Terima kasih ayah emak. Moga anakmu ini mampu membahagiakan jiwamu. |
Assalamualaikum WBT.
Moga saudara sekalian sentiasa beristiqamah memberi sepenuh ketaatan kepada Allah, Yang Maha Memberi lagi Maha Mulia.
Moga saudara sekalian sentiasa beristiqamah memberi sepenuh ketaatan kepada Allah, Yang Maha Memberi lagi Maha Mulia.
Diriku ini tidak mahu ber'intro' panjang.
Maka,
hayatilah.
Kisah Abu Qulabah
Pada zaman dahulu di negeri Arab hiduplah saudagar yang kaya raya. Hidupnya dari hari ke hari serba cukup. Anak-anaknya semuanya dimanjakan, tetapi tidak dididik dengan baik. Seringkali anak-anaknya bersenang-lenang juga berfoya-foya dengan wang.
Pada suatu hari saudagar yang kaya raya itu jatuh sakit. Sudah berkali-kali diubatkan tetapi masih belum sembuh juga. Di dalam keadaan yang payah ini anak-anak tidak menghiraukan keadaan ayahnya. Mereka tetap berfoya-foya menghabiskan wang. Apalagi ayahnya sekarang sudah tidak boleh mengawal harta bendanya lagi. Tentu sahaja ayahnya mula mengambil berat apabila melihat kelakuan anaknya. Dia mua merasakan betapa rugi memiliki anak yang tidak terdidik.
Hatta, lama-kelamaan sakitnya semakin bertambah sehingga saudagar yang terkenal kaya itu akhirnya maeninggal dunia. Harta peninggalan yang berlimpah-limpah itu kemudian digunakan oleh anak-anaknya semahu-mahunya untuk memuaskan hawa nafsu.
Pada suatu malam, seorang pemuda iaitu Abu Qulabah tidur di kuburan di mana saudagar kaya itu di kebumikan. Di dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat kuburan seakan-akan terbelah menjadi dua. Dari celah belahan itu dia melihat ramai manusia keluar. Sungguh aneh sekali, kerana manusia-manusia yang keluar dari kuburan semuanya membawa penyuluh. Dari setiap penyuluh mengeluarkan cahaya yang menyilau menerangi jalannya sendiri-sendiri.
Akan tetapi dari banyak-banyak penyuluh, ada satu penyuluh yang tidak bercahaya. Abu Qulabah mengetahui bahawa penyuluh yang tidak bercahaya itu adalah kepunyaan saudagar kaya yang baru meninggal itu.
" Wahai saudara! " Seru Abu Qulabah dalam mimpinya.
" Mengapa penyuluhmu tidak mengeluarkan cahaya seperti orang lain?" Tanya Abu Qulabah.
" Betul, ya Abu Qulabah! Sesungguhnya aku sangat malu terhadap teman-temanku di sini. Mereka itu mempunyai sanak-saudara dan anak-anak yang soleh. Hampir setiap hari mereka mendapat kiriman doa-doa dan sedekah dari keluarga mereka yang masih hidup. Oleh sebab itu, layaklah kalau mereka sekarang mempunyai penyuluh yang bercahaya, sebagai pelita di alam kubur yang gelap ini. Sedangkan aku selalu kegelapan hari demi hari.
Aku mempunyai anak di dunia tetapi kerana dulu aku tidak mempedulikan pendidikan mereka, sekarang aku dilupakan. Tidak pernah sekali mengirimkan doa kepadaku. Setiap harinya bersuka-ria dengan memuaskan hawa nafsu mereka. Harta peninggalanku tidak pernah digunakan untuk bersedekah kepadaku. Inilah kelalaianku di dunia, sehingga hartaku yang banyak itu tidak bermanfaat sama sekali buatku."
Sampai di situlah Abu Qulabah terbangun, mengingat-ingat mimpinya itu. Hatinya menjadi hiba tatkala teringat akan nasib saudagar yang malang itu.
Pada keesokan harinya, Abu Qulabah pergi ke rumah anak saudagar itu untuk mengkhabarkan tentang mimpinya. Setelah mimpinya yang semalam diutarakan kepada anak-anak saudagar itu, dengan rasa terharu mereka menyesali perbuatan mereka selama ini. Mereka berjanji akan mengubah sikap dan akan mendoakan ayah mereka setiap waktu.
Berselang beberapa bulan dari mimpinya yang pertama itu, pada suatu malam Abu Qulabah bermimpi bertemu dengan saudagar kaya itu lagi. Kali ini saudagar itu membawa penyuluh yang bersinar cemerlang melebihi teman-temannya yang lain. Saudagar itu kemudian mendekatinya lalu mengucapkan terima kasih kepadanya.
Demikianlah pada keesokan harinya Abu Qulabah datang menceritakan mimpinya yang kedua kepada anak saudagar itu. Mereka kemudian mengucapkan terima kasih kepada Abu Qulabah yang telah menyelamatkan ayah mereka dari kegelapan di alam kubur.
Subhanallah.
Hebat betul pengaruh dan kekuatan anak soleh dan solehah ini bukan.
Oleh sebab itulah, saya teringin sangat-sangat untuk merangkul gelaran ini. Moga kita mampu mencapainya. InsyaAllah.
Oleh sebab itulah, saya teringin sangat-sangat untuk merangkul gelaran ini. Moga kita mampu mencapainya. InsyaAllah.
Allahumma ameen. Moga2 kita ditempatkan dalam kalangan hamba yang soleh.
ReplyDelete> Khaulau mujahidah
ReplyDeleteInsyaAllah.. moga Allah redha.
hurm?...
ReplyDelete> Anonymous
ReplyDeleteknp? ada yg x kena ka?
jgn rasa bersalah utk bertya & kritik.. (",)