Pernah satu ketika seorang ustaz yang baru pulang dari luar negara ditanya satu soalan yang agak aneh oleh orang kampung dalam kuliahnya.
"Ustaz, babi ni masuk syurga ke tidak?" Ustaz tersebut terpegun dengan soalan tersebut, mungkin kerana ia adalah soalan yang tidak pernah terfikir olehnya dan tidak juga terlintas jawapan dalam kepalanya. Sudah pasti, kerana kita kadang-kadang tidak sempat untuk mengkaji persoalan-persoalan yang agak halus sebegini walaupun kita adalah pelajar lepasan Timur Tengah.
Sekiranya anda dan saya yang berada di tempat tersebut, agak-agaknya apa respon kita dalam berhadapan dengan persoalan tersebut?
Cuba mencontohi hikmah Rasul
Pernah terjadi di zaman Rasulullah dahulu, apabila para sahabat bertanyakan soalan, Rasulullah memberi jawapan yang berbeza walaupun soalan adalah sama. Apakah amalan dalam Islam yang paling utama? Ada masa Rasulullah menyebut amalan yang berkaitan dengan jihad dan peperangan. Ada masanya Rasulullah menyebut tentang amalan kekeluargaan. Dan ada ketikanya Rasulullah mendahulukan amalan yang berkaitan dengan ibadah.
Semua jawapan ini dapatlah kita simpulkan bahawa nabi menjawab berdasarkan siapa yang bertanya bahkan dalam masaa yang sama hikmahnya nabi itu memberi markah penuh dalam menyelesaikan masalah.
Bayangkan seandainya jawapan yang diberikan tidak menjurus kepada siapa yang bertanya malah terus menjawab dengan satu jawapan tetap yang hanya sekadar untuk melepaskan tanggungjawab untuk menjawabnya. Sudah pasti kita akan lihat kepincangan akan berlaku dalam amalan yang dilakukan oleh para sahabat tersebut.
Walaupun jawapan yang diberikan kepada Rasulullah itu adalah ilham dari Allah ataupun di atas kebijaksaan baginda sendiri, tetapi itulah hikmah. Setiap jawapan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan dan keadaan, bukan dengan hanya lemah lembut semata-mata.
Oleh itu, kita masih mahu mengatakan bahawa hikmah itu membosankan?
Banyak yang pasif sikit yang proaktif
Dalam satu keadaan yang lain, pernah satu ketika Rasulullah didatangi oleh seorang pemuda bagi meminta keizinan untuk berzina. Zina bukanlah perkara yang sukar mahupun sulit untuk difahami implikasinya pada ketika itu menyebabkan orang ramai yang ada disekeliling nabi menyerbu ke arah pemuda tersebut lantas memaki dan memarahinya.
Sifat proaktif dan bijaksana yang ada pada nabi jelas menunjukkan yang baginda tidak tergopoh-gapah dalam menyelesaikan masalah. Berfikir sebelum bertindak. Pemuda tersebut telah dibawa mendekati Rasul.
"Wahai pemuda,"sapa nabi lemah lambut.“Apakah kamu suka jika perbuatan zina itu dilakukan orang lain terhadap ibumu?”
“Tidak ya Rasulullah. Demi Allah yang menjadikan aku sebagai tebusanmu, aku tidak ingin itu terjadi,” jawabnya.
“Begitu juga kebanyakan manusia, tidak menyukai atau menginginkan perbuatan zina itu dilakukan terhadap ibu mereka,” ujar Nabi. “Apakah kamu senang zina itu dilakukan terhadap anak-anak perempuanmu kelak?” Tanya Baginda selanjutnya.
“ Sama sekali aku tidak menginginkan semua itu terjadi ya Rasulallah. Demi Allah, bermimpi pun aku tidak ingin.”
“Begitu juga dengan kebanyakan manusia, mereka tidak senang jika perbuatan zina itu terjadi kepada anak-anak perempuan mereka. Apakah kamu senang jika perbuatan zina itu berlaku kepada adik-beradik perempuanmu?” Tanya Baginda lagi.
“Tidak, ya Rasulallah. Demi Allah aku tidak senang.”
“Begitu juga dengan orang lain, sama dengan kamu, tidak senang jika zina itu dilakukan terhadap adik-beradik perempuan mereka. Apakah kamu ingin semua itu terjadi pada ibu-ibu saudaramu?”
“Tidak ya Rasulallah. Demi Allah tidak,” pintasnya.
