Wednesday, May 4, 2011

18
Komen
~ Puitis ; Bangunlah dari kekecewaan ~

Allah itu ada dan adaNya itu bukan untuk membiarkan. Percayalah!!

Saban hari dugaan datang menyelubungi diri,
menggesa air mata menangis sendiri,
sehingga terdetik di dalam hati,
bilakah ujian ini akan pergi?

Tetapi akalku kuat mengatakan,
yang hadir adalah pelangi kehidupan,
yang bukan untuk membinasakan,
yang bukan untuk mengecewakan,
yang bukan untuk merendahkan,
sungguh pun ia sangat membebankan.

Kadangkala..

Terjatuh lemah aku sendirian,
menagih simpati buat yang perasan,
malangnya yang celik itu bayangan,
akhirnya terkampung aku keseorangan.

Kegagalan itu aku,
kecelakaan itu aku,
keburukan itu aku,
segala-gala yang kurang itu aku,
pantas terdetik untukku tahu,
kenapa semuanya mesti berlaku?

Walau hati mengucap sabar,
walau bibir mengukir senyuman,
walau happy orang menggelar,
walau muka seindah taman,
kepedihan nurani tetap menjalar,
kerana gegaran tetap gegaran.

Terkadang itu..

Aku juga bertanya sendiri,
untuk apa perlu dikesali asam garam ini?
Sedangkan ia takdir ilahi,
hikmah seribu satu adalah janji.

Usahlah melayan kedukaan terpatri,
bangunlah berdiri menjadi matahari,
yakinlah syurga tukarnya ganti,
barulah kehidupan berwarna-warni.


Santai di bawah bayu,
Puitis : Bangunlah dari kekecewaan,
Pelaut Rabbani,
~ mQ ~




18 comments:

  1. Assalamu'alaikum Qawiem..
    Terkesan..mendalam sungguh maknanya..
    Membuatkan diri ini terus berfikir, sejauhmana pergantungan dan pengharapan diri ini kepada Allah..

    "Usahlah melayan kedukaan terpatri,
    bangunlah berdiri menjadi matahari,
    yakinlah syurga tukarnya ganti,
    barulah kehidupan berwarna-warni."

    I.Allah, yakinlah..Janji Allah itu pasti, buat hamba2nya yang bersabar atas segala ujian yang melanda dirinya..Sabar itu Indah, Ujian itu tanda kasih dan sayang Allah pada kita..
    Moga kita terus diberi kekuatan, insyaAllah..

    Moga Allah kasih~
    Moga Allah redha~

    ReplyDelete
  2. > [n_akn]

    Waalaikumsalam Knailah,

    Alhmdulillah,
    yg baik dri Allah semuanya,
    hanya pdnya berserah itu dan ini.

    kdg2 kehidupn kelihatnnya gelap,
    keruh dan memucatkn,
    ditmbh dgn litar ala2 panglima,
    sbb itu detik2nya terasa hambar dan bahang,
    jd, pulanglh kpd fitrah,
    selami dgn janji2Nya.

    InsyaAllah perjalann seterusnya akan terang-benderang. Amin.

    Ya Allah. jgnlah Engkau tinggalkn kami.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah, hati ini terasa basah kembali.
    Selesai saja baca puitis luahan hati nta,
    Air mata ini mengalir, sebenarnya semua kata-kata itu terbuku dihati ini.

    Semoga orang lain turut merasainya dn menjiwainya.
    Semoga terus kuat ya..

    Allah sentiasa bersamamu.

    p/s: nnt dtglah ke blog ana, ana dah post tajuk baru semalam, mungkin boleh merawat jiwa semua, insyaAllah.

    insan kerdil,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. sekadar perkongsian..

    DUGAAN yang hadir dalam kamus kehidupan manusia sering bertali arus.Datangnya tidak pernah dijemput,perginya tanpa pamitan.kenapa?Kerana nilai dugaan yang cukup besar harganya, manusia perlu menghadapinya dengan sepenuh kekuatan yang diberikan Allah dalam jiwa melalui kekuatan iman dan akal fikiran.

    Hari ini, tragedi demi tragedi berlaku dalam sejarah manusia memerlukan nilai kesabaran yang tinggi untuk melaluinya.

    Bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walau pahit rasanya.

