Monday, August 29, 2011

26
Komen
~ Diari : Tragedi Kemalangan Kembali di Ingatan ~

Diingatan, ia kembali.

Dalam kehidupan ini, atas dan bawah adalah asam garam roda yang berputar. Di waktu kita naik, selalunya disitulah kita akan merasai nostalgia bahagia. Merasai saat indah yang bukan boleh dibuat-buat. Kerana ia adalah carta hati yang terukir dengan kuntuman senyum, suka dan ceria.

Bilamana roda tadi berputar ke bawah, ramai dalam kalangan kita yang terenjat ketika itu. Seakan tidak percaya akan ujian yang menimpa. Akhirnya saat itulah yang dinamakan sebagai kenangan pahit. Sebuah kenangan yang mampu membina jati diri dan motivasi jika diambil hikmah seribu satu peluang.

Namun, ramai yang seringkali lupa akan satu perkara. Bahawa berada di atas bukan selamanya di atas. Berada di bawah juga bukan selamanya di bawah. Tinggal, yang perlu kita teropong dan teliti, bagaimana persediaan kita untuk menerima takdir Ilahi?

Hari ini adalah harinya

Hari ini saya teringat akan sesuatu. Sebuah cerita yang telah lalu. Ia bukan satu lakonan. Tetapi benar-benar berlaku dalam kehidupan saya.

"Tragedi Kemalangan." Menggugah jiwa.

Mengikut kiraan bulan islam, hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidup saya. Kemalangan yang menimpa satu tahun dulu benar-benar menggugah jiwa ini. Tidak ada daya dan kuasa untuk kita elak bilamana penyusunan Allah sudah tiba pada waktunya.

Cerita kali ini tidaklah saya ingin mengulang tragedi kemalangan itu secara 'detail'. Kerana saya sudah bercerita di sini. Diari : Kemalangan itu Satu Petanda. Cuma, sebagai pemberitahuan kepada yang belum tahu akan kesihatan saya, di waktu ini saya sudah mampu hidup sebagaimana manusia yang normal. Alhamdulillah.

Satu masa dulu, saya pernah menjalani kehidupan sebagai insan yang kurang upaya. Tidak mampu bergerak bebas seperti orang lain. Tidak dibenarkan makan apa yang orang lain boleh makan. Dan bermacam-macam perkara lain yang saya sendiri cemburu melihat mereka.

Maka di sini saya telah belajar satu perkara. Kesihatan yang baik adalah nikmat yang tidak dapat ditukar ganti. Satu nikmat yang teristimewa. Juga sebagai asas dalam kehidupan yang bahagia. Berkata-kata tidak sama dengan merasai. Apabila kita sudah merasai, baru kita tahu betapa beratnya untuk berkata-kata.

Ujian bukan Penyiksaan

Ujian yang datang bukan untuk menyusahkan. Bukan juga sebagai bebanan apatah lagi satu penyiksaan. Ramai yang tersilap akan perkara ini. Bahkan saya sendiri pernah terfikir seperti itu. Betapa sukarnya hidup apabila diuji. Terasa beban. Terasa seperti semua ini satu penyiksaan dalam ruang lingkup yang lain.

Tetapi apabila mereka yang menziarahi banyak menguatkan, di situ saya mula mletakkan neraca Allah sebagai timbangan. Dari hari ke hari saya dapat jawapannya. Ujian yang menimpa banyak mematangkan. Bahkan memecah tembok keangkuhan yang bersarang di hati ini.

Kerana itu, siapa yang diuji tetapi menyambut dengan kesabaran, pasti akan ada hikmah serta bonus yang bakal mendatangi.

Hanya Allah yang membalas jaza kalian

Sepanjang saya ditimpa kemalangan jalan raya itu, saya dapati ramai yang mengambil berat akan kesihatan diri saya. Banyak yang sentiasa mengikuti perkembangan diri ini baik keluarga, guru-guru mahupun sahabat-sahabat yang disenangi.

Begitu juga dengan tembakan demi tembakan doa dari semua yang mengenali diri ini. Dapat saya lihat melalui muka buku, blog, pesanan ringkas dan sebagainya.

Tidak dilupakan juga kepada semua insan bertuah yang menziarahi tidak kira besar hinggalah yang paling kecil. Tidak segan silu memberi kata-kata semangat. Tidak putus-putus mendorong saya untuk terus tabah. Tidak malu untuk menghulur tangan sebagai penawar kepada kelemahan diri ini.

Oleh yang demikian, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian atas kesudian menghulurkan segala bentuk bantuan. Mudah-mudahan satu hari nanti, Allah permudahkan kalian bila mana dilanda ujian. Moga Allah kasih juga.

Terima kasih khusus juga kepada cg Osman Arof, cg Norizan sekeluarga, akhi Sahel Nordin, akhi Ali Irfan, akhi Nabil Nordin beserta Aakef Naufal, akhi Saleem Wahab, akhi Syafiq Akmal, akhi Fakhruddin, ukhti Nawal Kadir, dan ukhti Nailah Kadir. Semoga dilimpah rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

Penutup : Mak dan Ayah

Yang sangat bimbang ketika itu adalah emak dan ayah saya. Yang paling runsing ketika itu adalah emak dan ayah saya. Yang banyak berkorban ketika itu adalah emak dan ayah saya. Yang banyak membimbing ketika itu adalah emak dan ayah saya. Yang banyak menjaga hati saya ketika itu adalah emak dan ayah saya. Dan di antara mereka adalah abang dan adik saya.