“Kebanyakan manusia juga tidak ingin itu terjadi kepada ibu-ibu saudara mereka.” Nabi saw kemudian meletakkan tangan baginda pada tubuh pemuda tersebut dan mendoakannya ;
“Ya Allah, bersihkanlah hatinya, dan peliharalah kemaluannya serta ampunilah dosa pemuda ini.”
Lihatlah teman-teman sekalian. Sebuah kisah benar yang telah berlaku dalam kehidupan mereka terdahulu. Namun, berapa ramai yang memandang cerita ini sebagai satu titik tolak untuk merenungi diri.
“Kita adalah pendakwah, bukan penghukum” - Albanna Pendakwah yang proaktif adalah pendakwah yang mampu berfikir sebelum bertindak. Pendakwah perlu brfikir apakah kesan yang akan terjadi dalam setiap tindakan yang diambil. Dalam masa yang sama, pendakwah juga perlu meletakkan sesuatu implikasi yang terjadi adalah kerananya sendiri dan tidak pada orang lain.
Barulah kita akan melihat peningkatan dan usaha dalam dakwah kita. Tidaklah kita hanya reti untuk menyalahkan orang lain sahaja walaupun sebenarnya dakwah kita yang kurang berhikmah. Setuju?
Akhir : Kenapa risaukan babi?
Pendekatan yang paling halus dan berkesan harus untuk kita pelajari terutamanya dalam persediaan menghadapi suasana masyarakat yang pelbagai kelak. Masing-masing dengan gelagat tersendiri.
Seandainya berhadapan dengan golongan professional, bagaimanakah ‘style’nya? Bila berhadapan dengan golongan kampung bagaimana pula kaedahnya? Semuanya perlu kita kuasai. Sirah dan sejarah menjadi pelajaran dan panduan buat kita semua.
Berdakwahlah dengan nilai manusiawi, bukan dengan emosi. Jangan meminggirkan soal kreatif di dalam berdakwah, sebelum kita ditendang oleh masyarakat yang lebih bijak berfikir.
Apabila kita berhadapan dengan situasi seperti ustaz di atas, apakah jawapan yang akan kita berikan kepada orang kampung tersebut? Mungkin kebuntuan dan akhirnya mengetepikan persoalan tersebut, tetapi tidak bagi ustaz di atas kerana jawapannya sungguh berkesan.
Namun, ia hanya bersesuaian dengan sasarannya sebagai orang kampung bagi mengelakkan lagi persoalan yang sedemikian berulang. Disamping untuk mengajak mereka berfikir tentang persoalan-persoalan yang lebih besar dan penting.
Jawab ustaz tersebut sambil mengukir senyuman ; “ Kenapa pakcik fikir tentang babi? Dan kenapa perlu soal samada babi masuk syurga atau tidak? Bukankah persoalan yang perlu kita tanya adalah adakah kita ini sudah layak untuk masuk syurga atau tidak?”
Maka, sama-sama kita fikirkan, bagaimana untuk menjadi pendakwah yang berhikmah dan proaktif.
P/s : Berbincang tentang ini bukan beerti si penulis sudah tiptop dalam berdakwah, tetapi untuk sama-sama kita meng’refresh’ diri apakah kita seorang pendakwah? Sekalipun pendakwah, sejauh mana hikmah dan cara kita membawa manusia kearah cahaya. Sekian. Mohon tunjuk ajar. ^^
perkonsian yg menarik..
ReplyDeletedi u ana terdpt seorg insan yg sering menanyakan soalan yg pelik2..
dan bila cuba menjwb soalannya..
dia akan cuba teruskan bertanya seolah2 ingin berdebat..
don't know what her intention.
confuse what to do..
just try to avoid from having a long conversation with and from see her.
however some sis said.
try to have the positive thinking first.
then what to do.
is it like the post said?
Tunjuk ajar yang pertama...
ReplyDeleteBerdakwahlah dengan nilai manusiawi, bukan dengan emosi. Jangan meminggirkan soal kreatif di dalam berdakwah, sebelum kita ditendang oleh masyarakat yang lebih bijak berfikir...( Copy paste ayat penulis).
Anything U do, do it with the best way and with love...
> bintu syed
ReplyDeletePada ana berdebat tidak salah,
kerana kita akan tahu apa yg kita tak tahu,
tp perlu dilihat, atas dasar apa kita debat..
dan pdgn sepuluh langkah kehadapan.. apa hasil perdebatan kita.. jika baik, silakan.. andai sbaliknya.. cukup sekadar mengukirkn senyuman. Sebab kukuh, panjang cerita hanya buang masa bahkan takut2 kita hanya menampkkan klemahan diri kita.
moga Allah bg kekuatan..
> musafir kehidupan
tepat sekali. tahnaih! ^^