Saturday, December 4, 2010

4
Komen
~ Ciri-ciri semut hitam di atas batu hitam ~

Insan yang ikhlas tidak mudah dikecewakan. =)



Assalamualaikum buat pembaca budiman.

Moga ceria-ceria selalu di bawah rahmatNya.

Pasti ada yang bertanya;


" kenape mesti semut? Tak dak binatang lain ke?" (bahasa kl + utara )

Haha. Apa jawapannya? Biarlah rahsia. (",)

Ikhlas ni macam semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam.
Boleh nampak ka? Ha. Itulah ikhlas.

Saudara yang dikasihi,

Bab tentang ikhlas adalah bab yang mutlak dan paling penting untuk difahami dan diamalkan, kerana amal yang akan diterima Allah SWT hanyalah amal yang disertai dengan niat ikhlas.

“Tidaklah mereka diperintah kecuali agar berbuat ikhlas kepada Allah dalam menjalankan agama”.

Oleh sebab itu, sehebat apapun suatu amal bila tidak ikhlas, tidak ada apa-apanya dihadapan Allah SWT, sedang amal yang sederhana saja akan menjadi luar biasa dihadapan Allah SWT bila disertai dengan ikhlas.


1. Hidupnya jarang sekali merasa kecewa.

Orang yang ikhlas dia tidak akan pernah berubah sikapnya seandainya disaat dia berbuat sesuatu kebaikan ada yang memujinya, atau tidak ada yang memuji/menilainya bahkan dicacipun hatinya tetap tenang, kerana ia yakin bahwa amalnya bukanlah untuk mendapatkan penilaian sesama yang selalu berubah tetapi dia bulatkan seutuhnya hanya ingin mendapatkan penilaian yang sempurna dari Allah SWT.

2. Tidak tergantung / berharap pada makhluk.

Sayyidina ’Ali pun pernah berkata:


" Orang yang ikhlas itu jangankan untuk mendapatkan pujian, diberikan ucapan terima kasih pun dia sama sekali tidak akan pernah mengharapkannya, kerana setiap kita beramal hakikatnya kita itu sedang berinteraksi dengan Allah, oleh kerananya harapan yang ada akan senantiasa tertuju kepada keredhaan Allah semata."

3. Tidak pernah membezakan antara amal besar dan amal kecil.

Diriwayatkan bahwa Imam Ghazali pernah bermimpi, dan dalam mimpinya beliau mendapatkan kabar bahwa amalan yang besar yang pernah beliau lakukan diantaranya adalah disaat beliau melihat ada seekor lalat yang masuk kedalam tempat tintanya, lalu beliau angkat lalat tersebut dengan hati-hati lalu dibersihkannya dan sampai akhirnya lalat itupun boleh kembali terbang dengan baik. 


Maka sekecil apapun sebuah amal apabila kita kerjakan dengan sempurna dan benar-benar tiada harapan yang muncul selain Allah, maka akan menjadi amal yang sangat besar dihadapan Allah SWT.

4. Banyak Amal Kebaikan Yang di rahsia.


Mungkin ketika kita membaca Al-Quran dilingkungan orang banyak maka kita akan mengaji dengan berlagu, lama dan penuh khidmat, ketika kita solah berjamaah bahkan sebagai imam kita akan berusaha khusyu' dan lama. 


Tapi apakah hal tersebut akan kita lakukan dengan kadar yang sama disaat kita beramal sendirian ?


Apabila amal kita tetap sama bahkan cenderung lebih baik, lebih lama, lebih sedap membacanya dan lebih khusyuk maka insyaAllah amalan itu boleh dirumuskan sebagai amalan yang ikhlas. 


Namun bila yang terjadi adalah sebaliknya, ada kemungkinan amal kita belumlah ikhlas.





5. Tidak membezakan antara kumpulan, golongan atau organisasi.

Fitrah manusia adalah ingin mendapatkan pengakuan dan penilaian dari keberadaannya dan segala aktivitinya, namun pengakuan dan penilaian makhluk, baik perorangan, organisasi atau instansi tempat kerja itu relatif dan akan senantiasa berubah.


Banyak orang yang pernah dianggap sebagai pahlawan namun seiring waktu berjalan adakalanya berubah menjadi topeng penjahat yang patut diwaspadai. 


Maka tiada penilaian dan pengakuan yang paling baik dan yang harus senantiasa kita usahakan adalah penilaian dan pengakuan dari Allah SWT.


Penutup


Lihatlah saudaraku,

Begitu besar pengaruh orang yang ikhlas itu, sehingga dengan kekuatan niat ikhlasnya mampu menembus ruang dan waktu. 


Semoga Allah SWT membimbing kita pada jalan-Nya sehingga kita bisa menjadi hamba-Nya yang ikhlas. 


Amiin.







4 comments:

  1. Salam akh.

    Perkongsian yang baik.
    'Semut hitam, di atas batu yang hitam, dalam kekelaman malam.' Benar, tak mudah untuk ikhlas. Hanya mereka yang benar2 mengharapkan balasan dariNya mampu melakukannya.

    Moga2 Allah terus-terusan memberi keikhlasn dalam diri kita.

    Jzkk. Teruskan lagi menulis akhi

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..

    perkongsian utk semua..
    Mudah2an ada manfaat..

    jazakallah akhi, kesudian membaca
    ~mga Allah redha. (",)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum MQ

    Alhamdulillah, tulisan anta mengingatkan ana - agar terus menjaga hati dan memelihara keikhlasan.

    Rasa riak, ujub, bangga dan pura-pura - akan hadir jika tidak diperingatkan kepada diri.

    Jika ada , harus dibuang jauh-jauh. Semoga Allah pelihara iman kita.
    Allah jaga kita daripada "semut hitam" atas batu hitam di malam yang kelam.

    Syukran - MQ

    ReplyDelete
  4. > Brohamzh

    Tulisan utk mengingatkan diri sebenarnya..
    juga sbg wadah perkongsian utk semua..

    Syukria atas bacaan.

    Fatahallahu'alaik..(",)

    Moga Allah rahmati- kita.

    ReplyDelete