Tuesday, May 24, 2011

10
Komen
~ Santai : Belajar Jadi Penyantun ~

Ceria-ceria sahaja sementara ianya masih belum senja. ^^
Assalamualaikum buat tetamu Lautan Rabbani. Apa khabar? Moga sihat-sihat sokmo ya.

Aha. Kali ini tidak ada artikel yang perlu dibaca. Tidak ada tontonan nasihat yang perlu didengar. Juga tidak ada apa-apa yang perlu diperada-adakan.  

Cuma saya berhajat untuk belajar menjadi penyantun. Anda tahu apa itu penyantun?
Maksudnya orang yang mendeklamasikan pantun sama ada empat kerat, enam kerat atau beberapa kerat yang diinginkan oleh penyantun. - Hanya rekaan semata-mata. Haha. ^^ 

Oleh itu, izinkan saya berpantun. Sudah tidak sabar rasanya diri ini. Sambutlah...

Berlari-lari di tepi pantai,
singgah berteduh setelah penat,
di Lautan Rabbani irama santai,
menjual pantun buat yang berminat.

Tanam rambutan tumbuhnya kelapa,
terbit bunga pucuknya mati,
selautan terima kasih kepada anda,
yang sudi berteduh di Lautan Rabbani.

Terbang bebas si rama-rama,
disambar katak berbaju kemeja,
walaupun kita tidak bersua,
biarlah hati tetap bersama.

Bintang dipetik untuk kau simpan,
simpanlah ia di dalam taman,
kehadiran anda penyeri kehidupan,
walaupun datang tanpa senyuman.

Anak rusa turun berkubang,
terbang tinggi di atas awan,
andai bintang mampu ku pegang,
akan ku hadiah kepada kalian,

Tumbuh membesar ayam serama,
tidurnya sedap di dalam reban,
komenmu pembaca saya terima,
teguh bertakhta dalam ingatan.

Paku dulang pakunya berkarat,
mahu dibuang sudah terlambat,
saya bukan penulis hebat,
cuma ingin menjadi hebat.

Ayam berkokok di atas tanah,
cari makan di waktu hujan,
andai ada silap dan salah,
moga kalian sudi maafkan.

ulik mayang beralun sampan,
sampan di beli di kedai Pak Leman,
buat pembaca saya doakan,
moga Allah sayangkan kalian. 

Sekian.
~ Pelaut Rabbani ~

Hah. Anda bagaimana? 
Tidak mahu sambutkah pantun di atas?
Atau tidak pandai.. jangan tipu. Saya tahu anda lebih hebat dari saya. (",)
Jadi, silakan.. saya juga mahu mendengarnya. ^^ 

10 comments:

  1. wahh ada bakat dalam pantun, saya mmg x rti pantun 2 ni..hehehe

    HIdayah Allah Kepada Sham Kamikaze

    ReplyDelete
  2. sungguhpun saya sopan dan santun,
    saya langsung tak reti berpantun :)

    tokleh nak sambut pantun di atas nampaknya dan definisi penyantun tu tak boleh diterima.^^

    ReplyDelete
  3. > Ad-Dien

    assalamualaikum akhi,
    jgn kata x reti, kdg2 yg x reti gitu lebih hebat maknanya..

    apa pun teima kasih.
    Hidayah Allah Kepada Sham Kamikaze.
    Subhanallah. (",)



    > nur hafizah

    eh. tu bukan pantun dua kerat ka?

    sungguhpun anda tak tahu buat,
    siap juga pantun dua kerat.
    haha. apa definisi penyantun yg sebenar ya? ^^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum w.b.t,
    buat sendiri pantun tu?kalau ya..syabas!

    Pak bidin menanam rambutan,
    rambutan ditanam di tepi perigi,
    sudah ada yang menjual pantun,
    tentulah ada si pembeli.

    Dalam perlak ada kebun,
    dalam kebun ada pohonan,
    dalam gelak ada pantun,
    dalam pantun ada mainan.

    Bulan puasa memetik kelapa,
    hendak menyambut aidilfitri,
    komen kami tidaklah seberapa,
    tazkirah dikongsi kekal dihati.

    Anak itik belajar terbang,
    anbilkan dedak berilah makan,
    jangan saudara merasa bimbang,
    mohon diteruskan segala penulisan.

    Kuning emas masaknya padi,
    mawar merah dalam jambangan,
    terima kasih si pelaut rabbani,
    budi tuan jadi kenangan.

    Langit cerah bintang berkelipan,
    pungguk merindu jiwanya rawan,
    andai menyinggung juga melukakan,
    kupohon maaf darimu kawan..

    Wallahu A'lam~

    ReplyDelete
  5. > ~ nunaa ~

    Ikan todak bermain bola,
    bermain bersama si ikan tuna,
    tergelak sendiri saya membacanya,
    dengan pantun yg cukup bermakna..

    Itulah dia dua ekor ikan,
    ikan yang wujud bukan khayalan,
    apa yang mampu saya kongsikan,
    moga ia menjadi bekalan..

    berenang todak di tepi sampan,
    bocor sampan kerana mulutnya,
    maaf dihulur atas kesudian,
    menjadi kawan di alam maya..

    ~ terima kasih. (",)

    ReplyDelete
  6. hanif...

    padang besaq byk mercun
    mercun dijual oleh sang kakak.
    wah..sudah hebat anta berpantun
    lepas ni apa pulak..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah yer..tulah hidayah Allah tak kira siapa, kita pun masih mengahrap hidayah Allah juga..bimbang kita akan terpesong tanpa hidayahnyer..

    Jangan Cuba-Cuba Ramal Kiamat

    ReplyDelete
  8. santun-penyantun
    pantun-pemantun

    :-pantun yg bagus ne...

    ReplyDelete
  9. bijak saudara menyusun kata,
    kata tersulam cindan dan tawa,
    bukan perlu wang berjuta,
    teruskan menuai curhat jiwa..

    terbit mentari panas cerah
    bukti kuasa ALLAH yang Esa
    madah bahasa semamangnya indah
    kerana ia identiti bangsa

    ^_^

    ReplyDelete
  10. > Anonymous(hanif)

    mercun dibaling di atas bata,
    bata berlubang terus terbakar,
    hebat ana hebat lagi anta,
    sebab dari antalah ana belajar.

    terima kasih nip.



    >krew 15zikr

    alhamdulillah.
    masih baru belajar.



    > kasturi jiwa

    makan nasi terus sendawa,
    sendawa pula di rumah lama,
    terima kasih buat kasturi jiwa,
    atas coretan yang penuh aroma.

    ceria.. (",)

    ReplyDelete