Berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. ^^ ~ pic by Pengiran92 |
Pejam celik pejam celik. Masa yang dinanti-nantikan bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Apa yang dirancang dan disusun semuanya berjalan mengikut strategi dan usaha yang dilakukan. Tinggal, sejauh mana pergantungan segala pengharapan diserahkan kepada Allah. Sejauh mana kesabaran segala pengorbanan dipulangkan kepada Tuhan Sebaik-baik Perancang. Harapnya Allah aturkan yang terbaik buat diri ini.
Hari ini saya sedang berdiri di atas bumi. Menyedut segala nikmat kurniaanNya. Bersimpuh sendiri mengingati perancangan dahulu. Ia berkaitan sebuah cita-cita. Membina bangunan kehidupan dengan harapan hasilnya adalah manfaat buat semua.
Satu lonjakan yang padu akan saya lakukan tidak lama lagi. Saya akan berhijrah ke negara orang untuk menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam. Pasti ada yang akan bertanya.. dimanakah tempatnya?
Jordan. University of Yarmouk. Di sanalah rumah kedua saya tidak lama lagi. InsyaAllah jika ada kesempatan dan peluang, hari jumaat bersamaan raya keempat adalah tarikh yang akan menjadi satu anjakan dalam hidup saya. Bermusafir mencari ilmu seperti mana mereka yang telah berjaya pada hari ini.
Oleh itu, saya berharap anda yang singgah ke sini sudi menembak doa kepada saya agar terus-menerus diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk melanjutkan pelajaran. Tidak ada yang tinggi saya hajatkan melainkan apabila pulang nanti, saya menjadi manusia yang mempu memberi cahaya kepada insan lain.
Ringkas. Pendek. Sikit. Sekejap. Itulah tema untuk artikel kali ini. Tidak berhasrat untuk memanjangkan bicara. Cukup sekadar anda tahu yang saya masih hidup. Haha.
Kerana saya merasakan hampir seminggu lebih saya meninggalkan arena penulisan di sini. Mungkin kerana menghadiri kursus Biro Tatanegara beberapa hari yang lepas. ^^
Terima kasih juga kepada anda dan anda yang masih tetap setia untuk berkunjung ke Lautan Rabbani.
Moga Allah terima Ramadhan kita. Amin.
Moga Allah permudahkan segalanya, insyaAllah (=
ReplyDeletebakal menggapai awan yang bukan lagi mimpi kan? All the best dik MQ.
p/s : bakal menjejakkan kaki di bumi Jordan juga nanti, insyaAllah (=
Amin. Awan yang bertuah.. Awan yang akan mnjadi sejarah. sungguh diri ini terasa kerdil dan rendah.
Deleteya. sama2 menjejak. (=
Assalamualaikum.
ReplyDeletealhamdulillah.mabruk ya akhi.
negara orang tak sama dengan negara sendiri, tetapi orangnya masih sama kan.
semoga diberi keselamatan dan kesejahteraan walau dimana pelaut berada.amin..;)
waalaikumsalam
Deletejazakillah. eh tak kot, orgnya pun x sama..
melainkan yg hidup utk redhaNya, insyaAllah sama..
terima kasih ya cik PC.
mendoakan utk anda juga. Amin. (=
sama matlamat.
Salam 'alaik adik pelaut..
ReplyDeletewah3..tidak disangka..sudah mahu terbang jauh kalian semua..
Moga dipermudahkan urusan2 sebelum pergi ini..
Selamat berjuang, adik pelaut..
Kami semua bakal merasakan kehilangan yang besar..
Moga Allah redha~~
waalaikumsalam..
Deleteterbang utk menjd lebih hebat dri yg biasa,
sungguh ia bukan kerja mudah..
perlukan usaha, doa dan tawakkal yg tinggi.
mudah2an setiap langkahan mendpt rahmat dri Ilahi.
jazakillah knailah.
sedih sbnrnya ingin meninggalkn family yg 'besar' di perlis.. hmm.
salam alaik..
ReplyDeleteyesss..! tetap menunggu tajuk yang seterusnya.. ^^
semoga terus istiqomah..
salam 18 Ramadhan en.PR
waalaikumsalam..
DeleteinsyaAllah. moga Allah sentiasa bg kekuatan.
terima kasih cik SS.
Wah2. nak ambik ekonomi dengan perbankan islam. Saya perbankan islam saja~
ReplyDeletelg hebat. ana x ambik lg.
Deletetp enta dah ambik.. (",)
assalamualaikum..rasanya saat ini pelaut rabbani mungkin telah menggapai awan ataupun beberapa jam lagi akan menjejakkan kaki ke bumi urdun..selamat tiba..selamat mendalami ilmu disana..mabruk alaik..
ReplyDeletewaalaikumsalam..
Deletealhamdulillah. sudah sampai di bumi urdun.