Sunday, December 26, 2010

12
Komen
~ Santai ; Akan kembali menjejak ~


Keluar dari kepompong rumah. Allahuakhbar !!


Satu perkara yang ingin artikel kali ini kongsikan di sini adalah mengenai keadaan diri penulis. 

Empat bulan yang lepas, satu kemalangan telah terjadi kepada diri ini. Telah tercoret di Kemalangan itu satu petanda. Andai belum baca, sudi2lah klik.

Ya. Kemalangan, yang dengannya pelbagai pengalaman dan kenangan dicampur sekali. Kesakitan yang dirasai, keperitan yang dihadapi, kesedihan yang menjelma, kebembiraan yang menyenangkan, dan keceriaan yang membahagiakan ibarat perencah yang digaul bersama tak lain dan tak bukan adalah untuk melazatkan pengalaman dan kenangan tersebut.

Hasilnya, air mata mengalir tanda syukur kepada Allah. 

Hikmah berterbangan seiring mata hati melihat. 

Pengajaran yang mentarbiyah diri seakan membasahi serta melembutkan jiwa yang gersang. 

Kesedaran juga keinsafan seperti berbicara pada diri bahawa engkau hamba yang kerdil. Tidak ada yang perlu dibanggakan. Kini ku faham, apa yang terjadi adalah tanda bahawa Allah mahu mendidik hati. 

Alhamdulillah.


Kaki itu hadiah yang istimewa

Akibat dari kemalangan itu, kesakitan dan kepayahan yang banyak merencat perjalanan hidupku ini adalah ketika kakiku patah. Subhanallah. 

Tidak sama sebenarnya.

Bagi mereka yang berkata kaki itu nikmat yang mengasyikan, dalam masa yang sama dia tidak mengelami kesakitan dan kecelakaan pada kaki. 

Lain pula bagi mereka yang berkata kaki itu adalah nikmat yang yang mengasyikan, dalam masa yang sama juga dia mengalami kesakitan dan keperitan yang menyengat. Yang belum tentu kakinya mampu berfungsi lagi atau tidak. Jika berfungsi sekalipun, entah sama atau tidak dengan keadaan kakinya sebelum ini.

Ayuh kita perhatikan dengan pandangan ' eagle view '. Bayangkan perjalanan hidup kita yang dilalui tanpa kaki yang dapat berfungsi dengan baik. 

Saya hanya mampu kesian dan ketawa. 

Kesian kepada mereka yang tidak merasai dan menghargai bahawa kaki itu adalah hadiah yang tersangat istimewa. 

Ketawa kepada mereka yang menggunakan hadiah istimewa itu untuk sombong kepada Yang Maha Kuasa.


Keadaan diri yang bernama MQ

Kata doktor, kakiku sudah semakin pulih. Tulang kian bersambung. Malah sudah boleh berjalan seperti biasa. Cuma perlu banyak berhati-hati dalam beberapa keadaan dan situasi. 

Ya Allah. Macam nak menangis rasanya. Bersyukur kepada Allah yang tidak terhingga. Alhamdulillah. Selama empat bulan menjalani kehidupan sebagai insan yang bergelar OKU. 

Jangan salah faham. Bukan orang kurang upaya tetapi Orang Kelainan Upaya. 

Terasa seperti berada di dunia lain. Terasa macam artis pun ada. Nak tahu kenapa? 

Biarlah rahsia.. (",)


Mereka tidak nampak.

Kadang-kadang apabila kita ditimpa ujian, syaitan akan datang kepada kita dengan suntikan dan kata-kata dustanya. Sampai ke satu tahap, kita mampu menyoal akan keadilan Allah.

" Kenapa kawan aku yang tak sembahyang tu tak jadi apa2 pun? "

" Dia lagi jahat dari aku, kenapa aku yang kena? " 

" Orang kata aku baik, tapi aku pulak yang sakit? "

" Waktu aku tak sembahyang dulu ok ja, kenapa bila aku sembahyang ni ada aja benda x kena? "

Pelbagai rungutan dan ketidak puasan kita kepada Allah apabila hati kita mudah ditawan dengan kata-kata syaitan. Sedangkan hikmah yang melimpah itu lansung tidak diperhatikan. 

 Daripada Jabir (ra), Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: 

”Janganlah mati salah seorang daripada kamu melainkan setelah dia bersangka baik terhadap Allah Taala”- (HR Muslim)
Rasulullah saw bersabda;

Tidaklah sesuatu musibah yang menimpa seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan baginya dosanya walaupun hanya dengan kesakitan akibat terkena duri – (Hadith Riwayat Al Bukhari) 


Ya Allah, janganlah Engkau masukkan diriku dalam golongan ini.

Akhir, terima kasih buat semua sudi meluangkan masa di sini.