Meraka adalah mereka yang satu. Tidak ada tukar dan ganti. Tidak ada yang sama seperti mereka. Kerana mereka adalah permata hati. Kerana mereka juga adalah permata jiwa.

Harapannya, satu hari nanti saya dapat membahagiakan jiwa mereka. Saya dapat memberi kesenangan kepada mereka baik di dunia juga di akhirat. Ya Allah. Sayangilah kedua ibubapaku ini seperti mana mereka menyayangiku. Peliharalah kedua ibubapaku ini dari azab api neraka seperti mana mereka memeliharaku dari segala kecelakaan dan musibah di kalaku kecil dahulu. Amin.

26 comments:

  1. salam,

    semoga terus kuat & tabah.
    acapkali ujian banyak mengajar untuk melihat dunia dari sisi yang lain. mengajak diri memaknakan kehidupan.

    semoga kesempatan umur yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya (^_^)

    ReplyDelete
  2. > atiqah azmi

    wassalam,

    insyaAllah. mlihat dari sisi yang lain itu umpama kita belajar mengenali dunia. sejauh mn dunia memberi manfaat kpd kita? sejauh mn juga ujian yg dtg dpt mendidik keperibadian hamba.. hmm..

    Amin. syukran lak.

    ReplyDelete
  3. salam..

    beruntung bagi mereka yang berfikir & mengambil iktibar..

    saya merasai apa yang anda rasa walaupun situasi yang berlainan..jatuh saya bertimpa2 namun saya diamkan.hanya Allah yang tahu bagaimana dugaan yang saya hadapi itu.

    ~ redha kita apabila kita pertama kali menerima ujian tanpa banyak bicara..

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    ujian merupakan "kad jemputan drp ALLAH'.

    "berbahgialah" saat menerimanya.setiap yg brlaku pst ada hikmah disebaliknya.Mulanya pahit tapi akhirnya manis..

    "Maka di sini saya telah belajar satu perkara. Kesihatan yang baik adalah nikmat yang tidak dapat ditukar ganti. Satu nikmat yang teristimewa. Juga sebagai asas dalam kehidupan yang bahagia. Berkata-kata tidak sama dengan merasai. Apabila kita sudah merasai, baru kita tahu betapa beratnya untuk berkata-kata."

    Setuju dgn kata2 saudara di atas.Pngalamn ana slma 4 hari d hospital cukup mberikan seribu satu ibrah buat ana.(Apabila kita sudah merasai, baru kita tahu betapa beratnya untuk berkata-kata.")

    Dan setuju smmgnya sokongan dan kata2 nasihat drp sahabat dan yang paling terharu "KEKUATAN" yg dipinjamkan oleh YANG MAHA PENGASIH cukup2 mberikan semangat buat ana.

    ReplyDelete
  5. Ya. Ingatan t'hdp peristiwa setahun lepas kembali.
    Betapa kerisauan thdp kalian menghuni hati..

    Setahun. Kalian dah mampu berdiri sendiri,malah kini lebih gagah dan penuh karisma yg t'sendiri,..

    Benarlah, ujian Allah itu telah mematangkan diri kalian,..menjadi ibrah juga buat insan2 di sekeliling yg memerhatikan jatuh bangun kalian...

    Ujian Allah jika dihadapi dengan redha dan sabar memberi banyak kebaikan kepada diri,..Elemen biah, shbt yg baik dan doa orang2 soleh memainkan perananya yg t'sendiri....

    MQ, teruslah terbang ke langit tinggi meningkatkan prestasi dan potensi diri,
    sesekali jengahlah ke bumi
    melihat tempat di mana kamu akan kembali berbakti suatu hari nanti...

    Doa kami mengiringi perjuanganmu...

    wallahualam

    ReplyDelete
  6. x sumua manusia merasai nikmat yg Allah bg pd diri kita.Manusia selaku penerima kpd segala kenikmatan n Allah adlh tuhan yg lyk bg kita utk bersyukur.kdg2 benda itu kita benci dan kita x mengharapkannya utk berlaku pd diri kita tp Allah lebih tahu yg mna satu baek utk kita kerna ia adlh pencipta kpd yg dicipta.........

    ReplyDelete
  7. Salam 'alaikum.
    Alhamdulillah,terima kasih kerana berkongsi catatan hidup ttg tragedi kemalangan tersebut;
    ia membuka mata,hati dan menjadi inzar dan ibrah yg sgt besar buat diri ini.
    Bagi saya,pengalaman hidup adalah tarbiyyah drpd ALLAH;
    setelah itu,bergantung kpd diri sendiri,adakah kita mengambil pengajaran atau tidak drpd 'didikan ALLAH' ini(kehidupan kita).

    Akhir kalam,saya memohon ribuan kemaafan-tulus dari hati,
    dan minal 'aideen wal faizeen,
    rabbana taqabbal minna wa minkum,amin.

    Kullu 'am,wa antum bikhair. Syukran lak.

    ReplyDelete