Monday, August 22, 2011

17
Komen
~ Lautan Rabbani Penuh Kontroversi ~

Tidak akan ku lepas ia pergi begitu sahaja. ~ picture by pengiran92


Baru-baru ini, saya pernah mendapat komen daripada beberapa pembaca Lautan Rabbani yang mengatakan kebanyakan entry saya berbaur kontroversi. Penuh dengan gosip dan privasi kehidupan orang. Bukan sahaja menjaga tepi kain orang bahkan meneropong jenis apa kain yang dipakai. Wah.

Sampai ke tahap itu.. Membuatkan saya tertanya sendiri - benarkah? Lawak pula bila difikirkan.. Tidak sangka. Sampai begitu sekali mereka melihat. Maka di sini saya ingin membuat pencerahan. Terutama kepada mereka yang sentiasa berada di dalam kegelapan kontroversi. Haha.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mengambil berat terhadap penulisan saya. Dan itu memang sangat-sangat saya akui. Hinggakan saya perasan ada setengah itu hanya datang ke sini untuk mencari kesalahan dan kesilapan.

"Tidak baik salah sangka kepada pembaca."

Betul. Tidak baik salah sangka kepada pembaca. Tetapi saya bukan salah sangka kepada pembaca. Saya hanya salah sangka kepada 'pencari kesilapan'. Itu sahaja. Perlu lebih jauh mendalami dan memerhati. Baru akan nampak sama ada minuman itu tidak diletakkan susu atau kita yang tidak kacau susu di dasar gelas.

Saya secara peribadi tidaklah sepenuh hati 'terkilan' dengan sikap mereka ini. Sebab pada saya bagus juga ada manusia seperti mereka. Sedikit sebanyak segala kelemahan saya dapat dikurangkan. Cara penulisan saya dapat ditingkatkan. Susun atur perhiasan blog dapat diperkemaskan. Habuk-habuk yang dirasakan beban dapat dihapuskan. Semuanya kerana gara-gara mereka. Oleh itu, terima kasih juga untuk kalian dengan senang hati.

Kita balik semula kepada isu kontroversi. Khusus tentang di pondok ini. Sebelum kita bergerak dengan lebih jauh, ingin juga saya tahu.. yang anda faham kontroversi itu bagaimana? Yang anda nampak kontroversi itu dari sudut apa?

Cinta? Gosip? Artis? Populariti? Atau.. tanyalah pada diri.

Kerana saya langsung tidak tahu-menahu dalam hal ini. Malah saya sendiri tidak menjangka yang penulisan saya boleh pergi sejauh itu. Berkali-kali juga saya merenung semua entry saya. Berulang-ulang kali juga saya membaca semua coretan saya. Dimanakah yang mereka kata isu kontroversi itu terlalu banyak di sini. Asal kontroversi, Lautan Rabbani. Asal Lautan Rabbani, kontroversi. Haha. Macam-macam.

Beginilah saudara dan saudari sekalian.

Jika ada mana-mana bahagian yang anda tidak suka, sila khabarkan terus kepada saya. Usahlah bertemu dengan orang tengah. Takut-takut apa yang kamu sampaikan itu akan ditokok tambah oleh orang tengah.

Sekali lagi saya ingatkan.. jika ada apa-apa yang kamu tidak senang dengan penulisan saya, sila datang terus berjumpa dengan saya. 'Datang' di sini tidaklah bermaksud bersua muka, tetapi terus menghubungi..

Mungkin melalui facebook. 'Qawiem Khairi' atau ke email. lautan_rabbani@yahoo.com.my.

Segala permasalahan dan perselisihan insyaAllah kita bawa berbincang ya. Jangan malu jangan segan. Jangan marah-marah. Jangan cemburu-cemburu. Juga jangan sebarkan perkara yang tidak betul. Boleh ya? (",)

Sebagai kata-kata akhir, hampir lima hari saya tidak mengisi kata-kata di ruangan ini. Salah satunya kerana masa tidak mengizinkan. Kedua, kerana saya sendiri mengambil sedikit masa untuk membaca semula artikel-artikel yang saya keluarkan. Sungguh, berat sebenarnya apabila menjadi seorang penulis. Semestinya apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

Justeru, saya selaku Pelaut kepada Lautan Rabbani menyusun sepuluh jari meminta maaf kepada anda semua jika sepanjang penulisan saya ada mengguris dan memecah belahkan perasaan anda. Berdoa juga kepada Allah agar diberi keampunan kepada saya dan anda. Sungguh, saya hanya manusia biasa yang mengharapkan satu hari nanti saya mampu menjadi manusia luar biasa dalam bidang penulisan.

