Langit tidak selalunya cerah. Maka, bersabarlah dalam menanti hari esok. |
Bahkan itulah lumrah kehidupan. Inginkan diri menjadi hero. Digelar perwira bahkan penyelamat. Tidak mampu dinafikan akan hakikat ini. Bahawasanya dahulu, kita adalah bayi. Kita adalah manusia yang tidak tahu apa-apa melainkan menangis dan menangis.
Saya bahagia dengan kasih sayang ibu dan ayah
Dengan kasih sayang Allah melalui kasih sayang ibu dan ayah, kita dibesarkan juga dalam kasih sayang. Dibelai, dipujuk, dilayan, dirai dan didoakan ibarat kita seorang raja dan pewaris hebat masa depan dunia. Bila saya merenung seketika, rupa-rupanya saya adalah golongan yang disambut baik oleh dunia. Malah, saya rasa anda juga begitu.
Dicelah-celah keberuntungan kita, ada pula manusia yang apabila dilahirkan ke dunia ini langsung tidak mempunyai ibu atau ayah bahkan kedua-duanya sekali. Dilahirkan dalam keadaan dirinya berada diawang-awangan. Mencari kasih sayang dari seorang ibu. Mencari kasih sayang dari seorang ayah. Namun apakan daya, ibu ayah sudah pergi meninggalkan mereka.
Itu baru tentang ibu dan ayah tiada. Bagaimana pula dengan mereka yang dilahirkan mempunyai ibu dan ayah tetapi tidak berhati manusia, sanggup meninggalkan mereka seorang diri selepas dilahirkan.
Dibiarkan arus sungai yang menentukan kehidupan masa depan. Dibiarkan tandas awam menjadi musabab untuk si kerdil ini melihat keajaiban. Ditinggalkan terhampar kaku bertemankan semut-semut merah yang menghurungi seluruh badan. Allahuakhbar.
Lihatlah dengan mata hati. Kita semua dilahirkan ke dunia yang sama. Tidak ada yang berbeza. Tinggal, yang tidak serupa itu terletak pada bagaimana dunia merai kedatangan kita dan mereka? Seorang hamba yang kerdil. Suci dan bersih seperti kita. Tetapi kenapa kehadiran mereka disambut hina oleh dunia?
Persoalan ini bukan untuk dijawab atau diselesaikan. Sebaliknya saya tinggal sebagai 'key performance Indicator' atau penanda aras kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa. Bersyukurkah?
Peningkatan tanpa sedar
Apabila umur sudah meningkat, banyak perkara yang mampu kita lakukan. Tanpa perlu meminta pertolongan dan bantuan daripada orang lain terutamanya ibu dan ayah. Senang cerita.. berdiri di atas telapak kaki sendiri.
Saya dan anda. Masing-masing sudah besar. Kita juga sudah pandai melakukan itu dan ini. Daripada benih yang kecil sudah mampu menjadi pokok yang mampu memberi teduhan kepada insan lain. Daripada sumber mata air yang kecil mampu mendatangkan manfaat kepada insan sekeliling.
Daripada tidak tahu membaca, kita sudah mampu menulis. Daripada tidak tahu berjalan, kita sudah mampu melompat dan berenang. Daripada tidak mampu bercakap, kita sudah mampu menyanyi.
Bilakah berlakunya semua peningkatan dan kemajuan ini? Sungguh, segala peningkatan demi peningkatan dalam kehidupan kita, banyaknya kita tidak sedari. Segala kemajuan juga kejayaan dalam kehidupan kita, banyaknya kita tidak perasan.
Contohnya.. anda masih ingat bilakah anda benar-benar pandai menunggang basikal? Anda masih ingat bilakah anda benar-benar pandai memakai baju tanpa bantuan ibu? Anda masih ingat bilakah anda betul-betul tahu menyuap nasi ke mulut sendiri? Saya tanya soalan-soalan itu kerana saya sendiri tidak ingat. Tetapi hari ini, semua itu kita mampu lakukan hanya dengan menutup mata. Hebat sungguh kita sekarang bukan?
Bermacam-macam hadiah yang Allah beri
Saya suka untuk kita sama-sama melihat kepada dunia kanak-kanak kita. Dunia yang penuh suka dan ceria. Dunia yang penuh aksi dan aktiviti. Kerana apa? Kerana dunia itulah yang banyak mengajar kita ilmu-ilmu asas sebenarnya. Juga kerana dunia itulah, kita belum dikotori dengan karat-karat dosa.
