Tuesday, August 2, 2011

12
Komen
~ Malam Pertama Sudah Berlalu ~

Perubahan kearah baik pasti akan membuatkan yang tersayang terkejut dan tersenyum.


Sebelum Ramadhan, bermacam-macam perkara yang kita rancang. Semuanya demi kebaikan kepada diri dan orang yang kita sayang. 

Setiap saat yang berlalu dalam bulan Ramadhan seakan bonus yang datang untuk membahagiakan. Ia datang kepada kita sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan insan yang dahagakan belaian rahmat.

Dikala terdetiknya jarum jam menandakan sudah masuknya waktu maghrib, hampir kebanyakan daripada kita seakan tersenyum puas tatkala dapat menyentuh bulan ini. Ada yang sayu, ada yang sedih, ada yang teruja, ada yang bahagia dan bermacam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Subhanallah. Hebat sungguh rahmat bulan Ramadhan. 

Kerana itu, tidak pelik jika hamba-hamba Allah yang sejati sangat merindukannya. Semestinya mereka sangat mengharapkan sejuta macam pengertian. Dengan harapan, ia mampu menjadi bekalan untuk sebelas bulan yang lain. Maka di sini, pulanglah ke pangkal hati. Tanya pada diri, kita bagaimana?

Bagaimana keadaan diri kita?

Ya. Bagaimana keadaan diri kita? Jika sebelum ini kita sangat-sangat berharap untuk masuk ke bulan ini, sekarang kita sudah masuk, maka apa hasilnya? Bagaimana perjalanan detik kehidupan kita? Adakah semakin baik? 

Atau sama macam hari-hari dan bulan-bulan biasa?

Ayuh! Putar kembali saat kita mengharungi malam pertama kelmarin? Lihat kembali minit-minit waktu pada hari semalam? Sejauh mana ia benar-benar berkesan kepada diri dan hati yang dicemari dosa? Mudah-mudahan hari esok akan menjadi lebih berkualiti.


Sebelum subuh, sudahkah kita bangun untuk mendirikan solah malam? Mengambil masa beberapa minit untuk berhubung dengan Allah..

Pekerjaan kita sehari suntuk kelmarin.. adakah diselitkan dengan pembacaan Al-Quran dan maknanya?
Dalam kita belajar.. adakah menjadi lebih fokus?
Soal kesungguhan dan kerajinan.. adakah ia seakan sifat yang asing bagi kita apabila masuk bulan Ramadhan?

Solah jemaah di masjid.. Apa cerita? Solah sunat juga bagaimana?

Subhanallah. Banyak lagi sebenarnya yang perlu kita teliti dan ambil pngajaran.



Aha. Tentang bazar Ramadhan pula. Bagaimana hari pertama kita apabila tiba di bazar Ramadhan?

Melihat jualan dengan pandangan nafsu atau pandangan keperluan?
Andai pandangan nafsu yang menjadi rujukan, pasti pembaziran adalah pengakhiran.



Dan yang terakhir, sejauh mana kualiti satu Ramadhan saya dan anda? Target yang kita tetapkan iaitu Taqwa, mampukah kita meraihnya jika hari-hari selepas ini sama seperti hari di 'satu Ramadhan'. 
Jika malam-malam selepas ini sama seperti 'malam pertama' Ramadhan?


Akhir : Ayuh lakukan peningkatan

Jika tidak mampu, maka kita perlu lakukan peningkatan. Itulah kesimpulan dan 'main point' yang wajar sama-sama kita lihat dan sedar. 

Walaupun kita baru berada dalam sepuluh hari pertama, bukan bermakna yang kita boleh bermain-main dan memandangnya sebelah mata.

Jika enjin di hari mula sudah dilanda pelbagai penyakit, masakan hari-hari penghujungnya enjin tersebut mampu bertahan sebagai sumber jana kuasa. Takut-takut, ia akan merosakkan sistem pengendaliannya dari dalam tanpa yang luar sedari. 

Sungguh, itu lagi menyedihkan. =(

P/s : Terima kasih kepada NaZmi Studio. Moga Allah kasih dengan anda. =)

12 comments:

  1. salam, sungguh, yang paling membahagiakan mestilah hari-hari yang dilalui tanpa jemu mengadakan peningkatan diri. melihat 'bekas tangan' di sini membuatkan diri terfikir, perlu menjadi lebih serius lagi.

    jika Ibnu Umar pernah menulis tentang penulis rabbani. Jika pelaut rabbani gah belayar bersama lautan rabbaninya.

    mohon doa kalian agar dapat menjadi pelukis rabbani.

    kepada sang pelaut : moga Allah kasih dengan anda juga.

    ReplyDelete
  2. > Atiqah azmi

    insyaAllah. sentiasa mendoakan agar kak tikah menjd plukis rabbani,
    pelukis yg mampu menterjemahkn maksud hati kedlm lakaran yg berpintal,
    sejurus mnyentuh hati2 insan yg menatapnya.

    Amin.

    ReplyDelete
  3. moga ramadhan ini kita semua akan menjadi hamba yang lebih dekat dengan-Nya. amin.

    salam ramadhan!

    ReplyDelete
  4. semoga Ramadhan kali ini menjadikan iman kita lebih kebal & btambah kebal utk menampung 11 bulan yang akan mendatang...

    en.pelaut..salam ramadhan..!

    ReplyDelete
  5. thanks. smoga bmanfaat buat semua :)

    & asif jiddan.

    tsilap quote,, ttg penulis rabbani tu sbnrnya cg Azmi yg tulis, a.k.a Abu Umar..

    ReplyDelete
  6. > Rabi'ah

    amin. terima kasih.
    sama2 kita berusa utk mendekatkn diri pdNya.



    > Setanggi

    amin. terima kasih.
    cik setanggi. selamat menyambut ramdhan. (",)



    > atiqah

    insyaAllah. ada manfaatnya. =D

    ReplyDelete
  7. Nsyaallah, kita sama pandang dengan 2 belah mata untuk 10 hari pertama ni...

    Selamat Berpuasa.

    ReplyDelete
  8. > Rumah Tua

    amin. jazakillah..
    moga kita akan istiqamah shingga akhir.

    ReplyDelete
  9. > Nabilah Huda

    sama-sama maju insyaAllah.

    ReplyDelete