuh,
    bila dh boleh berdiri terus jatuh kembali,
    erm, mungkin puncanya di hati..

    ya. pandangan Allah.
    terimalah ya Tuhan.

    terima kasih sis. ;D

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum,
    hikmah kejadian yg selalu menerjah difikiran,(krn selalu memerhatikan)
    saat fajar terbenam, langit kemerahan dan kegelapan terus menyelubungi..dah pd waktu itu juga maghrib bertndang..cantik aturan ALLAH!

    ReplyDelete
  14. > kasturi jiwa

    waalaikumsalam wbt,

    jazakillah atas perkongsian hikmah,
    erm, saat fajar terbenam,
    adlh aset yg bermakna bg pepara photographer. ^^
    sungguh, bg yg melihat dia akan perasan akan hikmahnya..

    di situ rasa kekerdilankn timbul perlahan demi perlahan,
    mudah-mudahan.. wanginya jiwa bak kasturi. =)

    ReplyDelete
  15. Salam 'alaikum.

    Tajuk post ini sangat menggetarkan jiwa,tidak mahu hati jadi seperti itu,na'uzubillahi min zalik.

    Alhamdulillah atas huraian dan peringatan yang baik berkaitan hati pada entry ini dan entry akh sebelum ini.

    Bila bicara ttg daun,teringat akan firman-NYA:

    “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).” (Surah Al-An’am : 59)

    Sy ada perkongsian yg menarik ttg kejadian pokok, bolehlah kunjung ke link ini;
    http://tamanbiru.blogspot.com/2011/05/di-sebalik-kejadian-pokok.html

    Alhamdulillah. Syukran jazilan

    ReplyDelete
  16. > mujtahidah solehah

    wassalam,

    alhamdulillah,
    segala yg baik adlh dariNya,
    kita semua hany mampu berusaha,

    semestinya akan saya kunjung,
    xmahu lpskn peluang dlm meneliti hikmah disebalik kejadian, ^^

    terima kasih atas kongsi rasa dan link yg ditinggalkn..

    Afwan wa syukran lak.

    ReplyDelete