Kadang-kadang, saya duduk seorang diri melihat dunia itu. Saya tersenyum. Duduk seorang diri melihat dunia itu. Saya menangis. Sungguh banyak kenangan-kenangan yang menyentuh hati ini. Andai emas dan berlian sebagai tukarnya ganti, seribu satu lautan sekalipun tidak mampu untuk kita memutar kembali masa. Dunia itu sudah pergi dan dunia baru pula yang akan menyusul.
Ketika itu umur saya lapan tahun. Ketika itu umur saya juga sembilan dan sepuluh tahun.
Tetapi hari ini bersamaan 26 ogos, umur saya genap 19 tahun. Menjadi manusia yang akan memasuki umur dua puluhan pada tahun hadapan. Sudah bersediakah? Sungguh masa yang berlalu terasa terlalu cepat..
Genapnya umur ini jugalah saya sering memikirkan hadiah yang Allah sudah berikan kepada saya. Banyak. Banyak sangat. Hinggakan ada sesetengah daripadanya belum pun sempat saya meminta tetapi Allah sudah kurniakan. Terima kasih Allah. Atas hadiah-hadiah yang banyak tanpa mengira tarikh lahir hambamu ini. Dan anda? Tidak ada hadiahkah untuk saya? (",)
Sebagai tambahan, tarikh lahir saya sama dengan tarikh lahir teman baik saya iaitu saudara Rafhan Ridha. Sekarang beliau melanjutkan pengajian di bumi Mesir dalam bidang perubatan. Cuma beliau dilahirkan cepat dua jam daripada saya. Bertemu dangan beliau ini adalah sesuatu yang istimewa dalam hidup saya. Berharap sangat anda sudi menembak doa untuk teman saya ini. =D
Penutup : Saya mahu hadiah
Menjadi lumrah dalam kehidupan mesyarakat kita apabila seseorang itu menyambut hari lahirnya, insan rapat atau rakan-rakan yang mengenali dirinya pasti akan memberi hadiah. Tidak kiralah berupa senaskah buku, seutas jam tangan, sebuah kereta, sebentuk cincin, sepasang baju baru, hello kitty, teddy bear, tiket percutian atau sebagainya.
Maka dengan ini, saya juga inginkan hadiah-hadiah tersebut daripada anda.. jika tidak seutas jam tangan, doa untuk saya berjaya dalam kehidupan pun sudah memadai. Jika tidak sebuah kereta, doa untuk saya dipermudahkan urusan belajar di Jordan pun sudah memadai. Jika tidak sepasang baju raya, doa untuk saya dimurahkan rezeki pun sudah memadai. Jika tidak teddy bear, doakan untuk kebahagiaan keluarga saya pun sudah memadai.
Senang cerita, jika anda tidak menghadiahkan sesuatu yang bersifat benda sekalipun, cukuplah tembakan doa kalian dengan penuh keikhlasan buat saya. Juga buat teman baik saya saudara Rafhan Ridha. Moga-moga di bulan yang berkat dan mulia ini, ditambah dengan sepuluh malam terakhir Ramadhan.. Allah menerima doa kita sejurus melengkapkan kehidupan kita sebagai hambaNya yang taat dan patuh. Amin.
P/s : Terima kasih juga yang sudi mendoakan saya di facebook. Moga Allah merahmati kalian.
Entry yang mampu membangkitkan hati yang semakin lalai. berapa ramai manusia yang tidak sedar dengan pertambahan umur dan terus membangga-bangga dengan usia yang sebenarnya semakin mendekati kematian.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini..
ReplyDeletesangat bermanfaat..
kali pertama menjejak kati saya ke sini..
semoga Allah redha..
> Nabilah Huda
ReplyDeletealhamdulillah. rata2 kita seronok meraikan hari lahir dgn melupakan dua perkara. satu - umur yg telah dipersia-siakan. dua - umur yg semakin dekat dgn kematian. hmm.. jazakallah ukhti.
> muhammad imran
sama2. jemput dtg lg,
moga kedatang kali pertama ini melebarkn ukhwah antara kita.
~ sekian. =D
assalammualaikum
ReplyDeletesanah helwah ya akhi.
Moga sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNYA.
Moga dengan brtambahnya usia bertambah juga amalnya(peringatan buat diri sendiri juga)
salam alaik..
ReplyDeletesanah helwah akhi..
mg fasa baru yg hadir ni dpt memberikan impak yg besar pd diri kita utk trus brusaha mencari dn meraih redha dn cintaNya..
hidup ini memang x dihampar dgn permaidani merah..malah disimbah dgn mehnah dn ujian xnpa henti.
istiqomah dlm dnt ini,, itulah yg menjadi harapan.
mg Allah sayang kita.. ^_^
bagus garapan artikel ni.. selamat ulangtahun kelahiran tuan blog lautan rabani.. :-) semoga dalam lindungan Allah selalu..ameen
ReplyDeleteAidilfitri hari kemenangan
ReplyDeleteKejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Selamat hari raya buat adik dr akak sekeluarga
> Noor Azlen
ReplyDeletewaalaikumsalam.
jazakallah atas doa ingatannya,
harapnya di bulan yg barakah ini Allah mmakbulkn utk saya. :)
> Anonymous
waalaikumsalam.
wah. pesanan yg penuh dgn bahasa2 puitis,
tak tercapai dek akal utk memahaminya. =)
xdalah. gurau ja. terima kasih juga.
ya. moga Allah sayang kita. itulah yang diharapkan. salam ramadhan.