Dalam keadaan menaiki tangga ini, tidaklah saya nafikan bagaimana payahnya untuk mengharungi ujian yang menimpa. Namun, liku-liku inilah yang kadangkala akan membuatkan saya bahagia, kecewa dan bersyukur kepadaNya.

Pesanan buat hati. Mulut mudah berbicara ingin menjadi seperti mereka yang hebat. Tetapi apabila mehnah dan tribulasi yang menyerang, masakan mahu berundur dengan berlari dari medan juang? Tidak sama sekali. Mehnah tetap mehnah. Tribulasi tetap tribulasi. Berlari biar ke depan bukan lagi ke belakang. Strike!

Saya akhiri coretan ini dengan peninggalan satu pertanyaan. Adakah 'entry' ini juga dikira kontroversi? (",)

17 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Apa yang kontoversinya?

    BroHamzah

    ReplyDelete
  2. > brohamzah

    waalaikumsalam.
    abg ali.. sbnrnya ana pun x tahu apa kontroversinya. tp itulah yg org nmpk di sini.
    hmm.

    ReplyDelete
  3. Bagi saya,tiada kontroversinya;melainkan peringatan2 dan tarbiyah,utk diri sendiri dan umat islam yg lain.

    InsyaALLAH,selagi kita menyebarkan kebenaran,itulah yg terbaik. Solusinya,bg pembaca dan penulis,hendaklah kita sama2 berlapang dada,bersangka baik.. (49:12) Pembaca hendaklah bijak;apa yg baik (dari penulisan),kita ambil,buka hati.. Dan apa yang buruk,jadikan sempadan.

    Wallahua'lam. Ana mutaassif jiddan.

    ReplyDelete
  4. masalah mungkin timbul apabila maksud yang hendak disampaikan disalahtafsirkan. Biarlah! Memang ada manusia yang begitu. Saya juga pernah dilanda kontrovesi begitu sehingga saya berhenti menulis di blog dan menutup terus blog. terlalu takut dilanda kontroversi namun saya kembali semula menulis. Biarpun tidaklah sebaik tuan menulis namun lahir dari hati yang iklhas dan insyaallah saya berikira-kira untuk terus menulis dan memperbaik tulisan agar yang saya tulis memberi manfaat kepada yang membacanya.Moga saya dapat memperbetulkan niat. Semoga setiap kali saya menulis tulisan yang bermanfaat bukan sekadar melayan perasaan semata-mata. Tuan, teruskanlah menulis kerana Allah. (Suka membaca tulisan tuan)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum saudara
    erm, kontroversi? apa yg saya nampak,takdelah.
    contohnya pada kategori http://lautanrabbani.blogspot.com/search/label/Kisah%20Tauladan
    saya kira,ia kisah yang mengandungi pengajaran.
    teruskan penulisan saudara.saya tidak mampu menulis bahan sebaik saudara.
    saya pun pernah dikomen oleh pembaca blog dgn macam2 pkra.lalu saya pernah tutup blogspot saya dan buang semua gambar baby saya.
    namun syukur, suami memahami minat saya,dan kawan2 sekolah semasa remaja saya tahu saya bagaimana.

    jazakallah khu khairan katsira sudi ke blog saya.pertama kali saya ke sini.

    salam ramadhan al kareem,wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam, kontroversi ke?
    Personally, x nampak kat mana kontroversinya. Lagi-lagi yang ni.. Hm.. manusia: macam-macam.
    Teruskan menulis kerana Nya & semoga terus thabat. (^_^) all the best

    ReplyDelete
  7. > mujtahidah solehah

    alhamdulillah.
    berlapang dada dan bersangka baik.
    juga berdoa moga Allah bg yg terbaik.



    > Kay Aniza

    ya. mungkin inilah ujian kpd para penulis,
    oleh itu harus sentiasa utk mempersiapkn diri agar lebih kuat dan bersedia menerima segala bentuk ujian dan dugaan yg dtg.

    moga apa yg kita tulis tidaklah berakhir dgn seronok membaca, ttp paling kurang terkesan kpd hati sendiri. Amin.