12 comments:

  1. Ya..walau perit menelan realiti...yg hakiki itu tetap harus diakui...sbg seorang yg pernah Allah uji dgn kaki sgt memahami perasaan anta...

    Semoga cepat sembuh both for u n salman...

    Matri menunggu anta utk meneruskan langkah,MQ..!!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...dugaan yang datang merupakan ujian,,,sudaa sembuh??kalau belum,semoga cepat sembuh..insyaAllah...follow blog..teruskan blogging dgn pelbagai info islam..syukran..

    ReplyDelete
  3. Sahabat, aku pernah rasa betapa peritnya apabila tangan kiri ku retak. Eksiden di padang Matri. Hehe.

    Sabarlah wahai sahabat. Aku tahu sakit itu tidak terkata. Tapi itulah yang mengajar aku supaya menghargai nikmat. Bila buka saja simen dari tangan, pergh! Rasa nak berlari berkejaran je. Tidak terkata.

    Moga Allah sembuhkan anta.

    ReplyDelete
  4. salam..

    semoga cepat sembuh ye sahabat..sesungguhnya setiap ujian itu menguatkan kte..

    faham bagaimana sakitnye kerana pernah juga mengalami..tangan patah..dan kesannya sampai sekarang msih dpt dirasai..semoga terus kuat ye..insya'Allah.

    ReplyDelete
  5. dak fisio...
    .awak camana??sihat??saya dengar awak da ley jalan without tongkat tu...alhamdulillah la kan..
    tolong doa lagi sorang yang pakai tongkat tu...

    ReplyDelete
  6. > ummu ammar

    Terima kasih kak Nawal.
    Diri yg lemah ini tetap memerlukn sokongan dari abg2 dan kakak2 yg berpengalaman utk membantu.. (",)


    > cik cahaya

    wassalam..
    Alhamdulillah..
    ttp masih belum sembuh sepenuhnya..
    yg baik semuanya dri Allah..
    Terima kasih. (",)


    > Fakhruddin

    salam sahabat.

    antara hikmah yg hambo dpt, adlh dpt merasai bgmn payahnya org yg ditimpa kesusahan apbl Allah x memberi kpd mrk nikmat yg Allah berikan kpd kita..

    bersyukur kpd Allah..
    Alhamdulillah. (",)


    > nuriman abdul

    terima kasih..
    moga Allah memberi kita seribu satu kebaikan dgn ujian yg menimpa ini..
    hikmahnya pasti melimpah..
    pasti !!
    Alhamdulillah.


    > Anonymous

    hahaha..
    jgn berawak-awak la sgt..
    jadi melugai tiba2 ni.. :D

    thanks a lot bro..
    moga terus kuat..
    kita tetap bersama, lengkap dan melengkapkan (",)


    ~ kepada semua, jazakallah atas doa kalian. Doa yg sama juga saya tembakkan buat kalian. Moga Allah sayangkan kita. Amin.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..
    anta kembali sihat..
    teruskan bekerja untuk Islam..

    "Sesungguhnya ramai manusia yg lalai dengan 2 nikmat iaitu kesihatan dan masa lapang.."

    moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yg mensyukuri nikmatNya..=)

    ReplyDelete
  8. > wan

    Alhamdulillah.
    semuanya dgn izin Allah.
    erm.. sebenarnya ana pun mula sedar dgn nikmat kesihatan tu.. (",)

    Jazakillah..

    ReplyDelete
  9. Salam 'alaik..
    gembira mendengar perkembangan yang semakin baik..
    moga Allah sembuhkan dan berikan yang terbaik buat Qawiem dan Salman..

    benarlah,kita selalu telupa dan leka dgn nikmat yang diberi...dan hanya menyedarinya apabila Allah menarik sebentar nikmat itu..moga terus diberi kekuatan dan kesabaran..

    doa kak untuk antum berdua..=)

    ReplyDelete
  10. > n_akn

    wassalam..
    insyaAllah.
    Jazakillah juga atas doanya.
    kpd salman. anta kena exercise byk skit..
    pasni kita nk lumba lari lak,(mcm ana ni dh sembuh betul lak) haha..
    Alhamdulillah..

    moga Allah rahmati kita semua..
    Amin. (",)

    ReplyDelete
  11. Salam MQ, so kaki MQ skrng beransur pulih, syukur. MQ kena dgr nasihat doktor, ape yg patut dilakukan utk pulih total. Kena usaha pastu baru pasrah. Doa aunt T muga MQ sembuh dn cepat. Aunt T baru balik dari Pulau Pangkor terus baca entry MQ.

    ReplyDelete
  12. wassalam auntT..

    InsyaAllah, nasihat doktor tetap tidak diabaikan.
    Terima kasih aunt T atas doanya..
    Moga auntT sekeluarga juga sihat2 sokmo. (",)

    ReplyDelete