> Muslomah optimis
garapan sebagai medan. untuk mnjadikan diri sentiasa kuat. fatahallahualaik.
> anitaare
ketupat rendang ketupat ikan
dimakan semua di hari bahagia
selamat hari raya saya hulurkan
kepada akak dan juga keluarga.
terima kasih ya. jemput dtg rumah. (",)
Sekian,
Pelaut Rabbani.
İstanbul
ReplyDeleteSivas
Kırıkkale
Zonguldak
Iğdır
0Uİ775
Erzurum
ReplyDeleteistanbul
Ağrı
Malatya
Trabzon
ZPN
kars
ReplyDeletesinop
sakarya
ankara
çorum
X6DX
ankara parça eşya taşıma
ReplyDeletetakipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
KHRRJ1
63C28
ReplyDeleteÇerkezköy Asma Tavan
Antalya Parça Eşya Taşıma
Muğla Parça Eşya Taşıma
Tokat Şehirler Arası Nakliyat
Hakkari Şehir İçi Nakliyat
Mamak Parke Ustası
Ünye Organizasyon
Lbank Güvenilir mi
Iğdır Şehirler Arası Nakliyat
07B11
ReplyDeleteorder turinabol
Samsun Evden Eve Nakliyat
Bilecik Evden Eve Nakliyat
Kripto Para Nedir
Gümüşhane Evden Eve Nakliyat
for sale dianabol methandienone
clenbuterol for sale
sustanon
primobolan for sale
3A01B
ReplyDeleteIğdır Şehirler Arası Nakliyat
Tokat Şehirler Arası Nakliyat
Kırklareli Şehir İçi Nakliyat
Sakarya Şehir İçi Nakliyat
Burdur Şehir İçi Nakliyat
Karaman Şehir İçi Nakliyat
Bursa Şehir İçi Nakliyat
Van Lojistik
Batman Şehirler Arası Nakliyat
2644A
ReplyDeleteBayburt Şehir İçi Nakliyat
Rize Lojistik
Etlik Fayans Ustası
Trabzon Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Çatı Ustası
Çorum Evden Eve Nakliyat
Bursa Lojistik
Zonguldak Evden Eve Nakliyat
Sincan Boya Ustası
7A9DB
ReplyDeletebuy parabolan
Btcturk Güvenilir mi
Erzincan Evden Eve Nakliyat
boldenone for sale
Maraş Evden Eve Nakliyat
steroid cycles for sale
Erzurum Evden Eve Nakliyat
buy steroid cycles
Kırklareli Evden Eve Nakliyat
7F139
ReplyDeleteerzincan parasız sohbet
yabancı sohbet
bitlis sesli görüntülü sohbet
balıkesir canlı ücretsiz sohbet
bartın mobil sohbet siteleri
trabzon rastgele görüntülü sohbet ücretsiz
telefonda kadınlarla sohbet
bayburt rastgele sohbet uygulaması
nevşehir bedava sohbet
B95DE
ReplyDeletemersin canli sohbet
Niğde Kadınlarla Sohbet
tamamen ücretsiz sohbet siteleri
Sinop Canlı Sohbet Odaları
bolu telefonda canlı sohbet
kayseri canlı görüntülü sohbet
kocaeli canlı ücretsiz sohbet
Kırklareli Sesli Sohbet Siteler
sakarya yabancı görüntülü sohbet
67A47
ReplyDeleteTrovo Takipçi Satın Al
Telegram Abone Satın Al
Facebook Sayfa Beğeni Hilesi
Bitcoin Kazanma
Soundcloud Takipçi Satın Al
Bitcoin Nasıl Para Kazanılır
Linkedin Takipçi Hilesi
Threads İzlenme Satın Al
Okex Borsası Güvenilir mi
2BED4
ReplyDeleteBitcoin Para Kazanma
Bitcoin Çıkarma Siteleri
Bitcoin Nasıl Alınır
Twitch İzlenme Hilesi
Spotify Dinlenme Satın Al
Binance Hesap Açma
Görüntülü Sohbet
Kwai Takipçi Hilesi
Facebook Takipçi Hilesi