    Terima kasih atas sokongan.
    salam ramadhan.



    > ummu

    waalaikumsalam
    terima kasih ummu. harapannya kita sama2 terus kuat dlm medan ini. jika mahu difikirkn semua kata2 manusia, tidak semua yg boleh pakai.. hmm.

    salam ramadhan juga. moga Allah kasih.



    > atiqah azmi

    wassalam.
    tak tahulah ktiqah.. mata yg membaca tidak sama.
    ada yg pakai spek, ada yg pakai kanta, ada yg rabun jauh, ada yg rabun dekat, bahkan ada juga yg rabun warna..
    begitulah analoginya.

    jd, kena lebih berhati-hati selepas ini. (",)
    insyaAllah. teruslah mendoakan.

    ~ Pelaut Rabbani

    ReplyDelete
  8. ala kulli hal, selagi mana kita menyatakan yang haq, insya allah tidak perlu risau dengan mereka yang mahu menegakkan kebatilah. =)

    allahu mustaan!

    ReplyDelete
  9. Well. I didn't see any controversial entries at ur blog. But may be that person a little bit sensitive.I think u should discuss with her/him regarding dis matter. May Allah help u.

    ReplyDelete
  10. Salam adik pelaut..
    Kontroversi?? Define kontroversi please...hehe..sbb rasa mcm takde kontroversi apa2 pon disini.. Apa2pon, penerimaan juga pandangan setiap org berbeza kan..so, terima seadanya la kan..hihi..

    Teruskan menulis qawiem..kerana akan ada yg sentiasa menunggu coretan2 darimu..tambah2 bila sudah terbang jauh dari keluarga perlis..

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  11. > husnataqwa

    insyaAllah.
    trima kasih atas pedoman.



    > Anonymous

    insyaallah. tQ



    > [n_akn]

    waalaikumsalam.

    alhmdulillah. itulah salah satu penubuhan LR,
    moga menjadi luahan utk hari yg ke dpn,
    mungkin setelah jauh meninggalkn yg tersayang.
    ops.. bolehkah tulis mcm tu..
    nnt ada yg kata kontroversi pulak. bahaya sungguh. (",)

    ReplyDelete
  12. salam adik pelaut..

    wahh..ana juga tak nampak dicelah mana kontroversinya..Apapun ambil yang positif. Dikritik bermakna idea kita mendapat perhatian.

    seperti kata k.atiqah azmi teruskan menulis..moga si pengkritik akhirnya mendapat pencerahan..=>

    ReplyDelete
  13. > cahaya kelapangan

    wassalam.
    insyaAllah. akan berusaha memandang semuanya positif.
    ~ terima kasih cahaya kelapangan.

    ReplyDelete
  14. xnk komen bnyk..apa yg nk disampaikan sudah dicerahkan oleh orang2 di atas ini...

    Just a reminder,great people makes great ideas, great ideas make great challenges..yeah..

    semoga trus sukses..:)sabor aje laa.innallaha ma'ana..

    p/s:kalau nk diikutkan, blog Bingkisan HUraiyah lg bnyk kontroversinya..^^,

    ReplyDelete
  15. Beramal kerana Allah, takkan gentar dengan mehnah.

    Beramallah lah akhi, Allah, RasulNya dan org-org beriman akan melihat amalan enta. :)

    ReplyDelete
  16. oit jiran....Kontroversi ape? ce citer kat masjid nanti..hoho

    ReplyDelete
  17. > Huraiyah

    baru sedar. dimana-mana sekalipun,
    andai jalan 'itu' yg jadi pilihan,
    ujian tetap ujian,
    cabaran tetap cabaran.. ia tidak dapat dipisahkan. hmm. semoga terus sukses juga.

    p/s : rasa2 semua blog akan ada kontroversi. bezanya sikit dengan banyak.. nampak dengan tidak nampak shj.



    > Ramadhan Lotphi

    insyaAllah. akan berusaha segaya upaya. syukran lak. :)



    > syairazi sharizan

    eh. xboleh. di masjid rasa tidak sesuai utk bercerita akan hal ini. (",)
    mungkin hanya salah faham kot.

    ReplyDelete