Saturday, December 11, 2010

6
Komen
~ Doa seorang ibu 2 ~

Sayang ibu..


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 

Segala puji bagi Allah yang membenarkan kita merasai nikmat iman dan nikmat islam. Moga kita menjadi insan yang benar-benar merasai dan menghargai nikmat ini. Amin.

Jadi, apa cerita pembaca sekalian?

Sihat ka tak? Minta-minta sihatla ya. Doakan juga untuk hambo agar sihat luaran dan dalaman. =)

Ok, untuk post kali ini hambo mahu menceritakan tentang ' Doa seorang ibu 2 ' bagi menyambung cerita yang lepas. Oleh itu, sebelum hambo sambung, harap sangat kepada pembaca yang belum membaca kisah 'Doa seorang ibu episod 1 (entry sblm ni)), sila menghabiskannya dahulu. Agar kalian dapat menghayati kisah ini dengan sebaiknya. 

Bereh?

InsyaAllah.


Wahai pegawai, janganlah engkau berkata begitu 

...........

Sampai sahaja tuan rumah ke masjid, dia terus menangkap pemuda yang disebut pencuri itu. Tanpa berfikir panjang lagi, dia terus mengheret pemuda itu untuk dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja menjatuhkan hukuman kepadanya dengan memotang tangan, kaki dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pemuda yang disangka pencuri itu di hadapan umum.

" Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja di sepanjang jalan.

Sewaktu arak-arakan sampai di pasar, maka berkatalah pemuda yang dituduh mencuri itu kepada pegawai raja ;

" Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu, tetapi katakanlah begini : Inilah balasannya kalau orang itu derhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu!"

Para pegawai pun menjadi hairan mendengar saranan yang dituduh itu. Apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. Ternyata setelah disiasat, pemuda yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.

Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah dia mendengar ibunya sedang berdoa :

" Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa itu diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura menjadi pengemis.


" Ya tuan, berilah hamba sedekah."

" Datanglah ke sini dekat pintu," terdengar suara dari dalam.

" Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki," jawab anaknya.

" Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.

" Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba telah dipotong."

" Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya.

" Tuan, janganlah tuan khuatir kerana kerana kedua mata hamba telah buta." jawab anaknya.

Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya merupakan anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

" Ibu . . . . . .  maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya bersa berdosa kepada ibu. Maafkanlah ibu."


Setelah ibunya mengetahui nasib anaknya yang ngeri itu lalu dia berkata ;

" Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Allah. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi."

Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya meninggal bersama-sama.


Demikianlah saudaraku,

nasib seorang anak yang tidak menuruti ibunya dan ibu yang kurang redha kepada anaknya di dalam mencari ilmu. Walaupun niat itu baik, tetapi apabila tidak mendapat redha dari ibu dan ayah. Maka berhati-hatilah.



~ Emak, ampunkan anakmu ini. Moga Allah sayangkan emak.


6 comments:

  1. ya allah~ betapa hati seorg ibu itu perlu d jaga

    ReplyDelete
  2. kasih ibu sepanjang masa
    kasih ibu membawa ke syurga
    besar jasa dan pengorbanan mereka
    biar dalam keadaan apa sekalipun
    kasihnya tetap membara...

    Rasulullah mengangkat martabat keibuan sedemikian tinggi di atas martabat kemanusiaan, lalu beliau meletakkan syurga di bawah tapak kaki ibu, dan menjadikan berbuat baik kepada ibu itu lebih utama daripada kemuliaan jihad, berjuang untuk menegakkan agama Allah S.W.T, dan kebahagiaan akhirat.

    ReplyDelete
  3. > cikeh kawaii & mamanidayahamin

    terima kasih.
    moga Allah merahmati dan permudahkn sgala urusan..

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, itulah Ibu.

    Doanya - kata-katanya - gerak hatinya

    Ada sesuatu yang luar biasa.Syukran, Pandai anta mengarang cerita.

    - BroHamzah

    ReplyDelete
  5. > brohamzah

    masih dalam latihan abg ali..
    juga masih belajar dari yg lebih pakar..
    yg baik tu semua dri Allah.

    ReplyDelete
  6. berkesan dgn lagu2nya sekali

    ReplyDelete