    Semoga kita tabah menghadapi segala dugaan ya!
    hadapilah dengan senyuman,semoga Allah memudahkan.

    peringatan buat diri juga yang masih keliru~

    wallahu A'lam

    ReplyDelete
  5. > wafa zinnirah

    waalaikumsalam wbt,

    alhmdulillah,
    moga yg baik itu dirasai.
    pengalamanlah yg mengajar segala-galanya,
    dri yg bawah hingga ke atas,
    kemudian di bawah kembali,
    x jauh beza sperti roda.
    terima kasih.

    insyaAllah. akan ke sana,
    jgn lupa sediakn teh tarik sekali. ^^

    bermain frasa,
    ~ pelaut rabbani ~

    ReplyDelete
  6. > ~ nunaa ~

    subhanallah.

    mcm x percaya ja,
    sungguh walaupun ringkas,
    amat-amat mengagumkn,

    xmampu utk memanjangkn bicara,
    terasa kerdil, ^^
    terima kasih cik nunaa..

    salam dri lautan rabbani.

    ReplyDelete
  7. emm..tasnim x tahu nak komen apa2 klo puisi2 ni tp satu soklan ja nak tya

    ~sjak bila pandai mengayat ni? haha XD

    ReplyDelete
  8. > muna

    haha..
    omboih dlm x tahu nk komen tu menusub kalbu jugak,
    mn ada mengayatnya..
    hanya sekadar cebisan nikmat driNya buat sang hamba yg lemah ni,
    tp psl sejak bila tu..
    ntahla, rasa mcm lahir2 terus pandai. ^^

    xdala. mungkn sbb tyem spm dulu byk bg penekanan kt subjek Bm.
    itu kot sbbnya. (",)

    ReplyDelete
  9. hahahh xla ..hanya tya sja~no offense..

    bagosla ....klo ada rezeki..jadi penulis plak ~
    anggap ja td tuh pujian :)

    hasil didikan cikgu bibah :)

    ReplyDelete
  10. > muna

    insyaAllah.
    moga menjd salah seorg drp mrk yg hebat2,

    tulah - impak dri buku latihan di lambung,
    fuh. mmg x bleh dilupakn.
    pljr baru kena lambung buku tyem tu. ^^
    bukan senang..
    tp dgn cg bibahlah baru knal erti penulisan.
    kedit to cg bibah.

    terima kasih tasnim. ^^

    ReplyDelete
  11. nak cakap best tp takut perasan pulak.hihi.

    oke.cakap jgk.best:)

    ReplyDelete
  12. > nur hafizah

    alhamdulillah,
    segala puji bgnNya.
    terima kasih juga utk anda. =)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. puitis yang menarik..
    "bangunlah dari kekecewaan"..

    selepas saya baca puitis ini..
    sambil mendengar lagu ini..
    terubat sedikit hati yang sedang kekecewaan ini..

    ReplyDelete
  15. Lama tidak berkunjung ke sini.
    Seronok membaca karya - karya Pelaut Rabbani.

    ReplyDelete
  16. Kadangkala Allah hilangkan mentari...
    kemudian Dia datangkan guruh...
    Puas kita menangis...
    mencari mana mentari kita...
    Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
    pelangi yang indah...
    ''Sabarlah Duhai Insan,
    ada kemanisan di sebalik kepahitan ini.''

    ReplyDelete
  17. Allah b'firman di dlm Kitab-NYA:
    "Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaf 50:ayat 16)

    ReplyDelete
  18. > little mashitah

    alhamdulillah,
    moga Allah kasih atas usaha yg sedikit ni,
    tulah, bermainnya lagu ni pun adlh khas buat post diatas,
    insyaAllah slps wujudnya post baru,
    kmungkinan lagu ini sudah tidak kdengaran lg,
    itulah rancangan awlnya. ^^





    > Baitil 'atiQa

    alhamdulillah,
    slmt dtg diucapkkn,
    selalu2lah singgah sini jika berkesempatan. =)




    > Keindahan,kecantikan

    terima kasih,
    senang hati dgn bait2 yg dilontarkn,
    kemanisan itu mmg ada,
    yakin sgt,
    ttp takut juga andai tidak mampu bertahan sblm dihadiahkn pelangi. (",)

    moga Allah kuatkn diri ni.
    Amin.




    > Mujtahidah Solehah

    Jazakillah.
    jwpn dri Allah buat hambaNya.
    terima kasih atas perkongsian. (",)

    ReplyDelete